Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Harus Sedekah Pahala Kepada Si Mati

image

(Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan)

Tentu ada yang tertanya, persoalan ini sudah lama dibahas dan dibincangkan oleh para ulama. Justeru, kenapa perlu diungkit semula? Bukankah mereka yang berpuashati dengan dalil bolehnya tetap mengatakan harus, dan mereka yang berpuashati dengan dalil tidak bolehnya tetap mengatakan tidak harus?Memang benar, namun kita masih kekurangan dalam soal berlapang dada dan soal adab ikhtilaf.

Tulisan ini sebenarnya hanya bertujuan untuk menjawab persoalan sesetengah orang yang masih mempertikaikan dan tidak mahu menerima ikhtilaf ulama dalam masalah ini. Di samping untuk memberi pencerahan kepada sesetengah orang yang berasa samar dan keliru disebabkan momokan orang yang mempertikaikan itu.Apakah para ulama dan para ustaz yang mengamalkannya selama ini sebenarnya salah dan sesat?

Isu ini adalah salah satu isu paling utama dalam senarai sebuah fahaman kontemporari, selain soal ziarah, tawassul, tabarruk dan lain-lain yang berkaitan dengan alam barzakh. Ia merupakansalah satu masalah yang selalu ditimbulkan dan dibahaskan, sedangkan para ulama dahulu telah selesai lama membahaskannya.

Keputusannya, mereka yang tidak bersetuju dengan memberi sedekah pahala kepada si-mati tetap mengatakan tidak bersetuju dan mendakwa ia tidak dilakukan oleh Nabi SAW dan para salaf.

Sebaliknya, mereka yang berpendapat boleh memberi sedekah pahala kepada si-mati tetap mengatakannya boleh kerana ia masih di dalam ruang lingkup nas-nas dan dalil-dalil hukum syarak.

Khilaf Ulama Yang Muktabar Perlu diketahui, bahawa para ulama bersepakat yang pahala haji, sedekah, permohonan doa dan istighfar boleh sampai kepada si mati.Namun, mereka berselisih tentang pahala solat, puasa, bacaan al-Quran, zikir dan seumpamanya, adakah ia boleh disampaikan kepada si mati atau tidak?

– Pendapat yang mengatakan sampai pahala tersebut ialah daripada Imam Abu Hanifah, Imam Ahmad (menurut satu riwayat yang masyhur daripadanya), sebahagian ashab Imam Malik dan ramai ashab Imam al-Syafi‘i.- Manakala pendapat yang mengatakan tidak sampai pahalatersebut ialah daripada Imam Malik, Imam al-Syafi‘i (menurut satu riwayat yang masyhur daripadanya) dan Imam Ahmad (menurut riwayat lain daripadanya).Sebagaimana yang jelas tertera, masalah ini termasuk dalam perkara khilaf di kalangan ulama mujtahidin. Maka, tidak sewajarnya dalam perkara khilaf sebegini kita masih melontarkan tuduhan bidaah, jahil, sesat dan sebagainya kepada pihak yang tidak sependapat. Perkara tersebut sepatutnya tidak perlu berlaku kerana perselisihan yang muktabar seperti ini tidak termasuk dalam perkara mungkar yang wajib dicegah.Antara dalil-dalil yang mengharuskan Secara ringkas, hanya dicatatkan di sini sebahagian dalil-dalil pihak yang mengatakan boleh memberi sedekah pahala kepada si mati,kerana perbincangan lanjut mengenai dalil-dalil kedua-dua belah pihak secara panjang lebar boleh dirujuk kepada kitab-kitab yang telah membahaskannya secara terperinci.

1- Hadis:عن ابن عمر قال: سمعت النبي صلى اللّه عليه وسلم يقول: إذا مات أحدكم فلا تحبسوه وأسرعوا به إلى قبره وليُقرأ عند رأسه بفاتحة الكتاب وعند رجليه بخاتمة البقرة في قبره. (رواه الطبراني في المعجم الكبير والبيهقي فى شعب الإيمان والخلال في القراءة عند القبور، ولفظه: بفاتحة البقرة، قال الهيثمي: فيه يحيى بن عبد الله البابلتي، وهو ضعيف. وقال الحافظ ابن حجر في فتح الباري: أخرجه الطبراني بإسناد حسن. وله شاهد من حديث عبد الرحمن بن العلاء بن اللجلاج عن أبيه، قال الهيثمي: رجاله موثقون. فالحديث عندي حسن لغيره على الأقل)
Terjemahan: Dari Ibnu ‘Umar RA katanya: Aku dengar Nabi SAW bersabda: “Apabila mati salah seorang dari kamu, maka janganlah kamu menahannya dan segeralah membawanya ke kubur dan bacakanlah di sisi kepalanya Fatihah al-Kitab (dalam lafaz lain: pembukaan al-Baqarah) dan di sisi kedua kakinya penutup al-Baqarah di kuburnya”. (Hadis riwayat al-Tabarani, al-Baihaqi dan al-Khallal dengan sanad hasan li ghairih)

2- Hadis:روي عَنْ مَعْقِلِ بْنِ يَسَارٍ رضي الله عنه أَنَّ اَلنَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم قَالَ:اقْرَؤُوا عَلَى مَوْتَاكُمْ يس. (رَوَاهُ أَبُو دَاوُدَ وَالنَّسَائِيُّوابن ماجه وأحمد والحاكم وابْنُ حِبَّانَ وَصَحَّحَهُ، وأقره الحافظ ابن حجر في بلوغ المرام، وحسنه السيوطي، وضعفه آخرون لجهالة أبي عثمان وأبيه)
Terjemahan: Diriwayatkan dari Ma‘qil bin Yasar RA dari Nabi SAW bersabda: “Bacakanlah ke atas orang yang telah mati di kalangan kamu surah Yasin”. (Hadis riwayat Abu Dawud, an-Nasa’i, Ibn Majah, Ahmad, al-Hakim dan Ibnu Hibban dalam Sahihnya)

Terjemahan ini berdasarkan kepada zahir lafaz hadis bagi yang berpendapat boleh sedekah pahala kepada si-mati dan menghukumkan darjatnya hasan berdasarkan penilaian AbuDawud, al-Hakim, Ibn Hibban, Ibn Hajar dan al-Suyuti.

Manakala, sebahagian ulama lain mentafsirkannya, “…orang yang hendak mati di kalangan kamu” dan menghukumkan tarafnya daif.

3- Hadis:عَنْ جَابِرٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم: « مَنِ اسْتَطَاعَ مِنْكُمْ أَنْ يَنْفَعَ أَخَاهُ فَلْيَنْفَعْهُ ». (رواه مسلم وابن ماجه وأحمد)
Terjemahan: Dari Jabir RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang mampu dari kalangan kamu untuk memberi manfaat kepada saudaranya, maka berilah manfaat kepadanya”. (Hadis riwayat Muslim, Ibn Majah dan Ahmad)

Jika dalam hal urusan dunia kita digalakkan oleh syarak supaya saling bantu membantu antara satu sama lain, apatah lagi dalam hal urusan akhirat yang merupakan suatu kehidupan yang kekal abadi.

4. Hadis Nabi SAW meletakkan pelepah kurma di atas kubur. Dari Ibnu ‘Abbas, katanya: “Bahawa Nabi SAW pernahmelewati dua buah kubur, lalu baginda bersabda: “Kedua-dua mereka sedang diseksa, padahal mereka diseksa bukanlah kerana melakukan perkara besar. Adapun salah seorang daripada mereka, ia selalu tidak betul-betul bersuci (istibra’) dari kencingnya. Manakala yang seorang lagi pula suka mengadu domba.” Kemudian Nabi mengambil satu pelepah kurma hijau, lalu dibelahnya menjadi dua. Lantas, baginda menanamkan setiap satunya pada kedua-dua kubur tersebut. Para sahabat bertanya: “Ya Rasulullah, mengapa tuan berbuat demikian?” Jawab baginda: “Moga-moga kedua-dua mereka diberi keringanan selama pelepah ini belum kering” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Dalam kisah yang lain, menurut riwayat Muslim, Nabi SAW menyuruh Jabir RA mengambil dua pelepah kurma, lalu baginda meletakkan setiap satunya di atas dua buah kubur dan bersabda: “Aku telah melewati dua buah kubur yang kedua-dua penghuninya diazab, maka aku ingin supaya dengan syafaatku ia diangkat daripada mereka berdua selamamana kedua-dua pelepah ini masih basah”.

Dalam kisah yang lain lagi, menurut riwayat Ibn Hibban dalam Sahihnya, Nabi SAW melewati sebuah kubur, lalu baginda meminta dua pelepah kurma, maka salah satunya diletakkan di sebelah kepala mayat dan satu lagi diletakkan di sebelah kakinya.

Kata Imam al-Khattabi: “Padanya terdapat dalil istihbab (disukai) membaca al-Quran di atas kubur kerana jika dapat diharapkan terhadap si mati agar diringankan azab dengan sebab tasbih tumbuh-tumbuhan, maka bacaan al-Quran itu tentu lebih besar lagi harapan dan barakahnya”. (‘Umdah al-Qari)

5- Dalil kias dengan amalan haji, puasa, sedekah, doa dan istighfar yang jelas sahih nas-nasnya.http://sawanih.blogspot.com/2015/02/harus-sedekah-pahala-kepada-si-mati.html

Penulis Adalah Ustaz Dr. Khafidz Soroni
Pensyarah Di Akademi Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor & Co- Editor DI Institut Kajian Hadis Selangor (INHAD), KUIS

Advertisements

22 February 2016 - Posted by | Bicara Ulama, Ibadah, Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab)

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: