Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Demonstrasi Pertama Dalam Sejarah Islam

Demontrasi atau Polusi

Dalam sejarah Islam, awal tercetusnya demonstrasi adalah dari golongan pemberontak ketika pemerintahan ‘Utsman B. Affan radhiyallahu ‘anhu. Mazhab demonstrasi dan pemberontakan ketika itu dicetuskan oleh seorang tokoh Yahudi bernama ‘Abdullah B. Saba’ yang berpura-pura masuk Islam. Beliau menyusup masuk ke dalam masyarakat Islam bertujuan menyebarkan pelbagai fitnah dan syubhat menghasut rakyat membenci Khalifah ‘Utsman.

 Tindakan ‘Abdullah B. Saba’ ini bertepatan dengan sikap permusuhan Yahudi terhadap umat Islam sebagaimana termaktub dalam al-Qur’an sendiri. Tidak akan senang mereka selagi mana Islam tidak dihancurkan.

Di antara tuduhan-tuduhan yang beliau lemparkan ke atas ‘Utsman ketika itu antaranya ‘Utsman ini bersifat kronisme, nepotisme, zalim, tidak memberi hak dengan adil, dan mendahului ‘Ali dalam hak kekhalifahan. Syubhat-syubhat dan fitnah yang beliau sebarkan tampak berjaya lantaran ramainya orang awam dan muallaf yang baru memeluk Islam yang masih belum mendalam keimanannya. Beliau turut menyemarakkan ideologi membela golongan tertindas dengan mengajak rakyat memprotes ‘Utsman B. ‘Affan.

Ramai rakyat termakan fitnah lalu bangkit membuat provokasi mengkritik ‘Utsman secara terbuka di sana sini. Sehingga muncullah revolusi rakyat mengakibatkan pemberontakan. Beberapa hari rumah ‘Utsman mereka kepung, akhirnya ‘Utsman pun mereka bunuh dalam peristiwa yang penuh tragis. Golongan pemberontak dan aktivis demonstrasi ketika itu menamakan tindakan mereka sebagai amar makruf nahi mungkar! Walhal ia adalah kebathilan berkedok agama.

Setelah peristiwa terbunuhnya ‘Utsman, fitnah tidak kunjung reda. Sebaliknya terus berkobar ketika zaman pemerintahan ‘Ali radhiyallahu ‘anhu dan seterusnya. Pemikiran ‘Abdullah B. Saba’ terus meracuni masyarakat sehingga muncul pula golongan Syi’ah dan Khawarij sekaligus. Awal kemunculan Syi’ah ketika itu berperanan mengajak masyarakat mendewakan ‘Ali, manakala golongan khawarij menjadi faktor melaga-lagakan masyarakat dengan pemerintah (khalifah ‘Ali B. Abu Thalib). Kaum khawarij juga bertindak melaga-lagakan para sahabat terutamanya di antara ‘Ali dengan Mu’awiyah, ‘Aisyah, Thalhah, dan az-Zubair.

Dua faktor inilah (faktor Khawarij dan Syi’ah) antara yang bertanggungjawab mencetuskan peperangan Jamal dan Siffin mengakibatkan para sahabat bertembung sesama sendiri. Pertembungan tersebut adalah antara kejayaan besar faktor Syi’ah dan Khawarij dalam menimbulkan salah faham dan fitnah sesama para sahabat ketika itu. Dan kesannya terus dirasai sehingga hari ini.

Dari kelompok mereka inilah lahirnya gerakkan yang zahirnya menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, serta mencari keadilan untuk muslim yang dizalimi. Kesan dari perkara ini, wujudlah pemikiran-pemikiran yang sesat seperti pemikiran memuja manusia, mentaqdiskan tokoh, percaya tentang ghaibnya manusia, pemikiran yang menghina para sahabat, pemikiran bahawa al-Qur’an itu diselewengkan dan tidak sempurna serta sebagainya. Inilah doktrin yang terhasil dari ideologi ‘Abdullah B. Saba’ yang kini diwarisi oleh kaum Syi’ah Rafidhah dan Khawarij sepanjang zaman.

Di antara orang yang bertindak tegas memerangi mereka ketika awal kemunculannya adalah Khalifah ‘Ali radhiyallahu ‘anhu. Beliau memerangi Khawarij di Nahrawan. Sebahagian besar kaum Khawarij dihapuskan, sebahagian bertaubat, manakala sebahagian lagi ada yang melarikan diri meneruskan kelangsungan ideologi mereka.

Demikian juga dengan kaum Syi’ah. ‘Ali turut memerangi dan membakar mereka hidup-hidup kerana mereka beri’tiqad ‘Ali itu tuhan.

Sumber: http://abunamira.wordpress.com/2012/04/26/sejarah-demonstrasi-jalanan-dan-hukumnya/

Advertisements

13 November 2013 Posted by | Politik dan Dakwah | | Leave a comment

Demonstrasi Yang Diharuskan Oleh Syara’–Satu Pandangan Ilmiah

Jemaah dakwah pun hebat

Tidak di namakan ikut syara’ jika terdapat pada demonstrasi itu pergaulan bebas lelaki,wanita dan pendedahan aurat.


Demonstrasi yang berbentuk menuntut hak, menunjukkan kekuatan Islam dan kesatuan rakyat dalam berhadapan dengan pemerintahan yang zalim yang melakukan kemungkaran adalah diharuskan.

Hal ini berdasarkan kepada dalil-dalil berikut :

1- Hukum asal bagi sesuatu perkara (selain dalam konteks ibadah) adalah harus. Kaedah “أن الأصل في الأشياء الإباحة

Demonstrasi adalah dalam konteks urusan dunia, tidak termasuk dalam konteks ibadah, maka hukum asal bagi konteks urusan dunia adalah harus dan terpulang kepada kebijaksanaan manusia dalam menguruskan wasilah yang pelbagai dan sesuai dengan zaman mereka selagimana tidak bertentangan dengan nas-nas yang mengharamkan sesuatu perkara.

Hal ini demikian kerana demonstrasi adalah wasilah kepada sesuatu tujuan yang ingin disampaikan. Maka sekiranya tujuan untuk menuntut hak yang dirampas dan keadilan yang sebanar dengan wasilah demonstrasi secara aman tanpa merancang menimbulkan huru-hara maka ia adalah diharuskan.

Islam memerintahkan umatnya mencegah kemungkaran dan menetang kezaliman. Adapun cara atau wasilahnya berdasarkan kesesuaian tempat, masa dan pihak yang membawa kebenaran. Maka konteks hikmah dan peringatan yang baik adalah berdasarkan kepada kesesuaian realiti dan peringkat serta kemampuan. Maka kita dapat lihat bagaimana setiap zaman para rasul adalah berbeza pendekatan yang dilakukan. Contohnya, Nabi Ibrahim berhujah dengan Namrud, Nabi Musa menggunakan mukjizat dalam berhadapan dengan ahli sihir, Ratu Balqis tertawan dengan pemerintahan yang adil yang dilakukan oleh Nabi Sulaiman bahkan di zaman Nabi Muhamad SAW terdapat banyak peperangan.

2- Dr Yusuf Al-Qardhawi menerangkan 3 cara apabila berhadapan dengan pemerintah yang zalim dan jelas melakukan kemungkaran, bahkan apabila mencegah sekiranya diam atau rahsia masih tidak berjaya, maka wajib ke atas umat Islam apabila mempunyai kekuatan dan kemampuan untuk mencegahnya melalui :

-undian pilihanraya

– kuasa tentera

-kuasa rajyat

Dalam konteks kuasa rakyat adalah termasuk sekali dengan mengadakan demonstrasi bagi menunjukkan bahawa rakyat tidak bersetuju dengan kemungkaran yang dilakukan oleh pihak pemerintah. – rujuk kitab Fiqh Ad-Daulah, karangan Dr Yusuf Al-Qardhawi dan artikel MANHAL PMRAM dihttp://www.manhal.pmram.org/2012/04/kewajipan-membebaskan-penjajahan-ke.html

Perbahasan ini adalah merujuk kepada perbahasan mencegah kemungkaran melalui 3 peringkat yang disuruh oleh Nabi SAW dalam sabdanya :

مَنْ رَأَى مِنْكُم مُنْكرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِه، فَإِنْ لَم يَسْتَطِعْ فَبِلِسانِه، فَإن لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِه، وذلك أَضْعَفُ الإِيْمان

“Sesiapa daripada kalangan kamu yang melihat kemungkaran,maka wajib mengubahnya dengan menggunakan tangan (kuasa), maka sesiapa yang tidak mampu, maka dengan lisan, sekiranya tidak mampu juga maka dengan hati, dan itu adalah selemah-lemah iman.”– Muslim

Dan juga Sabda Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Anas RA :

انْصُرْ أَخَاكَ ظَالِمًا أَوْ مَظْلُومًا فَقَالَ رَجُلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَنْصُرُهُ إِذَا كَانَ مَظْلُومًا أَفَرَأَيْتَ إِذَا كَانَ ظَالِمًا كَيْفَ أَنْصُرُهُ قَالَ تَحْجُزُهُ أَوْ تَمْنَعُهُ مِنْ الظُّلْمِ فَإِنَّ ذَلِكَ نَصْرُهُ

Bantulah saudara kamu yang zalim dan yang dizalimi. Maka bertanya sahabat : Wahai Rasulullah SAW, aku mengetahui bahawa untuk membantu orang yang dizalimi maka bagaimana cara untuk membantu orang yang zalim? Maka jawab Nabi SAW : menghalangnya atau mencegahnya daripada berterusan melakukan kezaliman maka demikian kamu telah membantunya.” – Bukhari (6438)

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- يَشْكُو جَارَهُ فَقَالَ « اذْهَبْ فَاصْبِرْ ». فَأَتَاهُ مَرَّتَيْنِ أَوْ ثَلاَثًا فَقَالَ « اذْهَبْ فَاطْرَحْ مَتَاعَكَ فِى الطَّرِيقِ ». فَطَرَحَ مَتَاعَهُ فِى الطَّرِيقِ فَجَعَلَ النَّاسُ يَسْأَلُونَهُ فَيُخْبِرُهُمْ خَبَرَهُ فَجَعَلَ النَّاسُ يَلْعَنُونَهُ فَعَلَ اللَّهُ بِهِ وَفَعَلَ وَفَعَلَ فَجَاءَ إِلَيْهِ جَارُهُ فَقَالَ لَهُ ارْجِعْ لاَ تَرَى مِنِّى شَيْئًا تَكْرَهُهُ

Abu Hurairah meriwayatkan ada seorang lelaki mengadu kepada Rasulullah SAW mengenai jirannya, lalu Baginda SAW berkata “Pulanglah dan bersabarlah”. Situasi itu berlaku 2 ataupun 3 kali lalu kata Baginda SAW “Pulanglah dan buang barangmu di atas jalan”. Lalu setelah lelaki tersebut melakukan sebagaimana yang disarankan, ramai orang bertanya puncanya, lalu lelaki ini menceritakan situasinya. Ini membuatkan semua orang yang lalu di situ mencerca jiran lelaki tersebut. Tidak lama selepas itu, jirannya itu datang dan memohon maaf padanya dan berjanji peristiwa lama tidak berulang lagi.

Berdasarkan kepada hadis di atas, Imam Ibnu Qayyim menyebutkan di dalam kitab beliau I’lam Al-Muwaqqi’in bahawa tidak mengapa bagi seseorang yang dizalimi untuk menceritakan kezaliman yang diterimanya bagi mendapatkan sokongan dan kekuatan dalam mendapatkan kembali hak yang telah dizalimi. Sekiranya dengan perbuatan yang dilakukan tersebut mampu untuk mencegah kezaliman dan cara nasihat yang baik tidak memberikan kesan.

3- Menunjukkan keizzahan dan kekuatan Islam adalah diharuskan. Hal ini dapat dilihat kepada beberapa situasi di zaman Nabi SAW iaitu :

– Ketika penghijrahan sahabat, antara sebab keberjayaan para sahabat keluar berhijrah adalah apabila terdapat sahabat yang gagah dan berani dengan memberikan amaran kepada pihak musyrikin Mekah agar tidak mengganggu penghijrahan para sahabat.Antaranya Saidina Umar Al-Khattab. Hasilnya para sahabat dapat keluar berhijrah beramai-ramai mengikut peringkat-peringkat yang telah disusun.

– Ketika Nabi SAW tiba di Madinah maka penduduk-penduduk Madinah termasuk wanita dan kanak-kanak keluar dengan bergembira berhimpun sambil mengalunkan nasyid menandakan kegembiraan mereka kedatangan Nabi SAW

–    Ketika solat sunat Hari Raya, Nabi SAW menggalakkan juga wanita yang haid untuk keluar (tetapi tidak solat dan berada dalam masjid, cuma keluar bersama-sama bagi menyambut Hari Raya) agar menampakkan ramainya umat Islam dalam menyambut perayaan hari kebesaran dalam Islam.

–      Kisah Bai’ah Ridhwan. Ia apabila Nabi SAW mneghantar utusan untuk berjumpa dengan pembesar Mekah, namun dikhabarkan bahawasanya mereka telah membunuh Saidina ‘Uthman, maka Nabi SAW dan para sahabat telah membuat persepakatan untuk berjuang menuntut bela terhadap ketidakadilan yang berlaku kepada Saidina ‘Uthman.

*antara peristiwa-peristiwa yang menunjukkan para sahabat berhimpun dalam menunjukkan kekuatan Islam dan kesatuan umat Islam. Boleh rujuk kitab sirah-sirah.

Kesimpulan

Hasil pengkajian ringkas di atas mengenai demonstrasi,maka dapat difahami dengan jelas beberapa perkara :

1- Demonstrasi merupakan satu bentuk wasilah bagi sesuatu tujuan. Ia termasuk dalam urusan dunia yang asal pada hukumnya adalah harus.

2- Bentuk-bentuk demonstrasi yang diharamkan ialah menggulingkan pemerintah yang adil, menyerang pemerintahan Islam dan mengangkat senjata bagi melakukan huru hara dan mendatangkan mudharat.

3- Manakala demonstrasi yang berbentuk menyatakan pendirian bagi menuntut hak-hak yang telah dicabuli, mencegah kemungkaran dan menunjukkan keizzahan Islam adalah tidak bertentangan dengan syara’ dan ia diharuskan.

4- Sehubungan itu, penganjur demostrasi mestilah mengingatkan kepada peserta demonstrasi untuk menjaga adab dan tidak melakukan perkara-perkara yang memudharatkan orang awam dan batasan syara’.

5- Sekiranya tujuan dan wasilah yang dirancang adalah baik,namun terdapat beberapa kekacauan selepas demontrasi di luar dugaan, maka ia tidak menjejaskan hukum asal bagi demontrasi tersebut. Hal ini demikian samajuga seperti musafir yang mubah namun di tengah perjalanan berlaku perkara maksiat, maka masih dibolehkan untuk solat jama’ dan qasar. Namun sekiranya niat musafir adalah untuk maksiat, maka ia berbeza dan ulama menyatakan adalah haram untuk solat jama’ dan qasar.


Wallahu a’lam

Disediakan oleh : Muhamad Zuhaili Saiman,Pengerusi Felo MANHAL PMRAM 2012

Rujukan :

1- Sirah An-Nabawiyyah, oleh Dr Ali As-Solabi, cetakan Dar At-Tauzik Wa An-Nasyr

2- Al-Halal Wa Al-Haram Fi Al-Islam, oleh Dr Yusuf Al-Qardhawi, cetakan Maktabah Wahbah

3- Fiqh Ad-Daulah, oleh Dr Yusuf Al-Qardhawi, cetakan Maktabah Wahbah

4- Dirasah Fi Fiqh Maqasid Al-Syariah, Dr Yusuf Al-Qardhawi,cetakan Maktabah Wahbah

5- Dhawabit Al-Maslahah Fi As-Syariah Al-Islamiyyah, Dr Said Ramadhan Al-Buti, cetakan Dar Al-Fikr

6- Nail Ar-Raja’ bisyarh Safinah An-Naja’, oleh Al-‘Allamah Al-Faqih As-Sayyid Ahmad bin Umar Asy-Syatiri

7-  Al-Qaawaid Al-Fiqhiyyah, oleh Dr Abdul Aziz Muhd Azzam, cetakan Dar Al-Hadis

25 June 2013 Posted by | Politik dan Dakwah | , | Leave a comment

Siapa di belakang Perhimpunan/Demonstrasi Jalanan

Perhimpunan demi perhimpunan.Demonstrasi demi demonstrasi.Protes demi protes.Perkara ini di lakukan oleh segelintir rakyat sesebuah negara umat Islam kerana menuntut apa yang mereka kata   “ Hak”  melalui slogan “Human Right”  yang di pelopor  oleh US.

Bila sebut US, saya yakin semua orang kenal tentang pergerakkan CIA mereka? Mereka yang membuat tuntutan  atas nama hak asasi atau “Human Right” yang biasanya berbentuk “provokasi” melalui demonstrasi jalanan tidak menyedari atau sengaja buat buat tak sedar bahawa mereka sedang bergerak dalam acuan yang sememangnya diatur oleh CIA.CIA sudah berjaya menghuru hara kan beberapa banyak negara Islam dengan mencetuskan kekacauan saperti menghasut dan mengapi apikan pemimpin pemimpin anti kerajaan sesebuah Negara tersebut,samada secara sulit atau terang terangan, supaya mengadakan demonstrasi jalanan besar besaran atau pakatan sulit.Kerja ini lebih mudah bagi mereka sekiranya kerajaan kerajaan tersebut memang sedia pun bermasaalah dengan pihak anti kerajaan atau pembangkang.Pada setiap demonstrasi mereka akan hantar ejen ejen mereka dari kalangan rakyat tempatan melakukan provokasi dan seterusnya akan tercetuslah huru hara yang biasanya tidak ada kesudahannya. Mereka sudah berjaya mencetuskan beberapa siri huru hara dan peperangan di dalam negara Islam saperti Afghanistan,Iraq,Palestin,Mesir, Libya, Yemen dan lain lain nya.Organisasi organisasi dan pemimpin pemimpin tempatan terutama yang non Muslim yang anti Islam tidak mustahil ada kaitan dengan strategi CIA ini.Yang sepatutnya kita ambil peduli dan perhatian terhadapanya.

Adalah penting bagi kita umat Islam terutama gerakan-gerakan Islam mempunyai kesedaran yang sangat jernih lagi tajam tentang pergerakan CIA dan kumpulan kumpulan atau individu individu yang menjadi keldai tunggangannya.Kita perlu jangan taksub dan emosional terhadap fahaman politik kepartian masing masing.Buka minda  kita dan berfikir dengan lebih tajam lagi untuk melihat dan menilai agenda di sebalik setiap tuntutan yang mereka tuntut.Mudah untuk di kesan sebenarnya,apabila sesuatu tuntutan itu sengaja di buat melalui cara demonstrasi jalanan sedangkan jalan mudah di atas meja bulat atau undang undang luas terbentang.

Adakah kita mahu terus jadi golongan yang benar-benar mahu menyokong tajaan mereka (CIA) dan diperalatkan tanpa sedar dan mahu tunduk dengan strategi mereka ?

Wake Up muslim

Nota:

Anda  mesti baca buku ini “CIVIL DEMOCRATIC ISLAM – Partners, Resources & Strategic” yang di tulis sendiri oleh ajensi US – The National Security Research Division. Mengenai ajenda dan strategi US melalui CIA dengan memperalatkan gerakan gerakan Islam untuk menghalang dan menghancurkan kebangkitan Islam di seluruh dunia .

Semoga selepas membacanya akan timbul kesedaran kita untuk merapatkan semula jurang fahaman politik masing masing, membina semula ukhwah Islamiah yang kian hancur untuk menghadapi musuh No 1 Islam yang sebenar – US.

24 November 2011 Posted by | Politik dan Dakwah | , | 1 Comment

   

%d bloggers like this: