Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Talaqqi – Sunnah yg kian di tinggalkan.

Kata Syeikh Muhammad Fuad Kamaludin Al-Maliki
“. Dan pada hari ini,Talaqqi adalah sunnah telah mula tidak diamalkan.”

“Ilmu diambil dari guru ke guru.”
“Antara beza ilmu Islam dengan ilmu orang kafir ialah talaqqi. Bukan melalui kajian dan penyelidikan.”
“Talaqqi adalah warisan. Pada hari ini, cara ini telah diubah oleh orang-orang yang mengagungkan orang Barat.”
“Para Sahabat mengambil ilmu dari lidah RasuluLlah ﷺ, diambil dari Jibril alaihissallam dan diambil dari Allah Azza Wa Jalla.”
“Pembacaan dan penyelidikan adalah cabang dari talaqqi.”
“Apa itu talaqqi? Ambil ilmu dari guru yang ada sanadnya terus sampai kepada Nabi ﷺ.”
“Kata ulama, sesungguhnya ilmu itu datang dengan cara bertalaqqi.”
“Kata ulama juga, kalau nak faham agama, kena ada guru yang boleh membimbing dan membetulkan kesalahan kita.”

Yang ini paling membuatkan hati al-faqir terkesan. “Kalaulah Al-Qur’an (mushaf) boleh membimbing kita, kitab hadis boleh membimbing kita, maka RasuluLlah ﷺ tidak akan risau dengan kematian para ulama. Kerana ilmu diambil dari ulama. Bukan dari kitab. Kitab hanya wasilah sahaja.”

Kata Sheikh Muhammad Fuad al-Maliki lagi; “Ramai orang jadi sesat sebab dia tiada guru. Cara hendak tahu seseorang itu sesat, tengok dari segi keilmuan dia. Orang yang sesat tidak mahu belajar, menjauhkan diri dari ilmu. Kalau tidak sesat pada hari ini, maka satu hari nanti, dia pasti akan sesat kerana meninggalkan majlis ilmu.

Golongan yang kedua pula ialah, mengambil ilmu tetapi tidak secara sunnah, tanpa talaqqi dan bimbingan seorang guru, tarbiyyah dari seorang sheikh, maka mereka ini akan mengelirukan umat. Kata ulama juga, barangsiapa yang belajar tanpa Sheikh (seorang guru), maka syaitan akan menjadi Sheikhnya (gurunya).”

“Cuba berikan saya nama ulama yang mana dia menjadi ulama tanpa bimbingan dari ulama yang mengajarnya. Boleh atau tidak seorang doktor menjadi doktor tanpa dibimbing oleh seorang doktor yang menjadi guru yang mengajarkannya?

INGAT : Ulama’ itu pewaris Nabi ﷺ.

*ZAITON HASHIM*
Sungai Buloh

12/08/2019 Posted by | Informasi, Renungan & Teladan | | Leave a comment

Ada orang tanya,kenapa asyik tulis pasal salafiwahabi? Kenapa tak tulis pasal Syiah?

Olih Ustaz Akhi Amir

Secara prinsipnya, saya bersetuju bahawa SYIAH MERUPAKAN FIRQAH BATIL yang perlu dijelaskan penyimpangannya,sebagaimana firqah SALAFIWAHABI,namun saya lebih kerap menulis tentang SALAFIWAHABI kerana:

1.Saya pernah tersasar mengikuti SalafiWahabi selama hampir 5 tahun,maka saya lebih tahu tentang mereka berbanding Syiah.

2..Penyimpangan Syiah lebih mudah dikesan.
Syiah dari segi Aqidah sahaja,sudah nampak beza dengan Ahlu Sunnah,terutama masalah Imamah(hak menjadi Pemimpin),Sahabat Nabi,Al Qur’an,Al-Bada’ dan lain-lain.

Sedangkan SalafiWahabi pula jika tidak diteliti,akan terlihat seolah-olah mereka dengan Ahlu Sunnah itu sejalan.

Namun penyimpangan mereka dalam masalah Sifat Allah boleh dilihat dan dibezakan dengan aqidah Ahlu Sunnah.

Dan SalafiWahabi juga sering ‘mencuri’ jenama Ahlu Sunnah wal Jamaah sehingga menjadikan masyarakat keliru.

3.Syiah tidak mengganggu soal hukum-hakam dan ibadah Ahlu Sunnah di Malaysia.

Berbeza dengan SalafiWahabi, ada sahaja amalan yang dibidaahkannya.Tak kurang juga,sikit-sikit Syirik.

4.Syiah tidak begitu dominan di Malaysia dan tidak menguasai media sosial dan media di Malaysia berbanding golongan SalafiWahabi.

Lihat sahaja puluhan page SalafiWahabi dan sympathizer mereka di FB,dan juga channel YouTube mereka.

Dan ada berberapa kesamaan Syiah dan SalafiWahabi dalam menyebarkan dakyah mereka,iaitu:

1.Taqiyyah iaitu berpura-pura.Sebagaimana Syiah selalu bertaqiyyah untuk menyembunyikan fahamannya,SalafiWahabi di Malaysia juga begitu, dengan tindakan mereka:
-Memakai jenama Ahlu Sunnah
-Berpakaian seperti Sufi.
-Mengajar kitab-kitab turath pondok,tetapi diselewengkan murod pengarang sesuai dengan fahaman mereka.

2.Pengaruh parti politik dan individu tertentu.
Kedua-dua firqah batil ini saling mencari kedudukan dengan menghampirkan diri dengan pimpinan parti-parti politik.

3.Mempunyai pembiayaan khusus dari negara luar untuk menyebarkan dakyah mereka.

Maka saya menyeru sahabat-sahabat agar mempelajari sungguh-sungguh Aqidah Ahlu Sunnah wal Jamaah mengikut manhaj Imam Abul Hassan Al Asy’ari dan Abu Mansur Al Maturidi رضي الله عنهما dan jagalah negara dan umat ini dikuasai SalafiahWahabiyah dan Syiah.

12/08/2019 Posted by | wahabi | Leave a comment