Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Mengapa Liberal Menyokong Pesalah Gay?

1. Ada dikalangan pendokong Liberal yang sanggup memberikan sokongan kepada golongan Gay yang didapati bersalah kerana cuba melakukan persetubuhan diluar tabii. Malah apa yang lebih menyedihkan, ada dikalangan pesalah Gay ini (yang cuba melakukan persetubahan diluar tabii) sudah pun berkahwin.

2. Di sini barulah kita faham mengapa Rasulullah benar-benar bertegas dalam menangani isu kemungkaran peribadi, ia bukan sahaja merosakkan individu bahkan meruntuhkan institusi kekeluargaan.

3. Jangan pula ada dikalangan kita yang terkeliru memahami konsep Rahmatan lil Alamin sehingga membenarkan kemungkaran peribadi dengan istilah kosmetik seperti personal sphere dan public sphere. Perkara keemungkaran harus ditangani secara menyeluruh.

4. Dengan sebab itu al-Quran bertegas melarang kemungkaran ini bahkan Allah menyifatkan perbuatan hubungan sejenis mereka sebagai perbuatan yang keji (fahishah) dan melampau (musrifun). Firman Allah:

وَلُوطًا إِذْ قَالَ لِقَوْمِهِ أَتَأْتُونَ الْفَاحِشَةَ مَا سَبَقَكُمْ بِهَا مِنْ أَحَدٍ مِنَ الْعَالَمِينَ . إِنَّكُمْ لَتَأْتُونَ الرِّجَالَ شَهْوَةً مِنْ دُونِ النِّسَاءِ بَلْ أَنْتُمْ قَوْمٌ مُسْرِفُونَ

“Ingatlah ketika Nabi Lut berkata kepada kaumnya: “Patutkah kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari sebelum kamu? “Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas.”

5. Maka tidak hairanlah juga apabila Rasulullah turut bersikap keras dalam perkara ini dengan melaknat mereka yang melakukan perlakuan Gay ini. Sabda Rasulullah:

لَعَنَ اللَّهُ مَنْ عَمِلَ عَمَلَ قَوْمِ لُوطٍ ، لَعَنَ اللَّهُ مَنْ عَمِلَ عَمَلَ قَوْمِ لُوطٍ ، ثَلاثًا

“Allah melaknat mereka yang melakukan amalan kaum Nabi Lut. Rasulullah mengulangi laknat ini sebanyak tiga kali.”. (HR Ahmad, dinilai Hasan oleh al-Arna’ut)

6. Atas dasar dalil al-Quran dan hadith di atas, para sahabat turut mengenakan hukuman yang keras terhadap pelaku liwat. Malah, al-Imam al-Syafie menjelaskan bahawa pelaku liwat boleh dihukum rejam. Kata al-Syafie:

قال الشافعي : وبهذا نأخذ برجم اللوطي محصناً كان أو غير محصن

“Kata al-Imam al-Syafie: dengan ini kami berpandangan bahawa pelaku liwat hendaklah direjam samada sudah berkahwin atau belum.” (al-Shaukani, Nail al-Autar)

7. Andai sekiranya Allah menyifatkan pelaku Gay ini sebagai melakukan dosa besar, Rasulullah melaknat golongan ini, para sahabat turut mengenakan hukuman yang keras dan begitu juga al-Imam al-Syafie, tergamakkah kita bersikap dengan sikap yang bercanggah dengan Allah dan Rasul sehingga sanggup kita menyokong golongan Gay ini?

Semoga Allah memberikan hidayah buat kita semua. Semoga Allah menyelamatkan kita dari kecelaruan pemikiran Liberal yang merosakkan ajaran Islam. Semoga Allah membimbing kita.

Olih: Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi

08/11/2019 Posted by | Bicara Ulama, Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab) | , , | Leave a comment

Kumpulan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender adalah wabak kalau di biarkan akan jadi kanser masyarakat.

Amalan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) ibarat satu wabak yang akan menjadi kanser dan menjadi satu penyakit parah dalam masyarakat dengan ancaman dahsyat yang membawa kesan negatif serta boleh merosakkan fabrik sosial.

Pengerusi Pusat Kajian Fiqh Kontemporari Nasharudin Mat Isa berkata, semua pihak perlu berganding bahu memastikan generasi muda bebas daripada gejala LGBT kerana mereka merupakan bakal pemimpin serta pewaris untuk mengemudi negara ini dengan akhlak yang baik serta terpuji.

Oleh itu, bekas Timbalan Presiden Pas itu berkata, demi masa depan dan akidah generasi muda, isu LGBT tidak boleh dipolitikkan .

“Ini bukan sesuatu yang boleh dipolitikkan kerana ia melangkaui politik dan kita jangan hanya kejar pembangunan sehingga terikut dengan budaya negatif Barat,” katanya kepada pemberita selepas membentangkan kertas kerja pada “Wacana Kemungkaran LGBT: LGBT Mengundang Bala Allah SWT” , semalam.

Nasharudin berkata, wacana seumpama itu merupakan satu gerakan bagi menyedarkan rakyat serta memastikan mereka tidak terjebak serta menyokong golongan ini.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Biro Undang-undang Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Mahamad Naser Disa turut berkongsi pendapat sama dengan Nasharudin agar isu LGBT, yang jelas melanggar prinsis asas agama, tidak dipolitikkan kerana ia boleh menyekat usaha untuk membela agama Islam.

“Islam adalah agama rasmi negara, saya tidak kisah sebarang kecenderungan politik, jika ada parti yang menyokong Alhamdulillah tetapi saya tidak mengaitkan diri saya dengan politik,” katanya.

Mahamad Naser turut menyelar pihak yang cuba mempertahankan golongan LGBT serta memberi sokongan kepada golongan itu memperjuangkan hak bagi mendapatkan tuntutan yang mereka inginkan.

“Ia seolah-olah mempopularkan golongan ini bila ada pihak yang mempertahankan mereka sedangkan golongan ini ternyata sekali pelaku orientasi seks yang dilarang di dalam undang-undang dan mencabar ketentuan Tuhan,” katanya.

Wacana sehari ini dihadiri kira-kira 100 peserta daripada segenap lapisan masyarakat anjuran Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia – Bernama

24/04/2012 Posted by | Berita dan Isu Semasa, Politik dan Dakwah | , , , | Leave a comment

Pejuang seks songsang (LGBT) adalah pengikut syaitan

image

Nasharudin Mat Isa menyampaikan kertas kerja pada Wacana Kemungkaran LGBT di UTM Kuala Lumpur

Gerakan yang memperjuangkan hak lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) serta setiap pengamal seks songsang merupakan pengikut-pengikut jejak syaitan.

Justeru itu, kata Pengerusi Pusat Kajian Fiqh Kontemporari, Nasharudin Mat Isa, telah tiba masanya untuk semua umat Islam di negara ini bangkit dan menentang secara habis-habisan terhadap pejuang serta pengamal LGBT kerana sekiranya perbuatan menjijikkan itu jika dibiarkan, ia boleh mengundang bala daripada Allah SWT.

Beliau berkata, di dalam al-Quran, Allah telah menceritakan bagaimana umat Nabi Lut a.s ditimpa bala bencana yang amat dahsyat hanya disebabkan menularnya budaya gay sedangkan apa yang berlaku sekarang lebih teruk lagi apabila wujudnya tiga lagi jenis seks songsang iaitu lesbian, biseksual dan transgender.

(Sumber: Utusan Malaysia Online 23 Apr 2012)

 

Kira-kira 1,000 penyokong daripada lebih 18 NGO hari ini berhimpun di membantah amalan seks bebas dan anti Gerakan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT).

Malah dalam perhimpunan di Kompleks Sukan UPM, Serdang, sekumpulan penyokong mengoyak, memijak dan membakar poster Pengerusi Bersama BERSIH 2.0 Datuk S Ambiga yang didakwa menyokong gerakan tersebut.

Di kesNONEempatan itu juga, mereka juga menyelar Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Majlis Peguam yang didakwa mereka turut menyokong gerakan itu atas nama hak asasi manusia.

(Sumber: Malaysia Kini)

23/04/2012 Posted by | Berita dan Isu Semasa, Ibadah, Informasi, Renungan & Teladan | , , , , | Leave a comment

   

%d bloggers like this: