Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Nabi haramkan cabut bulu di muka untuk cantik

KAUM wanita amat mengambil berat mengenai kecantikan, terutamanya kecantikan wajah kerana wajah yang pertama dipandang orang apabila berjumpa.

Oleh itu, ramai di kalangan wanita sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk mencantikkan wajah. Antara cara dianggap boleh mencantikkan wajah dan rupa paras ialah dengan membentuk bulu kening atau alis mata dengan mencabut dan mencukur sebahagian atau kesemuanya sekali.

Kemudian bulu kening akan dibentuk semula dengan alat solekan seperti celak dan pensil alis sehingga kelihatan lebih cantik dan menarik.Amalan itu bukanlah perkara baru dalam dunia persolekan wanita tetapi sudah diamalkan wanita di zaman jahiliyyah sebelum kedatangan Islam dan berterusan hingga hari ini.

Malah dengan kebanjiran pelbagai jenis alat solek di pasaran serta kepakaran yang ada, bulu kening atau alis yang sesuai dengan raut wajah seseorang boleh dibentuk dengan mudah.Walau bagaimanapun, wanita hari ini perlu memastikan apa yang dilakukan tidak bercanggah dengan ajaran Islam, termasuk bidang persolekan.Merujuk kepada teks syarak berkaitan persoalan ini, terdapat dua hadis yang menegur secara langsung perbuatan mencukur bulu kening.

Daripada Abdullah bin Masud, daripada Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Allah melaknat wanita-wanita yang mencabut bulu kening atau bulu muka (al-Namisah) atau meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu keningnya (al-Mutanammisah), wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik. Perbuatan itu telah mengubah ciptaan Allah. (riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud)

Ibn Hajar pula berpendapat, ia bermaksud wanita yang mencabut bulu-bulu di muka dengan alat pencabut.

Perkara ini membabitkan satu riwayat tabf berkaitan dengan riwayat Imam Al-Tabari, bahawa isteri Abu Ishaq pergi ke rumah Aisyah Ummul-Mukminin, puteri Rasulullah saw.Pada waktu itu rupa parasnya sangat jelita.

Beliau lalu bertanya kepada Aisyah mengenai hukum seorang wanita yang membuang bulu-bulu yang terdapat di dahinya untuk tujuan menambat hati suaminya.Aisyah menjawab: “Hapuskanlah kejelekan yang ada pada dirimu sedaya yang kamu mampu.”Hadis kedua diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud yang menerangkan bahawa Rasulullah saw bersabda:”Allah melaknat wanita-wanita yang mencabut bulu kening atau bulu muka (al-Namisah) atau meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu keningnya (al-Mutanammisah), wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik.

Perbuatan itu telah mengubah ciptaan Allah.”Mengenai hadis pertama, Imam Nawawi berpendapat bahawa jawapan Aisyah kepada wanita itu membawa erti bahawa wanita boleh bersolek untuk suami, boleh merawat muka untuk menghilangkan kejelekan seperti jerawat, jeragat dan bintik-bintik.Namun demikian, beliau tidak boleh mencabut atau mencukur bulu-bulu di muka, termasuklah bulu kening untuk membentuk alis mata yang cantikMengenai hadis kedua pula, ulama menjelaskan pengertian al-Namisah.

Ibn al-Athir berpendapat ia bermaksud wanita-wanita yang mencabut bulu-bulu yang terdapat pada kawasan muka dengan tidak menggunakan alat pencabut.Ibn Hajar pula berpendapat, ia bermaksud wanita yang mencabut bulu-bulu di muka dengan alat pencabut.Abu Daud pula berpendapat, ia bermaksud wanita yang mencabut bulu-bulu kening atau mencukurnya dengan pisau pencukur sehingga kelihatan halus.

Keterangan di atas menunjukkan perkataan al-Namisah merangkumi semua pengertian iaitu mencabut bulu-bulu di muka untuk kelihatan cantik dan berseri.Majoriti fuqaha berpendapat, mencabut atau mencukur bulu kening sehingga kelihatan halus adalah diharamkan sama ada kepada lelaki atau wanita kerana perbuatan itu termasuk dalam istilah mengubah ciptaan Allah sebagaimana dijelaskan dalam hadis kedua.

Namun demikian, bagi wanita yang mempunyai terlalu panjang atau terlalu lebat sehingga kelihatan jelik, bolehlah mencabutnya sekadar membolehkan kelihatan halus kerana ia tidak dianggap mengubah ciptaan Allah.Kesimpulannya, berhias untuk suami adalah diharuskan tetapi membentuk bulu kening dengan mencabut atau mencukurnya sehingga menjadi alis yang cantik adalah tidak dibenarkan. Menghilangkan sebarang tanda yang menjelekkan pandangan di badan, termasuk muka seperti jerawat, jeragat dan bintik hitam, adalah dibenarkan sama ada wanita bersuami atau tidak.

Dalam keghairahan wanita mencantikkan wajah untuk menambat hati suami atau sebagainya, jangan sampai terkeluar daripada sempadan yang digariskan oleh syarak kerana kecantikan bercanggah dengan syarak akan menggadaikan diri sendiri.

Sumber: Islam itu Indah

30/11/2015 Posted by | Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

Apakah Hukum Membaca Al-Quran Dengan Tujuan Memenangkan Masjid Al-Aqsa – Laman Web PMWP

(DITULIS OLEH UMAR MUKHTAR BIN MOHD NOOR PADA 06 NOVEMBER 2015. DITERBITKAN DI DALAM IRSYAD FATWA)

Soalan:

Adakah harus membaca Al-Quran dengan tujuan memenangkan Masjid al-Aqsa?

Jawapan:

Sebelum berbicara lebih jauh, suka ingin kami nyatakan bahawa hukum menziarahi Masjid al-Aqsa pada masa kini telah kami bincangkan pada artikel Bayan Linnas siri ke-15[1] dan suka juga di sini ingin kami kemukakan beberapa kelebihan Masjid al-Aqsa agar menjadi pedoman buat kita semua. Antara kelebihan-kelebihan Masjid al-Aqsa yang warid di dalam Al-Quran dan hadis ialah:

Kiblat pertama umat Islam sebelum diperintahkan untuk menghadap Kaabah.
Tempat berlakunya peristiwa Isra’ dan Mi’raj.
Solat di dalam Masjid al-Aqsa lima ratus (500) kali lebih afdhal berbanding solat di tempat lain kecuali di Masjid al-Haram dan Masjid al-Nabawi.

Berkenaan apa yang terjadi sekarang ini iaitu Masjid al-Aqsa dikuasai oleh rejim Zionis, ianya amat menyedihkan kerana jika dinilai melalui sejarah ketamadunan manusia dan hakikat sebenar, umat Islam sebenarnya yang layak untuk memiliki Masjid al-Aqsa.

Mengenai persoalan di atas, iaitu hukum membaca Al-Quran sebagai salah satu daripada niat untuk mendapat hajat bagi memenangkan Masjid al-Aqsa, dalam isu ini kami berpendapat ianya termasuk dalam bentuk tawassul yang dibenarkan.

Tawassul dari segi segi bahasa bermaksud mendekatkan diri. Manakala dari segi istilah, ia bermaksud menjadikan sesuatu amalan sebagai perantara atau penyebab untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Pendapat yang lain mengatakan bahawa tawassul itu adalah mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan meminta doa daripada orang soleh yang masih hidup, dengan nama-nama dan sifat-sifat Allah SWT dan juga dengan amal soleh yang dikerjakan. Ketiga-tiga bentuk tawassul ini adalah yang dibenarkan oleh syara’ tanpa khilaf. [Al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah. Wizarah al-Awqaf wa al-Syu’un al-Islamiyyah al-Kuwait, 14/149-150]

Berbalik kepada isu yang dibincangkan, dalam isu ini terdapat dua (2) jenis tawassul yang dibenarkan iaitu:

Pertama: Bertawassul dengan amal soleh dan hal ini berbetulan dengan sabda Nabi SAW dari Ibn Umar R.Anhuma diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari[2] Rahimahullah di dalam sahihnya yang mana mengisahkan tiga orang yang terperangkap di dalam gua dan kemudian setiap dari mereka bertawassul dengan amal soleh masing-masing dan akhirnya Allah SWT menyelamatkan mereka.

Di dalam hadis tersebut diceritakan bagaimana pemuda pertama bertawassul dengan amal solehnya iaitu mentaati kedua orang tuanya. Pemuda kedua pula bertawassul dengan amal solehnya yang mana dia dahulu pernah hampir melakukan zina kemudian ditinggalkannya kerana takut akan azab Allah SWT. Manakala pemuda ketiga pula bertawassul dengan amalan solehnya dengan mengatakan beliau seorang yang amanah. Memegang amanah yang diberikan kepadanya dan mengembalikan kepada pemiliknya. Mereka bertawassul dengan amal soleh mereka masing-masing dan sedikit demi sedikit batu yang menutup pintu gua tempat mereka terperangkap terbuka.

Ini menunjukkan keberkesanan tawassul dengan amal soleh, yakni dengan menjadikan amal soleh sebagai perantara di dalam doa kita dan kesannya dapat dilihat dengan cepat. Di dalam konteks ini, kita menjadikan amal soleh kita membaca Al-Quran sebagai perantara dalam doa untuk menunaikan hajat kita.

Justeru apa yang boleh dilakukan di sini setelah membaca Al-Quran, hendaklah kita berdoa kepada Allah SWT dengan perantaraan amal soleh bacaan kita tadi semoga Allah SWT memenangkan Masjid al-Aqsa. Mudah-mudahan dikabulkan, InsyaAllah.

Kedua: Ayat Al-Quran itu sendiri menjadi kalamullah dan kita memohon mewakili nama-nama dan sifat-sifat Allah SWT yang terdapat di dalam Al-Quran. Maka ia diizinkan oleh Islam lebih-lebih lagi kalam-Nya itu bersifat mukjizat. Ianya berdasarkan firman Allah SWT:
وَلِلَّهِ ٱلۡأَسۡمَآءُ ٱلۡحُسۡنَىٰ فَٱدۡعُوهُ بِهَاۖ

Maksudnya: “Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu,”

(Al-A’raaf: 180)

Justeru, perbuatan seperti ini tidaklah menyalahi syara’ kerana padanya terdapat ciri-ciri tawassul yang dibenarkan (masyru’). Wallahu a’lam.

Saya tertarik dengan pendapat yang telah dikeluarkan oleh Fadhilah al-Syeikh Dr. Solah Abd al-Fattah al-Khalidi Hafizahullah apabila ditanyakan adakah harus membaca al-Quran bertujuan memenangkan Masjid al-Aqsa. Syeikh berkata:

“Membaca Al-Quran adalah adalah ibadat kepada Allah. Maka tiadalah halangan bagi pembaca Al-Quran berniat ibadat dallam bacaan ini untuk memenangkan al-Aqsa. Ini dengan makna mendekatkan diri kepada Allah dengan bacaan ini. Seterusnya bertawassul dengannya mengharapkan daripada Allah kemenangan bagi Masjid al-Aqsa. Seperti yang dimaklumi bahawa harus tawassul kepada Allah dengan amal yang soleh. Jadilah bacaan dengan niat ini gambaran daripada gambaran yang baru dalam bentuk menolong Masjid al-Aqsa dan juga medatangkan dengan cara-cara yang baru.”

Semoga dengan pencerahan ini menjadikan kita lebih cakna ,mengasihi dan mencintai Masjid al-Aqsa dan mengambil peduli apa yang berlaku terhadapnya. Semoga suatu hari nanti, Masjid al-Aqsa akan bebas dari cengkaman Yahudi Zionis dan kita semua dapat solat di dalamnya dengan penuh rasa ketenangan. Ameen.

Akhukum fillah,

S.S Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
6 November 2015 bersamaan 24 Muharram 1437H.

[1] http://muftiwp.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=223

[2] Ianya merupakan hadis yang sangat panjang. Kami hanya menukilkan isi penting daripada hadis tersebut untuk perbincangan kita kali ini. Adapun hadis ini al-Imam al-Bukhari meriwayatkannya di dalam Kitab al-Riqaq, Bab Qissatu Ashab al-Ghar wa al-Tawassul bi Solih al-A’mal, No. Hadis: 2743.

30/11/2015 Posted by | Fatwa, Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

%d bloggers like this: