Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Pesan Tuan Guru Hj. Salleh Musa حفظه الله تعالى

Image may contain: 1 person, text

“Hangpa mengaji tauhid biaq betoi, AQIDAH tuu yang perlu jaga.. Hangpa jangan dok buang masa, jangan dok biarkan usia hangpa HANYUT begitu saja.. Isikan usia hangpa ni dengan mengaji ilmu agama.. Muliakan dengan ilmu TAUHID.. Lepas tuu, pi mengaji ilmu FEQAH.. Lepas tuu baru pi mengaji ilmu TASAWUF.. Jangan dok kalut nak pi ilmu TASAWUF, hadis dan sebagainya jika Allah سبحانه وتعالى sendiripun hangpa tak kenal.. Macam mana nak kenal Allah سبحانه وتعالى jika takmau ngaji ilmu TAUHID.. Sebab tak kenal Allah سبحانه وتعالى lah depa dok suka sesatkan orang, bida’ahkan orang.. Ada ilmu HADIS, tapi ilmu TAUHID takdak.. Punah habis semuanya..

Nak mengaji ni, ibarat nak naik TANGGA.. Kena langkah dari BAWAH, barulah sampai kat tingkat ATAS.. Jangan dok kalut nak meloncat nak ke tingkat atas dari tingkat BAWAH.. Satgi jatuh, mampuih.. Kalau nak naik, ikutlah turutan yang betul.. Jangan dok ikut puak-puak Syi’ah, Wahabi, Mu’tazilah, Sekular, Liberal dan sebagainya..

Kita pegang sungguh-sungguh dengan Manhaj AHLUS SUNNAH WAL JAMA’AH.. Jangan dok lari dari DASAR pegangan kita.. Sekarang ni, ulama’ – ulama’ tua tak banyak dah.. Hangpa pi lah tengok dalam Malaysia, Thailand, Indonesia semua tak banyak dah.. Yang ada pun tinggal berapa orang jaa ulama’ tua yang masih Sementara depa masih ada lagi ni, pi lah dampingi depa.. Pi duduk dalam Majlis Ilmu depa.. Cedok (ambik) ilmu depa, insyaAllah, Allah سبحانه وتعالى akan bantu..” Pesanan ditujukan khas untuk diri sendiri yang jahil takdak ilmu, sangat lagho & hina dina..

Kredit : Al-Faqir Ilallah, Abu Fadhil Ridhauddin

27/08/2019 Posted by | Aqidah, Bersama Tokoh, Bicara Ulama, Ibadah, Q & A (Soal Jawab), Tasauf, Tazkirah | Leave a comment

Pegang akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

Profesor Dr Syed Muhammad Naquib Al Atas

DALAM syarahannya, Prof Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas sering membawa kisah isteri Aladin menukarkan lampu ajaib lamanya dengan ‘produk’ baharu ahli sihir kerana terpengaruh dengan kilau zahirnya.

Anekdot ini mengingatkan saya pada fenomena ramai ilmuwan dan intelektual dari luar yang berkunjung ke negara ini.

Selain dasar kerajaan bersikap terbuka dan konsep wasatiyyah diamalkan di negara ini, masyarakat kita memang meraikan tokoh berilmu termasuk dalam Islam.

Malah sejarah kemasukan Islam yang menjadi sebahagian perkembangan agama ini di alam Melayu menyerlahkan hakikat itu.

Ulama dan pendakwah khususnya keturunan Imam Ahmad bin Isa al-Muhajir yang bersambung salasilah kepada Nabi Muhammad SAW, sejak sekian lama bukan saja terbabit dalam dakwah serta pendidikan, bahkan terbabit dalam kesultanan dan kerajaan Melayu di rantau ini.

Kekeliruan fahaman asing

Hal sama juga berlaku pada era pascamodenisme apabila ilmuwan dan intelektual terus datang atau dibawa ke negara ini untuk berkongsi keilmuan serta keintelektualan mereka.

Bagaimanapun ketika idea liberalisme dan pluralisme semakin getir, ditambah kekusutan sedia ada akibat kekeliruan daripada faham pseudo-Salafi dan Wahabisme, maka ada baiknya kita menerimanya dengan hati-hati.

Penerimaan berhati-hati bukanlah bermakna mengambil tindakan semberono atau menekan butang panik, sebaliknya menilainya dengan kerangka dan pandangan alam Islam yang benar.

Saya tertarik dengan nasihat oleh ilmuwan Islam dari Amerika Syarikat (AS), Sheikh Dr Umar Faruq Abd-Allah ketika menyampaikan syarahan Balancing Reason & Tradition In Contemporary Context di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Kuala Lumpur.

Beliau mengingatkan kita supaya berpegang dengan apa yang sudah diterima dan diamalkan oleh bangsa Melayu sejak zaman-berzaman, iaitu Islam yang mengangkat peradaban bangsa Melayu.

Warisan agama ASWJ

‘Warisan’ datuk nenek kita yang hakiki ialah akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) seperti disusun Imam Abu Hassan Ashaari dan Imam al-Maturidi, manakala dalam konteks fiqh seperti yang diterima di alam Melayu, iaitu mazhab Syafie serta tasawuf dengan rantaian ulama seperti Shaikh Abdul Qadir al-Jilani, Imam al-Junaid dan Imam al-Ghazali.

Hal sama juga pernah diingatkan oleh pengasas Kolej Zaytuna di AS, Shaikh Hamza Yusuf dalam siri kunjungannya sebelum ini termasuk dalam wawancaranya dengan IKIMfm yang didokumentasikan oleh institusi itu dalam bentuk cakera padat (CD).

Nasihat itu bukan menyuruh kita untuk bersikap tertutup kerana Dr Umar Faruq sendiri dalam syarahannya menekankan kesatuan rasional dengan sumber ilmu lain dalam tradisi Islam.

Epistemologi atau faham kedudukan ilmu dalam Islam memang sudah kukuh tetapi pergelutan pemikiran dalam tradisi Barat atau reaksi umat Islam terhadap modenisme menyebabkan kita terikut sama mendukung ‘biawak hidup’ itu.

Justeru nasihat Dr Umar Faruq itu amat cocok dengan anekdot al-Attas supaya kita tidak mengulangi kesilapan isteri Aladin yang menggadaikan lampu ajaib dengan produk baharu semata-mata kerana mata kita tersilau dengan pancaran palsunya.

Sumber: Berita Harian.Com

27/08/2019 Posted by | Aqidah, Bersama Tokoh, Bicara Ulama, wahabi | Leave a comment

55 CIRI-CIRI SALAFI WAHABI

Oleh: KH Thobary Syadzily

Inilah aliran Salafi Wahabi yakni ajaran yang dibawakan oleh Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab at-Tamimi an-Najdi :

1. Allah bersemayam di atas ‘arsy seperti akidahnya kaum Yahudi.

2. Golongan yang beriman kepada setengah ayat Al-Qur’an dan kafir dengan setengah ayat Al-Quran yang lain.

3. Golongan yang menolak Takwil pada setengah ayat, dan membolehkan Takwil pada setengah ayat yang lain berdasarkan mengikuti hawa nafsu mereka.

4. Golongan yang menafikan Kenabian Nabi Adam A.S.

5. Golongan yang menyatakan bahwa Alam ini Qidam/Maha Dahulu lebih drpd Allah (Rujuk pandangan ibn Taimiyyah).

6. Golongan yang mengkafirkan Imam Abu al-Hasan Al-Asy’ari dan para pengikutnya.

7. Golongan yang mengkafirkan Sultan Sholahuddin Al-Ayyubi dan Sultan Muhammad Al-Fateh.

8. Golongan yang mengkafirkan Imam An-Nawawi dan Seluruh Ulama Islam yang menjadi para pengikutnya (Asy’ariyah dan Maturidiyah).

9. Golongan yang mengdhoifkan hadits-hadits sohih dan mengsohihkan hadis-hadis dhoif (lihat penulisan Albani).

10. Golongan yang tidak mempelajari ilmu dari Guru atau Syeikh, hanya copy paste dan membaca dari buku2 dsb.

11. Golongan yang mengharamkan bermusafir ke Madinah dengan niat ziarah Nabi Muhammad SAW.

12. Golongan yang membunuh Ummat Islam beramai-ramai di Mekah, Madinah, dan beberapa kawasan di tanah Hijaz (lihat tarikh an-Najdi).

13. Golongan yang meminta bantuan Askar dan Senjata pihak Britain (yang bertapak di tempat Kuwait pada ketika itu) ketika kalah dalam perang ketika mereka ingin menjajah Mekkah dan Madinah.

14. Golongan yang menghancurkan turath (sejarah peninggalan) Ummat Islam di Mekkah dan Madinah.(lihat kawasan pekuburan Jannatul Baqi, Bukit Uhud dsb)

15. Golongan yang membenci kaum ahlul bait.

16. Golongan yang bertentangan dengan Ijma para Shohabah, Tabiin, Salafus Soleh, Khalaf dan seluruh Ulama ASWAJA.

17. Golongan yang mendakwa akal tidak boleh digunakan dalam dalil syara’, dengan menolak fungsi akal (ayat-ayat Al-Quran menyarankan menggunakan akal)

18. Golongan yang mengejar syuhrah (pangkat, nama, promosi,kemasyhuran) dengan menggunakan pemahaman mereka yang salah terhadap Al-Quran dan As-Sunnah.

19. Golongan yang mengdhoifkan hadis solat tarawih 20 rakaat.(Albani)

20. Golongan yang mengharamkan menggunakan Tasbih.(Albani)

21. Golongan yang mengharamkan berpuasa pada hari sabtu walaupun hari Arafah jatuh pada hari tersebut.(Albani)

22. Golongan yang memperlecehkan Imam Abu Hanifah R.A.(Albani)

23. Golongan yang mendakwa Allah memenuhi alam ini dan menghina Allah dengan meletakkan anggota pada Allah SWT.

24. Golongan yang mendakwa Nabi Muhammad SAW tidak hayyan (hidup) di kuburan beliau .(Albani)

25. Golongan yang melarang membaca Sayyidina dan menganggap perbuatan itu bidaah dholalah / sesat.

26. Golongan yang mengingkari membaca Al-Quran dan membaca talqin pada orang yang meninggal.

27. Golongan yang melarang membaca selawat selepas azan.(Albani)

28. Golongan yang mengatakan Syurga dan Neraka ini fana (tidak akan kekal).(ibn Taimiyyah)

29. Golongan yang mengatakan lafaz talaq tiga tidak jatuh, jika aku talaq kamu dengan talaq tiga cuma jatuh satu talak. (ibn Taimiyyah).

30. Golongan yang mengisbatkan (menyatakan/menetapkan) tempat bagi Allah. (Ibn Taimiyyah)

31. Golongan yang menggunakan wang ringgit untuk menggerakkan ajaran sesat mereka, membuat tadlis (penipuan dan pengubahan) di dalam kitab-kitab ulama yang tidak sependapat dengan mereka.

32. Golongan yang mengkafirkan orang Islam yang menetap di Palestine sekarang ini. (Albani)

33. Golongan yang membidaahkan seluruh umat Islam.

34. Golongan yang menghukum syirik terhadap amalan umat Islam yang tidak sepaham dengan mereka.

35. Golongan yang membawa ajaran tauhid tetapi tidak pernah belajar ilmu tauhid.(Ibn Taimiyyah)

36. Golongan yang mengatakan bahawa Abu Jahal dan Abu Lahab juga mempunyai tauhid, tidak pernah Nabi Muhammad SAW mengajar begini atau pun para Shohabah R.A. (Muhammad Abdul Wahab)

37. Golongan yang membolehkan memakai lambang salib hanya semata-mata untuk mujamalah/urusan resmi kerajaan, dan hukumnya tidak kufur. (Bin Baz)

38. Golongan yang membiayai kewangan Askar Kaum Kuffar untuk membunuh Umat Islam dan melindungi negara mereka. (kerajaan Wahabi Saudi)

39. Golongan yang memberi Syarikat-syarikat Yahudi memasuki Tanah Haram.(Kerajaan Wahabi Saudi)

40. Golongan yang memecah-belah Umat Islam dan institusi kekeluargaan.

41. Golongan yang mengharamkan Maulid dan bacaan-bacaan barzanji, marhaban.

42. Golongan yang menghalalkan bom bunuh diri atas nama jihad walaupun orang awam kafir yang tidak bersenjata mati. (selain di Palestine)

43. Golongan yang menghalalkan darah Ahlus Sunnah Wal Jamaah Asy’ariyah dan Maturidiyah. Lihat di Lubnan, Chechnya, Algeria, dan beberapa negara yang lain.

44. Golongan yang menimbulkan fitnah terhadap Umat Islam dan menjelek-jelekkan nama baik Islam.

45. Golongan yang membuat kekacauan di Fathani, Thailand.

46. Golongan yang sesat menyesatkan rakyat Malaysia.

47. Golongan yang meninggalkan ajaran dan ilmu-ilmu Ulama ASWAJA yang muktabar.

48. Golongan yang meninggalkan methodologi ilmu ASWAJA.

49. Golongan yang Minoritas dalam dunia, malah baru berumur setahun jagung.

50. Golongan yang menuduh orang lain dengan tujuan melarikan diri atau menyembunyikan kesesatan mereka.

51. Golongan yang jahil, tidak habis mempelajari ilmu-ilmu Agama, tetapi ingin membuat fatwa sesuka hati.

52. Golongan yang melarang bertaqlid, tetapi mereka lebih bertaqlid kepada mazhab sesat mereka.

53. Golongan yang secara zahirnya berjubah, berkopiah, singkat jubah, janggut panjang, tetapi berlewat, tidak menghormati ulama, mengutuk para Alim Ulama dan tidak amanah dengan ilmu dan agama Islam.

54. Golongan yang tidak berhujjah dalam ajaran mereka.

55. Golongan yang membawa ajaran sesat Ibn Taimiyyah/Muhamad Ibn Abd Wahab, kedua-dua individu ini telah dicemuh, ditentang, dijawab oleh Jumhur Ulama ASWAJA atas dasar akidah mereka yang menyeleweng.

27/08/2019 Posted by | Bicara Ulama, Q & A (Soal Jawab), wahabi | Leave a comment

Fahaman Zakir Naik tidak selari dengan ASWJ,kata ahli agama

Pengasas dan Pengerusi Pusat Pengajian dan Pendidikan Islam Ar-Rifaie Selangor, Ustaz Ahmad Hafiz Mohd Alwi Al-Bakaniyy berpendapat, pendakwah antarabangsa Dr Zakir Naik perlu mempelajari fahaman akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) yang berteraskan aliran al-Asya’irah dan al-Maturidiyyah sekiranya beliau mahu berdakwah di negara ini.

Ahmad Hafiz yang juga merupakan Panel Pakar Rujuk Deradikalisasi bagi Kes-Kes Khas Keganasan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut menasihati pendakwah dari India itu, supaya mempelajari sifat 20 yang wajib bagi Allah, kitab Risalatul Tauhid dan juga kitab-kitab akidah yang lain sebelum berdakwah.

Ini kerana katanya, fahaman Zakir Naik dilihat tidak selari dengan akidah ASWJ di negara ini, terutamanya dalam bab ketuhanan seperti yang diceritakan oleh pendakwah tersebut.

“Bab ketuhanan ini sebagai contoh, apabila dia mengisbatkan (menetapkan) bahawa Tuhan itu yakni Allah sama dengan makhluk. Ia sudah menjadi satu kredit kepada Yahudi yang mengatakan Tuhan dia juga adalah Allah yang bersifat triniti.

“Pada tahun 2016 kalau tak silap saya, apabila Zakir Naik datang ke sini (Malaysia), ada orang bertanya, Allah di mana? Dia (Zakir) membawa fahaman yang mengatakan bahawa Allah di Arasy, duduk di atas Arasy.

“Akidah Islam menyatakan Allah ada tanpa tempat. Allah tidak sama dengan makhluk. Kita tidak mahu orang masuk ke dalam agama Islam dan pada masa sama, mereka pula menyekutukan Allah.

“Zakir Naik turut mensyirikkan amalan Tawassul yang merupakan ajaran yang diajar sendiri oleh Nabi Muhammad, para sahabat serta ulama-ulama ASWJ Asyairah & Maturidiyyah dan diamalkan oleh majoriti umat Islam di dunia sehingga kini. Hal ini secara tidak langsung dia telah mensyirikkan majoriti umat Islam,”ujarnya,

Beliau mengulas demikian kepada Malaysia Dateline, ketika ditanya mengenai larangan berceramah diseluruh negara yang dikenakan ke atas Dr Zakir Naik oleh pihak polis dan berhubung konsep dakwah yang diamalkan pendakwah tersebut..

Dalam pada itu, Ahmad Hafiz yang berpengalaman sebagai pengkuliah dan penceramah tetap kursus pemantapan akidah, Maktab PDRM Cheras, Kuala Lumpur turut mempersoalkan bagaimana penceramah tersebut boleh membawa orang bukan Islam masuk ke dalam agama Islam, tetapi pada masa sama mensyirikkan umat Islam.

“Beliau (Zakir) juga membid’ahkan (menghukumkan haram) amalan-amalan umat Islam seperti sambutan Maulidur Rasul yang merupakan amalan baik diamalkan oleh seluruh umat Islam di Malaysia khasnya, tahlil dan lain-lain. Ini akan membawa kepada keruntuhan akidah serta perpecahan ummah,” katanya lagi.

Namun, tidak dinafikan ilmu perbandingan agama yang dibawa oleh pendakwah antarabangsa itu, berpotensi membawa imej yang terbaik (positif) terhadap agama Islam, khususnya daripada pandangan masyarakat dunia.

Ahmad Hafiz berkata, ilmu agama yang dimiliki Zakir boleh dikatakan bahawa beliau adalah seorang yang mahir dalam menguasai kitab-kitab agama lain (perbandingan agama), tetapi bukannya dalam bidang akidah.

“Saya tidak tahu secara mendalam tentang ilmu yang ada pada dirinya, tetapi melalui video-video yang orang hantar pada saya, boleh dikatakan beliau mahir dalam menguasai bab perbandingan agama.

“Kami ingin menegaskan, jika beliau berminat ingin duduk di negara kita untuk berdakwah, maka berdakwah lah mengikut metode yang sihat dan selamat iaitu ASWJ salaf, khalaf, Asyairah dan Maturidiyyah yang hakiki,” ujarnya yang merupakan graduan Talaqqi dari Universiti Al-Azhar Mesir dalam Kuliah Usuluddin, Bidang Akidah dan Falsafah.

Ahmad Hafiz secara peribadi turut menyatakan bahawa beliau bersedia untuk bermuzakarah dengan penceramah tersebut atau anak-anak muridnya secara ilmiah, bagi mendapatkan kata sepakat berkaitan kesatuan akidah dan penyatuan umat.

27/08/2019 Posted by | Aqidah, Bicara Ulama, Q & A (Soal Jawab), wahabi | , | Leave a comment

KENALI WAHABI

Catatan ilmu supaya kita lebih faham arti terminologi yang dipakai:-

1. *Imam Hanafi* :
Lahir 80 Hijriah

2. *Imam Maliki* :
Lahir 93 Hijriah

3. *Imam Syafi’i* :
Lahir 150 Hijriah

4. *Imam Hanbali* :
Lahir 164 Hijriah

*5. Imam Asy’ari* :
Lahir 240 Hijriah

Mereka ini semua ulama Salafus Soleh dikenali dengan nama ulama *SALAF*…

Apa itu SALAF?

Salaf ialah nama “zaman” yaitu merujuk kepada golongan ulama yang hidup antara kurun zaman kerasulan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi wassallam hingga 300 HIJRAH.

1) Golongan generasi pertama dari 300 tahun hijrah itu disebut *”Sahabat Nabi”* karena mereka pernah bertemu Nabi.

2) Golongan generasi kedua pula disebut *”Tabi’in”* yaitu golongan yang pernah bertemu Sahabat Nabi tapi tak pernah bertemu Nabi.

3) Golongan generasi ketiga disebut sebagai *”Tabi’ tabi’in”* yaitu golongan yang tak pernah bertemu Nabi & Sahabat tapi bertemu dengan Tabi’in.

Jadi Imam Abu Hanifah (pengasas mazhab Hanafi) merupakan murid Sahabat Nabi maka beliau seorang *TABI’IN.*

* *Imam Malik*,
* *Imam Syafi’i*,
* *Imam Hanbali*,
* *Asy’ari*
pula berguru dengan Tabi’in maka mereka adalah golongan *TABI’ TABI’IN.*

Jadi kesemua imam-imam yang mulia ini
merupakan golongan
*SALAF YANG SEBENAR* &
pengikut mazhab mereka lah yang paling layak digelar sebagai “Salafi” kerana “salafi” bermaksud “pengikut golongan *SALAF”.*

Jadi beruntung lah kita di *(Nusantara) yang masih berpegang kepada mazhab Syafi’i yang merupakan mazhab SALAF* yang *SEBENAR* &
tidak lari dari kefahaman
*NABI & SAHABAT*…

Rujukan Wahhabi pula:

1) *Ibnu Taimiyyah* lahir:
661 Hijrah (lahir 361 tahun selepas berakhirnya zaman SALAF)

2) *Albani* lahir:
1333 Hijrah (mati tahun 1420 hijrah @ 1999 Masihi,
lahir 1033 tahun selepas berakhirnya zaman SALAF)

3) *Muhammad Abd Wahhab* *(pengasas gerakan Wahhabi)*:
1115 Hijrah (lahir 815 tahun selepas berakhirnya zaman SALAF)

4) *Bin/Ibnu Baz* lahir:
1330 Hijrah (mati tahun 1420 hijrah @ 1999 Masihi,
sama dengan Albani,
lahir 1030 tahun selepas berakhirnya zaman SALAF)

5) *Ustaimin* lahir:
1928 Masihi (mati tahun 2001,
lebih kurang 12 tahun lepas dia mati,
lahir entah berapa ribu tahun selepas zaman SALAF.

Mereka ini semua hidup di *AKHIR ZAMAN* kecuali Ibnu Taimiyyah yang hidup di pertengahan zaman antara zaman salaf & zaman dajjal (akhir zaman)…
tak ada seorang pun imam rujukan mereka yang mereka taksub buta hidup di zaman *SALAF*….

Mereka ini semua *TERAMAT LAH JAUH DARI ZAMAN SALAF* tapi *SANGAT-SANGAT ANEH* apabila puak-puak Wahhabi menggelarkan diri sebagai “Salafi” (pengikut golongan Salaf).

Sedangkan rujukan mereka
semuanya merupakan manusia-manusia yang hidup di *AKHIR ZAMAN?*

fikir-fikirkanlah & renung-renungkanlah
sebarkan kepada saudara-saudara kita yang lain ASWAJA.

27/08/2019 Posted by | wahabi | , | Leave a comment

   

%d bloggers like this: