Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Menghukum adalah taktik perjuangan parti politik orang Islam

 

 

Parti politik orang Islam mempunyai banyak musuh dan lawan sebaik sahaja mereka istihar diri sebagai parti pembangkang.Permusuhan adalah berpunca dari sikap permusuhan mereka terhadap parti pemerintah (yang juga parti orang Islam) kerana tersangat ingin merebut kuasa.Namun sudah lebih setengah abad mereka berjuang tetapi hingga kini perjuangan melalui parti politik pilihanraya belum lagi dapat menyakinkan umat Islam bahawa Islam yang mereka bawa itu cantik dan indah.Peribadi pejuang pejuang Islam dalam parti politik bersikap keras, kasar dan tidak sopan dalam berpolitik, terutama dalam ceramah ceramah mereka (baik di atas pentas politik atau masjid masjid), yang rata rata hanya menjatuhkan hukum lebih dari memperbaiki keadaan kepada orang yang tak sealiran dengan mereka.Mereka sebenarnya gagal menyakinkan umat Islam kerana keindahan Islam itu tidak ada atau tidak menonjol di dalam kehidupan mereka (terutama dari sudut pertuturan mereka dalam berceramah).

Sekarang kita lihat parti pemerintah sudah sangat lemah.Tetapi parti pembangkang yang bercita cita Islam pun lagi lemah dan masih tidak dapat menjatuhkan musuhnya yang amat lemah itu.Kelemahan mereka menonjol apabila kita lihat mereka terpaksa bergabung dengan parti musyrikin kononnya untuk mendapat kekuatan.(Saya pernah menulis tentang bahaya berkerjasama dengan kaum kafir.Sesiapa yang terlepas pandang tulisan ini sila baca di sini KLIK) Namun walaupun demikian, parti pemerintah yang lemah masih merasa selesa sahaja berhadapan dengan parti pembangkang ini.

Isu semasa contohnya, dalam hal menegakkan hukum hudud,mereka masih berdolak dalik untuk melaksanakan nya walaupun mereka di benarkan melaksanakan di negeri bawah pemerintahan mereka di Kelantan.Jangan jangan mereka belum bersiap sedia dengan jentera jentera untuk melaksanakannya.Mungkin mereka belum bersedia dan tidak mempunyai cukup Pentadbir, Kewangan,Mahkamah Syariah, kaki tangan saperti Hakim dan Peguam Syariah, tukang sebat, tukang potong tangan, tukang rejam, anggota Polis yang memahami hukum hudud dan sebagainya.

Amat dikesali dan mengecewakan sekiranya apa yang saya nyatakan ini benar.Sudah berpuluh puluh tahun berjuang melaungkan hudud, tak kan tak ada persiapan untuk melaksanakan nya? Jangan pula jadi macam orang nak buat rumah.Rumah belum siap dah nak masukkan perabot dan segala macam peralatan didalamnya.

Wallahu’alam.

03/10/2011 - Posted by | Politik dan Dakwah | ,

15 Comments »

  1. salam, maaf kan saya, cuma saya nak ingat kan sahaja kepada orang2 islam yang beri komen, anda kena belajar perkara2 yang boleh membatalkan aqidah, setakat nie orang islam hanya belajar bab membatalkan solat, haji , puasa , haji dll. tapi x belajar bab nie.. ada 300 lebih perkara2 yang batalkan aqidah, bukan tukar agama sahaja boleh rosakkan aqidah.. sebab itulah ilmu agama adalah penting.. jangan cakap kalau x ada ilmu atau x faham.. diam sudah.. kalau x tahu pasal hudud jangan cakap sembarangan.. saya bimbang, kalau awk solat, pergi haji 10 kali , puasa, tapi batal aqidah x guna.. pergilah belajar ilmu agama.. nie x, malas nak belajar, pastue ulas pasal hudud, kalau betul xpe, nie terpesong… tue lah jahil sangat..

    Like

    Comment by khair | 09/12/2011 | Reply

  2. Asslam..

    Orang Islam orang bijaksana apa tah lagi yang dah sampai tahap2 seperti NA and Mat Sabu dan Iman mereka pasti ditahap tertinggi…..Kalau tak berani cara provokasi sekurang-kurang berani mengatakan “Jangan cabar maruah Orang Islam” atau boleh merangka plan dan strategi perlaksanaan yang effektif utnuk melaksanakan undang2 Islam (bukan hanya Hudud) sekurang-kurangnya di Kelantan…..tapi malangnya setelah lebih 20 tahun hanya “Draft “ yang ada…cammana nak rangka strategi peperangan pelaksanaan di peringkat persekutuan?

    Dan lebih menyedihkan statistik2 perkara maksiat, cerai-cerai di Kelantan adalah tertinggi. FYI GRO2 Melayu di KL ni statstik juga kata ramai anak2 gadis dan janda2 dari Kelantan….Apa dah jadi dengan kerja-kerja Dakwah PAS sampai tak dapat meningkatkan tahap keimanannya rakyat Kelantan? Nyatanya tidak berhasil.

    Mengatakan ketiadaan Hudud menjadi punca berlakunya hal2 tersebut di Kelantan adalah bermaksud mencari Kambing Hitam…..Undang2 adalah governing force…Dinegeri2 lain kerajaan nya dituduh tidak bercirikan Islam pula menunjukkan statistic otherwise… Sepatutnya rakyat yang bernaungkan kepimpinan yang mempromosi kehidupan Islam dan perjuangan Islam dan sekiranya mereka2 ini telah berjaya mendakwah atau tarbiah dengan efektif rakyatnya, pasti statistiknya adalah terendah. How unfortunate? >20 years remember.

    BN dan Umno tidak pernah mempromosikan perjuangan Islam dan Hudud….mereka tahu mereka tidak mempunyai keyakinan dan kekuatan iman untuk menunjuk2kan falsafah perjuangan Islam, maka untuk menyalahkan mereka atas sebab hudud tidakboleh dilaksanakan adalah dangkal…

    Samada mereka salah atau tidak biarlah mahkamah Allah yang menentukan….Kita tidak diberi haq untuk menghukum orang lain masuk syurga atau neraka….Allah dan kurniaan RahmatNYA sahaja berhaq…

    Oleh kerana PASpercaya yang selama ini hanya mereka yang memperjuangkan ISLAM dan menganggap itu JIHAD, mengapa takut nak teruskan usaha di Parlimen atau buat sahaja di Kelantan…kalau perlu ke Mahkamah teruskan….Kenapa takut dan kenapa berhenti bila kononnya ada surat ancaman dari the XX PM???? Setahu saya kalau dah berektiqad JIHAD….mati adalah cita2…..Kenapa sanggup tukar kepada Negara Kebajikan? Takut dgn Kafir Double atau hilang undi orang Melayu? Tidak yakin dengan pertolongan ALLAH macam orang2 Afghanistan ketika menentang Rusia dahulu?…Takut dan harap hanya pada ALLAH sahaja, tiada yang lain..

    “Pengaruh PAS kini semakin kuat hinggakan bilangan orang2 bukan Islam yang menyokong PAS & menentang BN kebelakangan ini kian meningkat.”

    Bab ni, itu ukuran dengan kayu pengukur kamu sendiri…I beg to differ. Though deep in my heart, Wallahi I want Syariah Law in Malaysia but not with PAS… PAS does not have the leaders and the leadership. Berkokok kuat tapi tak da substances. Tahu katakan salah, tapi tiada cadangan alternatives.

    Tq Wasslam.

    Like

    Comment by A. Bakar b. Attan | 07/10/2011 | Reply

  3. Saya petik kenyataan anda “Dalam isu semasa contohnya, dalam hal menegakkan hukum hudud,mereka masih berdolak dalik untuk melaksanakan nya walaupun mereka di benarkan melaksanakan di negeri bawah pemerintahan mereka di Kelantan.Jangan jangan mereka belum bersiap sedia dengan jentera jentera untuk melaksanakannya.”

    Saya rasa anda tidak memahami undang-undang. Kerajaan negeri Kelantan dan Terangganu sebenarnya telahpun membentangkan pelaksanaan hukum hudud di Dewan Undangan Negeri masing-masing ketika PAS berkuasa di Terengganu juga di Kelantan. Tetapi Tun Dr Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri telah mengutus sepucuk surat kepada Menteri Besar Terangganu dan Kelantan untuk menghalang pelaksanaan hukum hudud. Beliau telah menyatakan bahawa pelaksanaan hukum hudud di kedua-dua negeri tersebut adalah berlawanan dengan Perlembagaan Persekutuan. Oleh yang demikian maka hukum hudud tidak boleh dilaksanakan di kedua-dua negeri.

    Jika hudud mahu dilaksanakan, PAS perlu berkuasa di PUTRAJAYA dengan majoriti 2/3 bagi membolehkan perlembagaan dipinda. Maka saudara perlu menyokong PAS pada PRU13 jika saudara berkeinginan melihat hudud dilaksanakan di Malaysia.

    Oleh yang demikian, tidak timbul soal kerajaan negeri tidak bersedia untuk melaksana hukum hudud. KAMU JANGAN SESEKALI MEMPERMAINKAN DAN MEMPERLEKEH HUKUM ALLAH.

    Like

    Comment by Dean Lin | 05/10/2011 | Reply

    • Salam,

      Saya agak keliru kerana dalam buku jingga tidak ada perlaksanaan hudud jika PR memerintah Malaysia. Rakan PR, DAP amat jelas dan tegas menentang hudud jadi apakah bila sama2 ditampuk kuasa mereka akan merelakan?. Samaada DAP atau MCA, mereka jelas amat tegas dalam isu ini tetapi jika digerakkan satu mechanism untuk UMNO dan PAS berkerja ke arah itu, saya rasa hudud tidak lagi mustahil. Namun apa boleh buat, dosa2 lalu terlalu sukar untuk dimaafkan. Kita bukan lagi seorang pemaaf walaupun itu yang dituntut Islam.

      Like

      Comment by zamri harun | 05/10/2011 | Reply

  4. Tak perlu takut dengan hukkum hudud,,,,, hidup berpandukan al quran… Isi kandung al quran tak boleh di ubah

    Like

    Comment by 060971 | 05/10/2011 | Reply

    • hukum hudud ni wajib mcm solat jugak…kalau tolak hukum hudud murtad la mereka ni..sbb tu bkn sume org islam tu betul2 islam..tolak hukum islam maka kafir lah…kafir bermaksud org yg tolak islam atau menentang islam wlaupun dia orang islam… sendiri mau ingat….

      Like

      Comment by Fenridz Red-one | 05/10/2011 | Reply

  5. as salam. sy berdoa agar terbukalah hati pemimpin² PAS & UMNO untuk bersatu.

    Like

    Comment by Badai | 05/10/2011 | Reply

    • Amin. Amin. Amin ya rabbul ‘alamin

      Like

      Comment by aprillinda72@yahoo.com | 05/10/2011 | Reply

  6. dua hukum hudud (enakmen jenayah syariah) telah diluluskan di dewan undangan iaitu masing2 di kelantan dan Terengganu. Proses perlaksanaannya terhalang oleh tegahan bersurat oleh PM kerajaan pusat barisan nasional yang di ketuai oleh UMNO. Hukun hudud adalah hukum yang disyariatkan oleh Allah. Setiap umat Islam wajib beriktiqad inilah yang terbaik antara yang terbaik. Menyokong perlaksanaan hukum hudud juga ke atas orang Islam adalah wajib tanpa mengira parti politik. Kerja-kerja IBLIS adalah untuk menghasut umat Islam untuk mencari alasan agar hukum Allah tidak dapat dilaksanakan. Banyaklah idea yang dijolok oleh iblis, kurang itulah, kurang inilah, sebab itu lah sebab inilah sehinggakan alasan kita mempunyai masyarakat majmuk satu Malaysia turut dijadikan alasan. Peringatan untuk kita semua, satu pertanyaan untuk diri kita, apakah Allah memerintah pelaksanaan hukum hudud dengan Dia tidak tahu di atas muka bumi ini terdapat ramai umat, bangsa dan agama?.. Sebaliknya Dia lah yang mencipta langit dan dunia agar semua tunduk dan patuh kepada arahan dan perintahNya. Buat sahabat semua, menolak hukum hudud dikira besar kesalahannya, kerana ia adalah perintah jelas dan nyata di dalam hadis dan Al-Quran. Sebaliknya kalau seseorang itu menafikan kebenaran walaupun sepotong ayat daripada Al-quran sahajapun, ia sudah cukup terpesong dari segi akidahnya. Janganlah kita memandang tuntutan agama dari sudut politik semata2 kerana orang membawa itu musuh politik kita.. sebaliknya tengoklah dari sudut keperluan syariat itu sendiri. Kita orang berakal tentulah boleh membandingkan antara dua golongan. satu yang berkehendak satu lagi yang engkar dengan pelbagai alasan, sungguhpun agama penyokongnya adalah sama. Dalam keadaan ini pilihlah gologan terbaik antara yang terburuk. Kerana kita sudah tau hukumnya.. Lainlah kalau tidak percaya kepada kehidupan di alam akhirat?.. Renung2kan lah.. sahabat semua..

    Like

    Comment by Abe Man | 05/10/2011 | Reply

  7. sy setuju part pemimpin² parti yg tidak menunjukkan akhlak/perangai yg baik. contoh adalah mengutuk/memaki pemimpin lain dan bila brcakap tu mcm die aje yg betul, pasti satu lagi tu semuanya salah..

    Like

    Comment by Badai | 05/10/2011 | Reply

  8. Musuh sebenar adalah iblis. politik bermula sebelum manusia dijadikan lagi. ketika itu iblis menentang penciptaan adam, disitu iblis mula cari pengaruh dgn menghasut penghuni langit dan juga jin. jadi politik tu terbahagi kepada 2 golongan. yang 1 mereka yang taat pada allah. dan yang 1 lagi golongan yang memgikut hawa nafsu iaitu yang mengikut iblis. fikirkan kerajaan yang tolak hudud tu belah mana?

    Like

    Comment by Nor Azman | 05/10/2011 | Reply

  9. amat menarik membaca petikan ini…..

    apakah kerajan negeri mempunyai kuasa terhadap kerajan pusat seperti…boleh tubuh pasukan polis sendiri, hakim sendiri, mahkamah sendiri….kalau dulu saya tahu ada sepasukan askar khas berkhidmat untuk sultan negeri johor…saya bukan sekolah tinggi tapi suka baca pelbagai perkara

    harap dapat penjelasan

    Like

    Comment by abhalim | 04/10/2011 | Reply

    • nilh jadinya…apabila x involve politik & perlembagaan negara,…apa yg boleh & yg x boleh d buat oleh kerajaan negeri @ pusat!!!…pastu bila ada satu isu dtonjolkn / kuar…nak tunjuk hero @ macam faham akan segala isu yg timbul. Saya ni pun x pandai jugak, tp selalu ikut pkembangan dunia & tempatan… tgk tv, internet & ceramah @ kuliah2… pastu wat nilaian bpandukn ilmu yg kita pelajari selari dgn kehendak jemaah.
      Pastu wat andaian sendiri, suruh org ramai ikut pendapatnya…tgk cam betul, tp…bila dhalusi / dperhatikn betul2, laksana fatamorgana yg dari jauh dsangka air, bila dekat…lahhh…rupanya2 bayangan panas…

      Like

      Comment by Royhann Aiye | 05/10/2011 | Reply

  10. PARTI MELAYU POLITIK PEMBANGKANG didapati berlagak seperti dia perintah PARTY POLITIK lain agar ikut arahan mereka. Tidak ke pelik.

    Like

    Comment by hamden yahaya | 04/10/2011 | Reply

  11. Buat renungan atau yg terlepas,

    Minggu lalu berita di TV3, pemimpin kita yang utama peneraju kerajaan dengan begitu angkuh mengatakan dia tahu hukum hudud, hukum tuhan tapi dia menyatakan beliau tidak dapat laksanakan berulangkali dalam siaran berita itu.

    Sebagai seorang Islam statement tersebut tidak sepatutnya disuarakan! Suka atau tidak, bolih atau tidak, sebagai seorang muslim, itupun jika muslim, wajib mentaati hukum Allah SWT tanpa soal jawab, kenapa, bolih atau tidak. Solat wajib, hudud wajib perlukah kita bangga katakan kita tak dapat nak buat?…..

    Pandangan saudara yg lain bagaimana?

    Like

    Comment by Ujang Adam | 04/10/2011 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: