Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Abdullah Ibnu Abbas Menjawab Soalan Dari Raja Rom

Raja Rom – gambar hiasan (sumber ancienthistory.about.com)

Di riwayatkan bahawa Kaiser (Raja) Rom telah menulis surat kepada Mu’awiyah bin Abi Sufyan yang dibawa oleh seorang utusan.

Isi surat tersebut berbunyi saperti berikut:

Wahai Mu’awiyah bin Abi Sufyan, beritahu kepada ku tentang persoalan persoalan ini:-

  1.  Sesuatu yang tidak ada kiblatnya
  2. Orang yang tidak mempunyai bapa
  3. Orang yang tidak mempunyai ibu dan bapa
  4. Dan orang yang tidak mempunyai kubur
  5. Tiga makhluk yang tidak dicipta dalam rahim
  6. Sesuatu, setengahnya dan tidak terkiranya
  7. Kirimkepada dalam botol ini sumber dari segala sesuatu.
Mu’awiyah r.a. kemudian mengirim surat dan botol tersebut kepada Abdullah Ibnu Abbas r.a. pakar dan tokoh ulama fiqh untuk menjawab nya.
Abdullah Ibnu Abbas r.a pun menjawab saperti berikut:
  1. Yang tidak mempunyai kiblat adalah Kaabah
  2. Yang tidak mempunyai ayah adalah Nabi Isa a.s.
  3. Yang tidak mempunyai ibu dan ayah adalah Nabi Adam a.s.
  4. Yang tidak mempunyai kubur ialah Nabi Yunus a.s yang di telan ikan nun
  5. Adapun tiga makhluk yang tidak dicipta dalam rahim ialah domba Nabi Ibrahim a.s., unta betina Nabi Saleh a.s., dan ular Nabi Musa a.s.
  6. Adapun sumber dari segala sesuatu itu ialah orang yang berakal yang menggunakan akalnya.Adapun setengah dari segala sesuatu itu ialah orang yang tidak berakala tetapi mengikut pendapat orang orang yang berakal.Dan adapun yang tidak terkira itu ialah orang yang tidak berakal dan tidak mahu mengikut fikiran orang orang yang berakal.
  7. Kemudian beliau mengisi botol sehingga penuh dengan air dan berkata “Air adalah sumber segala sesuatu”.
Kaiser Rom tersangat kagum dengan jawapan Abdullah Ibnu Abbas r.a.



10/06/2011 - Posted by | Renungan & Teladan |

No comments yet.

Leave a comment