Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

2 GOLONGAN MANUSIA YANG PERLU DIHINDARI DI ZAMAN MEDIA SOSIAL

Dalam zaman fitnah media sosial hari ni, ada dua golongan manusia. Pertama mereka yang akan cuba manipulasi kenyataan kita samaada diluar konteks ataupun mentohmah sesuatu yang tidak kita perkatakan

Kedua ialah mereka yang terus percaya tanpa tapisan dan menyambung lidah fitnah dengan berkongsi menyebarkannya sehingga dibaca oleh ratusan malah ribuan orang.

Kedua2 golongan ini termasuk dalam golongan yang disebut Nabi SAW sebagai orang yang MUFLIS di akhirat kerana segala pahala amal ibadahnya berpindah kepada orang yang ditohmah dan dianiayainya dan segala dosa2 orang itu berpindah kepadanya. Inilah juga yang disebut DOSA JARIAH iaitu dosa2 yang terus hidup walaupun jasad sudah mati.

Moga2 kita dijauhkan dan dipelihara daripada tergolong dalam kedua2 kategori manusia ini. Namun bagi yang jadi mangsa sabar dan ucaplah Alhamdulillah atas pahala2 yg bakal terkumpul dan dosa2 yang terhapus, serta tidak perlu melatah hingga terjebak pula dalam perlakuan dosa yang merugikan pula.

DR ASYRAF WAJDI
Bahagian Dakwah Jakim

19/11/2015 Posted by | Bicara Ulama | Leave a comment

   

%d bloggers like this: