Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Ada orang kata Jubah, Serban Dan Ridak Bukan Sunnah Rasulullah SAW

Ado orang kato – Sorban ni bukan sunnah Nabi SAW sobab Abu lahab, Abu Jahal dan Abu-abu yang lain dizaman jahiliyah pun pakai sorban.

Mereka juga kata, jubbah, sorban rida bukan sunnah Nabi SAW, itu budaya Arab. Pakaian, kena ikut MAJORITI penduduk. Kalau penduduk tak pakai jubbah dan serban, maka pakai macam penduduklah. Jika penduduk pakai bikini, maka kena pakai bikini ge agaknya ? Hehehe

[SOAL JAWAB : SERBAN NABI] SOALAN: ADAKAH DALIL SAHIH TENTANG SERBAN, BUKANKAH ITU HANYALAH PAKAIAN ORANG ARAB?

JAWAPAN:

Dijawab oleh Al-Allamah Al-Muhaddith Al-Habib Munzir Al-Musawa sebagaimana berikut,

1. dari Amr bin Umayyah ra dari ayahnya berkata : Kulihat Rasulullah saw mengusap surbannya dan kedua khuffnya (Shahih Bukhari Bab Wudhu, Al Mash alalKhuffain).

2. dari Ibnul Mughirah ra, dari ayahnya, bahwa Rasulullah saw mengusap kedua khuffnya, dan depan wajahnya, dan atas surbannya (Shahih Muslim Bab Thaharah)

3. para sahabat sujud diatas Surban dan kopyahnya dan kedua tangan mereka disembunyikan dikain lengan bajunya (menyentuh bumi namun kedua telapak tangan mereka beralaskan bajunya krn bumi sangat panas untuk disentuh). saat cuaca sangat panas. (Shahih Bukhari Bab Shalat).

4. Rasulullah saw membasuh surbannya (tanpa membukanya saat wudhu) lalu mengusap kedua khuff nya (Shahih Muslim Bab Thaharah)

TAMBAHAN:

1. Dalam sebuah riwayat yang bersumber dari Jabir dikemukakan: “Nabi saw memasuki kota Makkah pada waktu Fathu Makkah beliau mengenakan serban (‘imamah) hitam.” (HR. At-Tarmidzi. Hadits ini diriwayatan oleh Muhammad bin Basyar, dari ‘Abdurrahman bin Mahdi, dari Hammad bin Salamah. Hadits ini pun diriwayatkan pula oleh Mahmud bin Ghailan, dari Waki’, dari Hammad bin Salamah, dari Abi Zubair, yang bersumber dari Jabir ra.)

2. ‘Amr bin Huraits berkata: “Aku melihat serban hitam di atas kepala Rasulullah saw.” (HR. Tarmidzi. Diriwayatkan oleh Ibnu Abi ‘Umar, dari Sufyan, dari Musawir al-Waraq, dari Ja’far bin ‘Amr bin Huraits, yang bersumber dari bapaknya.)

3. Dalam sebuah riwayat yang bersumber dari Ibnu ‘Umar ra. dikemukakan : “Apabila Nabi memakai sorban, maka dilepaskannya ujung serbannya di antara kedua bahunya.” Kemudian Nafi’ berkata : “Ibnu ‘Umar juga berbuat begitu.” ‘Ubaidullah berkata: “Kulihat al-Qasim bin Muhammad dan Salim, keduanya juga berbuat demikian.” (HR. Tarmidzi. Diriwayatkan oleh Harun bin Ishaq al Hamdzani, dari Yahya bin Muhammad al-Madini, dari ‘Abdul ‘Aziz bin Muhammad, dari ‘Ubaidullah bin ‘Umar, dari Nafi’, yang bersumber dari Ibnu ‘Umar.)

4. Ibnu ‘Abbas ra. mengemukakan: “Sesungguhnya Nabi Muhammad berpidato di hadapan ummat. Waktu itu beliau mengenakan serban, dan serbannya terkena minyak rambut.” (HR. At-Tarmidzi. Diriwayatkan oleh Yusuf bin ‘Isa, dari Waki’, dari Abu Sulaiman, yaitu ‘Abdurrahman bin Ghasail, dari Ikrimah, yang bersumber dari Ibnu ‘Abbas)

KOMEN: “Barangsiapa yg tak menyukai sunnahku maka ia bukan dari golonganku” (Shahih Bukhari).

Di atas itu SEMUA dari Rasulullah SAW yang SAHIH.

Nak Tanya, Serban ni SUNNAH atau BIDA’AH ?

(Kadang-kadang pelik, hadis dhaif mati2 dia orang marah. Tapi hadis SAHIH mereka TAK AMAL pun)

Sumber: http://as-suhaime.blogspot.com/2014/06/wahabi-kata-jubah-serban-dan-ridak.html?m=1

17/02/2019 Posted by | Bicara Ulama, Hadis, Ibadah, Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab), Tazkirah | Leave a comment

PAKAI SERBAN ITU ADAT ARAB JAHILIYAH?

(Bicara Hadith Bersama Ustaz Mohd Khafidz Soroni)

Imam Bukhari Rh.a dalam sahihnya Bukhari telah memasukkan satu bab iaitu باب العمامة lalu dibawah bab Beliau memasukkan hadis لا يلبس المحرم القميص ولا العمامة ولا السراول الى أخر الحديث
عمائم adalah lafaz jamak kpd عمامة
Memakai imamah (serban) banyak sekali dinukilkan daripada Baginda SAW dan jemaah Para Sahabah R.Anhum Ajmain.
Juga dalam Sahih Bukhari dlm Kitabul Wudhuk diriwayatkan dari tariq Jaafar Bin Amar r.a :
رايت النبي صلى الله عليه و سلم يمسح على عمامته و خفيه….
Aku melihat Baginda SAW menyapu ke atas serban dan kedua khuf Baginda SAW….

Demikian juga riwayat Sahih Muslim dari tariq Mughirah Bin Syu’bah r.a :
توضأ النبي صلى الله عليه و سلم و مسح على الخفين و العمامة…
Telah berwudhuk Nabi SAW dan telah menyapu ke atas kedua khuf dan serban Baginda SAW…

Maka dari hadis-hadis ini telah sabitlah bahawa memakai serban adalah di antara sunnah Baginda SAW dan mereka yang memakainya akan mendapat pahala sunnah dan yang paling penting akan mendapat Muhabbat dan Cinta Allah Rabbul Izzah sepertimana janji Allah dalam firmanNya :
قل ان كنتم تحبون الله فاتبعوني يحببكم الله ويغفرلكم زنوبكم و الله غفور الرحيم
Katakanlah wahai Muhammad SAW sekiranya kamu mencintai Allah maka hendaklah kamu ittiba’akan daku. Nescaya Allah akan mula mencintai diri kamu dan mengampuni dosa-dosa kamu. (Al-Imran)..

Banyak sekali hadis-hadis yang mentaghribkan supaya istiqamah memakai serban, antaranya Imam Tabrani menukilkan di dalam Mu’jam Kabirnya dan Imam Baihaqi rh.a di dalam Syu’bul Iman akan satu hadis marfu’ dari Nabi SAW :
أعتموا تذدادو الحلما……
Pakailah kamu akan serban kerana sesungguhnya dengan memakainya akan menambahkan sifat hilm….
Walaupun hadis ini dinilai dhaif oleh Imam Bukhari rh.a , namun Imam Hakim rh.a telah mentashihkannya dan pula hadis ini mempunyai banyak syawahidnya yang menjadikan hadis ini paling kurang Hadis Hasan Lighairihi….

Antaranya hadis yang dinukilkan oleh Imam Abu Daud rh.a dalam Sunannya dari tariq Rukanah r.a…..:
سمعت النبي صلى الله عليه و سلم يقول فرق ما بيننا و بين المشركين العمائم على القلانس
Aku mendengar Baginda SAW bersabda:
Perbezaan di antara kita dengan golongan Musyrikin adalah kita memakai serban di atas kopiah ( sedangkan Musyrikin mereka memakai serban tanpa kopiah)…(Abu Daud/ Bab Fil Ama’im/Hadis no 4078)

Imam Abu Daud tidak memberi komentar apa2 tentang hadis ini yang memberi maksud hadis ini Solih (sohih) menurut pendapatnya…

Begitu pentingnya nilai memakai serban sehingga dijadikan Baginda SAW pengukur untuk membezakan cara dan kaifiat kita memakai serban dengan cara Musyrikin..
Nah! Mana perginya mereka yg mengatakan memakai serban ini adalah sunnah orang arab?? Mereka tidak memerhatikan bagaimana hadis lain mensyarahkan bahawa walaupun orang2 Arab terdahulu memakai serban namun kaifiat memakai serban adalah amat berbeza dengan kita orang2 Islam..

Pertamanya saya tidak berani untuk mengatakan memakai serban ini hanyalah adat orng2 Arab. Ini kerana terdapat satu asar ketika mana seseorang telah bertanya Ibnu Umar r.a (Pencinta Sunnah Baginda SAW yg hakiki)…
يا ابا عبد الرحمان : هل العمامة السنة؟ قال نعم…
Wahai Abu Abdul Rahman (kuniah bg Ibnu Umar) adakah memakai serban itu satu sunnah? Beliau menjawab: ya! (Umdatul Qari Syarah Sahih Bukhari Juzu’ 18/ Kitabul Libas/ Babul Ama’im)

Baiklah (ala sabil-taslim) sekiranya kita mengalah bahawa memakai serban ini hanyalah adat orang-orang Arab. Namun adat yang mana telah dijadikan amalan oleh Baginda SAW, secara automatiknya ia akan menjadi sunnah walaupun ianya tidak digelar sunnah ibadah tapi ianya dipanggil sunnah adiyah ataupun sunnah jibliyyah…

Namun yang kita tuntut adalah Cinta dan Muhabbat Allah dan janji kurnia cinta dan muhabbat llah ada di dalam itiiba’ Baginda SAW yg sepurna damada dalam ittiba’ sunnah ibaadah mahupun sunnah aadah…

Wallhu A’lam.!!

Oleh Maulana Wan Aswadi, Miftahul Ulum Hulu Langat

17/02/2019 Posted by | Bicara Ulama, Fad hail Amal, Hadis, Ibadah, Q & A (Soal Jawab), Tazkirah | Leave a comment

Tiga tanda taksubnya seseorang kepada sesuatu kumpulan

Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi menyenaraikan tiga tanda taksubnya seseorang kepada sesuatu kumpulan:

Pertama:
Seseorang itu hanya menyebut kelebihan dan kebaikan kumpulannya sahaja, sementara untuk kumpulan lain hanya disebut keburukan dan kecacatan.

Kedua:
Dalam masa yang sama, mengagungkan tokoh-tokoh kumpulannya sekalipun terdapat kesilapan dan kesalahan pada tokoh tersebut yang cuba dinafikan, dan memandang rendah tokoh lain sekalipun terdapat ketinggian ilmu dan amal.

Ketiga:
Gembira menyebarkan kesilapan dan kesalahan pihak lain. Dalam masa sama, membutakan mata pada kesalahan tokoh dari kumpulan sendiri, dan berusaha mencipta pelbagai alasan untuk mempertahankan kesalahan itu.

Dari tiga sifat taksub di atas, seseorang itu dilihat berlebih-lebihan mempertahankan kumpulan sendiri seolah-olah itu adalah perkara ‘ta’abbudi’ (ibadah khusus). Sehingga dikorbankan maslahah dakwah Islam dan umatnya supaya organisasi kumpulannya lebih terjaga.

Untuk itu, Dr al-Qaradhawi mengingatkan pada pendakwah dan pendokong gerakan Islam bahawa:

(a) Kumpulan atau jemaah hanyalah wasilah (atau alat) dan bukannya berhala yang perlu disembah dan diagungkan seolah ia tiada dosa.

(b) Kaedah untuk menjauhkan sifat taksub (fanatik melampau) dalam hal perbezaan pendapat dan ijtihad ialah seseorang itu perlu;

–(i) Melihat pada kandungan teguran dan percakapan, bukan pada susuk yang berkata, sekalipun dari musuh.

–(ii) Seorang pendakwah itu perlu berani mengkritik diri sendiri, mengakui kesilapan, mengalu-alukan kritikan orang lain, meminta nasihat dan penilaian, serta mengambil faedah dari semua orang.

–(iii) Pendakwah sebenar wajib mempertahankan sesuatu yang benar, sama ada dari kawan atau lawan.

*وَذَكِّرْ فَإِنَّ الذِّكْرَىٰ تَنْفَعُ الْمُؤْمِنِينَ…*

“Dan hendaklah engkau (tetap tekun) memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu mendatangkan faedah kepada orang-orang yang beriman.” (Surah Adz-Dzaariyaat 51:55)

(Lihat al-Sohwah al-Islamiyyah Bayna al-Ikhtilaf al-Masyru’ wa at-Tafarruq al-Mazmum, oleh Dr Yusuf al-Qaradhawi.)

*Posting dan terjemahan asal kredit kepada Ustaz Abd Haris Bain.

17/02/2019 Posted by | Bicara Ulama, Politik dan Dakwah, Tazkirah | Leave a comment

   

%d bloggers like this: