Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Dari wacana teori kebangkitan Islam di Malaysia – Sempena revolusi di Timur Tengah

Khamis lepas saya berkesempatan ke sebuah wacana di UIA PJ. Menariknya ia menampilkan empat gerakan Islam di Malaysia iaitu ABIM, IKRAM, PAS dan Hizbut Tahrir(HT).

Pembentang pertama, Saudara Julfithri, dari ABIM menekankan peranan NGO sebagai third force kepada check and balance antara kerajaan dan pembangkang. Beliau tidak melihat kebangkitan sebegitu akan berlaku di Malaysia memandangkan keadaan ekonomi Malaysia tidak seteruk negara-negara Arab tersebut.

Pembentang kedua, Prof Dr Sharifudin, dari HT menyatakan revolusi yang berlaku di Arab bukanlah perubahan sebenar yang kita mahukan kerana keputusannya dipengaruhi oleh Barat. Beliau menjelaskan perubahan yang sebenar apabila umat mampu membezakan antara Islam dengan bukan Islam.

Pembentang ketiga,Saudara Subki Yusof, dari PAS menegaskan bahawa PAS masih yakin dengan jalan demokrasi berbanding pendekatan revolusi memandangkan kesesuaian di Malaysia.

Pembentang keempat, Dr Hafidzi, dari IKRAM menganggap pendirian Ikhwanul Muslimin untuk tidak turut secara langsung tetapi memberi sokongan kepada calon lain menggambarkan kematangan politik. Ia selari dengan khutbah Dr Yusof Qaradhawy di Dataran Tahrir yang menyatakan memberikan kebebasan kepada rakyat adalah lebih utama dari penerapan hukum syara’.

Suasana menjadi hangat pada sesi soal jawab. Penanya pertama, mempersoalkan kenapa hanya PAS sahaja yang menonjol di Malaysia sedangkan 3 jamaah lain kurang dikenali terutama di luar banda. Selain ity, antara persoalan yang dibangkitkan adalah berkenaan bentuk perubahan dan demokrasi. Ada seorang anak muda yang bertanya bahawa dia kebingungan tentang hukum demokrasi. Saya agak terkejut, apabila seorang pakcik bangun dan mengkritik betapa sedihnya jika PAS dan IKRAM tidak dapat melihat tipudaya demokrasi. Dia adalah seorang yang mengajukan soalan bertalu-talu kepada saya berkenaan demokrasi semasa sebuah seminar di Shah Alam 2,3 bulan lepas. Hari ini persepsinya sama sekali berbeza.

Kemudian ada seorang yang bangun dan mengajukan kepada wakil PAS dan HT, apakah bentuk negara Islam yang akan dijalankan jika berkuasa penuh. Saya agak terkejut dengan soalan ini tetapi agak teruja untuk mendengar jawapan PAS sambil memandang riak wajah Sdr Subki. Beliau agak teragak-agak untuk menjawab soalan tersebut. Penanya dan beberapa audien mengulangi dan menjelaskan soalan berikut sehingga saya pun turut tolong menjelaskannya. Beliau tidak menjawab soalan itu, cuma katanya masih seperti sekarang ada PM dan TPM sehingga dapat kuasa penuh. Dr Sharifudin dari HT pula menjelaskan struktur kenegaraan yang akan diterapkan HT adalah khilafah sebagai yang dijelaskan oleh Dustur Muqaddimah dan Struktur Negara Islam yang dikeluarkan oleh HT.

Saya sendiri berkesempatan memberikan pandangan dan persoalan menyentuh isu di Tunisia, Algeria dan Mesir. Saya sorotkan kebangkitan seumpama ini telah berlaku sekian kali di negara-negara tersebut tetapi akhirnya keadaan yang serupa berlaku. Saya meminta dijelaskan apakah peranan yang sepatutnya dimainkan oleh gerakan Islam agar umat Islam tidak terus ditipu.

Saya dapati keterbukaan panelis dalam menangani wacana sebegini terutama soalan-soalan sensasi dari para audien adalah sangat penting. Segala perbezaan pandangan sewajarnya disalur dan dijawab secara ilmiah bagi mengelakkan suasana tegang. Tahniah kepada Syubban PUM dan Youth Centre for Political Education(YCPE) dan semua yang terlibat.


Penulis : WUZARA

21/05/2011 - Posted by | Berita dan Isu Semasa, Informasi, Renungan & Teladan

1 Comment »

  1. Kenapa agaknya wakil PAS teragak2 untuk menjawab apakah bentuk negara Islam yang akan dijalankan bila mereka berkuasa kelak? Adakah mereke sendiri tidak bersedia untuk mengambilalih pemerintahan negara? Adakah selama ini perjuangan yang laung2kan hanya sekadar retorik untuk memancing undi dan simpati, tapi pengisian ke arah perlaksanaan negara Islam mmg tak wujud langsung? Aku tak fikir matlamat mewujudkan negara Islam hanya nak melaksanakan hukum hudud semata2. Sepatutnya semua ahli Pas sudah clear model negara Islam mcm mana yg akan wujud jika mereka memerintah kelak. Aku percaya yg bertanyakan soalan itu ialah penyokong PAS jugak kerana dia mahukan penjelasan yg terang, kalau tak, takkan dia tanya. Ironinya, nama besar dalam PAS pun dikatakan teragak2 untuk menjawab….

    Like

    Comment by Mohd shahir | 21/05/2011 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: