Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Semua ingin jadi hero keluar fatwa

Banyak isu-isu fiqh yg berleluasa akhir zaman ni, tapi yang hendak jadi heronya adalah orang jahil. Tidak ada autoriti untuk berijtihad. Tapi main fatwa ikut sedap mulut. Main kias ikut sedap mulut.
Ingat mudah kah keluarkan fatwa tentang sesuatu hukum terhadap sesuatu perkara baru yang tiada asalnya sebelum ini?

Ini main fatwa main sebut haram, halal, semudah mengunyah popcorn. Mujtahid bila berijtihad mereka buat ‘juhd’. Juhd ini kata akar bagi ijtihad. Maknanya secara lughoh ialah bersungguh-sungguh meneliti dalil qathie dari AlQuran, Assunnah, Ijmak, Qias, kemudian menggunakan Adillat Ahkam yg lain macam Istihsan, Masolih Mursalah dan lain-lain bergantung kepada Usul Mazhab masing-masing.

Syarat mujtahid pulak bukannya degree/master/phd. Syarat mujtahid ni banyak. Ini degree dalam bidang ekonomi, engineering pun sibuk nak ijtihad. Semudah merendam maggi dalam mug.

Ingat!
قال الرسول صلى الله عليه وسلم:
من أفتى بغير علم فعليه لعنة الله والملائكة والناس أجمعين
Sabda Rasul:
((Barangsiapa berfatwa tanpa ilmu maka ke atasnya laknat Allah, para malaikat dan manusia keseluruhannya)

* tidak perlu kita jadi jagoan dalam isu isu semasa dengan mengeluarkan pendapat mengenai hukum semata-mata hendak dapat like dan share yang tinggi dalam media sosial.

* tidak berbaloi fatwa tapi kena laknat dengan Allah, Malaikat dan manusia

* kena pulak, main fatwa sedap mulut, baca AlQuran pun makhraj dan tajwid tunggang terbalik. Malulah sikit!

13/11/2015 Posted by | Politik dan Dakwah, Renungan & Teladan | Leave a comment

USTAZ DR HJ ZAMIHAN BIN MAT ZIN AL-GHARI YANG SAYA KENALI.

image

Ustaz Dr Haji Zamihan al-Ghari seorang yang amat tegas dalam membicarakan bab akidah dan hukum-hakam agama.Secara jujur saya katakan, pengalaman saya bersamanya dalam beberapa detik yang lalu telah membuatkan saya mengenali beliau.Di atas ketegasannya itulah belia|u sering dijemput oleh beberapa Jabatan Mufti Negeri / Jabatan Agama Negeri/ Jabatan Kerajaan, NGO, Masjid-Masjid dan Surau-Surau untuk membentangkan tentang penyelewengan akidah yang dilakukan oleh golongan yang tersasar dari manhaj Ahlus Sunnah Wal Jamaah.Di atas ketegasannya itu juga yang memiliki suara yang lantang bila berbicara, beliau sering menjadi sasaran tohmahan, fitnah oleh golongan yang tidak senang apabila pembongkaran secara terbuka dilakukan oleh beliau terutamanya dari golongan Wahabi, Syiah, Pluralisme agama dan lain-lainnya.

Ustaz Dr Haji Zamihan al-Ghari bukan sahaja tegas dengan pihak yang menentangnya kerana pembongkaran yang dilakukannya tetapi beliau juga tegas terhadap mereka yang rapat dengannya.Saya sendiri juga pernah ditegur jika berbuat kesalahan dan beliau juga jika berbuat sesuatu kesilapan, akan meminta maaf jika ada yang menegurnya.

Di atas kepakarannya dan ketegasannya, beliau pernah berdebat dengan seorang ketua Syiah di Kedah selama 3 jam, begitu juga beliaulah yang telah berhujah dengan Haji Kahar di Kemensah yang mengaku menjadi Rasul Melayu satu ketika dulu. Beliau jugalah yang telah pergi ke rumah Kasim Ahmad yang mengingkari dan menolak Hadith-Hadith Nabi Shallallahu alaihi wassalam.

Di sebalik ketegasannya yang dianggap kasar oleh sesetengah pihak yang tidak mengenalinya secara dekat, beliau merupakan seorang yang lembut hati dan pemurah.Ramai di antara sahabat-sahabat beliau yang dibantu terutama sekali bagi anak-anak mereka yang nak melanjutkan pelajaran.Sahabat-sahabatnya yang susah akibat kereta rosak dan sebagainya juga akan dibantu oleh beliau. Beliau bukan sahaja membantu mereka yang dikenali tetapi beliau juga cepat menghulurkan bantuan kepada sesiapa sahaja walaupun tidak dikenali.

Pernah satu hari ketika saya bersamanya berada di Jabatan Mufti Negeri Johor selepas beliau menyampaikan taklimat, datang seorang muaalaf yang ingin mengadu belum lagi mendapat bantuan zakat. secara spontan, Ustaz Dr Hj Zamihan mengambil sampul yang diberikan kepadanya selepas menyampaikan taklimat, lalu kesemuanya diserahkan kepada muaalaf tersebut.

Begitu juga pernah seseorang menghantar sms kepadanya, memohon bantuan dan nombor talipon di dapati dari buku tulisan Ustaz Dr Hj Zamihan, lalu dia meminta saya memasukkan duit RM500 ke akaun orang tersebut sebagai bantuan

Tulisan saya ini bukanlah nak membela Ustaz Dr Haji Zamihan, malah beliau juga tidak pernah meminta saya menulis sebegini, apatah lagi sekarang sudah lama juga saya tidak bertemu dengannya tetapi bagi mereka yang belum mengenalinya secara peribadi, tidak akan faham kenapa beliau begitu tegas membela perjuangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

Ketegasannya itulah yang menyebabkan ramai yang dulunya tidak tahu apa itu Wahabi, apa itu Syiah, sudah mula membuka mata tentang bahayanya pemikiran kedua-duanya.

Di atas ketegasannya itulah, golongan Wahabi dan Syiah tidak senang duduk dengan pembongakarannya secara terbuka, baik melalui ceramah ataupun penulisan, membuat berbagai-bagai fitnah terhadap beliau.Malah Ustaz Dr Haji Zamihan al-Ghari pernah disaman oleh golongan yang tidak lagi berupaya mengemukakan hujah tetapi semuanya dengan pertolongan Allah, yang bathil akan tetap lenyap dan haq tetap ditegakkan.

Ketahuilah bahawa beliau melakukan semua ini hanya dengan satu tujuan iaitu ingin menyelamatkan akidah umat Islam dari tipu muslihat golongan Wahabi dan Syiah yang semakin tersebar kini.

Akhirkata, saya tidaklah taksub dengan beliau dan saya tahu, akan datang komen-komen yang negatif nanti yang akan membantai saya selepas ini.

Semua yang saya lakukan adalah untuk menyatakan sesuatu yang haq dan saya juga tidak dibayar untuk tulisan ini.Saya berserah kepada Allah Yang Maha Kuasa dan berdoa agar negara kita akan selamat daripada akidah yang bathil yang dibawa oleh fahaman-fahaman yang bertentangan dengan manhaj Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang dibawa oleh majoriti Ulama Muktabar.

Semoga Allah memberkati perjuangan Ustaz Dr Haji Zamihan al-Ghari bersama-sama temannya yang lain dan dipelihara oleh Allah dengan kekuasaanNya.

Ustaz Mohd Hanif
Juma’at @ 1 Safar 1437H.

13/11/2015 Posted by | Bersama Tokoh, Informasi, Politik dan Dakwah, Renungan & Teladan | 1 Comment

Hukum Menanam Gigi Palsu

implant2

Soalan:

Assalamualaikum, saya mendapat soalan dari pelajar mengenai menanam gigi palsu. Apakah hukumnya menanam gigi palsu yang kekal? Perlukah mencabutnya?

Jawapan:

Berkata Syeikh Soleh Munajid :

تَركِيبُ أَسنَانٍ صِنَاعِيةٍ مَكَانَ الأَسنَانِ المَنزُوعَةِ لِمَرَضٍ أَو تَلَفٍ أَمرٌ مُبَاح لَا حَرَج فِي فِعلِهِ ، وَلَا نَعلَمُ أَحَدًاً مِن أَهلِ العِلمِ يَمنَعُهُ ، وَلَا فَرقَ بَينَ أَن تثبت الأَسنَان فَي الفَمِّ أَو لَا تثبت ، وَيَفعَلُ المَرِيضُ الأَصلَحُ لَه بِمَشُورَة طَبِيبٍ مُختِص .

“Memasang gigi buatan sebagai pengganti gigi yang dicabut karena sakit atau karena rosak, adalah sesuatu yang dibolehkan tidak apa-apa untuk dilakukan. Kami tidak mengetahui seorangpun dari ulama yang melarangnya. Kebolehan ini berlaku secara umum, tidak dibezakan apakah gigi itu dipasang kekal atau tidak, yang penting bagi pesakit memilih yang sesuai dengan keadaannya setelah meminta pendapat kepada doktor spesialis.”

Ulasan Lanjut:

Penggunaan gigi palsu sama ada yang kekal atau tidak hukumnya harus selama mana tujuan pemakaiannya untuk kemudahan makan dan kesihatan. Adapun tegahan mengasah gigi dan menjarangkan gigi pula adalah kerana perbuatan itu mengubah ciptaan Allah dan hanya bertujuan untuk kecantikan. Disebutkan dalam sebuah hadis :

( لَعَنَ اللَّهُ الْوَاشِمَاتِ وَالْمُسْتَوْشِمَاتِ وَالْمُتَنَمِّصَاتِ وَالْمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ الْمُغَيِّرَاتِ خَلْقَ اللَّهِ تَعَالَى ) رواه البخاري (5931) ومسلم (2125) .

“Allah melaknat perempuan yang mentato dan minta ditato, dan yang mengikir gigi dan yang minta dikikir giginya dan yang menjarangkan giginya UNTUK TUJUAN KECANTIKAN, yang mengubah ciptaan Allah.” (Riwayat Al-Bukhari)

Imam Ibn Hajar Al-Asqolani ketika mensyarahkan hadis ini berkata :

فْهَم مِنْهُ أَنَّ الْمَذْمُومَة مَنْ فَعَلَتْ ذَلِكَ لِأَجْلِ الْحُسْن فَلَوْ اِحْتَاجَتْ إِلَى ذَلِكَ لِمُدَاوَاةٍ مِثْلًا جَازَ

Difahami dari hadis, tindakan itu tercela dan haram bagi sesiapa yang melakukannya untuk kecantikan, namun sekiranya ia memerlukan disebabkan oleh perubatan contohnya, ia adalah diharuskan.
Kita maklum memakai gigi palsu adalah satu keperluan memandangkan gigi sentiasa digunakan untuk mengunyah makanan agar mudah dihadam. Ia sangat mempengaruhi kesihatan seseorang dan kualiti hidup seseorang.

Memakai gigi palsu tidak dianggap mengubah ciptaan ALLAH kerana pada asalnya gigi tersebut wujud. Kemudian rosak. Memakainya pula satu keperluan kesihatan. Pernah seorang sahabat menggantikan hidung yang terpotong dengan emas.

عَنْ عَرْفَجَةَ بْنِ أَسْعَدَ قَالَ أُصِيبَ أَنْفِي يَوْمَ الْكُلَابِ فِي الْجَاهِلِيَّةِ فَاتَّخَذْتُ أَنْفًا مِنْ وَرِقٍ فَأَنْتَنَ عَلَيَّ فَأَمَرَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ أَتَّخِذَ أَنْفًا مِنْ ذَهَبٍ

Dari Arfajah bin As’ad ia berkata: “Ketika terjadi perang Al Kulab pada masa Jahilliyah hidungku terluka, lalu aku menggantikan hidungku dari perak, tetapi justeru hidungku menjadi busuk. Kemudian Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam memerintahkan agar aku membuat hidung dari emas.”(HR. Tirmidzi, Abu Daud, dan hadis ini Hasan)

Hadis ini walaupun membincangkan masalah menggantikan hidung dengan emas dan perak dalam keadaan darurat atau keperluan, tetapi boleh dijadikan dalil dalam menggantikan gigi dengan perak, emas dan sebagainya , jika memang diperlukan, kerana kedua-duanya adalah anggota tubuh.

Akhukum Mohd Hazri al-Bindany
Pembimbing Majlis Ta’lim Darul Muhajirin

Sumber: MyIbrah.com

13/11/2015 Posted by | Fiqh, Ibadah | Leave a comment

   

%d bloggers like this: