Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Tiga tanda taksubnya seseorang kepada sesuatu kumpulan

Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi menyenaraikan tiga tanda taksubnya seseorang kepada sesuatu kumpulan:

Pertama:
Seseorang itu hanya menyebut kelebihan dan kebaikan kumpulannya sahaja, sementara untuk kumpulan lain hanya disebut keburukan dan kecacatan.

Kedua:
Dalam masa yang sama, mengagungkan tokoh-tokoh kumpulannya sekalipun terdapat kesilapan dan kesalahan pada tokoh tersebut yang cuba dinafikan, dan memandang rendah tokoh lain sekalipun terdapat ketinggian ilmu dan amal.

Ketiga:
Gembira menyebarkan kesilapan dan kesalahan pihak lain. Dalam masa sama, membutakan mata pada kesalahan tokoh dari kumpulan sendiri, dan berusaha mencipta pelbagai alasan untuk mempertahankan kesalahan itu.

Dari tiga sifat taksub di atas, seseorang itu dilihat berlebih-lebihan mempertahankan kumpulan sendiri seolah-olah itu adalah perkara ‘ta’abbudi’ (ibadah khusus). Sehingga dikorbankan maslahah dakwah Islam dan umatnya supaya organisasi kumpulannya lebih terjaga.

Untuk itu, Dr al-Qaradhawi mengingatkan pada pendakwah dan pendokong gerakan Islam bahawa:

(a) Kumpulan atau jemaah hanyalah wasilah (atau alat) dan bukannya berhala yang perlu disembah dan diagungkan seolah ia tiada dosa.

(b) Kaedah untuk menjauhkan sifat taksub (fanatik melampau) dalam hal perbezaan pendapat dan ijtihad ialah seseorang itu perlu;

–(i) Melihat pada kandungan teguran dan percakapan, bukan pada susuk yang berkata, sekalipun dari musuh.

–(ii) Seorang pendakwah itu perlu berani mengkritik diri sendiri, mengakui kesilapan, mengalu-alukan kritikan orang lain, meminta nasihat dan penilaian, serta mengambil faedah dari semua orang.

–(iii) Pendakwah sebenar wajib mempertahankan sesuatu yang benar, sama ada dari kawan atau lawan.

*وَذَكِّرْ فَإِنَّ الذِّكْرَىٰ تَنْفَعُ الْمُؤْمِنِينَ…*

“Dan hendaklah engkau (tetap tekun) memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman.” (Surah Adz-Dzaariyaat 51:55)

(Lihat al-Sohwah al-Islamiyyah Bayna al-Ikhtilaf al-Masyru’ wa at-Tafarruq al-Mazmum, oleh Dr Yusuf al-Qaradhawi.)

*Posting dan terjemahan asal kredit kepada Ustaz Abd Haris Bain.

17/02/2019 - Posted by | Bicara Ulama, Politik dan Dakwah, Tazkirah

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: