Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

SOLAT SELEPAS HAID – KESILAPAN WANITA.

image (2)

SOLAT SELEPAS HAID : PERKARA YG DIPANDANG RINGAN..

Pengetahuan Islam kepada sesiapa yang bernama wanita ISLAM!!!
Kebanyakkan perempuan/wanita/ muslimah (wanita Islam) tak berapa perasan ATAU lebih malang lagi jika memang tak tahu menahu akan perkara ini… Ilmu Fekah, khususnya BAB HAID yang berkaitan dengan diri wanita itu sendiri amat kurang dikuasai atau difahami secara menyeluruh oleh kebanyakkan wanita Islam…kenapa hal ini boleh terjadi?? Amat susah untuk mencari seorang guru/ustazah/ …yang betul-betul pakar dalam bab ‘Orang-orang Perempuan ini’ kecuali terpaksa@mesti dirujuk kepada lelaki/ustaz- ustaz yang bernama LELAKI jugak…(saya rasa ramai yang bersetuju dengan pandangan saya )

Contohnya yang paling simple ; bila ditanya kepada kebanyakkan wanita Islam ; “adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada’kan solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?” pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan: “alaa…itu soalan mudah jee..bila ‘datang period’ maka solat tuu tak perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa jee..itulah yang kami belajar sejak mula-mula ‘bergelar wanita’ dulu”

Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita jumpa… Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun. Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya’ Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang mashur.

Kitab yang padanya ada ilmu yang berkaitan Tasauf dan padanya juga perbahasan Fekah yang luas, inilah bukti kehebatan ulama’ terdahulu..

Dalam BAB TIGA :

” Fi adab Mua’sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah…” perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut : PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID: Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid :

1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya
waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar.

2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya’ sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya’. ” Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam” (Imam Al-Ghazali)

HURAIAN MASALAH :

1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?

– Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar, maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)

2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha sama?

– Kerana di dalam hukum menjama’ (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama’ dan diqosarkan bersama solat Zohor.

– Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat ( menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.

3. Dalam perkara solat subuh pun sama : -perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh, kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya’ sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya’.

-Solat Isya’ juga boleh dijama’ (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.

-Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)

-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu di qadha juga solat maghribnya.

Sila rujuk : Kitab Ihya’ Ulumuddin (Jilid ke 2) cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.

Diharapkan tulisan ini memberi kesedaran ke
pada seluruh yang bergelar Muslimah untuk lebih mendalami diri mereka dengan ilmu ‘Fiqhul Nisa’ ini yang berkaitan dengan diri mereka sendiri!!!

Sumber. (Sila rujuk : Kitab Ihya’ Ulumuddin (Jilid ke 2) cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.)

12/11/2015 - Posted by | Fiqh, Ibadah, Q & A (Soal Jawab)

9 Comments »

  1. Ohh baru tahu , selama ni qadha satu waktu solat je ..

    Like

    Comment by Asma' Solehah | 29/10/2016 | Reply

  2. Mohon penjelasan yang boleh difahamkan. Sebab saya tak faham apa yang diterangkan. Terima kasih

    Like

    Comment by Aisyah | 20/09/2016 | Reply

    • Elok rujuk kepada Ustaz/Uztazah di tempat anda supaya dapat penjelasan yang betul dan tidak salah faham.

      Like

      Comment by amri el wahab | 04/10/2016 | Reply

  3. asslmmualaikum..sy Ade kemuskilan skit..haid sy tak teratur..hari 1-5 darah keluar ..masuk hari ke 6-9 darah tu terhenti..betul2 bersih..tp masuk hari ke 10-12 darah yg kecoklatan tu dtng ..biase hari ke12 darah coklat tu habis..yg musykil tu adakah sy harus puase atau sholat pd hari ke 6-9? sah ke ? Tq

    Like

    Comment by len | 16/09/2016 | Reply

    • Elok rujuk kepada Ustaz/Uztazah di tempat anda supaya dapat penjelasan yang betul dan tidak salah faham.

      Like

      Comment by amri el wahab | 04/10/2016 | Reply

  4. jadinya bila kita qadhakan solat asar dan zuhur, adakah kita niat solat jama’ shj atau kita boleh niat jama’ qasar sekali?

    Like

    Comment by nur | 15/09/2016 | Reply

    • Elok rujuk kepada Ustaz/Uztazah di tempat anda supaya dapat penjelasan yang betul dan tidak salah faham.

      Like

      Comment by amri el wahab | 04/10/2016 | Reply

  5. Assalamualaikum. Saya nk tnya. Mcm mana pula dengan solat2 saya yang ditinggalkan dulu kerana tidak tahu perlunya diqada’ dengan cara ini? Perlukah saya qada’ solat2 yg terdahulu? Berapa banyak solat yg perlu saya ganti pun saya x pasti.

    Like

    Comment by Nurdalila | 28/08/2016 | Reply

  6. Assalamualaikum. Nk tnye,mcm mne klu perempuan yg jenis setiap waktu solat die akn cek.cth,semasa waktu zohor ade sedikit darah.tibe2 waktu asar tiada,dan trus mndi wajib,adakh perlu diqadha skali solat zohornye? ☺. Syukran.

    Like

    Comment by nurul | 27/08/2016 | Reply


Leave a reply to nur Cancel reply