Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Penulis Wahhabi Khalid Kabir Allal menuduh Imam al-Ghazali rahimahullah sebagai munafiq

Olih: Ustaz Dr Khalif Muammar

Ada seorang penulis Wahhabi Khalid Kabir Allal menuduh Imam al-Ghazali rahimahullah sebagai munafiq, bertaqiyyah menyembunyikan Aqidahnya yang sebenar demi mengelirukan umat Islam.

Ada yang tak puas hati bila saya katakan Wahhabi atau Pseudo-Salafi telah beratus tahun mengkafirkan dan menyesatkan Asha’irah dan ahli Sufi, “itu fitnah” kata mereka “tiada bukti”.

Sebenarnya terlalu banyak bukti, cuma jangan pejamkan mata sahaja saudara akan jumpa.

Di Malaysia ada mufti yang terlepas cakap dalam khutbah mengatakan Asha’irah sesat, tetapi kemudian dipadam. Jika anda tidak mendengar tokoh Wahhabi di Malaysia ini tidak mengkafirkan dan menyesatkan Asha’irah dan golongan Ahli al-Sunnah wal Jama’ah yang lain maka ketahuilah ia strategi mereka untuk tidak kelihatan ekstrim kerana realiti guru2 mereka di Arab sangat berbeza. Jadi Siapa yang bertaqiyyah sebenarnya.

Untuk pengetahuan ulama’ muktabar Asha’irah tidak pernah mengkafirkan Pseudo-Salafi.

13/08/2019 Posted by | Bicara Ulama, Q & A (Soal Jawab), wahabi | Leave a comment

Mengkafirkan Wahabi

Olih Ustaz Dr. Khalif Muammar

Tidak dinafikan terdapat pengikut Asha’irah yang tidak mampu mengawal diri sehingga bertindak mengkafirkan Wahhabi dan Pseudo-Salafi, itulah natijahnya apabila suatu pihak melakukan perbuatan melampau maka akan wujud timbal balik yang melampau.

Saya tidak menyokong tindakan mengkafirkan golongan Wahhabi (Pseudo-Salafi) kerana itu bukan manhaj Asha’irah dan Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah. Tindakan melampau perlu dielakkan daripada manapun ianya datang.

Saya dapati tindakan melampau mengkafirkan Wahhabi datang daripada orang yang awam dan bukan di kalangan alim ulama’, sedangkan tindakan melampau mengkafirkan Asha’irah datang daripada kalangan alim ulama’ Wahhabi sendiri dan diikuti oleh orang awam.

Di sini kita dapat melihat bahawa bukan Asha’irah yang melampau melainkan Wahhabi yang bertindak melampau sehingga mengakibatkan perbalahan dan permusuhan sesama Islam.

Tujuan hantaran ini dibuat bukan untuk mengeruhkan lagi keadaan tetapi agar umat Islam mengetahui hakikat yang sebenar, tidak tertipu dengan slogan Wahhabi kembali kepada al-Qur’an dan al-Sunnah dengan membid’ahkan dan menyesatkan semua amalan dan kepercayaan yang tidak selari dengan kefahaman sempit mereka terhadap al-Qur’an dan al-Sunnah.

13/08/2019 Posted by | Bicara Ulama, Politik dan Dakwah, wahabi | Leave a comment

   

%d bloggers like this: