Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Mengapa Liberal Memburukkan Mufti?

Olih: Ustaz Dr. Ahmad Sanusi Azmi

1. Apabila *Faisal Tehrani* menyifatkan Mufti sebagai seorang yang tidak mempunyai akal, bersifat angkuh malah seorang penyembah berhala diri, ini adalah satu kenyataan yang berat. Ia seakan satu hasutan untuk memburukkan institusi keagamaan sedangkan Mufti mempunyai peranan yang besar dalam memberikan nasihat berhubung hal ehwal agama.

2. Seseorang yang benar-benar menyayangi ahli keluarga Nabi itu akan sentiasa memandang tinggi para ilmuan seperti Mufti. Perhatikan apa yang dikatakan oleh Saidina Ali, menantu Rasulullah ini:

“إن من حق العالم أن لا تكثر عليه بالسؤال وعليك أن توقره وتعظمه لله تعالى ما دام يحفظ أمر -الله تعالى-، ولا تجلس أمامه، وإن كانت له حاجة…”

“Sesungguhnya salah satu hak yang perlu dipelihara terhadap orang alim itu adalah kamu tidak memenatkannya dengan soalan, dan hendaklah kamu memuliakannya dan mengagungkannya selagi mana dia menjaga hak Allah. Janganlah kamu duduk dihadapanya (kerana menghormatinya) sekalipun kamu mempunyai keperluan…”

3. Malah sekiranya seseorang itu menyayangi ahli keluarga Nabi, mereka akan sentiasa menghormati para ulama seperti yang dilakukan oleh sepupu Rasulullah Saidina Abdullah ibn Abbas. Abdullah ibn Abbas dikatakan seorang yang sangat menghormati para ilmuan agama. Beliau pernah memimpin kuda Zaid ibn Thabit kerana menghormati ilmuan agama tersebut.

4. Bahkan Abdullah ibn Abbas pernah menempelak mereka yang mencerca para ilmuan. Kata Abdullah ibn Abbas:

من آذى فقيها فقد آذى رسول الله صلى الله عليه وسلم ومن آذى رسول الله (صلى الله عليه وسلم) فقد آذى الله -عز وجل

“Barangsiapa yang menyakiti seorang faqih, maka dia telah menyakiti Rasulullah dan barangsiapa yang menyakiti Rasulullah, sesungguhnya dia telah menyakiti Allah.

5. Jelas sekali disini, para ahli keluarga Nabi itu adalah orang yang sangat mencintai ulama. Kenyataan Faisal Tehrani tersebut seakan bukan daripada apa yang diajarkan oleh Rasulullah, bahkan ahli keluarga Rasulullah. Perlakuan tersebut mirip kepada Syiah Sesat yang membenci sahabat Nabi. Mereka mengutuk para sahabat dengan cercaan yang keji.

6. Bahkan tindakan memburukkan Mufti dan agamawan ini tidak ubah seperti doktrin Liberal yang cuba menghasut masyarakat membenci Ulama. Mereka cuba memisahkan agama dari kehidupan manusia.

Semoga Allah membimbing kita semua.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
https://telegram.me/drahmadsanusiazmi

31/08/2019 - Posted by | Berita dan Isu Semasa, Bicara Ulama, Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab) | ,

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: