Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Nafsu dan Kuasa – Nasihat sempena PRU13

Dalam sebuah Hadith Baginda, Nabi s.a.w. mengingatkan, “Orang yang bijaksana ialah yang menundukkan nafsunya dan beramal untuk (menyediakan) bekalan selepas kematian dan orang yang lemah ialah yang membiarkan diri menuruti (kehendak) nafsunya dan berangan-angan terhadap Allah (mengharapkan rahmat-Nya).” (Ahmad)

Peringatan yang diberikan oleh Nabi s.a.w. ini jelas menunjukkan cara menilai kebijaksanaan atau kemuliaan, dan sebaliknya kelemahan atau kehinaan seseorang.  Sebagaimana digambarkan al-Qur’an, nafsu sering kali mendorong manusia melakukan kejahatan.   Justeru, nafsu perlu dibimbing dan ditakluk oleh akal.  Individu yang bijaksana menyedari hal ini dan sentiasa berusaha menguasai nafsu dan bermuhasabah diri.  Sebaliknya orang yang lemah hanya membiarkan dirinya menuruti apa jua yang diingini oleh nafsunya.  Tanpa sebarang usaha, ia hanya berharap pada sifat Allah yang Maha Pengampun agar dirinya diampuni dan seterusnya dimasukkannya ke syurga Allah serta dipenuhi cita-citanya.

Penanda aras yang digariskan oleh Nabi s.a.w. ini sangat berguna untuk kita bermuhasabah dan menilai kedudukan sebenar diri kita.  Malah tidak kurang pentingnya juga, dalam suasana semasa yang melingkungi kita kini, ia dapat dijadikan panduan dalam membuat penilaian serta pemilihan.  Pada hari ini, apabila kekuasaan menjadi rebutan kerana digambarkan dengan indah oleh nafsu sebagai kelebihan, kenikmatan, dan keistimewaan, tidak hairanlah kita jika mendapati ada pihak yang kecewa dan bermuram durja apabila tidak terpilih sebagai calon yang akan bertanding.  Kekecewaan yang menyelubungi diri seharusnya ditangani dengan sebaik-baiknya seperti mempertimbang hikmah di sebalik kehilangan peluang untuk bertanding.  Misalnya barangkali kerana dirinya tidak memiliki keupayaan untuk mengawal diri terhadap kekuasaan yang merupakan ujian besar.  Kita telah menyaksikan bagaimana segelintir individu yang tidak tercalon itu telah mengambil langkah tertentu dan memberikan pelbagai alasan serta faktor bagi tindakan mereka itu.  Dalam hubungan ini, pengundilah yang layak memberikan penilaian dan membuat pilihan, iaitu berdasarkan kualiti diri dan keperibadian serta pencapaian yang telah ditunjukkan selama ini.

Sebaliknya bagi yang tercalon pula, barangkali sebahagian besarnya diselubungi kegembiraan kerana kekuasaan hari ini lazimnya membuka jalan yang luas untuk memperoleh kenikmatan dan keistimewaan tertentu.  Antaranya termasuklah sokongan, penghormatan, kesenangan, dan peluang menewaskan musuh atau saingan.  Amat sedikit pula antara yang tercalon itu barangkali yang menginsafi bahawa kekuasaan merupakan ujian hebat atas dirinya.  Lantas diri diingatkan bahawa sekiranya kekuasaan gagal diuruskan dengan sebaik-baiknya, maka kelak ia akan disoal dan menganggung penyesalan di akhirat.  Sebagaimana diungkap `ulama’, kekuasaan memerlukan dua unsur penting, iaitu kekuatan dan amanah.  Kedua-dua unsur ini digariskan oleh al-Qur’an dalam pemilihan individu untuk diserahkan sesuatu tanggungjawab atau tugas.  Kedua-dua unsur ini pula diteguhkan oleh ciri-ciri khusus yang ditetapkan ‘ulama’ dalam pemilihan pemimpin seperti adil, memiliki ilmu, sempurna anggota tubuh, tegas lagi berani, dan sebagainya.

Kesemua unsur dan ciri ini membolehkan seseorang yang diamanahkan tugas kepemimpinan yang berat itu melaksanakan tugasnya dengan sempurna.  Sebagai pemimpin atau bakal pemimpin, ia perlu menyedari tanggungjawab utamanya, iaitu menegakkan agama dan memelihara syiarnya serta mempertahankan ummah daripada segala bentuk ancaman yang memudaratkan mereka, khususnya daripada aspek akidah. Pesanan yang diberikan al-Imam al-Ghazali r.h., “Ketahuilah syari`at merupakan asas dan pemimpin ialah pengawalnya.  Sesuatu yang tiada asas pasti akan runtuh dan sesuatu yang tiada pengawalnya pasti akan hilang,” sentiasa tersemat dalam fikiran.  Maka ia tidak sekali-kali membiarkan agama dicabar dan diperkotak-katikkan. Apatah pula menggadaikan dan mendedahkan agamanya pada kemudaratan demi kepentingan siasah.  Atau juga membuka laluan kepada musuh-musuh Islam untuk melaksanakan agenda menghakis agama dan memesongkan akidah ummah.  Malah dirinya sendiri sentiasa berhati-hati agar apa jua tindakan dan perkataan yang dilafazkannya tidak menimbulkan fitnah besar terhadap agama serta ummah seperti menyamaratakan kedudukan agama lain dengan agama Islam.

Dalam mentadbir urusan negara dan rakyat, maslahah dan kebajikan mereka sentiasa diutamakan.  Keselesaan dan kesejahteraan hidup mereka didahulukan berbanding dengan diri, keluarga, dan saudara-maranya.  Kehidupan yang dijalani pemimpin-pemimpin salih terdahulu, khususnya Khulafa’ al-Rasyidin sentiasa dijadikan rujukan dan panduan.  Dengan yang demikian, ia tidak terdorong untuk menjadikan kekuasaan sebagai peluang dan ruang untuk mengumpulkan kekayaan serta kemewahan.  Sebaliknya membiarkan kehidupan rakyat umum miskin dan terhimpit kerana menyedari tindakan seumpama itu hanya menimbulkan kebencian dan menghilangkan kepercayaan mereka terhadapnya.

Dalam menjalin hubungan dengan saudara-saudara seagama, kelihatan usahanya yang bersungguh-sungguh untuk memelihara perkataan dan tindakannya agar tidak sekali-kali menyakiti mereka. Perbezaan pendirian dan pandangan ditanganinya dengan mematuhi adab-adab yang digariskan syarak.  Pemimpin atau bakal pemimpin itu tidak cenderung malah menentang budaya fitnah-memfitnah, keji-mengeji, aib-mengaibkan antara sesama Muslim yang akhirnya mencapai tahap memusnahkan imej peribadi (personal assassination).  Hal ini disebabkan ia menyedari bahawa perbuatan keji seumpama itu bukan sahaja menyerlahkan ketidakmatangan pemimpin, malah juga menggagalkan usaha mendidik dan mematangkan rakyat.  Lebih membimbangkan ialah kemudaratan besar dan berpanjangan yang diakibatkannya terhadap perpaduan dan kesejahteraan kehidupan rakyat.  Khusus bagi bakal pemimpin, ia harus berhati-hati dalam keghairannya mendapatkan kekuasaan, antara yang utama, untuk membanteras penyalahgunaan kuasa dan wang.  Harus diingat bahawa dirinya belum benar-benar teruji oleh kekuasaan tersebut.  Harus diingat pula kekuasaan itulah juga yang telah memperdaya pemimpin sebelumnya itu dan telah menyalahgunakannya.  Maka tidak mustahil, jika ia tidak berwaspada kesudahan yang sama akan menimpa dirinya.

Berasaskan semua perkara ini, maka rakyat seharusnya dapat membuat pertimbangan dan penilaian yang bijak dan adil terhadap calon-calon yang telah diumumkan untuk bertanding dalam tempoh dua minggu berikutnya ini.  Tempoh secukupnya pada penggal yang lalu telah diambil oleh setiap pertubuhan siasah untuk mempamerkan pencapaian mereka dalam segenap sudut.  Masanya telah tiba untuk kesungguhan, pencapaian, dan usaha mereka dinilai serta ditentukan sama ada untuk terus diberikan kepercayaan serta amanah oleh rakyat atau sebaliknya.  Bagi rakyat pula yang di tangan mereka terletaknya penentuan, perlu dipastikan bahawa pilihan yang dibuat membawa manfaat yang besar terhadap yang paling utama, agama mereka serta pemeliharaan kedaulatannya, selain kebajikan serta kesejahteraan kehidupan, dan keharmonian serta kerukunan hidup rakyat pelbagai agama serta kaum.

Pada masa yang sama, mereka harus mengingatkan diri bahawa pilihan yang tidak berasaskan penilaian yang bijak dan sebaliknya semata-mata berdasarkan nafsu, sentimen serta emosi hanya mengundang kemudaratan yang bukan kecil.  Malah berkemungkinan pula mereka menanggung kehilangan besar yang tidak mudah atau selama-lamanya tidak berupaya diraih semula.  Sebagai Muslim, mereka dididik untuk sentiasa mempertimbang kesan bagi setiap tindakan serta perbuatan mereka.  Justeru, pertimbangkan dan tentukanlah pilihan berasaskan keimanan, kewarsan, dan kematangan.  Selanjutnya mohonlah fatwa daripada hati sendiri kerana sebagaimana diingatkan Nabi s.a.w dalam maksud sebuah Hadith, kebaikan membuatkan diri dan hati berasa tenang lagi tenteram.  Sebaliknya dosa dan keburukan itu hanya menimbulkan keraguan yang menggoyahkan hati serta nurani.

Ditulis oleh Wan Roslili Bt. Abd. Majid. Posted in Berita Harian

28/04/2013 Posted by | Berita dan Isu Semasa, Politik dan Dakwah | , | Leave a comment

Nasihat Agama dan Wasiat Iman – Pertama

pp0027

Wasiat Pertama

Maha suci Engkau ya Allah; sungguh kami tiada memiliki ilmu kecuali yang telah Engkau ajarkan kepada kami. Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

Alhamdullilah. Segala puji syukur bagi Allah, Tuhan Sang Pencipta semua makhluk, Yang menyeru hamba-hambanya seraya mengkhususkan sebahagian dari mereka dengan hidayah dan rahmah!Dan semua itu bersesuaian dengan kehendakNya yang azali. :Sungguh kami telah mewasiatkan kepada orang-orang yang diberi kitab sebelum kamu dan (juga) kepada kamu: “Bertakwalah kepada Allah”.(QS.4:131). Dan firman-Nya: “Allah menyeru (manusia) ke syurga Daru’s-Salam dan memimpin orang yang dikehendakiNya kepada jalan yang lurus” (QS.10:25.) Dan firman-Nya lagi: “Allah menentukan siapa yang dikehendaki-Nya, (untuk menerima) rahmayNya (yang khusus) dan Allahlah Yang Maha mempunyai kurnia yang besar”. (QS. 2:105).

Salawat dan salam bagi junjungan dan pemimpin besar kita: Nabi Muhammad Saw, juga bagi keluarganya serta para sahabatnya, para pembela agama nan lurus.

Amma ba’du: Assalamualaikum wa rahmatullah wa barakatuh.

Kepada saudaraku yang mencintai dan mengharap, yang mencari ilmu dengan bersungguh-sungguh, dan kepada setiap saudara seiman yang saling mencintai kerana Allah, Tuhan semesta alam, di mana saja keberadaannya, di penjuru Timur Bumi dan di Baratnya, di dataran dan lautan, yang datar mahupun yang berbukit-bukit dan di semua daerah sekitarnya.

Saudaraku yang tercinta,

Anda telah meminta kepada saya, agar menuliskan wasiat untuk anda, yang mudah-mudahan dapat membuat anda merasa bahagia,dan dapat anda jadikan pegangan kuat dalam perjalanan hidup anda. Untuk itulah saya akan berupaya memenuhi permintaan anda, sekalipun saya sebetulnya bukan ahlinya. Namun keinginan anda untuk mengajukan permintaan ini, demikian juga kesediaan saya utnuk memenuhi keinginan anda itu, semata-mata demi mengikuti uswah hasanah (peneladanan yang baik) yang memperoleh petunjuk dan para khalaf yang mengikuti mereka. Semoga Allah selalu meredhai mereka semuanya.

Memang sudah semenjak dahulu kala, tradisi saling mewasiati ini telah menjadi ciri khas dari akhlak mereka. Dan Allah s.w.t telah melukiskan sifat mereka itu dalam Al-Quran yang mulia, yang tiada datang kepadanya kebatilan, dari depan maupun dari belakangnya, yang diturunkan oleh Tuhan Yang Maha Bijaksana lagi Maha terpuji. Sebagaimana tercantum dalam kedua surah:Al-Balad dan Wa’l-Ashri. Maka terpeganglah erat-erat dengannya dan mintalah petunjuk Allah dan pertolongan-Nya selalu.

Takwa dan Peringkat-Peringkatnya

Ketahuilah, wahais audaraku, bahawa yang paling layak di utamakan dalam berwasiat, adalah wasiat tentang takwa kepada Allah Yang Maha Mulia dan Maha Bijaksana. Maka dengan ini, sya berwasiat kepada anda dan kepada diri saya sendiri, serta kepada segenap orang yang beriman dan kaum muslimin semuanya, agar bertakwa kepada Allah Rabb’ul –Alamin, kerana takwa merupakan sarana terpenting yang menghantarkan kepada kebahagian dunia dan akhirat. Takwa pula merupakan asas pondasi pemerkuat pilar-pilar aga,a. Kerananya, tanpa pondasi yang kukuh, sebuah bangunan akan lebih cenderung mengalami kehancuran daripada kesempurnaan.

Adapun takwa itu sendiri terdiri atas beberapa tingkatan:Pertama, menjauhi segala perbuatan maksiat dan segala yag diharamkan dalam agama. Yang demikian itu merupakan suatu kewajipan yang tidak boleh tidak. Kedua, menjauhkan diri dari perkara-perkara yang shubhat (yang meragukan, antara haram dan halal). Hal itu merupakan sikap kewaspadaan yang akan melindungi pelakunya dari terjerumus ke dalam sesuatu yang haram. Ketiga, menghindari hal-hal yang berlebihan dan tidak perlu, di antara yang mubah (yang dibolehkan, tidak diperintahkan dan tidak pula dilarang agama) demi memuaskan hawa nafsu semata-mata. Penghindaran diri seperti itu termasuk kategori ‘zuhud yang mendalam’ sepanjang pelaksanaannya disertai kerelaan dan kepuasan hati sepenuhnya atau tazahhud (yakni zuhud tingkat bawah yang dipaksakan) sepanjang pelaksanaannya masih disertai dengan perasaan enggan dan berat hati, kerana terpaksa melawan hawa nafsu. Kerananya, barang siapa meninggakan sesuatu kerana takut kepada manusia atau mengharapkan sesuatu yang ada pada mereka, maka ia-pada hakikatnya- hanya bertakwa kepada mereka dan bukan bertakwa kepada Allah. Sedangkan yang benar-benar bertakwa kepada Allah Swt, adalah yang melakukannya kerana semata-mata mengharapkan keredhaan-Nya, menginginkan pahala-Nya dan takut akan seksa-Nya.

Dan barangsiapa telah berdiri mantap dalam maqam ketakwaan, maka ia telah layak menerima ilmu yang diwariskan (‘ilm-l-wiratsah). Itulah ‘ilmu ladunni’ (al-‘ilm al-ladunniy) yang dihunjamkan Allah Swt secara langsung ke dalam hati para wali-Nya. Ilmu yang tidak tercantum dalam buku-buku, tidak tercakup dalam pengajaran yang bagaimanapun. Ilmu seperti itu, diharamkan Allah atas orang-orang yang menghamba kepada hawa nafsunya, yang telah diliputi kegelapan hati, yang hanya mementingkan selera nafsu mereka, berkaitan dengan apa yang dimakan, dipakai dan dinikahi. Ilmu ladunni seperti itulah yang diajarkan Allah Swt kepada hamba-hamba-Nya yang khusus seperti diisyaratkan dalam firman-Nya: “Bertakwalah kamu kepada Allah, nescaya Allah akan mengajari kamu”. Demikian pula dalam sabda Rasullah Saw .: “ barangsiapa mengamalkan ilmu yang diketahuinya, nescaya Allah akan mewariskan kepadanya ilmu yang belum diketahuinya.” Dan itulah buah dari amalan ilmu yang diperoleh dari Al-Quran dan Sunnah Nabi Saw., yang tersaring bersih dari segal;a noda hawa nafsu. Dan begitu pula buah dari upaya mengikuti jalan lurus yang disertai dengan penuh takwa, disamping menjauh dari sifat keangkuhan dan kebanggaan pada diri sendiri.

Dan tentunya takkan mungkin bagi seorang hamba, menyiapkan dirinya guna dapat meraih limpahan anugerah illahi yang demikian besarnya itu, tanpa sebelummnya melakukan riyadhah (pelatihan mental dan pengendalian diir) yang intensif, dengan cara memutuskan segala ajakan syahwat hawa nafsu, disertai dengan mengkonsentrasikan diri kepada Allah secara terus menerus, dalam beribadat kepada-Nya secara ikhlas dan murni semata-mata hanya untuk-Nya saja.

Keharusan Menuntut Ilmu

Saya berpesan selanjutnya hendaklah Anda selalu berusaha dengan sungguh-sungguh menuntut ilmu yang berguna, dengan cara membaca, menelaah buku-buku ataupun berdiskusi untuk mencapai hasil. Jangan sekali-kali meninggalkan upaya itu kerana malas atau bosan, atau pun kerana perasaan takut sekiranya anda nanti tidak mampu mengamalkan ilmu anda itu. Yang demikian itu merupakan kebodohan belaka.

Dan hendaklah anda dalam hal ini selalu membaikkan niat anda dan bermawas diri, jangan segera berpuas hati dengan merasa telah cukup berhasil, sampai anda benar-benar menguji diri anda sendiri. Selanjutnya, berupayalah sungguh-sungguh untuk mengamalkan ilmu yang telah anda ketahui itu, serta mengajarkannya kepada siapa yang belum mengetahuinya, baik anda diminta atau tidak. Dan apabila setan membisikkan kepada anda: “Janganlah mengajar sebelum kamu benar-benar menjadi alim yang luas ilmunya”, maka katakan kepadanya: “Kini aku apabila ditinjau dari apa yang telah kuketahui adalah alim (seorang yang berilmu), dan kerananya wajib untuk mengajarkannya kepada orang-orang lain. Sedangkan – apabila ditinjau dari apa yang belum kuketahui-maka aku kini seorang pelajar yang wajib belajar dan menuntut ilmu”. Ini tentunya berkenaan dengan ilmu yang wajib dipelajari. Adapun selebihnya, tak apalah jika anda pelajari juga.

Mengajarkan ilmu merupakan amal ibadat yang besar pahalanya, sepanjang diiring dengan niat baik yang dasarnya ‘kerana Allah’ semata-mata bukan kerana sesuatu lainnya, tanpa sedikit pun niat untuk meraih harta atau kedudukan.

Hendaklah anda, secara konsisten menelaah buku-buku para ulama terdahulu, terutama para tokoh sufi dan memperhatikan apa yang ada didalamnya. Kerana di situ terhimpun banyak petunjuk khusus tentang bagaimana mengenal Allah serta berbagai bimbingan tentang cara-cara pembaikan niat, keikhlasan dalam beramal pendidikan jiwa dan lain sebagainya. Semuanya itu adalah ilmu-ilmu sangat bermanfaat yang tentunya akan menuntun kearah keberuntungan dan keselamatan.

Dan tiada yang enggan memperhatikan dan membaca buku-buku seperti itu, kecuali orang-orang yang sudah buta mata hatinya atau gelap jiwanya. Walaupun demikian sekiranya waktu anda sangat terbatas, tidak cukup untuk mengkaji buku-buku itu secara keseluruhan, maka khususkanlah pengkajian anda pada buku-buku karangan Imam Ghazali kerana itulah yang paling banyak manfaatnya, paling lengkap isinya dan paling menarik susunan kata-katanya.

Kehadiran Hati dan Kekhusyukan Anggota Tubuh

Saya berpesan, hendaklah anda selalu menghadirkan diri dan mengkhusyukkan anggota badan di saat melakukan ibadah-ibadah anda. Dengan demikian anda akan meraih buah hasilnya dan tersinari oleh percikan cahayanya. Dan hendaklah anda selalu dalam keadaan siap untuk menerima pengawasan Allah atas segala gerak geri anda. Camlah selalu dalam hati anda bahwa Allah Swt. Adalah Maha cermat dalam pengamatan-Nya dan Maha dekat dengan diri anda.

Upayakanlah agar anda mampu menjadi penasihat bagi diri anda sendiri dan sekaligus pemberi peringatan kepadanya. Ajaklah ia ke jalan Allah dengan Hikmah kebijaksanaan serta nasihat yang baik. Berikan pengertian kepadanya bahwa pengabdian dan ketaatan kepada Allah Swt. Akan membawa rasa kenikmatan abadi, serta kemulian dan kekayaan yang besar. Sebaliknya, meninggalkan pengabdian dan ketaatan lalu melakukan perbuatan maksiat, akan berakibat seksaan batin yang pedih dan kehinaan yang besar. Nafsu manusia, kerana kebodohannya, tidak mahu melakukan atau meninggalkan apa pun kecuali demi sesuatu yang diingininya ataupun yang ditakutinya. Ini mengingat nafsu manusia memang bertabiat selalu malas melakukan ketaatan dan sebaliknya cenderung melakukan pelanggaran.

Saya juga berpesan, hendaklah anda tidak mensia-siakan sedetik pun dari waktu-waktu anda, bahkan setarikan nafas pun, kecuali yang akan membawa manfaat bagi diri anda dalam kehidupan akhirat anda ataupun kehidupan dunia anda yang dapat menolong anda di dalam kehidupan akhirat kelak.

Menghilangkan Was-Was Setan Dari Dalam Hati

Adakalanya muncul dalam hati manusia pelbagai was-was (bisikan jahat setan yang menimbulkan keraguan dalam hati), yang paling sulit diantaranya ialah menyangkut masalah akidah, demikian pula dalam pelbagai amalan peribadatan.

Adapun salah satu cara agar bisa terhindar dari was-was itu ialah, antara lain dengan meneliti secara saksama:apabila was-was tersebut sudah jelas-jelas berkaitan dengan kebatilan, seperti meragukan tentang eksistensi Allah dan hari akhirat, maka tiada jalan lain baginya kecuali harus menolaknya dengan tegas, dengan berpaling darinya dan memohon perlindungan Allah Swt. Secara tulus, seraya memperbanyak zikir kepada-Nya.

Akan tetapi bilamana bisikan was-was itu masih dalam kerangka sesuatu yang meragukan:apakah termasuk sesuatu yang haqq atau bathil, maka hendaklah meminta fatwa tentang hukumnya kepada orang-orang yang berilmu dan beroleh petunjuk;kemudian berpegang erat-erat dengan fatwa mereka dan mengandalkannya. Adapun setiap perbuatan hati yang dilakukan tanpa adanya unsur kesengajaan, maka kafarat (penebus)-nuya adalah dengan bersikap membencinya.

Menjaga Lidah

Saya berpesan kepada anda agar berupaya sungguh-sungguh dalam menjaga llidah dari ucapan sia-sia. Sebab, lidah adalah cermin isi hati. Kata seorang bijak: “Lidah itu bagaikan binatang buas, bila egkau mengurungnya, ia akan menjagamu. Tetapi bila engkau melepaskannya, ia akan menerkammu”.

Oleh sebab itu, usahakanlah menyibukkan lidah anda hanya dengan sesuatu yang memanng termasuk urusan anda sendiri, misalnya dengan membaca Al-Quran, berzikir dan menyeru manusai ke arah kebaikan. Jangan sekali-kali melibatkannya dalam hal-hal bukan urusan anda. Iaitu ucapan-ucapan yang tidak anda harapkan pahalanya apabila anda ucapkan, dan yang tidak pula anda khuatirkan akan terkena hukuman apabila tidak anda ucapkan. Setiap ucapan menimbulkan konsekuensi antara lain terjerumus dalam suatu tindakan terlarang atau menyia-yiakan waktu yang amat berharga dalam hal-hal yang sama sekali tidak bermanfaat atau meningggalkan bekas yang tidak menyenangkan di dalam hati. Jelasnya, setiap gerak yang dilakukan atau kalimat yang diucapkan, pasti akan meninggalkan bekas didalam hati. Jika hal itu merupakan bagian dari ketaatan kepada Allah Swt, nescaya akan menimbulkan cahaya di dalamnya. Dan sekiranya hal itu merupakan sesuatu yang mubah sekalipun (yang tidak dianjurkan dan tidak pula dilarang), maka kebanyakan dari hal itu akan menimbulkan kekerasan hati. Apalagi jika hal itu merupakan sesuatu yang terlarang, nescaya akan menimbulkan kegelapan.

Selanjutnya saya berpesan kepada anda agar menghindarkan lidah dan hati anda dari segala perbuatan yang merugikan kaum Muslim secara keseluruhan. Seperti, misalnya berprasangka buruk terhadap mereka. Kerananya jangan sekali-kali bergaul dan duduk berbincang-bincang dengnan orang-orang yang suka menggunjing atau menujukan cercaan terhadap kaum muslim.

Dan jika sampai ke pendengaranmu tentang suatu pebuatan buruk dari seseorang di antara mereka (kaum muslim), sedangkan anda merasa mampu menasihatinya, maka lakukanlah. Atau jika tidak – jangan sekali-kali menyebutkan tentang keburukannya itu di hadapan orang lain, sehingga dengan demikian anda telah melakukan dua keburukan sekaligus: pertama dengan tidak memberinya nasihat; dan kedua, mengucapkan sesuatu yang buruk berkenaan dengan peribadi seorang muslim.

Berbangga Diri

Selanjutnya, saya berpesan hendaknya anda tidak merasa diri lebih baik dari orang lain. Apabila perasaan seperti itu terlintas dalam hati anda, sedarilah betapa anda sudah sering kali melakukan kesalahan-kesalahan di masa lalu. Bagaimanapun juga, seorang yang berakal sihat pasti mengetahui bahawa dirinya sendiri sarat dengan berbagai aib dan kesalahan. Maka hendaklah ia menyakini hal itu dan tidak meragukannya sedikit pun. Dan tidaklah sepatutnya ia menuduh siapa pun dengan keburukan yang belum tentu ada padanya. Sebab, kebanyakkan dari apa yang anda ketahui dari saudara-saudara anda adalah berdasarkan persangkaan dan dugaan semata-mata. Sedangkan persangkaan adalah ucapan-ucapan yang paling banyak mengandung kebohongan (sebagaimana disebutkan dalam sebuah hadis-penerj.) Disamping itu, mungkin saja terdapat alasan-alasan pemaafan berkaitan dengan sebahagian keburukan yang diperkirakan seperti itu. Walaupun demikian, tidak sepatutnya seseorang membuka pintu pemaafan bagi dirinya sendiri, mengingnat hal itu akan membuat hati lebih cenderung kepada penyia-yiaan waktu dan terjerumus lebih dalam lagi dalam lembah-lembah syahwat hawa nafsu.

Sungguh, betapa perlunya bagi setiap individu pada zaman ini untuk memberikan dalih-dalih pemaafan serta alasan-alasan pembenaran bagi orang lain, mengingat langkahya orang-orang yang benar-benar jujur dan istiqamah, di samping banyaknya berita-berita bohong yang disebarluaskan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Menjauhkan Diri Dari Pergaulan Yang Tidak Sihat

Sungguh berbahagialah orang yang memisahkan diri dari masyarakat zaman ini, dan lebih memilih menyibukkan dirinya bersama Tuhannya daripada melibatkan diri dalam pergaulan dengan mereka dan segala keburukan mereka; dengan penuh ketabahan, sampai datangnya ‘keyakinan’ yang berupa pembukaan pintu hatinya ke arah alam malakut yang tinggi-jika ia termasuk dalam kalangan ‘khusus’ atau sampai datang kepadanya ‘keyakinan’ yang lain, yakni kematian, sebagaimana diisyaratkan (dalam Al-Quran), baik ia tergolong di kalangan khusus ataupun awam.

Oleh sebab itu, saya berpesan kepada anda, jauhkanlah dirimu dari pergaulan dengan siapa saja yang curigai keadaannya; jangan duduk-duduk besama mereka, atau bercampur gaul dengan mereka. Kecuali dalam keadaan di mana anda sangat memerlukannya. Itu pun dengan penuh kewaspadaan dan sikap hati-hati, demi terhindarnya anda dari keburukan anda sendiri an terhindarnya anda dari keburukan mereka. Demikian itulah hendaknya dasar niat anda ketika menjauhi pergaulan dengan mereka itu.

Maka janganlah duduk bersama siapa pun kecuali mereka yang akan memberimu manfaat dalam agamamu. Apabila hal seperti itu sulit terlaksana, maka larilah menjauh dari mereka yang akan membawa petaka bagi agamu, sebagaimana anda lari jauh menjauh dari binatang buas, bahkan labih dari itu. Kerana binatang buas hanya akan melukai anggota tubuhmu, yang nantinya hanya akan menjadi mangsa ulat bumi, sedangkan setan yang satu ini akan merosak kalbumu, yang dengannya anda mengenal Tuhan dan agama anda, dan akan menghantarmu ke akhirat dengan selamat.

Kewajipan Mengenali Dasar Hukum Allah dalam Segala Hal

Saya berpesan agar anda tidak melibatkan diri dalam suatu perkara apa pun yang belum anda ketahuid asar hukum Allah tentangnya. Upayakanlah mencar kejelasan terlebih dahulu mengenai ketetapan hukum Allah itu sebelum bertindak,s ehingga cukup jelasa bagi anda, mana yang diredhai Allah mengenai tindakan anda itu, dan mana yang ahrus anda tinggalkan. Dengan demikian, anda telah melakukan atau meninggalkan suatu pekerjaan dengan kepastian dan niat yang baik adanya.

Bersikap Tawadhu’ (Rendah Hati)

Saya juga berpesan agar anda selalu bersikap tawadhu’ (rendah hati). Sikap tawadhu’ adalah sifat yang terpuji pada segala kondisi, kecuali dalam satu hal saja, yaitu ber-tawadhu’ di hadapan para ahli dunia dengan tujuan ingin mendapatkan sesuatu dari dunia mereka atau harta mereka. Sedangkan sifat takabur (angkuh atau tinggi hati) adalah sifat yang amat tercela pada segala kondisi, kecuali dalam hal mneghadapi orang-orang zalim yang terus menerus berbuat kezaliman. Sikap yangd emikian itu demi menujukan teguran atau protes keras terhadap mereka, asal saja keangkuhan seperti itu hanya tampak secara lahirian saja, sementara hati kita kosong dari sifat keangkuhan seperti itu.

Melakukan Kebajikan Terhadap Sesama Muslim

Saya berpesan hendaklah anda selalu meniatkan yang baik-baik saja bagi seluruh kaum Muslim. Cintailah bagi mereka apa yang anda cintai bagi diri anda sendiri, dalam urusan duniawi maupun ukhrawi dan tidak menyukai sesuatu yang menimpa mereka sebagaimana anda tidak menyukai hal itu menimpa diri anda sendiri baik dalam urusan duniawi maupun ukhrawi. Berdialoglah dengan mereka ucapan-ucapan yang baik, tidak yang mengandung pelanggaran. Ucapkan salam kepada mereka kapan saja bertemu. Bersikaplah selalu rendah hati, lemah lembut, penuh kasih sayang terhadap mereka. Tunjukkan rasa hormat dan penghargaan kepada siapa-siapa yang berperilaku baik, dan upayakanlah agar memaafkan siapa-siapa yang berperilaku buruk. Dan berdoalah bagi mereka yang berdosa agar Allah Swt memberikan kemudahan kepada mereka untuk segera bertaubat. Dan bagi mereka yang telah berbuat kebaikan agar Allah Swt. Menganugerahkan sifat istiqamah, atau konsisten dalam melakukan kebaikan-kebaikan sampai akhir hayat.

Jangan sekali-kali bersikap atau bergaya hidup meniru-niru kaum yang sombong dan angkuh, baik dalam cara mereka berbicara, berbusana, berjalan, duduk dan sebagainya. Kerana barangsiapa meniru tingkah laku dan kebiasaan suatu kaum, maka ia termasuk golongan mereka juga, sekalipun ia sendiri tidak melakukan perbuatan-perbuatan yang biasa mereka lakukan. Ini meliputi semua aspek kehidupan, yang baik apalagi yang buruk.

Membiasakan Diri Hidup Sederhana

Saya juga berpesan kepada anda, hendaklah selalu menngutamakan keserdehanaan dalam pola kehidupan anda sehari-hari, baik yang berkenaan dengan makanan, busana maupun rumah tempat tinggal anda. Semata-mata demi bersikap rendah hati (ber-tawadhu’) dalam agama, lebih mengutamakan akhirat dan sebagai manifestasi dari menjadikan Nabi Muhammad Saw. Sebagai teladan utama.

Ketahuilah bahawa melaksanakan keserdahanaan dalam kehidupan duniawi merupakan titk pangkal dari segala kebaikan. Dan tidaklah Allah Swt. Mengkhususkan seseorang dengan sikap seperti itu, kecuali ia pasti mengkehendaki kemuliaan baginya dalam kehidupan didunia maupun di akhirat. Dengan syarat, ia merasa ridha (puas hati) sepenuhnya atas apa yang dianugerahkan Allah Swt. baginya, tidak tertarik kepada keindahan duniawi yang ada di sekelilingnya dan tidak mengharap-harap diberikan kepadanya apa yang diberikan oleh-Nya kepada para ahli dunia, agar ia dapat merasakan kenikmatan duniawi seperti yang mereka rasakan.

Berserah Diri dan Berikhlas Kepada Allah

Saya berpesa pula kepada anda, keluarkan setiap harapan ataupun kecemasan yang anda rasakan dalam hati anda terhadap siapa pun di antara makhluk Allah. Sebab, adanya perasaan seperti itu akan menjadi penghalang bagi anda untuk menegakkan kebenaran dan jangan sekali-kali membiarkan rasa takut akan kemiskinan menyelinap ke dalam hati anda kerana yang demikian itu merupakan seburuk-buruk pendamping diri anda sendiri.

Janganlah pula memikirkan secara berlebihan segala yang berkaitan dengan perolehan rezeki. Terlalu memikirkan hal seperti itu tidak ada dasarnya selain adanya keraguan berkaitan dengan takdir Allah Swt. Apa saja keuntungan ataupun kerugian yang telah ditakdirkan untuk anda pasti akan terlaksana ; dengan atau tanpa usaha anda sendiri, sesuai dengan apa yang telah digoreskan oleh pena Allah dalam Al-Lauh Al-Mahfuzh. Oleh sebab itu, apa gunanya bersikap berlebihan dalam memikirkan sesuatu yang telah selesai urusannya, dan tentang hal itu hati anda telah ditenangkan oleh Allah Swt dengan penjelasan dalam kitab-Nya bahawa ia telah memberikan jaminan bagi anda (tentang rezeki yang disediakna bagi setiap makhlukn-Nya) seraya bersumpah dengan diri-Nya sendiri. Oleh sebab itu, pusatkanlah perhatian anda untuk melaksanakan hak Allah Swt. yang telah diwajibkan pelaksanaannya atas diri anda. Kerana, sesungguhnya kebanyakan manusia zaman sekarang menghadapi fitnah (ujian berat atau bencana), berupa memikirkan secara berlebihan tentang rezeki. Hal itu merupakan hukuman atas mereka akibat melalaikan pelaksanaan perintah-perintah Allah seraya mengerjakan laran-larangan-Nya.

Saya juga berpesan, agar anda senantiasa bersikap lemah-lembut dalam setiap urusan, mengutamakan keikhlasan dalam setiap amal dan kegiatan, meninggalkan kesibukan-kesibukan yang menghalangi antara anda dan Allah Swt. terutama yang berkenaan dengan harta dan keluarga. Berkonsentrasilah hanya dalam sesuatu yang bermanfaat bagi kehidupan anda dalam kehidupan mendatang. Kembalilah kepada Allah dan bertawakallah kepada-Nya dalam setiap keadaan; seraya meneladani Rasullulah Saw. Dalam akhlak, ucapan dan perbuatan.

Usahakanlah sungguh-sungguh untuk membeningkan hatimu dan menyinarinya dengan tiga hal: Pertama, dengan membaca Al-Quran dengan tartil dan tadabbur (yakni menekuni tatacara pembacaannya dan merenungi maknanya). Kedua, dengan ber-zikrullah dengan penuh adab dan kehadiran hati. Ketiga, dengan melakukan qiyamullail (shalat malam) dengan hati luluh dan anggota tubuh yang khusyu’.

Ada tiga hal yang perlu anda lakukan demi memudahkan terlaksananya letiga amalan di atas..

Pertama, meringankan perut dengan hanya makan sedikit saja.

Kedua, memisahkan diri dari kelompok manusia yang lalai akan tuhannya.

Ketiga, membebaskan diri dari kesibukan dunia yang fana

Mengerjakan Shalat Sunnah Witir dan Membaca Doa Sesudahnya

Saya berpesan pula, agar anda senantiasa mengerjakan shalat witir sebanyak sebelas rakaat. Ucapkanlah doa sesudah selesai mengerjakannya dan sesudah membaca beberapa teks tasbih dan doa yang telah diriwayatkan dari Nabi Muhammad saw, yaitu sebanyak empat puluh kali:

(Tiada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, sungguh aku termasuk kaum yang zalim).

Dan sesudah melakukan shalat sunnat subuh, sebanyak empatpuluh kali:

(Ya Allah, Yang Maha Hidup, Yang Maha Pengawas, tiada tuhan selain Engkau).

Dan setelah itu, sebanyak duapuluh tujuh kali;

(Aku memohon ampunan bagi orang-orang Mukmin & Mukminat).

Mengerjakan Shalat Sunnah Dhuhâ

Biasakanlah pula mengerjakan shalat sunnah dhuhâ secara rutin, sebanyak delapan rakaat, dan irirngilah dengan bacaan sesudahnya, sebanyak empatpuluh kali:

(Ya Allah, ampunilah daku dan berikanlah taubat (atas segala dosa-ku). Sesungguhnya Engkaulah Maha Pemberi Taubat lagi Maha Penyayang).

Dan bacalah pula sesudah shalat Zhuhur, sebanyak seratus kali:

(Tiada tuhan selain Allah, Sang Maha Diraja, Yang Maha Benar senyata-nyatanya).

Demikian juga sesudah shalat Asar, sebanyak duapuluh lima kali:

(Aku memohon ampunan Allah Yang Tiada Tuhan selain Dia; Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang; Yang Maha Hidup dan takkan tersentuh oleh kematian, dan aku bertaubat kepada-Nya. Ya Allah ampunilah daku).

Dan setelah shalat subuh serta setiap selesai shalat lima fardhu, bacalah sebanyak tiga kali:

(Maha Suci Allah, dan puji syukur bagi-Nya, tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan perkenan-Nya, Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung; sebanyak bilangan ciptaan-Nya, sebesar keredhaan-Nya, seberat ‘Arsy-Nya dan sebanyak tinta yang digunakan untuk menuliskan ciptaan-ciptaan-Nya)

Setelah itu, bacalah juga sebanyak tiga kali:

(Maha Suci Engkau Wahai Tuhanku, puji syukur bagi-Mu, aku bersaksi bahawa tiada tuhan selain Engkau, dan aku memohon ampunan-Mu dan bertaubat kepada-Mu. Dan aku memohon dari-Mu semoga engkau melimpahkan salawat dan salam atas hamba-Mu dan utusan-Mu: junjungan kami Nabi Muhammad saw, keluarganya dan para sahabatnya).

Saya juga berpesan agar anda senantiasa membaca, pada setiap hari dan secara rutin, beberapa zikir yang biasa dibaca pada pagi hari maupun sore hari. Teks-teks semua itu dapat anda peroleh dalam berbagai buku yang memang memuat doa-doa dan zikir-sikir seperti itu. Misalnya dan yang paling utama di antaranya adalah kitab Al-Adzhar An-Nawawiyah. Sekiranya anda ingin melakukan hal tiu, pilihlah di anatra doa-doa dan zikir-zikir yang tercantum di dalamnya, yang paling sahih, paling afdal dan paling mencakup makna yang anda inginkan.

Penutup

Sebagai penutup pesan-pesan ini, di bawah ini saya kutipkan dua ayat Al-Quran yang mulia, serta dua hadis Nabi Saw. Serta beberapa atsar (peninggalan) yang diriwayatkan darias-salaf ash-shâleh (para tokoh terdahulu yang baik-baik):

Kedua ayat tersebut adalah firman Allah Swt.: “Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apas aja yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat). Dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa saja yang kamu kerjakan. Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang lupa akan Allah, lalu Allah menjadikan meraka lupa akan diri mereka sendiri. Sungguh mereka itulah orang-orang yang fasik “(QS. Al-Hasyr [59] : 18-19).

Adapun kedua sabda Rasulullah saw adalah:

“Tiga perkara yag menyelamatkan: (1) takut kepada Allah dalam keadaan ghaib dan nyata, (2) kalimat yang adil dalam keadaan ridha maupun marah, dan (3) bersikap sederhana dalam keadaan kaya maupun miskin. Sedangkan tiga perkara yang membinasakan adalah: (1) sifat kikir yang dipatuhi, (2) hawa nafsu yang diikuti, dan (3) perasaan bangga pada diri sendiri.”

“barang siapa takut tertinggal, nescaya segera meneruskan perjalanan, dan barang siapa meneruskan perjalanan, nescaya mencapai tempat tujuan. Ketahuilah, ‘barang dagangan’ Allah amat mahal harganya. Dan sungguh,’barang dagangan Allah adalah syurga!”

Dan telah berkata Abubakar Ash-Shiddiq r.a. kepada Umar bin Khattab r.a. pada saat menunjukkan sebagai penggantinya menjabat sebagai khalifah, “ Bertakwalah Engkau wahai Umar, bilamana Engkau berkuasa atas manusia! Ketahuilah, bahawasanya Allah Swt mewajibkan atas manusia: beberapa kewajipan yang harus dikerjakan pada malam hari, yang takkan ia menerimanya apabila dikerjakan pada siang hari. Dan juga mewajibkan beberapa kewajipan yang harus dikerjakan pada siang hari, yang takkan ia menerimanya bilamana dikerjakan pada malam hari. Dan bahawasanya ia takkan menerima suatu amalan yang bersifat sunnah (anjuran), sampai amalan yang bersifat fardhu telah ditunaikan sebelumnya. Adapun beratnya neraca timbangan manusia pada hari kiamat kelak, bergantung pada seberapa jauh mereka mengikuti kebenaran ketika masih hidup di dunia. Sedangkan ringannya neraca timbangan mereka pada hari kiamat nanti bergantung pada seberapa jauh mereka telah mengikuti kebatilan ketika masih hidup di dunia.”

Dan telah berkata Ali bin Abi Thalib k.w. (karramallahu wajhah), “ Ada enam perkara yang barang siapa mengamalkannya, tidak lagi perlu bersusah payah mencari-cari syurga dan tidak perlu pula merasa cemas akan seksa api neraka: (1) orang yang mengenal Allah lalu takut kepada-Nya. (2) orang yang mengenal setan lalu menentangnya. (3) Orang yang mengenal kebenaran lalu mengikutinya. (4) orang yang mengetahui kebatilan lalu menjauhkan diri darinya. (5) orang yang mengenal kesenangan dunia lalu menolaknya. (6) orang yang mengenal akhirat lalu mendarinya.”

Seseorang bertanya kepada seorang dari kalangan salaf (tokoh terdahulu) : “Bagaimana jalan menuju Allah?”

Seandainya anda mengenal Allah, tentu anda akan mengetahui jalan menuju kepada-Nya.” Jawab si tokoh yang ditanyai.

“Subhanallah! Bagaimana mungkin saya beribadat kepada sesuatu yang tidak saya kenal?”. “Bagaimana pula anda melakukan maksiat kepada yang telah anda kenal?”.

Seorang saleh berkata kepada seorang sufi dari kalangan abdâl : “Tunjukilah aku suatu amalan, yang dengannya aku bisa menemukan hatiku bersama-sama Allah selamanya.”

“Jangan melihat kepada manusia, kerana melihat mereka itu, menimbulkan kegelapan di dalam hati.”

“Aku tidak bisa melakukan seperti itu.” Kata orang itu.

“Kalau begitu, jangan mendengarkan omongan mereka kerana mendengar omongan mereka menyebabkan kekerasan hati.”

“Aku tidak kuasa melakukan seperti itu.”

“Jangan berurusan dengan mereka, kerana berurusan dengan mereka menimbulkan perasaan keterasingan ( dari Allah).”

“Bagaimana mungkin aku mampu bersikap seperti itu, sedangkan aku berada di tengah-tengah mereka.”

“Janganlah merasa senang dan nyaman berada di tengah-tengah mereka.”

“Kalau ini, mudah-mudahan saja aku mampu melakukannya.”

“Wahai engkau ini, memandang kepada orang-orang yang lalai, mendengar perkataan-perkataan orang-orang yang berbuat pelanggaran dan berurusan dengan orang-orang yang tak berguna, lalu masih ingin hati anda bersama Allah selalu?!”

Muhammad bin Ka’b Al-Qurazhi berkata: “ Tiga sifat, barang siapa menyandangnya, sungguh telah sempurna imannya: apabila dalam keadaan redha, tidak menyebabkannya terseret ke dalam kebatilan; apabila dalam keadaan marah, tidak menyebabkannya keluar dari kebenaran; dan apabila memiliki kemampuan, tidak menyebabkannya mengambil sesuatu yang bukan haknya.”

Ibrahim Bin Ad-Ham (rahimahullah) berkata: “Para wali Allah selalu berpesan kepadaku apabila aku sedang bersama ahli dunia, hendaklah aku menasihati mereka dengan empat hal: “Barang siapa banyak berbicara, tidak akan merasakan kelazatan beribadah. Barangsiapa banyak tidurnya, takkan menemukan keberkahan dalam usianya. Barang siapa mengharapkan keredhaan kebanyakkan manusia, jangan berharap akan memperoleh keredhaan Allah. Dan barang siapa banyak bicara tentang apa yang bukan urusannya sendiri atau menggunjingkan orang lain, takkan keluar dari dunia ini dalam keadaan menyandang keislaman.”

Seseorang bertanya kepada Hâtim Al-Ashamm: “ Dari mana anda makan ?”

“ Dari khazanah Allah,” jawab Hâtim.

“ Apakah dilimpahkan atas anda roti dari langit ?” tanya orang itu lagi.

“Seandainya bumi ini bukan milik-Nya, pasti akan dilimpahkan-Nya dari langit.”

“Anda hanya pandai mengucapkan kata-kata!”

“Bukankah yang turun dari langit (yakni untuk para nabi) tidak lain adalah kata-kata juga?”

“Ah, aku tidak sanggup berdebat dengan anda,” kata orang itu.

“Itu kerana kebatilan tidak akan berjalan seiring dengan kebenaran.”

Telah berkata Ibrahim Al-Khawwâs : “Ilmu itu semuanya tercakup di dalamdua kalimat: “Jangan membebani diri untuk memperoleh sesuatu yang memang telah dijaminkan sepenuhnya untuk anda (yakni rezeki), dan jangan mengabaikan apa yang telah dituntut dari anda (yakni untuk dikerjakan).”

Sahl bin Abdullah Ash-Shufi berkata: :Barangsiapa hatinya bersih dari kekeruhan, penuh kearifan dengan pengalaman, dan telah sama baginya antara emas dan loyang, nescaya tak lagi membutuhkan sesuatu apa pun dari manusia selainnya.”

Berkata Sariyy As-Saqathi : “ Barangsiapa mengenal Allah, akan merasakan hidup (yang sebenarnya).Barangsiapa mencintai dunia, akan kehilangan akal. Adapun orang yang berakal, akan selalu berkelana siang dan malam tanpa ada guna.”

Berkata Abu Sulaiman Al-Dârâni : “Apabila nafsu manusia telah terbiasa menghindar dari dosa-dosa, roh mereka akan berkelana di alam malakut yang tinggi,dan kembali lagi kepada mereka dengan membawa berbagai hikmah yang indah-indah, tanpa harus diajarkan kepadanya oleh ilmuwan mana pun.”

Berkata Al-Junaid” :Kami tidak memperoleh ilmu tasawuf dari kata si anu. Tapi kami memperolehnya dari menahan lapar, meninggalkan dunia dan memutuskan hubugan dengan apa yang hanya berupa kebiasaan dan kegemaran.”

Seseorang dari kalangan sufi ditanya tentang apa itu tasawuf. Ia menjawab, “Itu adalah keluarnya seseorang dari setiap perilaku buruk, dan masuknya ia ke dalam setiap perilaku yang baik.”

Syaikh AbdulKadir Al-Jailani (r.a) berkata : “Barangsiapa benar-benar mengetahui apa yang dicari, ringanlah baginya segala pengorbanan.”

Kata beliau lagi: “Jadilah engkau, ketika bersama Al-Haqq (Allah Swt), seolah-olah tidak ada seorang pun makhluk, dan jadilah, ketika sedang bersama makhluk, seolah-olah engkau tak memiliki nafsu terhadap apa pun. Kerana jika engkau bersama Al- Haqq seolah-olah tak ada seorang pun makhluk, nescaya engkau akan ‘menemukan’ dan ‘mengenal’ dan dirimu pun ‘sirna’ (fana) dari segalanya. Dan jika engkau ketika bersama makhluk, seolah-olah tak memiliki nafsu apa pun, nescaya dirimu akan menjadi penuh keadilan dan ketakwaan dan terhindar dari segala beban.”

Syaikh Abu Al-Hasan Al-Syâdzili r.a. berkata: “Orang kecintaanku berpesan kepadaku: “Janganlah melangkahkan kedua kakimu kecuali ke tempat di mana kau harapkan dapat menjumpai pahala Allah di sana. Janganlah duduk di mana pun kecuali di suatu tempat di mana engkau akan merasa aman dari pengaruh maksiat kepada Allah. Dan janganlah bersahabat kecuali dengan seseorang yang bisa membimbingmu kepada Allah, atau kepada perintah Allah. Namun sungguh sedikit sekali orang semacam itu.”

Dan katanya lagi: “Barang siapa mengaku dirinya mengalami suatu hal (keadaan, kedudukan) bersama Allah, tapi tampak darinya salah satu di antara lima sifat tertentu, maka ia adalah pembohong besar, atau hilang akalnya. Kelima sifat itu adalah: (1) berpura-pura (bersikap riya’) ketika  melaksanakan ketaatan kepada Allah; (2) melepaskan anggota-anggota tubuhnya terlibatd alam kemaksiatan  kepada Allah; (3) serakah terhadap milik makhluk Allah yang lain; (4) gemar memfitnah dan mengumpat orang-orang yang taat kepada Allah; (5) tidak menaruh rasa hormat terhadap kaum Muslim sebagaimana diperintahkan Allah s.w.t.”

Syaikh Ahmad (yang dikenal dengan nama Syaikh Zarruq r.a.) berkata; “Pokok-pokok ‘jalan’ para sufi ada lima: (1) bertakwa kepada Allah dalam keadaan sendirian mahupun ketika bersama orang lain. (2) mengikuti sunnah Nabi Saw., dalam perkataan atau perbuatan. (3) berpaling dari manusia ketika datang maupun pergi. (4) rela dan lapang dada sepenuhnya, terhadap apa yang diberikan Allah,s edikit maupun banyak. (5) kembali kepada Allah, dalam keadaan suka dan duka.”

(Semoga Allah berkenan meredhai para tokoh itu semuanya, dan menjadikan saya dan kalian semua termasuk dari golongan mereka itu dengan kurnia-Nya, Amin!)

Alhamdulillah, puji syukur ke hadirat Allah Swt. yang telah memberikan petunjuk kepada kita. Sungguh, tiada kita akan beroleh petunjuk ,sekiranya Allah tidak berkenan memberikan petunjuk-Nya kepada kita. Telah datang utusan-utusan Tuhan kita dengan membawa kebenaran. Apa saja rahmat yang Allah bukakan pintunya untuk manusia, tak seorang pun mampu menahannya, dan apa saja yang Allah cegah, tak seorang pun sanggup untuk melepaskannya sesudah itu. Dan dialah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Ketahuilah wahai saudaraku, bahwa semua yang telah saya wasiatkan kepada anda, telah pula saya wasiatkan kepada diri saya sendiri dan segenap rekan-rekan dan sahabat-sahabat saya khususnya, serta kepada siapa saja yang sampai kepadanya wasiat ini, di antara saudara-saudara kita kaum Muslimin pada umumnya.

Salawat Allah dan salam-Nya semoga tercurahkan atas Nabi kita Muhammas Saw. Beserta keluarga dan para sahabat beliau.

[Sumber: Amanah Hawi Al Khairat]

21/04/2013 Posted by | Tasauf, Tazkirah | , , | Leave a comment

Meninggalkan perintah Fasiq dan Munafiq

Munafiq Alim

Seorang wanita datang kepada Hasan al-Basri ra seraya berkata, “Sesungguhnya aku punya anak gadis yang telah meninggal. Aku ingin agar bermimpi berjumpa dengannya. Ajarkan aku sesuatu padaku agar aku dapat bermimpi berjumpa dengannya.” Kemudian Hasan mengajarinya sesuatu. Maka wanita itu lalu bermimpi melihat anak gadisnya memakai pakaian aspal. Di lehernya ada rantai membelenggu. Serta kakinya pun diikat. Kemudian dengan rasa sedih dia menceritakan hal itu kepada Hasan. Setelah selang beberapa lama, Hasan bermimpi bertemu gadis itu di Syurga.

Di kepalanya memakai mahkota. Gadis itu bertanya, “Wahai Hasan, akulah anak gadis wanita yang datang kepadamu, dan mengatakan demikian..Apakah engkau tidak mengenaliku?” Lalu Hasan berkata, “Apa yang menyebabkanmu berubah seperti apa yang aku lihat ini?” Gadis itu berkata, “Ada seorang lelaki melalui kami. Dia membaca selawat kepada Nabi SAW sekali. Sedang dalam kubur ada lima ratus lima puluh orang sedang diseksa.

Kemudian ada suara berkata, “Wahai angkatlah mereka seksaan berkat selawat lelaki itu!” Berkat selawat kepada Nabi SAW sekali saja, mereka diampuni. Maka bagaimana dengan seseorang yang membaca selawat sejak lima puluh tahun, apakah tidak mendapatkan syafaar Nabi di hari Kiamat?”

Firman Allah:

Ertinya: “Orang-orang munafik lelaki dan orang-orang munafik perempuan, sesetengahnya serupa dengan yang lain. Mereka menyuruh yang mungkar dan melarang memperbuat yang makhruf, mereka menggenggam tangannya (bakhil). Mereka melupakan Allah dan Allah melupakan mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itu ialah orang-orang yang fasik. Allah telah menjanjikan Neraka Jahanam untuk orang-orang munafik lelaki dan orang-orang munafik perempuan dan orang-orang kafir serta kekal di dalamnya. Itu cukup (untuk balasannya), Allah mengutuki mereka, dan untuk mereka seksaan yang abadi.”

Maka Rasulullah segera bertanya lagi, “Mengapa engkau tidak menceritakan penduduk pintu ketujuh?” Lalu Jibril menjawab, “Wahai Muhammad, janganlah engkau bertanya kepadaku tentang itu.” “Ceritakanlah kepadaku.” desak Nabi. Kemudian Jibril berkata: “Di situlah tempat orang-orang sombong dari umatmu yang mati sebelum bertaubat.”

Kredit: Khilafah

20/04/2013 Posted by | Tasauf, Tazkirah | , | Leave a comment

Haram mengkhianati sesama Islam

Hadith:

Daripada Abu Hurairah katanya, sabda Rasulullah SAW, ”Seorang Muslim adalah saudara kepada muslim yang lain, dia tidak harus mengkhianatinya, mendustakan atau mendustainya, tidak juga membiarkannya (tanpa menolong atau melindunginya). Menjadi kewajipan antara orang Islam menjaga kehormatan, harta dan darahnya. Taqwa adalah di sini (sambil mengisyaratkan kedadanya). Sudah cukup seseorang itu untuk dianggap jahat sekiranya dia menghina saudaranya sesama Islam.” [Riwayat: at-Tirmizi, katanya hadis hasan]

Huraian Hadith:

  1. Haram bagi orang Islam mengkhianati dan mendustakan orang Islam yang lain.

  2. Menjadi kewajipan orang Islam untuk memelihara dan menjaga maruah dan harta benda orang Islam yang lain.

  3. Haram menumpahkan darah Islam sesama.

  4. Menghina seorang muslim adalah dosa besar kerana muslim ada penghormatannya di sisi Allah SWT.

  5. Taqwa bukan perbuatan yang boleh dilihat atau perkataan yang boleh didengar, taqwa adalah sifat yang tersemat dihati sanubari, jika suatu perbuatan atau perkataan didorong oleh sifat itu maka perbuatan dan perkataan itu adalah dalil taqwa yang tersemat dalam hati, tetapi kadang-kadang perbuatan atau perkataan itu didorong oleh faktor luaran seperti riya’ dan ‘ujub.

    Sumber: JAKIM

19/04/2013 Posted by | Tasauf, Tazkirah | | Leave a comment

Jangan Pandang Rendah Kepada Yang Tidak Bertudung

pp0126pp0608

Cara kita berfikir menentukan cara kita approach orang dalam Dakwah.

Alhamdulillah, saya pernah jumpa dengan beberapa Muslimah yang tidak bertudung yang mengajar saya satu pengajaran yang amat berharga. Mereka tidak bertudung tetapi dahagakan Islam dan ingin menyumbang bakti untuk agama. Dahulu, saya fikir kalau perempuan tidak pakai tudung maka imannya kurang. Tetapi, siapa saya untuk bawa kayu ukur dan ukur panjang pendek keimanan seseorang? Tahap keimanan diri sendiri pun tak tahu! Saya silap.

Tetapi saya sedar akan kesilapan ini bukanlah di Malaysia, tetapi di Kanada. Saya aktif dengan Muslim Students Association (MSA) di universiti saya di negara bukan Muslim itu. Dalam kelab itu, ada seorang Muslimah tidak bertudung yang memegang jawatan sebagai setiausaha kelab. Wallahi, dia adalah antara AJK yang paling efficient dalam menjalankan tugasnya. Segala tasks yang diberikan siap dalam masa yang ditetapkan. Dia seringkali membuahkan pandangan-pandangan yang bernas dalam mesyuarat kelab. Walaupun ada bisikan-bisikan hanyir daripada belakang tabir yang mengatakan bahawa dia tidak patut memegang jawatan dalam satu kelab Muslim kerana tidak bertudung, dia kental dan terus melakukan kerjanya dengan baik. Kami yang lain memberikannya sokongan dan dorongan untuk terus kuat dan amanah dengan jawatan yang diberikan.

Setiap tahun MSA akan menganjurkan Islam Awareness Week (IAW) iaitu minggu di mana kami akan raise awareness tentang Islam berdasarkan tema yang kami putuskan untuk tahun itu. Saban tahun, apabila kami meminta pertolongan ahli-ahli kelab untuk membantu menjayakan program ini, ada-ada sahaja Muslimah yang tidak bertudung yang datang membantu. Kami tidak bayar mereka. Mereka dengan sukarelanya datang membantu.

Apabila MSA mengadakan kelas-kelas agama, dalam kalangan audience kadang-kadang nampak beberapa Muslimah yang tidak bertudung yang datang untuk menimba ilmu.

What does this tell you?

Seperti yang saya katakan sebelum ini, saya tidak sama sekali menyokong perbuatan tidak bertudung. Menutup aurat itu wajib. Full stop. Setiap orang bertanggungjawab atas segala perbuatannya.

Mengapa saya underline perkataan “perbuatan”? Kerana approach kita ialah hate the sins, not the sinners.

Pada pandangan saya, saya rasa mereka rela menonjolkan diri kerana environment yang dibina ialah environment yang (secara amnya) tidak prejudis. Environment di mana mereka yang tidak bertudung tidak rasa dirinya disisih. Mereka bukan menonjolkan diri kerana ‘redha’ ataupun ‘bangga’ dengan tidak bertudung. Percayalah, ramai antara mereka yang malu kerana tidak bertudung.

Jadi, mengapa mereka tidak bertudung? Saya tidak tahu. Saya tidak tahu apa yang berlaku dalam hidup mereka yang menyebabkan mereka memilih untuk tidak bertudung. Mungkin dia pernah lalui pengalaman pahit dengan bertudung. Mungkin ayahnya menghalangnya untuk bertudung. Mungkin dia tidak pernah dididik untuk bertudung. Mungkin dia kurang yakin dengan identiti Islamnya. Mungkin, mungkin, mungkin, mungkin…

Ada banyak lagi sebab-sebab lain selain “Oh, dia seorang perempuan yang tidak baik!”

Jihad al-Nafs (perjuangan melawan diri) dalam diri seseorang tidak kita ketahui. Jadi, kalau tidak tahu, jangan buat-buat tahu.

Jangan diukur iman seseorang dengan sehelai kain. Saya dahulu begitu. Saya terlalu fokus kepada apa yang ada (atau tiada) atas kepalanya sehinggakan saya terlepas pandang akan potensi dirinya untuk kebaikan. Kenapa saya define dirinya dengan dosanya sedangkan tiada seorang manusia pun yang terlepas daripada dosa? Adilkah saya? Tidak. Saya sepatutnya fokus kepada potensi dirinya untuk kebaikan.

Boleh jadi, dia akan memberi sumbangan besar kepada Islam yang saya tidak mampu berikan. Allahua’lam.

Kepada yang tidak bertudung, saya doakan semoga Allah kurniakan kepada saudari semua kekuatan untuk menutup aurat dengan sempurna. Saya doakan semoga Allah kuatkan keyakinan saudari semua dalam Islam dan semua yang diajar dalam Islam. Saya doakan semoga Allah kurniakan saudari semua social support yang kuat dan sihat yang boleh membantu saudari-saudari dalam perjuangan hidup untuk melawan nafsu dan syaitan. Ameen.

Jadi, jangan pandang rendah kepada yang tidak bertudung. Mungkin, dia tinggi di sisi Allah.

[Sumber: myibrah]

18/04/2013 Posted by | Politik dan Dakwah, Tazkirah | | Leave a comment

Adab Khilaf

SyeikhNuruddin

17/04/2013 Posted by | Bersama Tokoh, Bicara Ulama | | Leave a comment

Seruan Multaqa Asatizah & Du’at (MURSHID) Menjelang PRU-13 Malaysia (5 Mei 2013)

Logo MURSID Multaqa Asatizah dan Du'at

MURSHID adalah perkumpulan asatizah, pendakwah dan ilmuan Islam yang meyakini bahawa pendekatan Islam yang Wasatiyyah merupakan cara yang terbaik untuk umat Islam melaksanakan Syariat Islam di dalam kehidupan mereka. Bertitik tolak dari kesedaran para ilmuwan merupakan guru dan pembimbing masyarakat, MURSHID terpanggil untuk membuat kenyataan rasmi menjelang PRU-13 sebagai sebahagian dari usaha mendidik dan menasihati masyarakat.

Berpegang kepada prinsip-prinsip fundamental yang telah digariskan oleh al-Quran dan Sunnah Rasulullah sallaallahu’alaihi wasallam berkaitan politik, kepimpinan, hak warga yang dipimpin dan juga peranan segenap anggota masyarakat seumpama:

1. Prinsip Amanah

al-Quran: “Allah telah memerintahkan kamu agar menunaikan amanah kepada mereka yang berhak, dan apabila kamu menghukum di antara manusia, berhukumlah dengan adil…. (al-Nisa (4): 58).

al-Quran (Ali Imran, (3): 103): “Berpeganglah kamu dengan tali Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai…”

Rasulullah sallaallahu’alaihi wasallam juga berpesan: “Setiap kamu adalah pengembala, dan setiap kamu bertanggungjawab ke atas gembalaanmu” (HR al-Bukhari)

2. Prinsip ‘Adl wa Ihsan

“Allah telah memerintahkan kamu agar menunaikan amanah kepada mereka yang berhak, dan apabila kamu menghukum di antara manusia, berhukumlah dengan adil…. (al-Nisa (4): 58)

Rasulullah Sallaallahu’alaihi wasallam, di antara lain yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah mewajibkan berlaku ihsan (menyempurnakan sesuatu dengan baik) dalam semua perkara.” (HR Muslim)

Di dalam hadis lain, baginda juga ada menyebutkan: “Barangsiapa yang berupaya memberikan manfaat kepada saudaranya, maka hendaklah ia melakukannya” (HR Muslim);

Rasulullah sallaallahu’alaihi wasallam juga menjanjikan menurut hadis yang disampaikan oleh Abu Hurayrah: “Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan Qiamat. Barangsiapa yang mempermudahkan bagi orang susah, nescaya Allah akan mempermudahkan baginya di dunia dan di akhirat.” (HR Muslim);

3. Prinsip Amar Ma’ruf Nahy Munkar (Mengajak kepada kebaikan melarang kemungkaran)

“Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik.” (Al Imran (3): 110);

Rasulullah sallaallahu’alaihi wasallam yang menyentuh persoalan tersebut, antaranya: “Barangsiapa yang nampak kemungkaran hendaklah dia merubahnya dengan tangan, dan jika dia tidak mampu, maka hendaklah dia menggunakan lisannya, dan jika tidak mampu hendaklah dia merubahnya dengan hatinya, maka itu adalah selemah-lemah iman” (HR Muslim.)

Di dalam hadis yang lain pula, Rasulullah sallaallahu’alaihi wasallam bersabda: “Ketua para syuhada di syurga ialah Hamzah, dan seorang lelaki yang berdiri di hadapan pemimpin yang zalim dan menasihatinya, dan kemudian dia dibunuh” (Hadis riwayat al-Hakim.)

Baginda juga menyatakan di dalam makna yang sama: “Sebaik-baik jihad adalah perkataan yang benar di hadapan pemimpin yang zalim” (Hadith riwayat al-Tarmidhi, Abu Daud dan Ibn Majah)

4. Prinsip Islah

“Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) ummatan wasata (satu umat yang pertengahan), supaya kamu layak menjadi orang yang menjadi Syuhada (saksi dan pemberi keterangan) kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu.” (al-Baqarah (2): 143)

Islah juga merupakan tema asasi perutusan para Nabi dan Rasul. Pendekata, Islam sepertimana yang telah diturunkan oleh Allah SWT ke atas manusia sekeliannya melalaui para Nabi dan Rasul mempromosikan Islah secara hebat. Islah adalah tugas utama para Khalifah di muka bumi sebagai manifestasi kepada pandangan dunia Tawhid mereka. Tanpa Islah, proses ubudiyyah tidak akan berlaku secara berterusan dan diwarisi turun temurun .

5. Prinsip Akhlak Mulia

Allah SWT menegaskan: “Bantu-membantulah kamu di dalam hal kebajikan dan ketaqwaan, dan janganlah kamu bantu-membantu di dalam hal maksiat dan permusuhan…” (Al-Maidah (5): 2)

Rasulullah sallaallahu’alaihi wasallam: “Sesungguhnya aku telah diutuskan untuk menyempurnakan akhlaq yang mulia (makarim al-akhlaq)” (Riwayat Malik b. Anas.)

Rasulullah sallaallahu’alaihi wasallam kepada Abu Bazrah ketika ia berkata kepada beliau: Wahai Rasululah, ajarkanlah kepadaku sesuatu yang dengannya Allah memberi manfaat kepadaku.’ Beliau bersabda: “Lihatlah sesuatu yang menyakiti manusia, maka singkirkanlah dari jalan mereka.” (Riwayat Ahmad di dalam Musnad.)

 

Bertitik tolak dari kesedaran dan prinsip-prinsip yang telah disebutkan, maka MURSHID menyeru:

1) Kepada para warga Malaysia Muslim yang layak mengundi, agar:

a) Menjalankan tanggungjawab mengundi dan hak yang dijamin oleh perlembagaan untuk memilih pemimpin pilihan anda melalui saluran demokrasi yang ada.

b) Membuat pilihan yang tepat berdasarkan maklumat yang lengkap dan adil terhadap calon-calon, parti-parti yang bertanding serta manifesto mereka.

c) Tidak menjadikan sentimen, fitnah, kebencian dan juga hasutan sebagai asas di dalam membuat pilihan ketika membuang undi.

d) Mengeji dan mengelakkan diri dari memberikan sebarang sokongan kepada usaha meraih undi melalui cara siaran gambar atau video berunsur lucah dan tidak bermoral sama ada ia melibatkan ahli atau pemimpin dari apa parti sekalipun. Dilarang juga menyebarluaskan video dan gambar terbabit hatta kalau ia benar sekalipun. Hal ini terpakai kepada seluruh warga Malaysia dari semua parti dan bangsa.

e) Memilih mereka yang mempunyai ciri-ciri pemimpin yang boleh menunaikan amanah, bersikap mesra-Islam dan juga mempunyai ciri-ciri pemimpin yang telah disebutkan di atas.

f) Memilih parti yang boleh memartabatkan Islam, berusaha ke arah tadbir urus yang baik (good governance), keadilan dan juga amalan politik yang sihat.

g) Memilih calon yang kuat berpegang dengan agama dan tinggi moralnya, hatta di kalangan bukan Islam sekalipun, kerana pegangan agama dan moral akan lebih menjamin keadilan, amanah dan integriti.

h) Mempertahankan harga diri dengan tidak mengambil rasuah politik, samada, duit, material dan dalam bentuk seumpamanya.

i) Berusaha mencari keyakinan terhadap seseorang calon yang bertanding, partinya dan gabungan bersamanya itu mampu dari sudut ‘track record’ untuk membawa lebih manfaat lebih baik kepada kebajikan awam. ‘Track record’ adalah faktor penting bagi menilai kebolehan dan skill calon, parti dan gabungannya untuk mentadbir negara Malaysia.

j) Memahami konteks politik di Malaysia yang mana terdiri dari pelbagai agama, bangsa, parti dan juga memahami jumlah kerusi yang diperlukan untuk membentuk kerajaan persekutuan di Malaysia adalah 112 kerusi parlimen dari 222 seluruh kerusi parlimen. Justeru, pengundi disarankan agar tidak dibazirkan undi masing-masing kepada parti atau calon yang kurang faedah kepada penubuhan kerajaan yang baik dan ditegah dari sengaja merosakkan undi.

k) Menjauhkan diri dari terjebak dalam aktiviti kafir mengkafir secara specifik kepada orang Islam tertentu, ini kerana klasifikasi murtad atau jatuh kafir secara pasti tidak layak diberikan oleh orang awam tanpa perbicaraan yang lengkap.

l) Menggesa agar semua pengundi yang berbeza kecenderungan politik dan parti yang disokong agar tidak (sekiranya tercipta) memanjangkan ‘permusuhan’, ‘sengketa’ dan dendam ingin memusnah kepada pihak yang berbeza. Sebaliknya, kembali berbaik dan hidup harmoni sebagai rakyat Malaysia.

Sehubungan itu juga, MURSHID juga ingin mengingatkan para pengundi sekelian bahawa pilihan yang anda lakukan akan dipersoalkan oleh Allah SWT di padang Mahsyar. Maka, pastikan pilihan anda itu bertitik tolak dari keimanan dan ketaqwaan.

2) Kepada parti-parti yang bertanding, agar:

a) Tidak berbohong, fitnah, keji, mencaci, politik kebencian dan kotor.

b) Tidak merasuah dan tidak mengamalkan politik wang untuk mendapatkan undi dan kuasa.

c) Tidak menyalahgunakan hak rakyat, wang pembayar cukai, fasiliti milik rakyat yang sepatutnya bukan milik parti, media dan pengaruh sepanjang kempen pilihanraya.

d) Meletakkan calon yang terbaik, berkarisma, mempunyai ciri-ciri yang disebutkan pada (1.e, f dan g) dan meletakkan sifat beragama sebagai asas, hatta di kalangan bukan Islam.

e) Meletakkan kepentingan agama, negara, masyarakat dan alam sekitar sebagai matlamat mendapatkan kuasa dan bukannya demi keuntungan individu, parti ataupun sesetengah kaum dan bangsa semata-mata.

f) Menawarkan tawaran dan manifesto kepada rakyat Malaysia yang mampu dilaksanakan secara realistik.

Sehubungan dengan itu, MURSHID juga ingin mengingatkan parti-parti yang bertanding bahawa kuasa adalah amanah, tanggung jawab dan bebanan, anda akan dipersoalkan di akhirat nanti. Maka, pastikan tindakan anda semuanya dan bertitik tolak dari keimanan dan ketaqwaan.

3) Kepada pihak media penyiaran dan media cetak, agar:

a) Bersikap adil dan memberikan hak dan peluang yang sama kepada setiap parti tanpa pilih kasih serta tidak menzalimi pihak yang lain.

b) Mengamalkan sikap bertanggungjawab dan jurnalisme beretika dengan menjauhi segala fitnah dan adu domba samada untuk tujuan pemasaran mahupun untuk memberikan kelebihan kepada satu pihak dengan menzalimi pihak yang lain.

c) Mengamalkan sikap profesionalisme yang tinggi dan merealisasikan jurnalisme berhemah serta menjaga akhlak dan moral yang tinggi di dalam membuat liputan, laporan dan juga penilaian.

d) Menjadi mata, telinga dan juga suara rakyat sepanjang membuat liputan mengenai pilihanraya, serta mendahulukan kepentingan rakyat berbanding kepentingan parti-parti tertentu.

Sehubungan dengan itu, MURSHID juga ingin mengingatkan pihak media bahawa anda akan dipersoalkan di akhirat nanti di atas apa yang anda laporkan. Maka, pastikan tindakan anda semuanya bertitik tolak dari keimanan dan ketaqwaan.

4) Kepada pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), agar:

a) Menjalankan tugas dan amanah yang telah diberikan oleh rakyat dengan adil, bertanggungjawab, penuh integriti, telus dan bersih.

b) Tidak berpihak, hatta kepada parti yang berkuasa dan sentiasa ingat bahawa akauntabiliti anda adalah kepada rakyat dan bukannya kepada parti yang memerintah sebelum parlimen dibubarkan.

c) Mengutamakan masa depan negara, kepentingan bersama seluruh rakyat Malaysia dan bukannya pihak-pihak tertentu sahaja.

d) Melakukan perkara-perkara yang patut seperti pembersihan senarai pemilih dan bersikap responsive terhadap tuntutan rakyat demi memperbaiki kredebiliti dan imej SPR yang semakin calar dan dipertikaikan.

e) Bertanggungjawab untuk mengembeleng segala usaha bagi mengembalikan keyakinan rakyat kepada fungsi asal SPR yang bukan sekadar tidak berpihak, tetapi juga wajib dilihat sebagai tidak berpihak.

Sehubungan dengan itu, MURSHID juga ingin mengingatkan pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) bahawa anda akan dipersoalkan di akhirat nanti di atas tanggungjawab yang anda jalankan. Maka, pastikan perlaksanaan tugas anda semuanya bertitik tolak dari keimanan dan ketaqwaan.

 

 

Dari Kami

Tuan Guru Dr Abdul Basit Abdul Rahman (Pengerusi Shura)

Dr Zaharuddin Abd Rahman (Presiden & Ahli Shura)

Tuan Guru Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri (Ahli Shura)

Dr Zahazan Mohamed (Ahli Shura)

Ustaz Roslan Mohamed (Timbalan Presiden & Ahli Shura)

Ustaz Abdullah Bukhari Abdul Rahman (Naib Presiden)

Ustaz Ahmad Husni Abd Rahman (Setiausaha Agung)

Ust Muhd Ramadhan Fitri Ellias (Bendahari Agung)

 

Ahli Jawatankuasa

Dr Maszlee Malik

Dr Ahmad Wifaq Mokhtar

Dr Mohd Sukki Othman

Ustaz Mohd Asyraf Mohd Ridzuan

Ustaz Fauwaz Fadzil

Ustaz Hasrizal Abdul Jamil

Ustaz Mohammad Nidzam Abdul Kadir

Ustaz Mohd Aizam Mas’od

Ustaz Mohd Izhar Ariff Mohd Kassim

Ustaz Mohd Zamri bin Haji Mohd Zainuldin

Ustaz Syed Mohd Nor Hisyam Tuan Padang

Xifu Abdul Naser Abdul Rahman

13/04/2013 Posted by | Politik dan Dakwah | | Leave a comment

Kaji dan perbincangan Kitab berhubung Tahaluf Siyasi

12/04/2013 Posted by | Bersama Tokoh, Bicara Ulama, Fiqh, Ibadah, Politik dan Dakwah, Video | | Leave a comment

Bercakap biar berakhlak sekali pun dengan musuh

pp0653

FIRMAN ALLAH SWT SURAH AL-ISRAK AYAT 53 YANG BERMAKSUD ,” dan Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada hamba-hambaKu (yang beriman), supaya mereka berkata Dengan kata-kata Yang amat baik (kepada orang-orang Yang menentang kebenaran); Sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menghasut di antara mereka (yang mukmin dan Yang menentang); Sesungguhnya Syaitan itu adalah musuh Yang amat nyata bagi manusia.

Penjelasan :

Berdasarkan ayat 53 surah israk tadi,Allah menghendaki supaya kita orang beriman supaya menggunakan perkataan yang baik dan lemah lembut ketika berhubung dengan orang lain.Dalam hal ini maka peraturan berhubung dengan orang lain perlulah diamalkan setiap muslim , samada ia berhubung dengan sesama muslim ataupun orang yang bukan muslim .termasuk musuh sekalipun.

Umumnya telah mengetahui bahawa bercakap kasar dan menyinggung perasaan orang lain boleh menimbulkan permusuhan dan perseteruan dengan sesama manusia .Oleh itu kita dapati banyak pemusuhan dan perseteruan itu berpunca dari kata –kata kasar yang kurang enak didengar yang didengar oleh seseorang .Bukan setakat permusuhan malahan kadang –kadang membawa kepada dendam .

Seringkali terjadinya pertumpahan darah berpunca dari dendam menuntut pembalasan . Bertambah buruk apabila api permusuhan itu ditiup syaitan .

Oleh hal yang demikian maka hendaklah berwaspada dan menjaga diri masing dari bersikap demikian.

Jika kita teliti dengan masalah yang sering berlaku dalam keluarga dan masyarakat , kita dapati dalam banyak keadaan ianya berpunca dari percakapan buruk dan kesat yang dilafazkan oleh seseorang tanpa berfikir secara rasional bahawa perkataan yang keluarkan itu membuatkan orang lain marah kerpadanya .

Malangnya sedikit benar orang memikirkan bahawa dengan menggunakan perkataan yang baik akan membuahkan persaudaraan yang rapat dan orang kasih kepada kita.Dngan mulut yang manis ia dapat menawan dan menarik orang lain , dengan yang demikian natijahnya akan mendapat ramai kawan .

Sebenarnya kawan yang ramai boleh mendatangkan kebaikan kepada seseorang , kerana dengan rakan yang ramai maka mudahlah ia mendapat pertolongan jika ia berhajat kepada pertolongan .

Kita hendak berkata – kata dengan baik , jangan menengking dan memaki hamun, perbuatan itu adalah sifat mazmumah yang dilarang dalam islam,sebalik kita diperintahkan supaya mengelurkan kata –kata yang lemah lembut dan sedap orang mendengarnya sebagai menghormati orang lain .

Firman Allah dalam surahLoqman ayat 19 yang bermaksud :

"Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai".

Allah juga memerintah kepada Rasulullah SAW apabila berhubung dengan orang lain hendaklah dengan lemah lembut sebagaimana Nabi Musa dan Harun diperintahkan berdakwah kepada Firaun denga kata – kata lemah lembut , firman Allah SWT dalam surah Taha ayat 43-44 yang bermaksud :

“43. "Pergilah kamu berdua kepada Firaun, Sesungguhnya ia telah melampaui batas Dalam kekufurannya.

44. "Kemudian hendaklah kamu berkata kepadaNya, Dengan kata-kata Yang lemah-lembut, semoga ia beringat atau takut".

Berktalah dengan baik dan lemah lembut ia boleh menarik orang lain kepada apa yang kita ucapkan , andainya kita bercakap kasar membuatkan orang akan menjauhkan diri dari kta kerana mereka benci dengan sikap yang demikian , firman Allah SWT dalam surah Ali Imran ayat 159 yang bermaksud :

maka Dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu Wahai Muhammad), Engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah Engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan Yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah Dengan mereka Dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila Engkau telah berazam (Sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang bertawakal kepadaNya.

Kesimpulan .

Islam menunjukkan akhlak –akhlak yang baik kita bersemuka dengan orang lain,dengan cara kita bercakap dengan lemah lembut dan sopan .Dan melarang dari bercakap kasar dan kesat yang boleh menyinggung perasaan orang yang mendengarnya ,lakukan ia kepada sesiap sahaja hatta kepada musuh sekalipun.

Adab yang yang disarankan ini adalah sangat baik demi menjaga nama baik kita dan menjaga hati kawan kita supaya tidak sakit hati dengan hal demikian menambahkan lagi ukhwah kita sesama muslim dan muhibbah dengan bukan Islam .

[Sumber: Sautulhaq.blogspot.com]

08/04/2013 Posted by | Politik dan Dakwah, Tasauf, Tazkirah | | Leave a comment

Orang Islam bertutur baik

Dalam Islam, kata-kata kotor, makian serta ucapan menghina merupakan satu perkara yang sangat tercela dan dilarang. Sesungguhnya segala sumber perkataan kotor atau nista itu timbul daripada watak yang rendah dan jiwa yang hina.

Oleh hal yang demikian itu, ada pendapat mengatakan “Bahasa Jiwa Bangsa” dan kerana itulah Rasulullah s.a.w mengingatkan kita bahawa “Jauhilah olehmu semua kata-kata kotor kerana Allah tidak suka kepada kata-kata kotor atau yang menyebabkan timbulnya kata kotor daripada orang lain.”

Kata-kata kotor, nista, umpatan dan kejian menyebabkan manusia berkonflik, bergaduh dan seterusnya bersengketa sehingga berlakunya pembunuhan, pertumpahan darah dan lenyap sama sekali. Mungkin kita boleh jadikan teladan, bagaimana masyarakat Islam terus membenci bekas Presiden Amerika Syarikat George W. Bush apabila beliau menyifatkan Iran dan Iraq sebagai “paksi kejahatan.”

Seluruh masyarakat Islam, sama ada secara langsung atau tidak langsung mengutuk pemberian gelaran itu terhadap negara-negara Islam.

Kita mungkin teringat dengan hukuman yang pernah diberikan oleh Ayatollah Khomeini apabila Salman Rushdie mempersendakan Rasulullah s.a.w dan ayat-ayat Allah sebagai ‘surah syaitan’. Mungkin juga kita tidak lupa dengan kata-kata pedih yang pernah dikeluarkan oleh pemimpin tertentu bagi menggambarkan watak yang tidak disukainya. Dengan menggunakan kata-kata kesat, umpatan dan nista, Shahnon Ahmad telah meloyakan khalayak pembaca melalui perulangan kata-kata dalam novel Shit, dan pernah menimbulkan kontroversi kerana tidak bersetuju dengan kepimpinan politik negara suatu ketika dahulu.

Mungkin kerana marah atau ada sesuatu yang terguris di hatinya, Shahnon Ahmad mungkin telah lupa bahawa Rasulullah s.a.w pernah memberikan peringatan bahawa: seorang mukmin bukanlah tukang mencela, tukang melaknat orang, tukang berkata kotor dan berkata rendah. Syurga itu diharamkan bagi setiap orang yang berkata kotor untuk memasukinya.

Dalam membuat sesuatu tuduhan, berkata-kata kita seharusnya menjadikan perilaku dan tutur kata Rasulullah s.a.w sebagai contoh yang terbaik. Baginda tidak pernah mengeluarkan kata-kata kesat, walaupun berhadapan dengan musuhnya.

Sebaliknya, baginda membalas dengan senyuman dan menasihati secara berhemah dan tidak menyakiti atau melukai perasaan orang lain.

Anas bin Malik r.a pernah merakamkan bahawa: “Tidak pernah Rasulullah s.a.w melakukan perbuatan keji, tidak pula kotor lidah (suka mengutuk) dan tidak pula mancaci maki. Ketika seseorang mencela baginda sebagai seorang yang kotor (berdebu) kerana banyak (sujud), baginda hanya mengatakan apa yang dia miliki.”

Rasulullah s.a.w adalah seorang yang benar-benar memelihara lisannya. Sekalipun terhadap orang-orang kafir yang menentang dakwahnya. Baginda tidak mudah mengeluarkan kata-kata laknat atau menyakitkan hati.

Abu Hurairah r.a berkata bahawa ia menemui seorang lelaki yang ketagihan arak. Lalu dihadapkan lelaki itu kepada Nabi Muhammad s.a.w agar dihukum. Di antara para sahabatnya ada mengatakan: “saya memukul dengan tangan”, “saya memukul dengan kasut” dan “saya memukul dengan baju.”

Ketika lelaki itu berpaling (ke arah sahabat), seorang sahabat menyatakan “semoga Allah s.w.t menghinamu!” Maka bersabdalah Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Janganlah kamu meminta bantuan syaitan dalam menghadapinya.”

Daripada Abu Darda r.a. katanya:

“Aku memohon kepada Rasulullah s.a.w: Wahai Rasulullah, doakanlah (kecelakaan) bagi orang-orang musyrik. Rasulullah menjawab: Sesungguhnya aku diutus bukan untuk melaknat (mengutuk), tetapi aku diutuskan untuk memberi rahmat.”

Begitulah citra peribadi Rasulullah s.a.w, dengan akhlak yang luhur telah memberikan contoh kepada manusia agar selalu menghindari sebarang tindakan secara melulu dan selalu sabar dalam menghadapi setiap rintangan atau masalah.

Dalam konteks ini jelas sekali sikap berlebih-lebihan dalam beragama yang menjadi pegangan sesetengah orang bukanlah daripada ajaran Islam. Ini kerana Islam lebih mendahulukan sikap pertengahan atau kesederhanaan dalam setiap aspek kehidupan. Bukan sekadar itu sahaja, bahkan Islam mengingatkan setiap umatnya agar tidak terjerumus pada dua kesesatan, iaitu berlebih-lebihan atau bersikap lalai.

Allah berfirman yang bermaksud:

“Tunjukilah kami jalan yang lurus (iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka dan bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat.” (Al-Fatihah: 6-7)

Dalam masyarakat Islam, tidak ada tempat bagi kaum Muslimin untuk meremehkan nilai-nilai luhur yang dijunjung oleh Islam. Masyarakat Islam menjunjung tinggi nilai-nilai moral dan kemanusiaan yang luhur dalam kehidupan umat manusia.

“Tahukah kamu siapa yang disebut orang bankrap itu. Para sahabat menjawab: “Orang yang tiada lagi mempunyai wang dan harta.” Rasulullah s.a.w bersabda: Orang yang bankrap adalah yang datang pada hari kiamat amalan solat, puasa dan zakat, tetapi bersamaan itu juga ia telah mencaci maki, menuduh, memakan harta tidak halal, mengalirkan darah (tanpa hak) dan memukul ini dan itu.”

Maka amalan baiknya dilimpahkan kepada orang yang berhak menerimanya (yang ia caci) dan jika amalan baiknya habis padahal belum dapat menutup kesalahannya, maka kesalahan (orang yang dicaci itu) dilimpahkan kepadanya, kemudian ia ditempatkan ke dalam neraka.

Seseorang Muslim itu perlu memelihara lisan atau lidahnya daripada mencaci maki, walaupun dengan alasan yang kuat. Lebih utama memadamkan api kemarahan itu agar tidak terjadi permusuhan yang mengheret kepada perbuatan dosa.

Daripada Ali bin Abi Talib r.a, Rasulullah bersabda yang bermaksud:

“Yang berbuat keji dan menyiarkan kekejiaan itu berada dalam keadaan sama-sama berdosa.”

Allah berfirman yang bermaksud: “Kecelakaan besarlah bagi tiap-tiap pencaci dan pengkeji.” (Al-Humazah: 1)

Dalam ayat ini, Allah s.w.t mengutuk perbuatan jahat iaitu menyebarkan fitnah, bercakap ataupun mengisyaratkan perkara yang jahat sama ada terhadap seorang lelaki atau perempuan dengan kata-kata ataupun secara isyarat, atau perangai, atau secara mengajuk-ajuk, ataupun sindiran atau caci maki.

Sesungguhnya Allah s.w.t itu pemalu, penutup (cela), menyukai malu dan tertutup, maka apabila salah seorang kamu mandi maka hendaklah ia ditutup.

Demikian juga firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik. Bukanlah tergolong daripada orang mukmin yang suka mencela, mengutuk dan mengeji. Dan bukan pula mereka yang berlidah kotor.” (An-Nahl: 25)

Daripada ayat-ayat al-Quran serta beberapa hadis yang tersebut jelaslah membuktikan bahawa Islam melarang umatnya melabelkan dengan sesuatu yang buruk dan memaki hamun sesama Muslim.

Ini kerana kerja-kerja mencarut, memaki, dan mencaci adalah kegiatan dan perbuatan syaitan. Bagi mereka yang masih tegar dengan pengucapan negatif bagi mewajarkan kenyataan berbaur fitnah, nista dan cela bersandarkan pendapat bahawa Islam tidak melarang umatnya mencarut adalah satu usaha pemesongan dan bertentangan dengan budaya Islam. Mohonlah perlindungan Allah s.w.t daripada sifat yang buruk.

 

 

Oleh MOHD SHAUKI ABD MAJID (YADIM)

04/04/2013 Posted by | Tazkirah | , , , | Leave a comment

Cara mengurus uri bayi

 

Uri bayi
URI BAYI

Soalan 1

Salam

Oleh kerana saya bakal menjadi ayah :clap, buleh tak tuan2 sheikh menjawab persoalan ini.

Uri bayi itu bagaimana untuk menguruskannya, adakah amalan dari sunnah atau dari hukum fekah yang perlu saya patuhi. Ada yang saya dengar macam2, tak buleh bercakap masa menanamnya, tak boleh pandang sekelilinglah. Harap boleh bantu saya yer…

Jazakallah

Salam

Tahniah ke atas rezeki yang Allah kurniaan kepada saudara. Kami di al-ahkam mendoakan agar saudara keluarga sentiasa berada di dalam bahagia dan tenang. Insya Allah..

——–

Amalan sekitar uri itu tidak ada perbahasan langsung dalam kitab2 sunnah. Ia adalah adat Melayu sahaja yg tiada sandaran dari asSunnah.Uri adalah najis dan hendaklah di tanam sebaik sahaja diserahkan oleh bidan tanpa melakukan sebarang amalan sampingan kerana tidak ada keterangan dari alQur’an maupun asSunnah menyuruh berbuat demikian. WA.

(Sumber)

Soalan 2

Assalamualaikum,
Saya memerlukan makluman berkenaan uri bayi. Bagaimana kaedah ataupun cara-cara penanamannya? Terima kasih.

Jawapan

Waalaikumussalam.
Panel mohon maaf diatas kelewatan menjawab permasaalahan anda. Tidak ada kaedah atau cara penanaman uri bayi yang ditetapkan dalam Islam. Ia hanya sebagai adat bagi menjaga uri tersebut yang dilahirkan bersama-sama bayi. Maka dinasihatkan agar uri tersebut hanya ditanam dimana-mana sahaja asal ia tidak dapat dikesan oleh binatang dikhuatiri kalau dimakan atau dimusnahkannya. Wallahuaklam.

(Sumber: JAKIM)

01/04/2013 Posted by | Fiqh, Ibadah, Q & A (Soal Jawab) | | 1 Comment