Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Panduan Memilih GURU

Berkata Syeikh Abdul Qadir Al-Jilani, “Jika anda berguru kepada seseorang demi untuk sampai kepada Allah, maka ikutilah saranan ini : Hendaklah anda berwudhuk dengan sempurna, mindamu penuh khusyuk dan matamu jangan memandang selain dari tempat wudhuk saja. Sesudah itu, anda terus pergi bersolat. Anda buka pintu solat itu dengan wudhuk tadi, kemudian anda buka pintu istana Allah pula dengan solatmu. Apabila sudah selesai solat, tanyalah Allah menerusi bisikan hatimu – Siapa yang patut saya ambil sebagai pembimbingku, atau guruku? Siapa yang benar-benar dapat menyampaikan ajaran-Mu kepadaku? Siapakah orang pilihan-Mu? Siapakah Khalifah-Mu? Siapakah Wakil-Mu?

Allah Maha Pemurah, nanti pertanyaanmu yang serius itu akan dijawab-Nya. Tanpa ragu lagi, bahawa Dia akan mendatangkan ilham ke dalam hatimu. Dia akan memberikan petunjuk ke dalam dirimu, iaitu petunjuk yang paling batin sekali, yakni sirr. Allah akan memberikan tanda-tanda atau isyarat yang jelas. Pintu cahaya-Nya akan dibukakan buatmu, lalu cahaya itu akan mendorongmu ke jalan yang benar. Ingatlah, siapa yang berusaha dengan sungguh-sungguh mencari pasti akan mendapat.

Firman Allah Ta’ala :

“Dan orang-orang yang bermujahadah (pada perjalanan) menuju Kami, nanti Kami akan menunjuki mereka jalan-jalan (yang menyampaikan mereka) kepada Kami.”

[Al-Ankabut : 69]

Keputusannya terletak pada dirimu sendiri, pada hatimu yang diberikan cahaya kelak. Anda sendiri yang memutuskan nanti, bukan orang yang anda hendak berguru kepadanya. Apabila hatimu telah bulat tertumpu kepada orang itu, maka mulakanlah berguru kepadanya. Dialah yang menjadi pilihan Tuhan untukmu. Jangan ambil peduli tentang miskin atau kayanya, tentang susur galur keturunannya, tentang rupa dan perawakannya, tentang cara dan kaedahnya, tentang kata-kata dan bicaranya. Apa yang terpenting ialah batinnya, hatinya bukan zahir dan bentuknya.

Di majlisnya, jangan anda tergesa-gesa bercakap dan menarik perhatiannya kepadamu. Perhatikan khidmat yang berfaedah yang dikerjakannya terhadap Tuhan. Dia adalah pengajar dan pembimbing, bukan hanya untuk dirinya sendiri, malah juga untuk orang lain. Dia hanya penyampai bukti-bukti ketuhanan. Anda hendaklah bersedia menerima apa yang Allah hendak menyampaikan melalui orang atau pembimbing itu. Tumpukan perhatianmu kepadanya. Jangan sekali-kali melanggar perintahnya, atau melampaui batas yang ditentukannya. Hendaklah anda mendengar kata bicaranya dengan penuh khusyuk dan tekun. Jangan sampai anda merasa syak dan sangka buruk terhadap arahannya, terhadap kata-katanya, terhadap perlakuannya, kerana semua itu timbul dan muncul daripada kerohaniannya. Anggaplah ia lebih bijaksana dari orang lain, dan biarkan dia membimbingmu menuju Allah dalam keadaan tenang dan tenteram, asalkan matlamatnya mestilah Allah semata, dan bukan ghairullah.

Wallahualam.

Sumber: Jom Dakwah Bersama Ulama

01/03/2015 Posted by | Informasi | Leave a comment

Ilmu

Ilmu itu:

1. Malakah (Kemampuan)

2. Al-Mudrakah (Pengetahuan)

3. Masail (Permasalahan)

Bermula dari mengkaji permasalahan, insya Allah nanti akan sampai pada taraf al-malakah (bakat).

– Syekh Usamah Sayyid Azhary

Sumber: Suara Al Azhar.

01/03/2015 Posted by | Bicara Ulama, Politik dan Dakwah, Tazkirah | | Leave a comment

Mengapa kita mengikuti empat madzhab yang ada?

Sebab:

1. Mudawanah (Tertulis)

2. Mudalalah (Memiliki dalil)

3. Makhdumah (digunakan)

4. Mutadawilah (Tersebar)

5. Ijma umat bahwa empat madzhab merupakan madzab Ahli sunnah waljamaah

-Syekh Hisyam Kamil

'Mengapa kita mengikuti empat madzhab yang ada? sebab:
1. Mudawanah (Tertulis)
2. Mudalalah (Memiliki dalil)
3. Makhdumah (digunakan)
4. Mutadawilah (Tersebar)
5. Ijma umat bahwa empat madzhab merupakan madzab Ahli sunnah waljamaah

-Syekh Hisyam Kamil'

01/03/2015 Posted by | Bicara Ulama, Ibadah, Informasi, Tazkirah | | Leave a comment

ADAB

Al-Imam al-Kisaie rahimahullah menceritakan bahawa satu hari beliau menjadi imam di dalam solat dan Khalifah Harun al-Rasyid rahimahullah menjadi makmum di dalam solat tersebut.

Bacaannya sangat mengkagumkan dan sememangnya beliau seorang imam di dalam ilmu al-Quran.

Tiba-tiba al-Imam al-Kisaie tersilap bacaannya yang beliau ungkapkan bahawa kesilapan itu kanak-kanak pun tidak akan melakukannya.

Beliau tertukar daripada ayat { لعلهم يرجعون } kepada { لعلهم يرجعين}.

Setelah selesai menunaikan solat , Khalifah Harun al-Rasyid bertanya dengan penuh adab kepada al-Imam al-Kisaie :

" Bacaan yang kamu baca wahai Imam diambil daripada riwayat mana atau daripada bahasa kaum mana wahai Imam? "

Maka jawab al-Imam al-Kisaie :

" Kuda yang handal juga kadang-kadang tersungkur wahai Khalifah"

Betapa mulianya akhlak orang-orang terdahulu kepada para ulama mereka , Khalifah tidak mengatakan " Kamu Silap" tetapi bertanya dengan penuh adab.

Zaman sekarang, ilmu kurang tetapi kritiknya lebih daripada ahli ilmu. Allahu Allah..

Jauhnya kita dengan zaman tersebut.Semoga Allah mengurniakan kita adab seperti para salaf terdahulu.. Amin ya Rabb.

Wallahualam.

 

(Sumber: Jom Dakwah Bersama Ulama)

01/03/2015 Posted by | Ibadah, Renungan & Teladan, Tazkirah | | Leave a comment

Dialog Wahhabi Dengan Bekas Mufti Selangor – Almarhum Datuk Ishak Baharom

Diceritakan oleh Haji Ibrahim bin Haji Mohamad dalam buku : Liku-liku Jalan Ketuhanan, Tinjauan Dan Pengamalan Mengenai Permasalahan Tariqah Di Malaysia.

Saya teringat bagaimana Datuk Ishak Baharom, bekas Mufti Selangor menceritakan kepada saya ketika menjadi mufti dahulu. Beliau memanggil satu tokoh dari kalangan ‘Kaum Muda’ yang amat popular kerana tokoh itu menentang pembacaan Yasin beramai-ramai di masjid pada malam Nisfu Sya’ban.

DIB (Datuk Ishak Baharom) : "Adakah salah seseorang membaca al quran pada malam nisfu sya’ban ?

Wahhabi menjawab : Tidak

DIB : Adakah salah kalau ia membaca di masjid ?

Wahhabi : Tidak.

DIB : Adakah salah kalau ia merasa tidak seronok dan mengantuk membaca seorang diri lalu ia mengajak orang ramai membaca bersamanya agar lebih bersemangat ?

Wahhabi : Tidak

DIB : Adakah salah kalau mereka membawa makanan dan makan selepas majlis tersebut kerana ia budaya orang Melayu ?

Wahhabi : Tidak.

DIB : Adakah salah berdoa di malam Nisfu Sya’ban ?

Wahabi : Tidak.

DIB : Habis tu… Kenapa bising-bising sana sini mengatakan mereka salah ? Sepatutnya apa-apa perkara pun kita bawa berbincang dahulu kerana agama tidak menentang amalan tradisi yang membawa kebaikan. Kalau tak dapat pahala membaca Yasin pun, tak makbul doa pun. Mereka tetap mendapat pahala bertemu, berhimpun di masjid, menjamu orang makan.

Kalau kumpulan kamu tidak mahu melakukannya biarlah, tetapi jangan dilarang orang lain yang mahu melakukan kebaikan.

Tokoh itu senyap agak lama sebelum meminta izin untuk keluar.

526949_543691195696026_451019524_n

01/03/2015 Posted by | Ibadah, Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab) | | Leave a comment

Jangan tertipu dengan pemilik PhD Hadith yang suka berbohong. Sebab Sunnah Rasulullah melarang penipuan.

Soalan yang sama, jawapannya nampak macam sama, tapi berbeza wo. Jom baca..

QUNUT DAN WAHABI

[SOALAN 1] :

Seseorang bertanya saya (Dr.MAZA & aDmin.PL): "apakah betul takrifan bahawa seseorang yang tidak baca qunut subuh itu wahabi?".

[Jawapan Dr.MAZA] :

Saya berkata: "apakah saudara bersetuju menyatakan selain dari mazhab Syafii semuanya wahabi? Kalau begitu dunia ini kebanyakan wahabi terutama kaum muslimin di India, Pakistan, China dan lain-lain yang bermazhab Hanafi. Demikian Mekah, Madinah, Saudi, Qatar dan lain-lain yang bermazhab Hanbali mereka juga tidak qunut. Apakah semua mereka sesat? Apakah imam-imam Masjidil Haram dan Masjid Nabi sesat? Apakah umat Islam selama ini solat di belakang di belakang orang sesat?

[Jawapan aDmin.PL] :

Saya berkata: "apakah saudara bersetuju bahawa Negeri Perlis telah membuat undang-undang rasmi TIDAK MEMBENARKAN Imam-imam Masjid di Perlis membaca qunut subuh? Juga tidak membenarkan mengadakan wirid secara jamai’e selepas solat fardu? Juga melarang mengadakan majlis tahlil kematian? Apakah anda tidak tahu bahawa Wahhabi sangat suka melarang umat Islam melakukan amal ibadah seperti yg tersebut itu? Tahukah anda bahawa larangan tersebut mirip betul dgn mana-mana negara yg dikuasai Wahhabi di dunia ini? Tahukah anda bahawa larangan mereka itu hanya berdasarkan sangkaan mereka bahawa ianya bukan drpd sunnah malah dianggap bida’ah dan sesat? Apakah semua mereka yg mengamalkan amalan tersebut sesat? Kalau begitu dalam dunia ini kebanyakannya ahli bidaah dan sesat terutama kaum muslimin di India, Pakistan, China, Indonesia, Brunei, Malaysia, Selatan Thai dan lain-lain yang bermazhab Hanafi, Maliki, dan Syafie. Demikian juga di Mekah, Madinah, Saudi, Qatar dan lain-lain yang bermazhab Hanbali kerana ada juga sebahagian rakyat muslim mereka yg membaca qunut subuh, baca saiyidina dan lain-lain. Apakah umat Islam selama ini solat di belakang imam yg membaca qunut boleh dianggap tidak sunnah dan sesat?"

[SOALAN 2]

Kata dia lagi: "Tapi wahabi marah orang qunut. Sedangkan itu masalah khilaf sahaja".

[Jawapan Dr.MAZA]

Saya jawab : ‘tolong beri contoh orang qunut kena marah. Apa yang saya nampak dalam surat khabar orang yang tak qunut yang kena marah dengan orang qunut dan dituduh sesat lagi. Kalau masalah khilaf kenapa tuduh sesat’.

[Jawapan aDmin.PL]

Saya jawab: “Kita ada banyak contoh dalam masalah ni. Bukan setakat kena marah, malah contoh yg paling kronik, kita boleh baca dalam surat khabar yg terbaru ini (http://www.bharian.com.my/node/36503 ). Hanya kerana suaminya mengamalkan bacaan qunut dan amalan tahlil, dia tergamak menganggap suaminya itu sebagai najis, sesat dan terkeluar drpd Islam. Dalam masalah khilaf pun, mereka yg berfahaman songsang ni sanggup menghukum orang yg tidak sealiran dengan mereka sebagai najis dan sesat.”

[SOALAN 3] :

"Habis tu, wahabi itu apa?" Tanya dia lagi.

[Jawapan Dr.MAZA] :

Jawab saya: "Wahabi ialah orang yang suka tuduh orang lain wahabi".

[Jawapan aDmin.PL] :

Jawab saya: "Wahabi ialah orang yang takkan pernah mengaku dia tu Wahhabi, dan sangat cepat melenting menafikan kononnya dia bukan wahhabi walaupun orang tak pernah tuduh kat dia".

____________________

NOTA : Admin sengaja memberi jawapan dengan jawapan yg tidak ilmiah, sesuai dengan jawapan yg diberikan oleh Dr.MAZA. Barulah nampak macam Sarjana.. wink emoticon

Oh ya, jangan lupa baca ini juga naa..

https://www.facebook.com/pondok.ledang.5/posts/430086207166458?pnref=sto

01/03/2015 Posted by | Ibadah, Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab) | | Leave a comment

Apakah hukumnya solat dibelakang Imam di Mekah dan Madinah jika berfahaman wahhabi

1. Bukan semua Imam di Mekah adalah Wahhabi. Kita perlu bersangka baik pada mereka.

2. Jika mereka adalah wahhabi, maka hukumnya sah kerana solat dibelakang ahli bidaah hukumnya sah. Sama juga solat dibelakang khawarij dan muktazilah.

Adakah Ahli Sunnah Wal Jamaah Mengharamkan solat di belakang Imam Wahhabi

1. tidak, ASWJ tidak mengharamkannya. Di Malaysia wahhabi paling benci Ustaz Rasyiq Alwi kerana beliau sangat tegas dan sangat agresif serta keras melawan wahhabi, tetapi beliau juga tidak mengharamkan solat dibelakang Imam Wahhabi. Rujuk:

http://abu-syafiq.blogspot.com/…/hukum-solat-di-belakang-im…

Jadi siapa yang mengharamkan solat di belakang Imam Wahhabi

1.Tokoh Wahhabi Soleh Al Fauzan yg merupakan seorg Ahli Majlis Tertinggi Ulama Saudi mengFATWAkan bhw HARAM solat sebagai makmun di belakang Imam Mekah Syeikh ‘Adil Al Kalbaniy. Rujuk surat khabar Ar Roi Al Kuwaitiah tanggal 16 Julai 2010 Jumaat Bil 11337.

2. Sebenarnya yang mengharamkan solat di belakang Imam Wahhabi di Mekah adalah tokoh Wahhabi sendiri. Rujuk:

http://abu-syafiq.blogspot.com/…/fatwa-wahhabi-haramtidak-s…

01/03/2015 Posted by | Ibadah, Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab) | | 1 Comment

   

%d bloggers like this: