Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

YAASIN MALAM JUMAAT ADA DALIL YANG KUAT

Imam al-Baihaqi dalam kitab asy-Syu’ab telah mentakhrijkan daripada Sayyidina Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, katanya : “Rasulullah shollallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

“Sesiapa yang membaca pada malam Jumaat ‘Ha Mim ad-Dukhan’ dan ‘Yasin’, jadilah dia pada pagi harinya dalam keadaan diampuni.”

Al-Ishbihani meriwayatkan dengan lafaz :

“Sesiapa yang membaca ‘Yasin’ pada malam Jumaat dia diberi keampunan.” – [Hadith ini disebutkan oleh Imam al-Munziri di dalam kitab al-Targhib dengan katanya; “Hadith ini diriwayatkan oleh al-Ishbihani.”

Inilah antara dalilnya bagi pengamalan bacaan surah Yasin pada malam Jumaat sebagaimana diamalkan sekian lama oleh umat Islam di Alam Melayu-Nusantara, walau pun terdapat hadith-hadith lain yang menyarankan pada malam Jumaat juga dianjurkan membaca surah ad-Dukhan, al-Baqarah, Ali-‘Imran, dan al-Kahfi dengan kelebihannya yang tersendiri.

Pemilihan surah Yasin yang dijadikan amalan membacanya secara beramai-ramai pada malam Jumaat adalah kerana surahnya tidak terlalu panjang dan bersesuaian pula dibacakan pada waktu ruang antara selesai solat Maghrib dan sebelum waktu solat Isya. Manakala, surah-surah lain itu pula boleh dibuat secara bersendiri mengikut kemampuan masing-masing.

Sementara itu, surah al-Kahfi pula boleh diamalkan pembacaannya secara beramai-ramai selepas selesai solat Subuh berjemaah, iaitu sejurus selepas berwirid dan berdoa, kerana ruang itu memadai bagi menghabiskan surah al-Kahfi sebelum menunaikan solat sunat Dhuha. Ia juga boleh dibaca sebelum sampai waktu solat Jumaat.

Pembacaan surah al-Kahfi pada siang hari Jumaat ini berdasarkan beberapa hadith, sebagaimana disarankan oleh Baginda Nabi shollallahu ‘alaihi wa sallam, antaranya :

Al-Hakim dan al-Baihaqi telah mentakhrijkan daripada Abu Sa’id al-Khudri radhiyallahu ‘anhu, daripada Nabi shollallahu ‘alaihi wa sallam, sabda Baginda :

“Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, dia akan mendapat cahaya di sepanjang masa di antara dua Jumaat.” – [Al-Hakim berkata : “Hadith ini sahih.” Ibnu Hajar berkata : “Hadith ini adalah hadith hasan dan ia hadith yang terkuat mengenai surah al-Kahfi.”

Sa’id bin Mansur telah mentakhrijkan hadith mauquf daripada Abu Sa’id al-Khudri dengan lafaz :

“Dia akan mendapat cahaya di antara tempatnya dengan Kaabah.”

Sa’id bin Mansur juga mentakhrijkan daripada Khalid bin Ma’dan katanya : “Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi sebelum munculnya imam [pada hari Jumaat], dia akan mendapat kaffarah dosanya di antaranya dengan Jumaat itu dan cahayanya sampai ke Kaabah.”

Ibnu Mardaweih telah mentakhrijkan daripada Ibnu Umar radhiyallahu ‘anhuma, katanya : “Rasulullah shollallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

“Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka terbitlah cahaya dari bawah kakinya mencecah sehingga ke langit tinggi meneranginya pada Hari Kiamat dan dia diberi keampunan [terhadap dosanya] di antara dua Jumaat.”

Berdasarkan pada huraian serba ringkas ini, diharapkan tidak akan ada lagi perbalahan antara sesama umat Islam mengenai isu ini sekali gus mempertikaikan pula pengamalan bacaan surah Yasin pada malam Jumaat sebagaimana dilakukan oleh sebahagian besar umat Islam di Alam Melayu-Nusantara ini secara istiqamah. Moga bermanfaat. Apa yang penting ialah kita teruskan beramal demi mencapai keredhaan Allah ‘Azza wa Jalla, kerana perbalahan dalam perkara yang kecil dan khilafiyah sifatnya ini tidak membawa sebarang manfaat, melainkan umat ini hanya tergelincir dalam perkara sia-sia. Wallahu a’lam.

Fastabiqul Khairat.

اللهم صل وسلم على البشير النذير السراج المنير سيدنا محمد حبيب رب العالمين

~  Hafiz Fandani/140414-998.

Advertisements

28 November 2014 - Posted by | Ibadah, Politik dan Dakwah, Q & A (Soal Jawab) |

1 Comment »

  1. assalamualaikum ya akhi

    sekadar perkongsian ilmu

    hadis pertama berkenaan yaasin ya memang ia ada dalil yang kuat kerana dalil itu adalah hadis nabi.

    tapi mengikut kaedah ulum hadis apakah semua dalil yang kuat itu sahih jelas rajih dari nabi saw?

    maka muncullah sekelian ulama hadis yang dibangkitkan oleh allah untuk buat kerja memurnikan hadis nabi saw sepanjang zaman.

    ya mungkin imam ishibani mengutip hadis tersebut dan meriwayatkan dalam kitabnya….tapi adalah kelemahan beliau (semoga allah merahmatinya) dalam meriwayatkan hadis tersebut tanpa memeriksa keabsahan sanad dan matan hadis sebelum di bukukan.

    maka dengan itu muncul juga ahli ahli dalam ulum.hadis sepanjang zaman yang akan mentahqiq dan mensyarahkan semual kitab2 karangan ulama terdahulu dengan usaha untuk memurnikan dan menjaga keautentikan hadis nabi saw. seperti ibnu hajar mensyarahkan kitab sahih bukhari, imam annanawi mensyarahkan sahih muslim, dan albani mentahqiq dan mensyarahkan semula kitab sunan demi menapis hadis hadis yang tidak absah dari nabi.

    hukum asal hadis menurut ilmu hadis adalah palsu sehingga sampai bukti hadis iti sahih hasan dsb.

    itu sedikit sebanyak berkenaan mukadimah ilmu hadis yang berlansung sehingga sekarang…

    untuk itu saya bawakan syarahan ulama dan takhrij mereka berdasarkan hadis yasin

    semoha bermanafaat

    Hadist 1

    Artinya: “Siapa yang membaca surat Yasin dalam suatu malam, maka ketika ia bangun pagi hari diampuni dosanya dan siapa yang membaca surat Ad-Dukhan pada malam Jum’at maka ketika ia bangun pagi hari diampuni dosanya.” (Ibnul Jauzi, Al-Maudhu’at, 1/247).

    Keterangan: Hadits ini Palsu.

    Ibnul Jauzi mengatakan, hadits ini dari semua jalannya adalah batil, tidak ada asalnya. Imam Daruquthni berkata: Muhammad bin Zakaria yang ada dalam sanad hadits ini adalah tukang memalsukan hadits. (Periksa: Al-Maudhu’at, Ibnul Jauzi, I/246-247, Mizanul I’tidal III/549, Lisanul Mizan V/168, Al-Fawaidul Majmua’ah hal. 268 No. 944).

    Hadits 2

    Artinya: “Siapa yang membaca surat Yasin pada malam hari karena mencari keridhaan Allah, niscaya Allah mengampuni dosanya.”

    Keterangan: Hadits ini Lemah.

    Diriwayatkan oleh Thabrani dalam kitabnya Mu’jamul Ausath dan As-Shaghir dari Abu Hurairah, tetapi dalam sanadnya ada rawi Aghlab bin Tamim. Kata Imam Bukhari, ia munkarul hadits. Kata Ibnu Ma’in, ia tidak ada apa-apanya (tidak kuat). (Periksa: Mizanul I’tidal I:273-274 dan Lisanul Mizan I : 464-465).

    Hadits 3

    Artinya: “Siapa yang terus menerus membaca surat Yasin pada setiap malam, kemudian ia mati maka ia mati syahid.”

    Keterangan: Hadits ini Palsu.

    Hadits ini diriwayatkan oleh Thabrani dalam Mu’jam Shaghir dari Anas, tetapi dalam sanadnya ada Sa’id bin Musa Al-Azdy, ia seorang pendusta dan dituduh oleh Ibnu Hibban sering memalsukan hadits. (Periksa: Tuhfatudz Dzakirin, hal. 340, Mizanul I’tidal II : 159-160, Lisanul Mizan III : 44-45).

    Dan Ibnu Qayyim Al-Jauziyah berkata: Semua hadits yang mengatakan, barangsiapa membaca surat ini akan diberikan ganjaran begini dan begitu SEMUA HADITS TENTANG ITU ADALAH PALSU. Sesungguhnya orang-orang yang memalsukan hadits-hadits itu telah mengakuinya sendiri. Mereka berkata, tujuan kami membuat hadits-hadits palsu adalah agar manusia sibuk dengan (membaca surat-surat tertentu dari Al-Qur’an) dan menjauhkan mereka dari isi Al-Qur’an yang lain, juga kitab-kitab selain Al-Qur’an. (Periksa: Al-Manarul Munffish Shahih Wadh-Dha’if, hal. 113-115).

    ini bukan pendapat saya. saya hanya menaqalakan kalam ulama tentang masalah ini. kalau kurang yakin bolehlah tuan buat silang rujukan pelbagai kitab. dan itulah lebih baik untuk mendapatkan kemanisan dalam mencari ilmu

    wallahuaklam

    terima kasih

    Comment by salatin | 7 June 2017 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: