Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Berdebat?

Nak berdebat? Perlukah? Apa manfaatnya selepas debat? Jika sekadar debat tetapi habis tanpa ada keputusannya, ia tidak berguna, sia-sia, dan membuang masa. Sudah banyak kali debat/dialog/ muzakarah seperti ini diadakan.
Pernah dengar dulu di zaman pemerintahan Sultan Melaka dan kerajaan Melayu silam apabila ulama mereka berdebat dengan golongan zindiq, syarat yang diletakkan oleh Sultan ialah yang kalah debat mesti bertaubat dan tinggalkan amalannya dan penyebarannya dan jika enggan maka kepalanya dipancung. Debat dulu diadakan dalam Istana raja depan para alim ulama, mufti dan pembesar negeri. Yang menganjurkannya ialah Sultan atau pemerintah, bukan perseorangan atau NGO, atau mereka yang saling cabar mencabar seperti hari ini.

Pada sekitar kurun ke-17 Masehi di Aceh dulu pun pernah berlaku debat antara Sheikh Nuruddin al-Raniri dan Sheikh Saiful Rijal. Dikatakan Sheikh Nuruddin kalah berdebat dan terpaksa lari membawa diri pulang ke Gujerat, India.

Lalu hari ini kita mahu berdebat di pentas awam depan orang awam yang jahil dan tidak mengerti tentang kebenaran isu yang diperdebatkan. Mereka jauh daripada mampu menjadi hakim dan juri menentukan kebenaran tetapi sekadar menjadi penonton yang seperti kata pepatah jika menang, menang sorakan sahajalah dan jika kalah kampung tergadai. Selepas itu kesannya umat Islam semakin keliru dan semakin berpecah.

Kedua, isu apa yang nak diperdebatkan? 

Isu khilafiyyah dan furu’ masa’il yang para ulama lebih 1000 tahun dulu gagal capai kata sepakat dan mereka telah pun bersetuju untuk berbeza pendapat? Hebat sangatkah kita mampu selesaikan isu yang mereka gagal selesaikan?

Teringat sekitar awal tahun 2004 sudah pernah diadakan dialog tertutup di Ipoh berhubung isu Bidaah Hasanah. 

Almarhum Dr Aziz Hanafi memulakan bicara dengan bertanya: “ini isu usul atau isu furu’? Jika isu usul kita boleh debat sampai subuh, tetapi jika ini isu furu’ beliau mengingatkan tentang kaedah berbunyi: ” الحق في المسائل الفرعية متعدد”
“Kebenaran dalam isu furu’ itu berbilang” yang tidak akan ditemukan siapa yang benar dan siapa yang salah”.
Benar sekali, selepas sepuluh tahun berlalu hingga kini isu ini tidak tamat kerana pasti tidak akan ditemukan pemenang.

Nak debat juga? Debat isu aqidah atau usul bukan isu khilafiyyah dengan diadakan secara tertutup di depan hakimnya para mufti dan alim ulama. Yang kalah dan tersasar daripada kebenaran, perlu dihukum agar tidak lagi menyebarkan fahamannya yang bathil.

Nik Roskiman

Advertisements

25 September 2016 - Posted by | Uncategorized

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: