Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

MENGAPA PERLU BERMAZHAB?

Tujuan para ulama Ahlus Sunnah wal Jamaah mewajibkan orang awam mengikut mana-mana mazhab yang empat adalah supaya perkara khilafiah tidak menimbulkan perbalahan antara umat Islam.

Mazhab-mazhab yang empat itu pun mengambil dalil daripada al-Quran, as-Sunnah, Qias dan Ijmak. Bukannya ambik daripada Youtube atau Wikipedia.

Maka, apabila setiap mazhab itu diamalkan secara sempurna di tempat masing-masing, maka secara langsung sunnah Nabi dapat dihidupkan di setiap tempat pada setiap masa.

Apa yang terjadi, sebahagian orang awam gemar menimbulkan kekeliruan dengan membangkitkan perbezaan pendapat dan merasa bahawa pendapat mereka sahaja yang betul lalu menuduh pendapat yang lain tertolak. Hanya kerana mereka menjumpai satu hadis yang menyokong ijtihad mereka.
Bahkan, sesama mereka pun bertelagah pendapat. Kononnya mereka menyeru untuk kembali kepada al Quran dan as Sunnah supaya umat Islam dapat disatukan. Tapi yang berlaku, beribu mazhab muncul akibat kemunculan fatwa-fatwa segera daripada para “mujtahi” dan “muharddisk” segera.

Hakikat yang sebenar, setiap hukum hakam dalam mazhab adalah bersumberkan nas dan dalil yang jelas, qat’ie. Hanya apabila golongan itu tidak menjumpai nas tersebut, dengan mudah menuduh fatwa mazhab itu bercanggah dengan al Quran dan Hadis. Sedangkan, jika mereka mengkaji betul-betul pasti mereka akan menjumpai nas dan dalil-dalil itu.

Inilah yang dikatakan oleh Syaikhul Hadis Maulana Zakariyya, “Semakin aku belajar hadis, semakin banyak aku menjumpai nas yang digunakan oleh para imam mazhab.”

Maulana adalah seorang muhaddisin yang berpegang dengan mazhab Hanafi. Namun, disebabkan ilmunya yang mendalam, beliau mampu mengupas dalil yang digunakan oleh Imam Malik dalam menyusun Mazhab Maliki.

Hal ini terdapat dalam kitab karangannya, “Aujazul Masalik: Syarah al Muwatto Imam Malik.”

Sayyid Muhammad Alawi al Makki al-Maliki yang merupakan anak muridnya berkata, “Sekiranya tidak ditulis di bahagian depan bahawa pengarang kitab ini bermazhab Hanafi, sudah tentu kami menyangka beliau bermazhab Maliki. Beliau mampu membawakan dalil -dalil dalam mazhab Maliki yang kami sendiri sukar menemuinya.”

Sumber: FB Muhammad Safwan

30/06/2015 Posted by | Ibadah, Informasi, Tazkirah | Leave a comment