Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Sekilas 50 – Manhaj Wahabi Yang Di Tentang (Siri 1)

Kala ini, perbincangan mengenai Wahabi begitu hebat, bermula dengan peyenarai hitam beberapa penceramah dari memasuki negeri Johor.

Saya pernah menulis bab ini pada tahun 2009,nampaknya isu ini akan sentiasa berulang. Mungkin saya kena terus menulis untuk tahun-tahun akan datang, sehinggalah untuk puluhan tahun akan datang, mungkin juga jika generasi saya sudah tiada, akan tetap ada orang baru menyambung menulis seperti ini.

Wahabi, golongan yang lantang membidaahkan orang lain, tetapi akan begitu lembut meraih simpati, apabila mereka mula ditentang, sedangkan kerja memperlekehkan orang lain bermula dengan golongan mereka.

Saya harap, tulisan ini dibaca hingga ke akhir..
1. Manhaj Wahabi adalah satu manhaj yang menggunakan al-Quran dan Hadis semata-mata.

2. Doktrin ini nampaknya bagus tetapi ia akan mengetepikan pandangan ulama-ulama muktabar. Sebab itu akhirnya, doktrin ini akan menolak mazhab.

3. Menolak mazhab bagi orang betul-betul berilmu, yang faham ayat hukum dan hadis hukum, tahu menggunakannya akan menyebabkan seseorang itu terselamat dari tafsiran yang salah.

4. Jika seseorang itu orang awam, yang baru berjinak-jinak dengan agama, akan mendedahkannya tersalah di dalam tafsiran sesuatu hukum. Kadang-kala, baca ayat hukum pun dari buku-buku terjemahan.

5. Jika dia menolak tafsiran hukum dari Imam-Imam besar seperti Imam al-Syafie, dandia pula berminat dengan tafsiran hukum ustaz barunya ini, akhirnya, dia tidak berminat dengan pandangan ulama muktabar, dan akan menggunakan pandangan ustaz itu sendiri.

6. Ia akan mewujudkan mazhab baru apabila, ustaz baru itu sebagai pegangan mazhabnya. Doktrin ini akan menolak tafsiran dari ulama muktabar dan akan memakai tafsiran sendiri atau tafsiran ustaz itu sendiri di dalam sesuatu hukum.

7. Biasanya, ustaz baru ini akan mula memperlekehkan ulama besar, untuk menaikkan dirinya sebagai orang yang hanya benar dirujuk.

8. Biasanya ustaz baru ini akan membid’ahkan tok-tok guru dan ulama lain dan menyatakan ia sahaja yang betul.

9. Peminat ustaz baru ini akan mula kurang akhlaknya dan belajar memperlekehkan ustaz-ustaz lain terutama ulama besar, sama sepertigurunya.

10. Apa bahayanya ? Jika kebetulan ustaz yang memperlekehkan ulama besar ini bagus, ia akan dapat membawa anak muridnya terus mengenal Allah

11. Tetapi, jika ustaz ini terus menerus mentafsir agama melalui kefahaman dia sendiri, berdalillkan ayat quran dan hadith melalui tafsirannya sendiri, mengetepikan tafsiran ulama besar, ia akan menjadikan anak muridnya berpegang pada tafsirannya sahaja dengan mengetepikan tafsiran ulama besar.

12. Kalau dia mentafsir sesuatu ayat quran itudengan tafsiran bahawa kita perlu bertindak tegas dan ganas, membawa dalil-dalil yang dia tafsir sendiri, sudah tentu nanti anak muridnya akan ingat bahawa itulah agama, itulah yang Allah kehendaki, itulah yang Nabi kehendaki, maka tafsiran itu diikuti, ia akan menjadikan anak murid itu bertindak ganas seperti yang ditafsirkan oleh guru ini.

13. Sebab itulah manhaj Wahabi ini bahaya, iamenjadikan seseorang cuba mentafsir sendiri agamanya, ataumengikut  ustaz yang mentafsir sendiri ayat-ayat itu. Ia sudah tidak memakai lagi pandangan ulama-ulama yang besar dan muktabar di dalam membahaskan sesuatu itu.Artikel saya akan datang akan saya kongsikan, bahaya dari sudut akidah pula dan kenapa tuan-tuan guru terdahulu menolak pandangan Wahabi .

Ustaz Muhamad bin Abdullah
Sek 26 Shah Alam
18 Febuari 2016 jam 11.45 pagi

Advertisements

22 February 2016 - Posted by | Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab)

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: