Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

WAHABI: PROJEK MEMBODOHKAN UMAT

(Dari FB Ustaz Yunan A Samad)

1) Kamu bertanya kenapa digelar Wahabi sedangkan kamu mengajak kepada Al-Quran dan Sunnah.
> Pertama, kami hendak bertanya “Adakah para ulama tidak mengikut Al-Quran Sunnah?”
> Kalau kami tidak boleh mengikut ulama, kenapa kami perlu mengikut kamu? KAMU SIAPA?
> Maka inilah, dinamakan projek menjatuhkan pihak lawan untuk menarik masyarakat kepada kepentingan peribadi.

2) Kamu menyeru supaya merujuk kitab Al-Umm karya asli Imam Syafie kerana kamu mendakwa pengikut Syafie tidak ikut ijtihad Imam Syafie.
> First, kami hendak bertanya, “Di mana kamu belajar kitab al-Umm secara berguru?”
> Tahukah kamu, asas mazhab terdiri daripada Empat Kitab iaitu Al-Umm, Al-Imla’, Mukhtasar Al-Buwaithi dan Mukhtasar Al-Muzani. TAK TAHU? so, keep quiet ye…
> Adakah Imam Nawawi, Imam Ibnu Hajar, Imam Rafie, Imam Ramli yang belajar berguru dengan sanad yang bersambung kepada Imam Syafie tidak mengetahui ijtihad Imam Syafie? SIAPAKAH LEBIH MENGETAHUI, para Imam atau kamu?

3) Kamu juga menyeru pengikut Asyairah supaya merujuk kitab Al-Ibanah dan Maqalat Al-Islamiyyin, kerana kamu mendakwa kami Asyairah tidak mengikut aqidah Imam Asyari yang terakhir.
> Soalnya, adakah murid Imam Asyari iaitu Imam Abu Hasan Al-Bahili tidak mengetahui aqidah terakhir Imam Asyari dan kewujudan dua kitab itu? Sehingga Wahabi terpaksa datang memberitahu mengenainya??
> Dan, bila masakah kamu mempelajari dua kitab tersebut daripada pengikut Asyairah yang mempunyai sanad yang bersambung kepada Imam Asyari? ATAU kamu baca dan cuba fahamkan sendiri?
> Pengikut Imam Asyari wujud sejak tahun 300 lebih sehingga sekarang ,melebihi 1000 tahun hijrah, semuanya aman damai sehingga Wahabi datangkan fitnah.

4) Kamu menafikan ketokohan para ulama ahlu bait dan mensyiahkan keseluruhan Habaib.
> kejap, wujudkah ulama berketurunan Nabi s.a.w yang berfahaman Wahabi?
> Siapakah ulama Habaib yang kamu akui keilmuan mereka?
> Tiada bukan? SEKARANG, adakah kita fahami kenapa Wahabi menolak ulama berketurunan Nabi s.a.w?

5) Kamu mempersendakan karomah para Waliyullah dan mempertikaikan Wali serta menolak tasawuf
> Soalan yang paling penting, siapakah Waliyullah yang berpihak kepada Wahabi. Wujudkah ulama Wahabi yang menjadi Wali?
> Siapakah ulama Wahabi yang mempunyai karomah? Adakah kamu tahu, kitab matan aqidah ASWJ kebanyakkannya menyebut mengenai karomah para Wali.
> Adakah sebab ini semua kamu mempersendakan karomah para Wali?

“Wahabi itu racun, hanya pesakit mental makan racun”

Disediakan oleh: Hafiz Al Za’farani (HAZA)

25/08/2019 Posted by | Aqidah, Bicara Ulama, wahabi | | Leave a comment

Benarkah As-Syafi‘i Mencela Tasawuf?

Sifat buruk yg wajib dibuang jauh jauh… Mencela Tasawuf?

As-Syafi‘i Mencela Tasawuf?

Diriwayatkan bahawa Imam as-Syafi‘i berkata:
“ﻟﻮ ﺃﻥّ ﺭﺟﻼً ﺗﺼﻮّﻑ ﻣِﻦ ﺃﻭّﻝ ﺍﻟﻨﻬﺎﺭ ﻟﻢْ ﻳﺄﺕ ﻋﻠﻴﻪ ﺍﻟﻈّﻬﺮ ﺇﻻّ ﻭﺟﺪﺗﻪ ﺃﺣْﻤَﻖ.”
“Sekiranya seorang lelaki bertasawuf daripada awal pagi, tidak akan sampai kepadanya waktu zohor melainkan kamu akan mendapatinya jadi bodoh.” (Riwayat al-Baihaqi dalam Manaqib as-Syafi‘i)

Ulasan oleh Ustaz Mohd Khafidz Bin Soroni :

1. Pertama yang perlu difahami, Imam as-Syafi‘i (w. 204H) antara mereka yang hidup dalam 200 tahun hijrah yang pertama, di mana setiap disiplin ilmu Islam pada era tersebut seperti akidah, fiqh, hadis, usul termasuk tasawuf serta istilah-istilah yang digunakan pada setiap disiplin masih dalam proses pembentukan dan penyusunan serta belum lagi mencapai tahap akhir. Ramai salaf dalam era ini lebih mengenali istilah ‘abid dan zahid, berbanding istilah sufi, yang hakikatnya juga daripada asas dan prinsip yang sama. Justeru, ucapan Imam as-Syafi‘i di atas perlulah dianalisis dengan cermat.
2. Berdasarkan konteks ucapan, ia boleh jadi ditujukan kepada orang yang mendakwa-dakwi sebagai ahli sufi secara luaran sahaja dan menyangka ia sudah mencapai peringkat sempurna. Imam al-Baihaqi (w. 458H) kelihatan lebih memahami situasi ucapan ini, jelas beliau: “Sesungguhnya yang dimaksudkan ialah orang yang masuk dalam kalangan ahli sufi, namun ia merasa cukup dengan sekadar nama sahaja berbanding makna sebenar, dan dengan zahir luaran sahaja berbanding hakikat dalaman. Ia juga meninggalkan usaha dan mencampakkan bebannya kepada kaum muslimin. Ia tidak peduli dengan mereka dan tidak juga menjaga hak-hak mereka. Ia tidak menyibukkan diri dengan ilmu mahu pun ibadah.” (Manaqib as-Syafi‘i oleh Imam al-Baihaqi, 2/128, ikhtisar & ta’liq Syeikh Nuruddin al-Banjari al-Makki)

3. Ucapan tersebut juga boleh dianggap kiasan yang ditujukan kepada orang yang bertasawuf tanpa ilmu. Ini kerana tasawuf merupakan amal dan amal pula berpaksikan kepada ilmu. Jika seseorang beramal tanpa ilmu, maka sudah pasti kerosakan dan kefasadan yang akan dilakukan lebih besar lagi. Orang jahil yang terus mula bertasawuf dan bukannya mula berguru menimba ilmu, akan dan telah membawa banyak fitnah kepada ahli sufi yang hak semenjak dahulu. Justeru, amal mesti didasari dengan ilmu agar kualiti yang baik dapat dijamin.
4. Malah dari sisi positif, lafaz ‘bodoh’ juga boleh ditafsirkan sebagai bodoh tentang hal ehwal dunia atau bodoh tentang hal urusan orang lain. Ini kerana bertasawuf bukanlah bermaksud melakukan ritual bidaah tertentu umpama orang dungu, sebagaimana sangkaan golongan yang jahil tentang mereka. Tetapi maksud bertasawuf ialah berterusan dalam keadaan sentiasa berzikir kepada Allah SWT dan bermuraqabah serta istiqamah beramal ibadah seperti solat, puasa, membaca al-Quran dan sebagainya daripada amalan-amalan taqarrub kepada Allah SWT.
Maka, tidak masuk akal jika tasawuf ini yang dimaksudkan oleh Imam as-Syafi‘i hingga menjadikan seseorang itu bodoh sebelum waktu zohor! Kecuali ‘bodoh’ yang dimaksudkan ialah bodoh tentang hal ehwal dunia yang fana atau bodoh tentang hal urusan dan aib orang lain.

5. Jika Imam as-Syafi‘i mahu menegah orang ramai secara tegas daripada tasawuf, beliau boleh menggunakan gaya bahasa yang lebih jelas dan mudah difahami, seperti lafaz ‘لا تصوفوا’ (jangan kamu bertasawuf..) dan seumpamanya yang menunjukkan tegahan dan larangan, berbanding ucapan samar di atas yang bermula dengan lafaz ‘لو’ (sekiranya..). Imam as-Syafi‘i juga secara jelas boleh menyebut akibatnya menjadi sesat, bukannya menjadi bodoh. Atau terus menghukum sesat sejak awal lagi dan tidak perlu bertangguh menunggu sampai waktu zohor untuk menghukum sesat pada setiap hari, sebagaimana halnya kumpulan-kumpulan sesat yang ada di zaman beliau seperti Rafidhah, Khawarij, Muktazilah dll.
6. Antara yang membuktikan ucapan tersebut bukan sebagaimana yang difahami secara zahir ialah ucapan tersebut hanya dinukilkan daripada Imam as-Syafi‘i dan tiada dinukilkan daripada tokoh-tokoh lain yang sezaman dengannya, sama ada ucapan yang senada dengan maknanya atau ucapan yang membenarkannya atau yang menyokongnya sebagai testimoni ke atas dakwaan bahawa ramai ahli sufi telah menjadi bodoh kerana bertasawuf. Oleh kerana tidak ada bukti dan dalil hidup ke atas dakwaan tersebut, maka ucapan Imam as-Syafi‘i itu perlu difahami menerusi kaedah yang betul sebagaimana penjelasan Imam al-Baihaqi di atas.
7. Malah Imam as-Syafi‘i hidup sezaman dengan ramai pemuka besar sufi dan juga murid-murid mereka, seperti Ibrahim bin Adham (w. 161H), Dawud at-Ta’i (w. 165H), al-Fudhail bin ‘Iyadh (w. 187H), Syaqiq al-Balkhi (w. 194H), Ma‘ruf al-Karkhi (w. 200H), Idris al-Khawlani (211H), Abu Sulaiman al-Darani (w. 215H), Bisyr al-Hafi (w. 227H), Ibn Abi al-Hawari (w. 230H), Hatim al-Asom (w. 237H) dan lain-lain. Jika mereka golongan sesat, sewajarnya Imam as-Syafi‘i mengkritik atau menjarhkan mereka secara terang-terangan kerana mereka adalah pemuka-pemuka ahli sufi yang menerusi merekalah berpengaruh dan berkembangnya ajaran tasawuf secara lebih luas di zaman-zaman berikutnya. Namun, Imam as-Syafi‘i jelas tidak memaksudkan mereka.
8. Imam as-Syafi‘i sendiri pernah memuji seorang qari sufi, seperti yang diriwayatkan oleh Isma‘il at-Tayyan ar-Razi katanya: Aku tiba di Makkah, lalu aku bertemu as-Syafi‘i. Lantas beliau bertanya kepadaku: ‘Apakah engkau kenal Musa ar-Razi? Tidak ada yang datang kepada kami dari arah timur yang lebih mahir tentang Kitab Allah daripadanya.’ Maka, aku pun berkata kepadanya: ‘Wahai Abu Abdillah, gambarkanlah ia kepadaku’. Beliau berkata: ‘Seorang yang berumur yang datang kepada kami dari Ray’. Lalu beliau menggambarkannya kepadaku sehingga aku kenal sifatnya bahawa dia adalah Abu ‘Imran as-Sufi. Lantas aku berkata: ‘Aku kenal dia, iaitulah Abu ‘Imran as-Sufi.’ Beliau pun membalas: ‘Dialah itu.’ (Adab as-Syafi‘i wa Manaqibuh oleh Ibn Abi Hatim, h. 164)
9. Diriwayatkan, Imam as-Syafi‘i telah berdamping dengan ahli sufi selama 10 tahun (Manaqib as-Syafi‘i oleh Imam al-Baihaqi, 2/128, ikhtisar & ta’liq Syeikh Nuruddin al-Banjari al-Makki). Jika mereka itu golongan batil, tentu beliau tidak akan mengambil masa yang sangat lama untuk mengesan kebatilan mereka. Ini kerana beliau adalah seorang alim mujtahid yang luar biasa bijaksananya sehingga beliau diizinkan berfatwa ketika berusia 15 tahun, dan sudah tentu beliau boleh mengesan kebatilan mereka dalam tempoh yang sangat singkat. Adalah tidak masuk akal jika beliau melihat dan membiarkan ahli sufi menjadi bodoh setiap hari sebelum zohor hingga berlangsung selama tempoh 10 tahun!
10. Imam as-Syafi‘i sendiri hidup sebagaimana hidupnya ahli sufi dengan sifat warak dan zuhudnya. Diriwayatkan bahawa perut beliau tidak pernah kenyang selama 12 tahun, manakala riwayat lain menyebut 16 tahun, 17 tahun sehingga 20 tahun. Dalam tempoh tersebut, beliau hanya pernah kenyang sekali, namun yang itu pun dimuntahkannya semula. Beliau juga biasa hidup dalam keadaan fakir sehingga beliau tidak takut lagi dengan kefakiran. (Manaqib as-Syafi‘i oleh Imam al-Baihaqi, 2/109-110, ikhtisar & ta’liq Syeikh Nuruddin al-Banjari al-Makki)
11. Imam as-Syafi‘i juga punya amal ibadah yang jarang dapat ditandingi oleh ramai ahli sufi di zamannya. Siapa yang mampu menandingi beliau mengkhatamkan al-Quran sebanyak 60 kali setiap bulan Ramadhan, selain khatam 30 kali setiap bulan? Berapa ramai yang mampu berqiamullail sepanjang satu pertiga malam pada setiap hari di sepanjang hidupnya? (Manaqib as-Syafi‘i oleh Imam al-Baihaqi, 2/105, ikhtisar & ta’liq Syeikh Nuruddin al-Banjari al-Makki). Kelazatan ibadah sebegini yang ingin dicapai oleh ahli sufi. Inilah buahnya tasawuf. Jika beliau bukan benar-benar ahli sufi, maka tidak wujudlah ahli sufi yang sebenar jika begitu.
Cuma title ‘mujtahid’ yang diberi pada beliau sudah pun mencakupi kesemua aspek pencapaian dan martabat tertinggi. Bahkan, beliau juga diangkat lebih tinggi lagi daripada itu oleh ramai ulama, iaitu sebagai MUJADDID kurun kedua Hijrah. رحمه الله تعالى ورضي عنه

25/08/2019 Posted by | Bicara Ulama, Tasauf | | Leave a comment

Betul kah doa orang hidup sampai kepada si mati?

PELIK,TAPI BENAR.

masih ramai dikalangan kita yang tidak mengetahui terhadap suatu perkara yang sudah ijma’ para ulama.
Dan masih ada yang mempertikaikan “ijma’ ” itu dan bertanya,..betul ker doa dari orang itu sampai kepada simati,..?

Saye cube susun dari hujah-hujah ulama dan jumhur “ijma’ ” yang telah ditulis dalam kitab-kitab mereka sebagai berikut :

“DOA DARI YANG HIDUP UNTUK SIMATI”

Kaitan dengan do’a, hal ini tidak begitu dipermasalahkan, sebab telah menjadi kepakatan ulama ahlus sunnah wal jama’ah bahwa do’a sampai kepada orang mati dan memberikan manfaat bagi orang mati.

Begitu banyak dalil yang menguatkan hal ini.

Diantaranya dalil yang menunjukkan hal tersebut adalah sebagaimana Allah Subhanahu wa Ta’alaa telah berfirman :

والذين جاءوا من بعدهم يقولون ربنا اغفر لنا ولإخواننا الذين سبقونا بالإيمان ولا تجعل في قلوبنا غلا للذين آمنوا ربنا إنك رءوف رحيم

“Dan orang-orang yang datang sesudah mereka (Muhajirin dan Anshar), mereka berdoa: “Ya Rabb kami, beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dulu dari kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman; Ya Rabb kami, Sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang.” (QS. al-Hasyr 59 ; 10)

Dalam ayat ini Allah subhanahu wa ta’alaa memberitahukan bahwa orang-orang yang datang setelah para sahabat Muhajirin maupun Anshar mendo’akan dan memohonkan ampun untuk saudara-saudaranya yang beriman yang telah (wafat) mendahului mereka sampai hari qiamat.

Mereka yang dimaksudkan adalah para tabi’in dimana mereka datang setelah masa para sahabat, mereka berdoa untuk diri mereka sendiri dan untuk saudara mukminnya serta memohon ampun untuk mereka.

وَاسْتَغْفِرْ لِذَنبِكَ وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ

“dan mohonlah ampunan bagi dosamu dan bagi (dosa) orang-orang mu’min, laki-laki dan perempuan” (QS. Muhammad 47 : 19)

Ayat ini mengisyaratkan bermanfaatnya do’a atau permohonan ampun oleh yang hidup kepada orang yang meninggal dunia. Serta perintah untuk memohonkan ampunan bagi orang-orang mukmin.

رب اغفر لي ولوالدي ولمن دخل بيتي مؤمنا وللمؤمنين والمؤمنات ولا تزد الظالمين إلا تبارا

“Ya Tuhanku! Ampunilah aku, ibu bapakku, orang yang masuk ke rumahku dengan beriman dan semua orang yang beriman laki-laki dan perempuan.

Dan janganlah Engkau tambahkan bagi orang-orang yang zalim itu selain kebinasaan”. (QS. Nuh 71 : 28)

Allah Subhanahu wa Ta’alaa juga berfirman :

وَصَلِّ عَلَيْهِمْ إِنَّ صَلَاتَكَ سَكَنٌ لَهُمْ

“dan mendo’alah untuk mereka, sesungguhnya do’a kamu itu (menjadi) ketenteraman jiwa bagi mereka” (QS. at-Taubah : 104)

Frasa “shalli ‘alayhim” maksudnya adalah berdolah dan mohon ampulan untuk mereka, ini menunjukkan bahwa do’a bermanfaat kepada orang lain.

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم كلما كان ليلتها من رسول الله صلى الله عليه وسلم يخرج من آخر الليل إلى البقيع فيقول السلام عليكم دار قوم مؤمنين وأتاكم ما توعدون غدا مؤجلون وإنا إن شاء الله بكم لاحقون اللهم اغفر لأهل بقيع الغرقد.

“Rasulullah shallallahu ‘alayhi wa sallam pada malam hari yaitu keluar pada akhir malam ke pekuburan Baqi’, kemudian Rasulullah mengucapkan,…. “Assalamu’alaykum dar qaumin mu’minin wa ataakum ma tu’aduwna ghadan muajjaluwna wa innaa InsyaAllahu bikum laa hiquwn, Allahummaghfir lil-Ahli Baqi al-Gharqad”.

Ini salah satu ayat dan hadits yang menyatakan bahwa mendo’akan orang mati adalah masyru’ (perkara yang disyariatkan), dan menganjurkan kaum muslimin agar mendo’akan saudara muslimnya yang telah meninggal dunia.

Banyak-ayat-ayat serupa dan hadits-hadits yang menunjukkan hal itu.

‘Ulama besar madzhab Syafi’iyah yaitu al-Imam an-Nawawi dalam al-Adzkar menyebutkan :

بابُ ما ينفعُ الميّتَ من قَوْل غيره : أجمع العلماء على أن الدعاء للأموات ينفعهم ويَصلُهم‏.‏ واحتجّوا بقول اللّه تعالى‏:‏ ‏{‏وَالَّذِينَ جاؤوا مِنْ بَعْدِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنا اغْفِرْ لَنا ولإِخْوَانِنا الَّذين سَبَقُونا بالإِيمَانِ‏} وغير ذلك من الآيات المشهورة بمعناها، وفي الأحاديث المشهورة كقوله صلى اللّه عليه وسلم‏:‏ ‏”‏اللَّهُمَّ اغْفِرْ لأهْلِ بَقِيعِ الغَرْقَدِ‏”‏ وكقوله صلى اللّه عليه وسلم‏:‏ ‏”‏اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِحَيِّنا وَمَيِّتِنَا‏”‏ وغير ذلك‏.‏

“Bab perkataan dan hal-hal lain yang bermanfaat bagi mayyit : ‘Ulama telah ber-ijma’ (bersepakat ) bahwa do’a untuk orang meninggal dunia bermanfaat dan pahalanya sampai kepada mereka. Dan ‘Ulama’ berhujjah dengan firman Allah :

“Dan orang-orang yang datang sesudah mereka, mereka berdoa: “Ya Rabb kami, beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dulu dari kami (59:10)”, dan ayat-ayat lainnya yang maknanya masyhur, serta dengan hadits-hadits masyhur seperti do’a Nabi shallallahu ‘alayhi wa sallam “ya Allah berikanlah ampunan kepada ahli pekuburan Baqi al-Gharqad”, juga do’a : “ya Allah berikanlah Ampunan kepada yang masih hidup dan sudah meninggal diantara kami”, dan hadits- yang lainnya.”

Didalam Minhajuth Thalibin :

وتنفع الميت صدقة ودعاء من وارث وأجنبي.

“dan memberikan manfaat kepada mayyit berupa shadaqah juga do’a dari ahli waris dan orang lain”.

Imam al-Mufassir Ibnu Katsir asy-Syafi’i terkait do’a dan shadaqah juga menyatakan sampai.

فأما الدعاء والصدقة فذاك مجمع على وصولهما، ومنصوص من الشارع عليهما

“Adapun do’a dan shadaqah, maka pada yang demikian ulama telah sepakat atas sampainya pahala keduanya, dan telah ada nas-nas dari syariat atas keduanya”.

Syaikh an-Nawawi al-Bantani (Sayyid ‘Ulama Hijaz) didalam Nihayatuz Zain :

وَالدُّعَاء ينفع الْمَيِّت وَهُوَ عقب الْقِرَاءَة أقرب للإجابة

“dan do’a memberikan manfaat bagi mayyit, sedangkan do’a yang mengiringi pembacaan al-Qur‘an lebih dekat di ijabah”.

Syaikh al-‘Allamah Zainudddin bin ‘Abdul ‘Aziz al-Malibari didalam Fathul Mu’in :

وتنفع ميتا من وارث وغيره صدقة عنه ومنها وقف لمصحف وغيره وبناء مسجد وحفر بئر وغرس شجر منه في حياته أو من غيره عنه بعد موته. ودعاء له إجماعا وصح في الخبر أن الله تعالى يرفع درجة العبد في الجنة باستغفار ولده له وقوله تعالى: {وَأَنْ لَيْسَ لِلْإِنْسَانِ إِلَّا مَا سَعَى} عام مخصوص بذلك وقيل منسوخ.

“dan memberikan manfaat bagi mayyit dari ahli waris atau orang lain berupa shadaqah darinya, diantara contohnya adalah mewaqafkan mushaf dan yang lainnya, membangun masjid, sumur dan menanam pohon pada masa dia masih hidup atau dari orang lain yang dilakukan untuknya setelah kematiannya, dan do’a juga bermanfaat bagi orag mati berdasarkan ijma’, dan telah shahih khabar bahwa Allah Ta’alaa mengangkat derajat seorang hamba di surga dengan istighafar (permohonan ampun) putranya untuknya.
dan tentang firman Allah “wa an laysa lil-insaani ilaa maa sa’aa” adalah ‘amun makhsush dengan hal itu, bahkan dikatakan mansukh”.

Sayyid al-Bakri Syatha ad-Dimyathi didalam I’anatuth Thalibin :

(قوله: ودعاء) معطوف على صدقة، أي وينفعه أيضا دعاء له من وارث وغيره،

“Frasa (do’a) ma’thuf atas lafaz shadaqah, yakni do’a juga memberikan manfaat bagi orang mati baik dari ahli waris atau orang lain”.

Syaikhul Islam al-Imam Zakariyya al-Anshari didalam Fathul Wahab :

” وينفعه ” أي الميت من وارث وغيره ” صدقة ودعاء ” بالإجماع وغيره وأما قوله تعالى: (وأن ليس للإنسان إلا ما سعى) فعام مخصوص بذلك وقيل منسوخ وكما ينتفع الميت بذلك ينتفع به المتصدق والداعي

“dan memberikan manfaat bagi orang mati baik dari ahli waris atau orang lain berupa shadaqah dan do’a berdasarkan ijma’ dan hujjah lainnnya, adapun firman Allah “wa an laysa lil-insaani ilaa maa sa’aa” adalah ‘amun makhshush dengan hal itu bahkan dikatakan mansukh, sebagaimana itu bermanfaat bagi mayyit juga bermanfaat bagi person yang bershadaqah dan yang berdo’a”.

Imam Ibnu Hajar al-Haitami didalam Tuhfatul Muhtaj :

(وينفع الميت صدقة) عنه ومنها وقف لمصحف وغيره وحفر بئر وغرس شجر منه في حياته أو من غيره عنه بعد موته (ودعاء) له (من وارث وأجنبي) إجماعا وصح في الخبر: «إن الله تعالى يرفع درجة العبد في الجنة باستغفار ولده له» وهما مخصصان وقيل ناسخان لقوله تعالى (وأن ليس للإنسان إلا ما سعى) (النجم: 39) إن أريد ظاهره وإلا فقد أكثروا في تأويله، ومنه أنه محمول على الكافر أو أن معناه لا حق له إلا فيما سعى، وأما ما فعل عنه فهو محض فضل لا حق له فيه

“dan memberikan manfaat kepada mayyit berupa shadaqah darinya, seperti mewaqafkan mushaf dan yang lainnya, menggali sumur dan menanam pohon pada masa hidupnya atau dari orang lain untuknya setelah kematiannya, dan do’a juga bermanfaat bagi orang mati baik berasal dari ahli waris atau orang lain berdasarkan ijma’ dan telah shahih didalam khabar bahwasanya Allah mengangkat derajat seorang hamba didalam surga dengan istighfar anaknya untuknya, keduanya (ijma’ dan khabar) merupakan pengkhusus, bahkan dikatakan sebagai penasikh untuk firman Allah (wa an laysa lil-insaani ilaa ma sa’aa) jika menginginkan dhahirnya, namun jika tidak maka kebanyakan ulama menta’wilnya, diantaranya itu dibawa atas pengertian kepada orang kafir atau maknanya tidak ada haq baginya kecuali pada perkara yang diusahakannya”.

Imam Syamsuddin al-Khathib as-Sarbiniy didalam Mughni :

ثم شرع فيما ينفع الميت فقال (وتنفع الميت صدقة) عنه، ووقف، وبناء مسجد، وحفر بئر ونحو ذلك (ودعاء) له (من وارث وأجنبي) كما ينفعه ما فعله من ذلك في حياته

“kemudian disyariatkan tentang perkara yang bermanfaat bagi mayyit, maka kemudian ia berkata (dan bermanfaat bagi mayyit berupa shadaqah) darinya, waqaf, membangun masjid, menggali sumur dan seumpamanya, (juga bermanfaat berupa do’a) untuknya (baik dari ahli waris atau orang lain) sebagaimana bermanfaatnya perkara yang ia kerjakan pada masa hidupnya”.

Al-‘Allamah Muhammad az-Zuhri al-Ghamrawi didalam As-Siraajul Wahaj :

وتنفع الميت صدقة عنه ووقف مثلا ودعاء من وارث وأجنبي كما ينفعه ما فعله من ذلك في حياته ولا ينفعه غير ذلك من صلاة وقراءة ولكن المتأخرون على نفع قراءة القرآن وينبغي أن يقول اللهم أوصل ثواب ما قرأناه لفلان بل هذا لا يختص بالقراءة فكل أعمال الخير يجوز أن يسأل الله أن يجعل مثل ثوابها للميت فان المتصدق عن الميت لا ينقص من أجره شيء

“dan shadaqah darinya bisa memberikan manfaat bagi mayyit seumpama mewaqafkan sesuatu, juga do’a dari ahli waris atau orang lain sebagaimana bermanfaatnya sesuatu yang itu ia lakukan pada masa hidupnya dan tidak memberikan manfaat berupa shalat dan pembacaan al-Qur’an akan tetapi ulama mutaakhirin berpendapat atas bermanfaatnya pembacaan al-Qur’an, dan sepatutrnya mengucapakan :

“ya Allah sampaikan apa apa yang kami baca untuk fulan”, bahkan ini tidak khusus untuk qira’ah saja tetapi juga seluruh amal kebaikan boleh untuk memohon kepada Allah agar menjadikan pahalanya untuk mayyit, sungguh orang yang bershadaqah untuk mayyit tidak mengurangi pahalanya dirinya”.

Al-‘Allamah Syaikh Sulaiman al-Jamal didalam Futuhat al-Wahab :

قوله: وينفعه صدقة) ومنها وقف لمصحف وغيره وحفر بئر وغرس شجرة منه في حياته، أو من غيره عنه بعد موته ودعاء له من وارث وأجنبي إجماعا

“(frasa bermanfaatnya shadaqah) diantaranya yakni waqaf untuk mushhaf dan yang lainnya, menggali sumur dan menanam pohon darinya pada masa hidupnya atau dari orang lain untuknya setelah kematiannya, dan do’a untuknya dari ahli waris dan orang lain berdasarkan ijma’”.

Masih banyak lagi pertanyaan ulama-ulama Syafi’iyah yang termaktub didalam kitab-kitab mereka. Oeh karena itu dapat disimpulkan bahwa do’a jelas sampai dan memberikan kepada orang mati dan ulama telah ber-ijma’ tentang ini.

Artinya dari sini, mayyit boleh memperoleh manfaat dari amal orang lain berupa do’a.

Ini adalah amal baik dan penuh kasih sayang terhadap saudara muslimnya yang telah meninggal dunia, dan telah menjadi kebiasaan kaum muslimin terutama yang bermazhab syafi’i baik diNusantara dan yang lainnya, yang dikemas dalam kegiatan tahlilan.

Wallahu’alam.

Sumber Fb: Ustaz Zaref Shah Al Haqqy

25/08/2019 Posted by | Aqidah, Bicara Ulama, Q & A (Soal Jawab), Tazkirah | Leave a comment