Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Dapatkah dibina negara aman dan makmur yang di redhai Allah melalui kaedah politik kotor?

Dalam usaha menaikkan diri sendiri atau partinya atau parti orang kafir yang berkerjasama dengan nya maka mereka sanggup menderhaka kepada Allah dengan perbuatan mengumpat, memfitnah, mengeji,memberi malu, menuduh dengan sesuka hati demi untuk menjatuhkan lawannya dari parti lain yang juga beragama Islam hingga bergaduh dan berpecah sesama umat Islam.Semua ini adalah dosa dosa besar, apatahlagi kalau di lakukan kepada sesama Islam.

Dosa ertinya kemurkaan Allah dan Neraka.Apakah kerana hendak menjadi pemimpin dan hendak kuasa (walaupun untuk menegakkan agama Islam) dibolehkan menghalalkan semua perkara yang haram ini? Apakah pihak lawan dan rakyat akan gembira dengan negara Islam nanti yang di perolehi hasil dari menghina, memfitnah, membuka aib orang,mengumpat,memecahbelahkan hati dan perpaduan sesama Islam?

Akan berlakukah perpaduan sejati diatas segala sakit hati, dendam, rasa permusuhan yang berlaku yang di tanam selama ini dan semasa pilihanraya diantara parti lawan dan pemerintah yang menang? Walhal sebelum menang dia sudah memecahbelahkan umat.Boleh kah rakyat terima pemerintah setelah mereka sakit hati? Kalau rakyat ramai bertindak balas adakah pemerintah itu tidak bertindakbalas semula?

Bolehkan rakyat yang sudah berpecah belah oleh segala macam sakit hati itu bermaaf maafan selepas pilihanraya itu? Dapatkah dibina baldatun toiyibatun warabbun ghafur yakni negara Islam yang aman makmur dan mendapat keampunan Allah melalui kaedah politik kotor ini?

Wallahu’alam.

08/10/2011 - Posted by | Politik dan Dakwah | ,

3 Comments »

  1. hujah ini semuanya menarik sebagai satu dari pengerak minda semasa, namun kita tidak mencari rumusan yg konkrit melainkan terlalu banyak membangkitkan soalan semata2 yang kekadang kita tahu kita trjebak secara lansung didalamnya. dapakan juga jawapan yang harus kita sama2 kongsikan, bagaimana, apa kaedahnya, dimana harsnya kita mulakan dan mana harus nanti arah tujunya. wallahualam

    Like

    Comment by Selamat | 29/09/2012 | Reply

    • Pandangan dan komen Tajuk persoalan ini terbuka kepada semua untuk di kongsikan bersama.

      Like

      Comment by amri el wahab | 30/09/2012 | Reply

  2. Setuju bangat dgn kata-kata ini……Lagi sedih kalau yang fitnah, ktuk, caci, umpat , dan hina tu berserban dan berkopiah manjang….Rosak Image Islam yang terlalu indah

    Like

    Comment by A. Bakar b. Attan | 10/10/2011 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: