Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Wanita Haid Masuk Ke Dalam Masjid/Surau

FATWA-FATWA BERKAITAN WANITA HAID MASUK MASJID / SURAU

1. FATWA NEGERI SELANGOR
Kategori : Sosial/Syariah
Tajuk : Fatwa Tentang Hukum Wanita Haid Dan Nifas Masuk Ke Dalam Masjid

Fatwa :
(1) Wanita yang sedang haid dan nifas adalah tidak dibenarkan duduk diam di dalam masjid walaupun dengan tujuan pembelajaran semata-mata.

(2) Hukum wanita haid dan nifas yang masuk ke dalam masjid adalah dibenarkan untuk sekadar melintasi atau melalui sekali lalu tanpa berulang-alik untuk keluar melalui pintu yang dimasukinya.

Rujukan Pewartaan : Sel. P.U. 28
Tarikh Pewartaan : 30 Ogos 2001

2. FATWA NEGERI SELANGOR
KEPUTUSAN JAWATANKUASA PERUNDING HUKUM SYARA’ (FATWA) NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN MENGENAI PEREMPUAN HAID DAN NIFAS MENGGUNAKAN MASJID UNTUK PEMBELAJARAN DAN HUKUM KANAK-KANAK DI DALAM MASJID

PERBINCANGAN DAN KEPUTUSAN
Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (Fatwa) Negeri Selangor dalam persidangannya yang bertarikh 29 April 1999 telah membincangkan perkara di atas dan keputusannya adalah seperti berikut :

“ Jawatankuasa Fatwa kali 1/99 yang bersidang pada 29 April 1999 sebulat suara memutuskan perempuan haid dan nifas menggunakan masjid semata-mata untuk tujuan pembelajaran sahaja adalah diharuskan kerana ia mempunyai hajat iaitu untuk menuntut ilmu. Manakala membawa masuk kanak-kanak yang belum mumayyiz ke dalam masjid adalah tidak harus. Ini kerana dikhuatiri kanak-kanak tersebut akan menyebabkan kotoran pada masjid ”.

DALIL-DALILNYA:

Berkaitan dengan perempuan haid atau nifas, ulama’ Islam mengemukakan pelbagai pandangan. Antaranya:

Sabda Rasulullah s.a.w
Maksudnya : Aku tidak menghalalkan bagi orang haid atau junub memasuki masjid.

Golongan ulama’ Syafii dan Hanbali mengharuskan bagi rang yang haid dan nifas lalu dalam masjid jika diyakini tidak mencemarkan masjid kerana masjid haram dicemari oleh najis dan kotoran lain.

Juga kerana terdapat riwayat daripada Aisyah yang mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda kepadaku Maksudnya :

Berikan aku sejadah (tikar) daripada masjid. Maka aku menjawab, “Aku sekarang sedang haid”. Lantas Nabi bersabda, “Sesungguhnya haid engkau bukan terletak pada tangan engkau”.

SUMBER: Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (Fatwa) Negeri Selangor

3. FATWA NEGERI PERAK
Bolehkah wanita yang tidak suci (haid) memasuki mana- mana bahagian surau didirikan jumaat?

JAWAPAN:
Berkaitan juga dengan perkara di atas wanita yang tidak `suci` boleh memasuki mana-mana bahagian surau berkenaan.

BANK KEMUSYKILAN
Bahagian Istinbat,
Jabatan Mufti Negeri Perak.

4. FATWA NEGERI PULAU PINANG
Soalan:
i) Apakah yang dimaksudkan dan ditak’rifkan dengan surau dari segi hukum syarak?
ii) Adakah sama dengan taraf masjid dari segi disunatkan sembahyang tahiyyatul-masjid (تحية المسجد) ketika memasukinya, disunatkan i’tiqaf di dalamnya dan di larang wanita yang sedang dalam keadaan haid berada di dalamnya ?

Jawapan:
i) Surau adalah tempat melakukan ‘ibadat sembahyang yang tidak didirikan sembahyang Jumaat di dalamnya.

ii) Tidak ada sembahyang sunat tahiyyatul-masjid di surau dan tidak ada i’tiqaf di dalamnya dan tidak dilarang wanita-wanita yang sedang di dalam keadaan haid berada di dalamnya. Nas dari kitab إعانة الطالبينI juzuk 2, m/s 259. وأعلم أن الجامع وهو ما تقام فيه الجمعة. Bermaksud: “Dan ketahuilah bahawa yang di namakan masjid itu, ialah tempat yang didirikan padanya sembahyang Jumaat.

Negara asal : Malaysia
Negeri : Pulau Pinang
Badan yang mengisu fatwa : Jabatan Hal Ehwal Ugama Pulau Pinang
Penulis/Ulama : Dato’ Haji Hassan Bin Haji Ahmad ( Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang)
Tarikh Diisu : Nov. 1986

5. FATWA AL-LAJNAH AD-DAIMAH LIL IFTA’

Tidak boleh seorang wanita yang sedang haidh masuk kedalam masjid kecuali hanya untuk berjalan melewati masjid jika hal itu diperlukan, sebagaimana halnya orang yang sedang junub berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala.

“Artinya : Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu shalat, sedang kamu dalam keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan, (jangan pula hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan junub, terkecuali sekedar berlalu saja, hingga kamu mandi”. [An-Nisaa : 43]
[Fatawa Al-Lajnah Ad-Dai’mah Lil Ifta, 5/398]

Disalin dari buku Al-Fatawa Al-Jami’ah Lil Mar’atil Muslimah, edisi Indonesia Fatwa-Fatwa Tentang Wanita, penyusun Amin bin Yahya Al-Wazan, terbitan Darul Haq, hal. 62-63 penerjemah Amir Hamzah Fakhrudin

SOAL JAWAB BERKAITAN WANITA HAID MASUK MASJID / SURAU

SOALAN PERTAMA

Assalamu’alaikum wbt…
Saya inginkan penjelasan tuan mufti tentang wanita yang sedang haid, samada dia boleh (dibenarkan) masuk ke dalam masjid/surau atau tidak. Jika boleh, apakah hujahnya…dan dari mana sumber yg mengatakan bahawa dia boleh masuk ke dalam masjid.

JAWAPAN SOALAN PERTAMA

Alhamdulillah. Salawat dan salam ke atas Rasulullah SAW.
Mazhab Syafi’e mengharuskan wanita haid dan nifas melalui atau melewati di dalam masjid jika tidak dikhuatirkan akan jatuh darahnya di lantai masjid itu. Tidak dibolehkan berulang-alik dalam masjid atau duduk / berhenti lama di dalamnya

Sila rujuk surah an-nisa’ ayat 43 (wanita haid termasuk dalam hukum yang sama dengan orang junub).

Terdapat hadis daripada Aisyah r.anha beliau berkata, :Rasulullah saw. telah berkata kepadaku “Tolong ambilkan untukku tikar dari masjid” Saya berkata “saya sedang haid”, baginda menjawab “Apakah haidmu itu berada ditanganmu?” (HR. Muslim).

Hadis ini menunjukkan keharusan wanita haid berjalan melalui masjid.

Sekian, wassalam.
Tarikh kemaskini 20-01-2000
Jabatan Mufti Negeri Melaka

SOALAN KEDUA

Apakah hukum bagi seseorang wanita masuk surau jika wanita tersebut dalam keadaan haid.

JAWAPAN SOLAN KEDUA

Harus bagi wanita dalam haid masuk surau tetapi tidak boleh masuk dan duduk di tempat orang sedang solat..WASSALAM

Nombor Rujukan : PANEL SJAI 290208
Tarikh Selesai : 29/02/2008 08:22 AM
Panel Kemusykilan Agama, JAKIM

SOALAN KETIGA

Assalamualaikum..
1)apa hukum org dlm haid masuk surau?..yg saya tahu kalau masuk masjid haram..

JAWAPAN SOALAN KETIGA :

Harus bagi wanita haidh masuk surau dan ia wajib menjaga supaya tidak mengotori surau tersebut.

Nombor Rujukan : PANEL SJAI 250908
Tarikh Selesai : 25/09/2008 04:17 PM
Panel Kemusykilan Agama, JAKIM

SOALAN KEEMPAT

Salam ustaz…saya agak keliru dgn hukum wanita sedang haid masuk masjid serta menziarahi kubur?boleh ustaz perjelaskan beserta dalilnya.

JAWAPAN SOALAN KEEMPAT
Majoriti mazhab mengharamkan wanita haid masuk dan duduk dlm masjid, namun mazhab Hanbali dan beberapa ulama kontemporari berpandangan harus utk tujuan menuntut ilmu. Ziarahi kubur adalah harus bagi lelaki dan wanita.

USTAZ ZAHARUDDIN ABDUL RAHMAN (www.zaharuddin.net)

WALLAHUA’LAM..

DISEDIAKAN OLEH:
IBNU MUSLIM (4 Rabiul Akhir 1430/ 31 MAC 2009)
IBNU MUSLIM di 3/31/2009 09:50:00 PG

24/08/2018 - Posted by | Bicara Ulama, Fatwa, Ibadah, Q & A (Soal Jawab)

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: