Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Muslim, Mukmin, Ihsan dan Muhsin

Setiap yang beragama Islam adalah seorang MUSLIM.Manakala orang yang meyakini Allah dan Rasul Nya disebut MUKMIN.Seorang Muslim boleh datang ke masjid untuk solat berjemaah tetapi boleh juga mencuri selipar di masjid itu.Seorang Muslim boleh pakai serban jubah tetapi dia juga suka buat maksiat saperti mengumpat, menghina,memfitnah dan memaki hamun orang.

Berbeza dengan seorang Mukmin, kalbunya akan penuh dengan IMAN. Dia akan cuba sedaya upaya untuk beramal dan mengharap kepada Allah dalam segenap urusannya.Dalam sebuah hadis Qudsi, “Bumi dan langit tidak dapat memenuhi Ku tetapi kalbunya seorang Mukmin dapat memenuhi Ku”.

Seorang yang bersifat IHSAN pula digelar MUHSIN. Seorang Muhsin tidak cukup dengan menyempurnakan solat wajib tetapi mengerjakan solat sunat saperti tahajud dan sebagainya.Dia sesekali tidak akan melakukan kezaliman malahan akan menjadi sumber kebahagian dan pelita hidup orang yang mengenalinya.

Ihsan berasal daripada perkataan ‘hasana’ yang bererti kebaikan.Allah berfirman, maksudnya “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu berlaku adil dan ihsan‘”. (An Nahl 16:90)

(Di rujuk dari: Ustaz Syed Hassan Muhammad Al Attas di Majalah Q & A Isu ke-9)

16/10/2012 Posted by | Tazkirah | , , , , | 1 Comment

Islam, Kristian dan Yahudi adalah agama Allah

Kitab Suci Al Quran,Taurat, Zabur atau Injil

Bahawasanya Agama langit disebut dalam istilah Arabnya, al-adyan as-samawiyyah, yang bererti agama-agama langit.Agama langit yang kekal hingga hari ini ada 3.Ia itu Yahudi, Kristian dan Islam.

Ia adalah istilah keagamaan yang dirujukkan kepada Allah, yang diturunkan kepada manusia, berasaskan kepada wahyu yang sahih pada mulanya. Ia diturunkan kepada rasul-rasul yang dilantik Allah, untuk menerima dan menyampaikan wahyu tersebut kepada manusia tanpa ditokok dan ditambah.

Mengamal kitab-kitab Allah SWT memang ada perbezaan. Perbezaan dari segi istilah dan nama yang dimaksudkan kepada sesuatu kitab itu. Seperti Kitab Zabur, diturunkan kepada Nabi Allah Daud a.s. disebutkan Allah dalam Surah an-Nisa, ayat 163. Manakala Kitab Taurat diturunkan kepada Nabi Allah Musa a.s. dicatat dalam Surah al-Maaidah, ayat 44.
Kitab Injil yang diturunkan kepada Nabi Allah Isa a.s., dinyatakan dalam Surah al-Maaidah, ayat 46 dan al-Quranul Karim diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w., disebut dalam Surah al-An’am ayat 19.

Memang nama-nama kitab Allah tersebut berbeza, namun inti pati sebenar daripada kitab itu tidak berbeza. Kitab-kitab itu membawa mesej yang sama dan yang paling asas adalah semua kitab memperkenalkan Allah sebagai Tuhan Yang Sebenar, Yang Maha Esa, Maha Berkuasa, Maha Bijaksana yang menjadi pencipta alam ini.

Dia (Allah) sahaja yang wajib disembah. Allah yang sama tidak pernah berubah, maka kerana itu wahyu-Nya pada umumnya tidak berubah pada perkara-perkara pokok. Wajiblah manusia seluruhnya beriman dengan Allah dengan melaksanakan tuntutan yang wujud dalam kitab-kitab tersebut tanpa dirubah dan dipinda.

Seluruh Rasul-Rasul dari Adam a.s hingga kepada Muhammad s.a.w, mengajak manusia beriman kepada Allah Yang Esa, dengan mematuhi perintah-Nya serta menjauhi larangan-Nya.

Firman Allah (mafhumnya): “Rasul telah beriman kepada apa yang diturunkan (al-Quran) kepadanya, dari Allah, tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman, semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikat-Nya, dan kitab-kitab-Nya dan Rasul-Rasul-Nya. (Mereka berkata) “Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain dari Rasul-Rasul-Nya. Mereka berkata lagi, “Kami dengar dan kami taat. (Kami pohonkan) keampunan-Mu wahai Tuhan kami, dan kepada-Mu jualah tempat kembali.” (Surah al-Baqarah, ayat 285)

Semua Rasul disebut Rasulullah. Ertinya mereka semua adalah pesuruh Allah yang menerima wahyu dan menyamoaikan kepada manusia supaya sama-sama beriman kepada Allah.

Logiknya, jika semua Nabi dan Rasul dari Allah yang sama, bagaimana mungkin ajaran mereka beoleh berbeza khususnya pada perkara yang asas?

Sudah tentu, semuanya menyeru manusia beriman kepada Allah Yang Esa, percaya dengan kitab Allah yang diperturunkan melalui perantaraan malaikat, iaitu dari Allah mereka datang dan kepada-Nya mereka akan kembali.
Perbezaan yang ketara dan pertelingkahan antara satu sama lain, yang akhirnya nampak bertentangan antara agama lain, disebabkan, utamanya kerana Yahudi menyalahkan Nasrani, Nasrani menyalahkan Yahudi dan kedua-duanya pula menyalahkan Islam.

Islam pula menolak kefahaman yang dianuti oleh Yahudi dan Nasrani kerana tidak berpegang teguh dengan keaslian kitab-kitab Allah. Islam menolak kerana mereka mengubah ayat-ayat suci yang asal dalam kitab mereka.
Apabila agama Allah, khususnya wahyu Ilahi, diubah dan dipinda atau ditukar dan ditokok atas kehendak manusia, khususnya orang beragama di antara mereka, maka rosaklah agama Allah. Ia telah mewujudkan percanggahan antara satu sama lain.

Perihal berlakunya ubah pinda, tokok tambah terhadap agama yang dibawa oleh Rasul sebelum Nabi Muhammad s.a.w., dikhabarkan Allah dalam firmannya (mafhumnya): “Di antara orang-orang Yahudi ada yang mengubah Kalamullah (Kitab Taurat), dari tempat dan maksudnya yang sebenar, dan berkata kepada,”kami dengar”, (sedang mereka berkata dalam hati), “kami tidak akan menurut.” (Mereka berkata) “Tolonglah dengar, tuan tidak diperdengarkan sesuatu yang buruk, serta (mereka mengatakan) ‘raa’ina’; (Tujuan kata-kata mereka yang tersebut) hanya memutarbelitkan perkataan mereka dan mencela agama Islam. Dan kalaulah mereka berkata, “kami dengan dan kami taat, dan dengarlah serta berilah perhatian kepada kami”, tentulah yang demikian itu lebih baik bagi mereka dan lebih betul. Akan tetapi Allah melaknat mereka dengan sebab kekufuran mereka. Oleh itu mereka tidak beriman kecuali dengan iman yang amat tipis.” (Surah an-Nisa, ayat 46)

Perihal tokok tambah dan perubahan yang dilakukan dalam kitab-kitab (agama) terdahulu disebutkan Allah di dalam al-Quran antaranya Surah Maaidah (13 dan 41), al-Baqarah (75) dan banyak ayat-ayat lain.
Oleh kerana itu, maka agama-agama sebelum Muhammad dan kitab-kitab mereka dimansuhkan Allah semuanya dan digantikan dengan al-Quran.

Jika semua sudah kembali kepada al-Quran pastikan kesemuanya akan bersatu pada prinsip yang benar. Pertentangan yang berlaku antara sesama agama Allah, sebenarnya pertentangan bukan pada asas yang benar, tetapi kerana berlaku penyelewengan akibat tidak taat kepada perintah Allah.

Nabi Isa a.s. memberitahu kepada pengikutnya bahawa sebelum beliau, Allah telah menurunkan Taurah dan Zabur. Jika penganut agama samawi boleh menerima Taurat, Zabur dan Injil sebagai kitab Allah, mengapa mereka tidak boleh menerima al-Quran?

Begitu juga mengapa orang Yahudi percaya dan boleh menerima Ibrahim, Musa, Ayub, Ismail dan Yaakub sebagai Nabi, mengapa mereka tidak boleh percaya Isa sebagai Rasul? Begitu juga mereka harus menerima Muhammad sebagai Rasul yang diutuskan Allah.

Inilah pokok yang mustahak untuk kita fahami, bahawasanya perbezaan yang wujud adalah kerana sifat manusia yang mengingkari Allah. Moga moga penjelasan ini memberi kefahaman kepada kita bersama.Waalhua’lam.

(Di petik dari Syarah Prof Datuk Dr Haron Din)

30/11/2011 Posted by | Tazkirah | , , | 1 Comment

Mushaf Al-Quran Pertama di Dunia

Di sebuah sudut gelap di ibukota negara Uzbekistan, Tashkent, terdapat satu peninggalan paling bersejarah bagi umat Islam, iaitu Al-Quran tertua di dunia. Al-Quran ini berasal dari masa pemerintahan khalifah ketiga iaitu Othman Bin Affan.

Othman Bin Affan merupakan perintis yang membukukan Alquran, sebelum itu Al-Quran hanya dihafal atau ditulis di atas kulit kayu dan tulang unta. Pembukuan Al-Quran pertama ini dilakukan Othman Bin Affan ketika berada di Madinah. Pembukuan Al-Quran ini selesai pada tahun 651 atau 19 tahun setelah meninggalnya Rasulullah SAW.
Pembukuan ini dilakukan Othman untuk mencegah perselisihan dan perbezaan versi dari ayat Al-Quran, sehingga beliau memutuskan untuk membukukannya.

Di Tashkent, Al-Quran ini disimpan di sebuah kawasan yang dikenali dengan nama Hast-Imam sebuah lokasi yang jauh dari orang ramai.

Lokasi penyimpanan Al-Quran ini berdekatan dengan makam ilmuwan dari abad ke-10, Kaffel Sashi. Penyimpanan Alquran ini berada di kawasan bangunan yang menjadi pusat aktiviti Mufti Uzbekistan atau pimpinan agama tertinggi di negara ini.

Al-Quran tertulis pertama yang dibukukan ini sangatlah berharga, sebab itu ia disimpan dalam sebuah almari kaca yang dilekatkan di dinding. Sayangnya, kerana sudah berusia ratusan tahun, Al-Quran ini tidak utuh lagi.

Pada masa ini yang tinggal hanyalah sepertiganya saja atau sekitar 250 halaman lagi. Ayat-ayatnya ditulis dalam bahasa Hijaz dan ditulis di atas kulit rusa.

Dikatakan bahawa Khalifah Othman membuat lima salinan dari Al-Quran ini dan menyebarkannya ke berbagai wilayah Islam. Selain yang ada di Tashkent, salinan lainnya juga masih tersimpan di Topkapi Palace di Istanbul, Turki.

Tidak jauh dari lokasi penyimpanan Al-Quran tersebut, ada juga sebuah rumah yang menyimpan benda bersejarah lainnya, iaitu sehelai rambut Rasulullah SAW. Selain Al-Quran tertua, rambut baginda ini juga menjadi salah satu koleksi bersejarah yang dimiliki Asia Tengah dalam kaitan mereka dengan sejarah Islam.

Di lokasi yang sama juga terletak perpustakaan yang menyimpan kekayaan dengan koleksi bersejarahnya. ”Dikatakan di perpustakaan itu ada sekitar 20 ribu buku hingga tiga ribu naskah,”ujar Ikram Akhmedov, pembantu mufti.

Buku-buku itu rata-rata adalah buku tentang sejarah abad pertengahan, astronomi, dan kedoktoran. Namun ada juga Al-Quran dan buku-buku tentang ilmu hukum. ”Namun benda tertua di perpustakaan ini adalah Alquran yang berasal dari abad ketujuh atau dari masa pemerintahan khalifah Othman Bin Affan,”jelasnya.

Adanya Al-Quran tertua di dunia ini mengingatkan kita betapa kawasan Asia Tengah memberikan peranan sangat penting dalam sejarah perkembangan agama Islam. Ini juga merupakan fakta yang tidak boleh dinafikan, bahawa harta karun umat Islam berada di negara yang dulunya merupakan pecahan negara komunis terbesar di dunia, Soviet Union.

Sejarah tibanya Al-Quran dari dinasti pemerintahan Othman Bin Affan ke Tashkent ini sangatlah luar biasa. Setelah kematian Othman Bin Affan, sebahagian orang menyatakan bahawa Al-Quran ini dibawa oleh Ali bin Abi Talib ke Kuffah atau yang sekarang dikenal sebagai Irak.

Tujuh ratus tahun kemudian, ketika Tamerlane (penakluk kawasan Asia Tengah) datang ke daerah ini, ia menemui Al-Quran ini dan membawanya ke ibukotanya di Samarkand, Al-Quran ini berada di Samarkand lebih dari empat abad, hingga orang Rusia menakluk kota ini pada tahun 1868.

Pada masa itu, Gabenor Russia mengirimkan Alquran ini ke St Petersburg dimana Al-Quran ini kemudian disimpan di perpustakaan kerajaan. Namun setelah pecahnya revolusi Bolshevik, Lenin yang sangat bernafsu menguasai daerah umat Islam mengirimkan Al-Quran ini ke Ufa atau yang kemudian dikenal sebagai Bashkortostan.

Namun akhirnya, setelah berulang kali diminta oleh Muslim Tashkent, Al-Quran ini akhirnya kembali lagi ke Asia Tengah pada tahun 1924. Sejak saat itu, Al-Quran ini ditempatkan di Tashkent sehingga hari ini.

Sejak awal lagi, Al-Quran ini telah menarik banyak orang termasuk petinggi umat Islam untuk mengunjunginya. Sehingga terasa aneh kerana Alquran ini masih ditempatkan di lokasi tersebut.

Mufti yang juga menjaga serta menjaga ini mengatakan bahawa Al-Quran ini tidak dipertontonkan dan dijaga agar tidak terlalu menarik banyak perhatian. Ini dilakukan untuk menjaganya dari perkara-perkara negatif yang mungkin terjadi.

Posted @ www.isuhangat.net

01/05/2011 Posted by | Informasi | , | Leave a comment

Ideologi demokrasi bukan datang dari langit

Ideologi (atau fahaman) demokrasi ciptaan barat bukan datang dari langit.Maka dia bukan ajaran Islam.Ulama sepakat mengatakan apa jua ideologi atau fahaman bikinan manusia, termasuk sistem demokrasi  adalah terkeluar dari Islam.Ideologi, selain dari fahaman Islam, boleh menggugat akidah.Sesiapa yang lebih mempercayai ideologi, mengamal, dan membelakangkan “instruction manual” yang di turunkan dari langit – iaitu  wahyu Allah,Al Quran dan Hadis , maka dia terdedah kepada bahaya jatuh murtad.

 

Di antara ideologi (fahaman) ciptaan manusia selain dari ideologi demokrasi termasuk lah yang kita kenali yaitu komunisme, capitalisme, sosialisme, nasionalisme dan liberisme.Banyak lagi ideologi yang mungkin kita belum pernah dengar saperti darwinisme,artartukisme,maoisme,ghandhisme,saintisme dan macam macam lagi.


Ada pun kita lihat di zaman ini ada jemaah jemaah Islamiah yang terlibat dengan ideologi (fahaman) taghut ini.Samada terlibat dalam pengamalan politik atau pentdbiran atau kedua duanya.Ini bukan bererti ideologi ideologi tersebut sudah di halalkan.Ianya tetap haram Tetapi ulama ulama fiqh zaman ini terutama ulama yang terlibat dengan politik ideologi , telah mengharuskan nya melalui kaedah usul Fiqh.”Hukum harus” di putuskan atas dasar “dharurah”.


Kerana mereka berpendapat fahaman sistem demokrasi pilihanraya taghut sudah menguasai dunia hari ini dan melanda saperti tsunami yang tidak dapat di bendung.Kalau umat Islam tidak terlibat maka Islam akan hancur di telan tsunami.Bagi saya mereka buat keputusan ” if you cannot fight them, you join them” tetapi berpandukan fiqh al Aulawiyyat.


Ulama tauhid, ulama tasauf,ulama pondok di Malaysia dan ulama pesantren di Indonesia rata rata berpendapat umat Islam yang terlibat dalam apa jua ideologi (fahaman) bikinan manusia terdedah kepada bahaya akhirat.Mereka ibarat sedang bermain main di pinggir neraka.Terlalu bahaya.Silap sikit tentu akan jatuh dan terjerumus kedalam api neraka.Ini jelas terbukti apabila kita lihat ramai orang politik beragama Islam,bahkan ulama yang berpolitik sendiri terlibat dengan politik kotor saperti memfitnah, mengaibkan lawan,mengumpat, memaki hamun,konspirasi,memperalatkan agama dan politik menghalalkan cara dan macam macam lagi politik kotor .Ini semua akan menjerumus kepada pelakunya ke dalam apa neraka jahanam.


Kesimpulan nya  dalam bab ini anda bebas buat pilihan nak ikut yang mana satu,kerana terdapat perselisahan pendapat ulama.


 

10/04/2011 Posted by | Politik dan Dakwah | | Leave a comment