Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

>Sertailah demonstrasi jika……..

Dua perkara yang mesti diambil kira sebelum kita menyertai sebarang demonstrasi.

1) Apakah objektif diadakan demonstrasi?
2) Apakah demonstrasi mengandungi unsur haram?

Objektif Penganjuran Demonstrasi

Secara prinsipnya, terdapat kaedah yang masyhur iaitu “Wasilah mendapat hukum maqasid (objektif)”. Mana-mana perbuatan yang menjurus kepada suatu yang haram, maka ia menjadi haram, sekali pun perbuatan itu pada awalnya tidak haram.

Contohnya, membeli dan menjual parang tidak dilarang oleh Islam. Tetapi jika pembelian itu bermotifkan jenayah rompakan sebagai contoh, maka penjualan dan pembelian parang dalam kes ini adalah haram. Kerana wasilah mengambil hukum maqasid.

Begitulah demonstrasi. Jika motif demonstrasi adalah perkara maksiat maka turun padang berdemo pun satu maksiat. Contohnya, jika ada pihak menganjurkan demonstarsi mendesak supaya Kerajaan membenarkan orang Islam murtad, hukum menyertainya haram. Kerana objektif yang haram menatijahkan wasilah yang haram.

Jika objektif demonstrasi diharuskan syarak atau digalakkan syarak, contohnya berdemo membantah kumpulan yang menghina Islam, maka hukum berdemo dalam situasi ini perlu dilihat aspek kedua, iaitu:

Apakah Demonstrasi Mengandungi Unsur Haram?

Jika penganjuran demonstrasi disertai unsur-unsur maksiat, maka haram menyertainya. Ataupun, jika aktiviti demonstrasi pasti akan membuka ruang kepada berlaku maksiat, maka haram menyertai demonstrasi seperti ini.

Sebaliknya, jika demonstrasi dilakukan dengan menjaga tata-tertib syariat, dan menunaikan hak-hak yang ditetapkan Islam ketika berada di jalanan, maka hukumnya kembali kepada hukum asal wasilah iaitu harus.

Kesimpulan

Tidak salah menyertai demonstrasi, JIKA:

1) Objektif yang hendak dicapai melalui demonstrasi tidak bercanggah dengan syrariat.

2) Pengajur dan peserta demonstrasi dapat menjaga hak-hak jalanan yang digariskan dalam hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, iaitu:
– Tidak menimbulkan kesusahan kepada orang lain.
– Menjawab salam apabila disapa.
– Menyuruh kebaikan.
– Mencegah kemungkaran.

3) Tidak disertai dengan perbuatan maksiat lain, seperti:
– Percampuran bebas lelaki dan perempuan.
– Perempuan keluar dengan pakaian yang tidak syar’ie.
– Mengeluarkan perkataan atau memaparkan tulisan maki hamun dan mencarut.
– Menyerupai orang Musyrikin contohnya dari sudut pakaian.
– Merosakkan harta benda awam dan orang lain.

4) Demonstrasi tidak menyebabkan berlaku mudarat yang lebih besar. Kerana Islam menutup pintu-pintu kemudaratan.

(Sumber: Ustaz Abu Umair,Madinah Munawwarah)

.

18/06/2011 Posted by | Politik dan Dakwah | 2 Comments

>Mufti: Ramai mualaf yang pohon murtad

Mufti Selangor, Datuk Tamyes Abdul Wahid memberitahu, banyak permohonan untuk keluar Islam dibuat oleh golongan mualaf yang baru memeluk Islam.

NONE“Yang ramai itulah dia, (orang yang) bertukar kepada Islam,” katanya ketika ditanya sama ada majoriti yang memohon menukar agama terdiri daripada saudara baru.

Beliau bagaimanapun tidak mempunyai butiran terperinci berhubung pendedahannya itu.

Malaysiakini kelmarin melaporkan, permohonan untuk murtad adalah 686 manakala permohonan yang diluluskan oleh Mahkamah Syariah bagi seluruh negara adalah 135 orang antara tahun 2000 hingga 2010.

Laporan itu berdasarkan statistik yang diberikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom di Dewan Rakyat yang menyatakan permohonan menukar status agama oleh orang Islam adalah 863 kes dan sebanyak 168 diluluskan.

Bagaimanapun perangkaan yang dibekalkan itu tidak selaras dengan jumlah yang dikira.

Lebih memeningkan lagi, menteri berkenaan pada petang Rabu, dipetik Bernama sebagai menafikan jawapan yang diberikannya kepada Dewan Rakyat itu.

sitting in a mosqueBernama melaporkan Jamil Khir berkata sehingga kini belum ada satu pun kes murtad yang diluluskan oleh Mahkamah Syariah.

Ketika dihubungiMalaysiakini semalam, Tamyes turut melahirkan kebimbangannya berhubung peningkatan bilangan permohonan murtad yang ramai.

“Bukan saya seorang saja (bimbang), semua berasa bimbang. Saya harap golongan tertentu (yang ingin murtad) jelas matlamat (mereka) yang sebenar,” kata Tamyes.

Ramai yang dari Hindu

Sehubungan itu, beliau mencadangkan semua pihak, terutamanya penguatkuasa agama menggandakan usaha membenteras gejala itu dengan menggiatkan usaha dakwah.

“Semua pihak (berusaha) bukan hanya pihak penguatkuasa sahaja. Orang ramai termasuk ibu bapa dan masyarakat kena berusaha,” katanya.

NONEBeliau juga mengingatkan, seseorang yang ingin menganut agama Islam perlulah dengan kerelaan hati dan bukannya kerana paksaan bagi mengelakkan masalah pada kemudian hari.

“Kalau begitu, dia (saudara baru) akan komited (berpegang pada Islam),” katanya lagi.

Sementara itu, seorang pegawai penasihatan akidah di Jabatan Mufti Selangor, M Daruddin Taib @ Hassan memberitahu, di negeri itu, kebanyakan kes murtad melibatkan kaum India.

“Kita (jabatan mufti) menggunakan panel (yang dianggotai orang) Hindu yang masuk Islam (untuk kes sebegitu), saya tak boleh bertutur bahasa Tamil,” katanya.

Namun menurut beliau, terdapat juga kes lain yang melibatkan pelbagai latar belakang.

“Macam-macamla latar belakang. Ada yang lahir dan dibesarkan oleh keluarga yang bukan beragama Islam,” katanya.

Katanya lagi, ada yang memohon untuk bertukar kepada Islam kerana ingin berkahwin dengan orang Islam namun kegagalan perkahwinan mendorong mereka kembali ke agama asal.

(Sumber:Malaysia Kini 17hb Jun 2011)

18/06/2011 Posted by | Berita dan Isu Semasa | Leave a comment

   

%d bloggers like this: