Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

TAKHRIJ RINGKAS HADITH MENGUSAP MUKA SETELAH SHALAT

Sumber: Ahlussunnah Wal Jamaah Research Group – Johor

1. Penulisan kali ini ARG Johor membahaskan secara ringkas dan ilmiah tentang hadith mengusap muka setelah shalat.
2. Hadith tentang mengusap muka selepas shalat adalah dengan teks hadith sebagai berikut:
كان رسول الله صلى الله عليه وسلم اذا قضى صلاته مسح جبهته بيده اليمنى
“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam ketika menyelesaikan shalatnya mengusap dahi (muka) dengan tangan kanannya”.
3. Hadith ini adalah riwayat Thabarani dalam Mu’jam Ausath (2499).Status hadith ini lemah sekali kerana didalam sanadnya terdapat perawi yang bernama Sallam ath Thawil yang meriwayatkan daripada Zaid al Ammi. Sallam Ath Thawil dhaif jiddan (perawi sangat lemah). Sementara Zaid al Ammi adalah dhaif khafif (perawi lemah ringan). Jadi letak kelemahan sekali adalah pada perawi Sallam ath Thawil (Lihat Nataij Afkar karya Ibn Hajar al Asqallani juz II muka surat 301). Dengan ini Ibn Hajar menghukumi lemah sekali.
4. Apatah lagi jika merujuk ucapan Ath-Thabarani berikut:
لم يرو هذا الحديث عن معاوية الا زيد تفرد به سلام
“Tidak meriwayatkan hadith ini dari Mu’awiyah (bin Qurrah) kecuali Zaid yang Sallam sendirian meriwayatkan daripadanya”.
5. Tetapi dalam Kasyf al Astar (al Bazzar nombor hadith: 3100) disebutkan riwayat yang menjadi mutaba’ah riwayat di atas, bahawa yang meriwayatkan daripada Zaid al Ammi bukan hanya Sallam ath Thawil sahaja, tetapi Uthman bin Farqad juga meriwayatkan daripada Zaid dengan sanad yang sama.
حدثنا الحارث بن الخضر العطار ثنا عثمان بن فرقد عن زيد العمي عن معاوية بن قرة عن أنس بن مالك قال كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يمسح جبهته بيده اليمنى
“Menceritakan hadits kepadaku Harith bin Khadhir Aththar, (ia berkata) Menceritakan hadith kepadaku Uthman bin Farqad, daripada Zaid Ammi, daripada Mu’awiyah bin Qurrah, daripada Anas bin Malik, ia berkata: “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mengusap dahi dengan tangan kanannya”.
6. Sedangkan status Utsman bin Farqad sendiri adalah thiqah menurut Ibn Hibban atau Shaduq menurut Ibn Hajar. Ringkasnya dia ada yang menyebut layyin (lemah) dan ada yang menyebut tsiqah. Bahkan adz Dzahabi memasukkan dalam kitab “Man Tukullima fiihi wahua muwatstsaq”. Ertinya dia thiqah.
7. Dengan demikian, riwayat al Bazzar ini sanadnya bagus atau minimum ia dhaif yang boleh diamalkan dalam fadhilah amal, sunnah, targhib dan lain-lain.
8. Menguatkan hujjah di atas adalah ucapan al Haithami dalam Majma’ az Zawaid (I/145) setelah meriwayatkan hadith di atas berkata sebagai berikut:
رواه الطبراني في الاوسط والبزار بأسانيد وفيه زيد العمي وقد وثقه غير واحد وضعفه الجمهور وبقية رجال أحد اسنادي الطبراني ثقات وفي بعضهم خلاف
“Hadith diriwayatkan oleh Thabarani dalam Mu’jam Ausath, dan Al Bazzar juga meriwayatkan sama dengan beberapa sanad dan didalamnya terdapat Zaid al Ammi. Dia dithiqahkan tidak hanya satu ulama. Tetapi jumhur ulama melemahkannya. Perawi-perawi selanjutnya daripada salah satu sanad Thabarani adalah thiqah dan sebahagian ada khilaf”
Ini menunjukkan status perawi dalam hadith mengusap muka ini masih dikhilafkan.
9. Ali asy Syaukani dalam kitab Tuhfah adz Dzakirin (I/183) juga membenarkan dan bersetuju dengan ucapan al Haitsami diatas.
Dan Imam an Nawawi dalam al Adzkar pun meriwayatkan hadith di atas.
10. Dan sebagaimana dalam mukaddimahnya, beliau menyebutkan hadith dalam al Adzkar adalah untuk diamalkan. Dengan demikian, mengusap muka selepas shalat yang dianjurkan oleh ulama-ulama fikah terdapat hadith yang menjadi dasarnya. Ia sama sekali bukan perbuatan yang tercela.
Disediakan oleh:
Pertubuhan Penyelidikan Ahlussunnah Wal Jamaah
Johor Bahru, Johor (ARG Johor)

25 September 2016 - Posted by | Uncategorized

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: