Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

SOAL JAWAB ISU CERAPAN HILAL


1. Apa nasihat ustaz kepada mereka yang seolah-olah mempertikai keputusan pihak berkuasa?

*JAWAPAN:* Jika ada golongan yang tidak berpuashati dgn kaedah penentuan hilal di negara kita maka mereka boleh merujuk isu berkenaan kepada mana2 Jabatan Mufti Negeri. Unit Falak Syarie, Jabatan Mufti akan memberi pencerahan kepada mereka tentang kaedah2 pencerapan hilal dan disiplin berkaitan. Ini kerana semua Jabatan Mufti Negeri menggunakan kaedah yang sama berkaitan penentuan hilal Ramadan, Syawal dan Zulkaedah dan lain-lain. 

Jika mereka masih tidak berpuashati maka mereka boleh memohon utk mengadakan perbincangan ilmiah dgn Jawatankuasa Teknikal Falak Kebangsaan yang dihostkan JAKIM dengan kerjasama beberapa agensi berkaitan. Insya Allah mereka pasti beroleh pencerahan mengenai isu ini.

2. Pada pandangan ustaz, mengapa golongan ini sukar untuk menerima kaedah penentuan yang sudah diamalkan sejak sekian lama?

*JAWAPAN:* Mereka sukar terima sebab mereka tidak menguasai ilmu falak syarie dengan cara yang betul. Mereka sepatutnya belajar secara berguru, kitab ke kitab, mengambil kursus falak syarie di mana-mana premis anjuran agensi agama atau mengikuti kursus asas-lanjutan anjuran IPT, merujuk Unit Falak, Jabatan Mufti Negeri, bertanyakan pakar falak syarie atau merujuk Bahagian Penyelidikan JAKIM dalam hal ni.

Selain itu, mereka perlu buang sikap prejudis yang ada di dasar hati mereka terhadap pihak autoriti agama. Bersangka baik lebih mengamankan hati dari mencetuskan fitnah. Leraikanlah sikap taksub kepada mana-mana guru yang berfikiran sempit supaya minda kita lebih terbuka dengan kaedah2 fiqh, ruangan falak syarie yang luas dan mampu memanfaatkan pengaplikasian teknologi kontemporari demi kebaikan umat sejagat.

3. Berdasarkan komen netizen, ada yang berpandangan, mereka ini perlu dididik agar tidak terus terpesong. Pandangan ustaz bagaimana?

*JAWAPAN:* Ya. Saya amat bersetuju. Mereka yang berfikiran jumud ini perlu disekolahkan supaya minda prejudis mereka terbuka, menghormati fatwa pemerintah dan tidak mencetuskan fitnah dalam urusan agama. Nabi SAW pernah bersabda bahawa fitnah itu sedang tidur dan jangan kamu sesekali membangkitkannya.

4. Apakah hukum mentaati sesuatu keputusan fatwa atau dasar yang telah ditetapkan oleh kerajaan dalam pengurusan hal ehwal Islam di Malaysia?

*JAWAPAN:*

*JAWAPAN:*

Umat Islam di Malaysia wajib mentaati sesuatu keputusan fatwa atau dasar yang telah ditetapkan Kerajaan bagi pengurusan hal ehwal di negara ini.

Ia sebagaimana yang diterangkan dalam ayat Al Quran:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنْكُمْ فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآَخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا [النساء/59]

59. Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.”

Imam Al Qurthubi menukil ucapan seorang ulama Tabi’in, Sahl bin abdullah At-Tasturi:

تفسير القرطبي – (ج 5 / ص 259)
قال سهل بن عبدالله التستري: أطيعوا السلطان في سبعة: ضرب الدراهم والدنانير، والمكاييل والأوزان، والأحكام والحج والجمعة والعيدين والجهاد.

“Taatilah Sultan (pemerintah) mengenai 7 perkara: Pencetakan wang-wang dirham dan dinar, permasalahan ukuran dan timbangan, hukum hakam, urusan haji,solat Jumaat, DUA HARI RAYA (Idul Fithri dan Idul Adha) serta JIHAD.”

Kesimpulannya, seorang Muslim yang baik ialah Muslim yang mengambil berat tentang kefahaman agamanya, menjaga amalan dan akhlaknya serta tidak melanggar keputusan pemerintah berkaitan kepentingan umat Islam setempat. Wallahualam.

Ustaz Dr Zamihan Al Ghari

14/04/2024 Posted by | Uncategorized | Leave a comment