Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

 Islam akan kuat semula di Turki

Kata Ibnu Arabi, Islam akan kuat semula di Turki selepas diperintah tujuh Firaun…Mustafa Kamal Ataturk dikatakannya sebagai firaun pertama dan firaun ke tujuh Kenan Evren. Semasa Torgut Ozel jadi Presiden Turki yang ke lapan, dakwah Islam mula bergerak bebas di Turki.
Syeikh Muhammad Abdullah as Suhaimi pengasas Aurad Muhammadiah berkata, “Turki kecil akan membantu Turki besar.” Bantuan itu pastinya bukan bantuan senjata kerana senjata Turki lebih moden dan canggih. Pasti bukan juga bantuan perang, kerana rakyat Turki lebih mahir berperang.

Jadinya apa bentuk bantuan yang boleh diberikan oleh Turki kecil kepada Turki besar?

Semasa Abuya Ustaz Ashaari berada di luar negara telah pergi ke Turki sebanyak sepuluh kali. Setiap kali pergi mengambil masa selama tiga minggu. Hingga seluruh Turki telah dijejakinya. 

Abuya pergi ke Turki bukan untuk melancong, suka-suka atau beli belah tetapi untuk berdakwah. Abuya berdakwah dengan caranya yang tersendiri…

Ketika itu ada yang bertanya, kenapa Ustaz sanggup menghabiskan masa Tenaga dan harta pergi ke Turki. Jawap Abuya kerana mahu membantu Turki besar.

Semasa Abuya di Turki ada rakyat tempatan berkata mahu adakan demontrasi atau gerakan guling kerajaan kerana tidak membenarkan pelajar sekolah dan universiti memakai tudung.

Abuya kata di negara kami dulu pun macam itu juga. Pelajar dilarang memakai tudung. Kami tak adakan demontrasi tapi kami dakwah masyarakat supaya berpakaian menutup aurat. Bila dah ramai rakyat yang menutup aurat, akhirnya kerajaan terpaksa ikut kehendak rakyat dan sekarang pelajar sekolah dan Universiti sudah dibenarkan berpakaian menutup aurat.

Ada pula rakyat Turki berkata kami mahu gulingkan pemerintah sekarang kerana berfahaman sekular. Abuya kata pasukan tentera melindungi mereka maka kamu tidak akan berjaya.

Jadi apa yang patut kami lakukan?

Timbulkan kesedaran rakyat Turki supaya mengamalkan Islam. Bila sudah ramai yang mahukan Islam mereka akan pilih pemimpin yang cenderung kepada Islam. Bila tentera cuba gulingkan pemimpin yang suka pada Islam maka rakyat Turki akan bangun mempertahankannya…

Subhanallah…Apa yang dikatakan oleh Abuya Ustaz Ashaari lebih 20 tahun dulu sudah jadi kenyataan. Islam semakin berkembang di Turki. Sekarang pelajar universiti sudah boleh memakai tudung.

Baru-baru ini Pak Latip direzekikan berada di Turki apabila rakyat Turki bangkit menggagalkan percubaan tentera yang mahu merampas kuasa.
Memang tidak dinafikan Islam bangkit di Turki hasil gerakan Islam di negara Turki sendiri namun telah dibantu oleh Turki kecil dengan caranya yang tersendiri. 

Kerana itu pemimpin tareqat, ahli sufi Turki begitu menghormati Abuya Ustaz Ashaari.

Abdul Latip 

25 September 2016 - Posted by | Uncategorized

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: