Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Inilah Petua Merawat Bagi Yang Terkena Sopak Garam/Ludahan Jin

BISMILLAH

Saya pernah kena, dgn tak semena2 muncul di muka dan seluruh badan.Rasanya terasa sangat gatal.Makin di garu tompoknya makin membesar dan makin bertambah gatal.

Nama penyakit ini “sopak garam”, Orang-orang lama menyebutnya, kena “ludahan jin”.

Ini sejenis penyakit yang sering menyerang kita. Dalam waktu yang singkat, timbul tompok kemerahan di atas kulit dan rasa gatal menyucuk nyucuk.

Semakin digaru semakin besar tompokan tersebut.

Pengamal perubatan Islam kata Jin sopak garam ini bentuknya seperti asap yang bergerak.

Tiada berwarna. Ia seakan kristal lembut atau gell kristal yang bergerak terbang perlahan lahan dan apabila ia merapati kulit kita terasa amat gatal menyucuk.

Bila terkena mandilah dgn air garam.Pengamal perubatan Islam kata garam adalah bahan utk menghalau jin.

CARA MERAWAT

Sediakan air setimba yang bercampur sintok dan limau nipis 7 biji dan setimba air garam sekadar segenggam garam.

Mulakan dengan membaca ruqyah ringkas: surah Al Fatihah, ayat Kursi, 3 Qul.

Mulakan dengan mandian air garam. jirus bermula dari kaki hingga ke bahagian kepala. biarkan kering seketika. selepas itu di bilas dengan air biasa hingga bersih.

Mandian dengan air campuran sintok dan limau. jirus bermula dari atas kepala ke bawah hingga kaki. biarkan juga sehingga kering tanpa dilap.

Kemudian bahagian yang kena sopak disapu dengan bedak sejuk bercampur sedikit garam.

Selamat Mencuba.

Sumber.

27/10/2018 - Posted by | Informasi

1 Comment »

  1. Assalamualaikum sya nak Tanya anak sya umur 3thn sejak berapa bulan ni.. Badan anak sya seperti sopak garam ni bezanya anak sya tidak terasa GATAL Dan merah² ini timbul tak kekal.. Sekejap² ada lepas tu hilang.. Lebih lagi klu badan anak sya terkena air seperti mandi mula la timbul then hilang… Apakah itu namanya sopak garam atau ludah jin??

    Like

    Comment by Kak imah | 16/09/2019 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: