Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Pengertian Masjid.

P1171696

Masjid dari sudut bahasa di dalam bahasa Arab ialah nama bagi tempat bersujud. Dari sudut syara‘ pula ialah di mana-mana tempat  permukaan bumi, ini berdasarkan sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam yang berbunyi:

Maksudnya: “Dijadikan bagiku bumi ini sebagai masjid (tempat bersujud)” (Hadis riwayat Al-Bukhari)

Manakala dari sudut istilah atau ‘urf masjid itu ialah tempat yang disediakan bagi  mengerjakan sembahyang untuk selama-lamanya. (Mu‘jam Lughat Al-Fuqaha: 428 dan Ihkam As-Sajid: 26-27)

Apabila diperhatikan sejarah kewujudan dan kedudukan tanah persekitaran masjid pada masa dahulu berdasarkan definisi masjid dari sudut istilah, di antaranya ada masjid yang hanya berupa tanah lapang yang diberi tanda atau sempadan di sekelilingnya dengan mendirikan tiang-tiang yang dipacakkan tepat pada sempadan berkenaan.

Jika setakat yang ditanda sebagai sempadan itu hanyalah tiang saja yang dijadikan masjid atau disebut masjid oleh orang ramai, atau oleh pewakaf – jika ia masjid wakaf – maka yang berada di luar sempadannya tiada dikira masjid dan tidak berlaku padanya hukum-hakam masjid seperti iktikaf.

Sehubungan dengan ini, kalau ada orang yang berkata: “Aku jadikan tempat ini sebagai masjid”, maka jadilah tempat itu sebagai masjid, iaitu setakat mana luas atau besarnya tempat yang dimaksudkannya sebagai masjid itu, manakala kawasan yang di luarnya tidak turut menjadi masjid. Dalam hal ini Imam Az-Zarkasyi ada menyebutkan:

Ertinya: “Kalau seseorang berkata: “Aku jadikan sebidang tanah ini sebagai masjid, maka menurut kitab Al‑Wajîz jadilah ia masjid walaupun dia tidak menyebut lafaz wakaf.” (Ihkam As-Sajid: 396)

Sebagaimana yang disebutkan oleh Imam Az-Zarkasyi di atas, sekiranya keseluruhan tanah yang diperuntukkan itu telah diwartakan (digazetkan) atau diniatkan sebagai masjid, maka jadilah kesemua tanah yang diniatkan itu masjid, walaupun bangunan masjid belum didirikan.

Tetapi jika yang digazetkan sebagai masjid hanya setakat bangunannya sahaja, maka itulah sahaja yang dianggap sebagai masjid, manakala bakinya adalah sebagai harim masjid atau rizab masjid (tanah simpanan untuk masjid dan lain-lain keperluan masjid).

(Sumber: Jabatan Mufti Brunei – http://www.brunet.bn/gov/mufti/irsyad/pelita/2002/ic24_2002.htm)

12/12/2011 Posted by | Bicara Ulama, Informasi, Tazkirah | | Leave a comment

Dunia politik itu jelik dan keji (dari sudut pandangan orang awam).

Taktik politik kotor

Dari sudut pandangan orang awam saperti saya, saya melihat ramai dikalangan orang politik yang beragama Islam di seluruh dunia mengaku bahawa mereka memang terlibat dengan politik cara barat, iaitu politik taghut yang bertentangan dengan Islam.Mereka juga mengaku amalan politik yang sepatutnya yang di redhai Allah adalah politik yang di laksanakan atau di tathbiqkan atau di selaraskan mengikut kehendak Islam.Sudah sekian lama mereka melaungkan “Islam itu syumul” atau “Islam itu adalah cara hidup” atau “Islam is the way of Life”, tetapi nampaknya itu hanya bentuk kempen untuk meraih undi, slogan, propaganda dan dakyah semata mata.Namun selama ini “Politik Islam” nampaknya hanya indah di bibir bibir mulut atau retorik sahaja.Hakikatnya bukan politik Islam atau politik sebenar yang mereka bawa.Sebaliknya mereka memperjuangkan politik yang bercanggah dengan cara yang Islam mahu.

Sebab itu politik yang di amalkan oleh politikus Islam hari ini adalah politik yang menyakitkan hati banyak pihak, politik yang mencerminkan Islam itu kasar,ganas,dan suka bertelagah,politik yang menjauhkan manusia dari Islam. Mereka sering mengaku mereka menjalankan dakwah dalam berpolitik.Tetapi apa yang saya lihat mereka berdakwah kerana nak menegakkan fahaman dan politik berpuak puak mereka.Bererti berdakwah kerana politik bukan berpolitik kerana menegakkan dakwah Islamiah.

Kita juga melihat bagi politkus, matlamat mereka berjuang adalah atas dasar untuk mendapat kuasa.Walaupun ada di antara mereka mengaku perjuangan mereka nak mendaulahkan Islam, tetapi merebut kuasa adalah agenda nombor wahid.Menegakkan Islam adalah agenda nombor 2 setelah dapat kuasa.Maka sebab itu dalam berpolitik untuk merebut kuasa mereka tidak memperdulikan sempadan halal dan haram.Bahkan mereka sedia “menghalalkan cara” dan sanggup mengubah hukum mengikut selera politik mereka.Yang haram boleh jadi  halal dan yang halal boleh jadi haram.Perbuatan memfitnah, mengaibkan atau mencemarkan maruah lawan,mengata, memaki hamun dan macam macam lagi yang di larang dalam Islam mereka langgar ikut sesuka hati.Mereka “memperalatkan” hukum fiqh awlawiyat untuk mengeluarkan fatwa baru asalkan hukum yang baru yang di fatwakan boleh di selaraskan dengan perjalanan politik semasa mereka.Mereka menghalalkan tindakkan mereka kerana kata mereka ini lah “politik”.Contoh, dulu mereka kata haram memilih pemimpin dari kalangan orang kafir dengan berhujah menggunakan Surah Surah Al Quran, di antaranya Surah Al Maidah ayat 57 yang bermaksud :

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil jadi pemimpinmu, orang-orang yang membuat agamamu jadi buah ejekan dan permainan, (yaitu) di antara orang-orang yang telah diberi kitab sebelummu, dan orang-orang yang kafir (orang-orang musyrik). Dan bertakwalah kepada Allah jika kamu betul-betul orang-orang yang beriman.”

Kini mereka pula yang suruh umat Islam memilih pemimpin dari kalangan orang kafir.Bahkan berkempen bermati matian untuk pemimpin kafir ini.

Mereka seolah olah hilang akal atau gila untuk mendapat kuasa hingga menyebabkan mereka jadi keras kepala.Hingga tergamak dan sanggup memecahkan ukhwah atau persaudaraan sesama Islam.Betapa kejinya cara mereka ini berpolitik.Said Nursi seorang tokoh dari Turki pernah merintih di dalam doa nya  “Ya Allah lindunganlah aku dari syaitan dan POLITIK”.Itulah yang takuti oleh Said Nursi terhadap amalan politik yang tidak mengikut cara yang Islam mahu.

Samada mereka sedar atau tidak mereka sebenarnya memiliki perangai jahiliah dan hipokrit.Apabila berbalah mereka berlebih lebihan hinggakan hal peribadi rumahtangga, keluarga ,datuk nenek dan keturunan lawannya yang tak ada kena mengena pun di hina dan diaibkan sama.Langkah in mereka anggap perang habis habisan.Dalam Islam jika berperang sekali pun ada batasan nya saperti apa yang Allah firmankan yang bermaksud :

“Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) agama Allah akan orang yang memerangi kamu dan janganlah kamu melampaui batas (dengan memulakan peperangan) kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas”. (Surah Al Baqarah ayat 190)

Lebih dahsyat lagi ramai di dikalangan mereka, (termasuk penyokong2 mereka yang bertaklid buta dengan mereka) bertindak melampaui batas kerana tergamak melemparkan tuduhan tuduhan khawarij, Ahbash,munafiq, fasiq,penentang atau pengkhianat agama,murtad, bahkan mengkafirkan lawan politiknya semata mata kerana berbeza pendapat dengan fahaman kepartian mereka.Mereka sering mengenepikan hadis hadis sahih dan kadang kala sanggup mengadakan hadis hadis palsu semata mata kerana nak mempertahankan fahaman politik mereka.

Umat Islam patut sedar sendiri bahawa orang politik saperti yang saya sebutkan di atas adalah orang politik yang keji.Masyarakat Islam perlu diputar fikiran mereka semula (syncronise) untuk melihat kebenaran supaya mereka tidak selamanya ditipu oleh politikus jahat yang terpengaruh dengan agenda Barat dan Yahudi atas nama Islam.

Terpulang kepada pembaca budiman untuk menilai tulisan ini,di mana yang baik dijadikan teladan.Yang keji dijadikan sempadan.

Wallahu’alam.

12/12/2011 Posted by | Politik dan Dakwah | | 5 Comments

   

%d bloggers like this: