Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Surat Terbuka Buat Penganut Ajaran Salafi Palsu.

Assalamualaikum wrt

Saudaraku, yang dimuliakan Allah.
Pertama sekali, syukur kepada Allah Allah kerana kita dimuliakan kerana mengtauhidkan Allah sebagai ilah dan Muhammad S.A.W sebagai Rasul.

Dikalangan saudara. Ramai yang berpangkat mulia dan berpendidikkan tinggi seperti Mufti, Dr, Maulana dan sebagainya. Saya menzahirkan perasaan Hormat dan Kagum diatas kesanggupan saudara saudari menempuh jalan bagi menuntut ilmu Agama Allah bagi memahami Deen-Nya sehingga ke taraf tersebut dan sanggup berkorban apa saja sehingga sanggup berhutang bagi mencapai maksud tersebut.

Saudara yang dirahmati Allah, ketahuilah. Selagi mana seseorang itu berada atas landasan Aqidah yang betul yaitu Ahlil Sunnah Wal Jamaah. Wajib keatas diri saya bagi mempertahankan nyawanya dari dibunuh. Ini adalah kewajipan.

Mungkin ada dari kalam kalam saya yang mengundang perit hati. Saya memohon maaf diatas ucapan tersebut. Percayalah, kata kata saya itu tidak lain melainkan hanya untuk mengajak kalian kembali kepangkal jalan yang sebenar yaitu Ahlul Sunnah Wal Jamaah. Bukan kepada aqidah yang mengjisimkan dan mengtashbihkan Allah sama seperti makhluk. Yaqinlah saudara. Allah tidak berhajat kepada sesuatu.

Saudara, Salaf yang sebenar bukanlah suatu kefahaman yang mengjisimkan Allah atau mengtasybihkan Allah. Mereka tetap mengtanzihkan Allah dari Jisim atau Syibih yang sama seperti Makhluk. Jika Allah duduk di atas Arasy, sebelum duduk adakah Allah berdiri? Sebelum terciptanya Arasy, dimanakah tempat duduk Allah? Jika Allah bertempat adakah Allah mempunyai Tinggi, Luas, atau Besar? Bukankah Allah tidak berhajat kepada sesuatu sekalipun pada Arasy?

Saudaraku yang dimuliakan. Ulama adalah “tiang tiang seri” Agama. Tanpa mereka. Hancur luluhlah agama, merekalah yang menggunakan kepakaran mereka bagi mengeluarkan hukum dari Al Quran dan Hadis yang mana kita sendiri tidak layak untuk mengeluarkan hukum secara langsung dari Quran dan Hadis kerana tiada kepakaran. Siapalah kita untuk membanding bezakan Fatwa Imam Mazhab dengan mengikut mazhab yang hadisnya yang paling shoheh seolah olah kita lebih Alim Hadis berbanding dengan Imam Imam Mujtahid.

Tahukah saudara apa akibatnya jika Al Quran dan Hadis diambil secara mentah mentah. Wahabii. Syiah. ISIS. LIBERAL dan Ajaran ajaran sesat yang lain. Dalilnya adalah Al Quran dan Hadis juga tetapi tanpa mengikut format dan displin yang sepatitnya dilalui maka semuanya sesat. نعوذ بالله من ذلك

Saudara, pandangan saya, Konsep keterbukaan islam yang diperkatakan mungkin hanyalah membuka pintu kelonggaran hukum islam kepada orang islam dan membuka pintu hak hak khas untuk ummat islam kepada orang kafir seperti zakat. Banyak lagi sumber sumber lain boleh disumbangkan kepada orang kafir mengapa perlu menggunakan hak “Eksklusif” orang islam?

Sebenarnya saudara. Perkara ini hanyalah menyempitkan pemikiran ummat islam tentang beragama apabila dengan perkara khas orang islam diterbukakan manakala perkara asas yang perlu ummat islam faham di Bidaahkan seperti misalan Ilmu Tauhid Sifat 20 yang dikatakan Bidaah Falsafah dan sebagainya.

Tidak perlu saya ungkap peristiwa Pemecatan Imam Imam Masjid oleh Sohibus Samahah Tuan Mufti kerana hal hal yang langsung tidak salah dalam agama malah dituntut.

Saudara, tidakkah saudara rasa perkara ini hanyalah meleraikan ikatan ikatan perhubungan ummat dari berpegang dengan agama kepada konsep keterbukaan beragama? Saudara, kasihanilah orang orang awam. Mereka tidak punya kayu ukur atau asas kefahaman agama melainkan hanya mengikut insan insan yang disangkakan pada mereka adalah benar tetapi hanya memeningkan bahkan ada yang menyesatkan mereka. Walhasil orang awam hanya memilih untuk bermudah mudah dalam urusan beragama. Bukankah itu satu bala dalam agama apabila semua mengambil tidak berat hal ehwal agama?

Saudara yang dirahmati Allah. Muslim. Pakainya adalah pakaian Rasulullah kerana setiap perkara yang disandarkan kepada Rasulullah semuanya adalah Sunnah. Terkadang saya hairan. Saudara saudara yang dimulutnya sentiasa beratib “Sunnah.. Sunnah.. Ini Ada Hadis.. Ini Hadis Shoheh.. Ini Rasulullah buat.. Ini Rasulullah Tak Buat..” tetapi saudara lebih mementingkan pakaian barat dengan mengatakan ini adalah pakaian “Kontemporari” atau terkini walhal pakaian atau cara yang terbaik adalah dengan mengikut cara dan sunnah Rasulullah SAW.

Berhentilah menyalahkan ulama terdahulu kononnya menjadi “Hero” ummat dengan menggunakan istilah “Fikh Wakeq” atau “Fikh Kontemporari” atau bahasa lainnya “Menepati Maqosid Syariah” yang mana membuka pintu pintu kebebasan dan Liberal sehinggakan ajaran ajaran sesat yang lainnya menggunakan Kalam kalam dari pihak saudara bagi menjadikan hujjah keatas kesesatan mereka dan mengembangkan ajaran sesat mereka itu. Ini masaalahnya.

Malah dari perkhabarkan yang diberitakan seorang Tokoh Liberal memuji Tuan Sohibus Samahah diatas konsep “keterbukaan yang keterlaluan”

Akhir kalam, Mungkin cara dakwah yang saya sampaikan mengoris hati dan perasaan saudara, ketahuilah saudara. Semua yang saya lakukan atas dasar Kasih dan Mahabbah. Semua muslim adalah bersaudara. Tidak sanggup saya melihat saudara islam saya mengjisimkan atau mengtasyhbihkan Allah sama macam makhluk. Perkara sebegini boleh menjerumuskan kita ke lembah kekufuran.
Saudara, jika mungkin uslub saya adalah uslub kasar dalam berdakwah, saya sarankan saudara menerima uslub Para Habaib. Habib habib ini dakwahnya begitu lemah lembut dan mengajak manusia ke jalan Allah dengan penuh Hikmah. Ditambah pula dengan leluhur mereka adalah titihan dari Rasulullah SAW.

Jika saudara tidak dapat menerima dakwah saya, maka terimalah dakwah para Habaib.

Semoga Allah SWT memberikan kepada hati hati kita hidayah dan taufiq-Nya untuk berada diatas Aqidah yang sebenar Ahlul Sunnah Wal Jamaah, Dikurniakan Allah didalam hati kita supaya mengasihi dan membesarkan Para Habaib. Dianugerahkan kepada kita keampunan. Diberikan kepada kita Guru yang sebenar. Diberikan kepada kita kehidupan beragama yang sebenar
Diberikan kepada kita cara amalkan sunnah yang sebenar
Moga dengan itu kita semua mendapat rahmat dan diberi keizinan oleh Allah untuk berkumpul bersama sama Rasulullah SAW.

Islam itu Bersaudara

-Tuan Guru Ustaz Ahmad Rozaini Abdul Rahman An Nuuri-

06/09/2019 - Posted by | Bicara Ulama, Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab), Tazkirah, wahabi | ,

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: