Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Pemimpin yang sanggup jadi keldai musuh demi kepentingan politik dan kuasa

 

Ada pemimpin umat Islam sangat tidak peka kepada musuh Islam.Mereka tidak menganggap musuh itu musuh, bahkan sangat taat dengan musuhnya. Mereka leka atau tidak sedar bahawa mereka sedang menjadi ejen musuh untuk menghancurkan Islam. Ini lah realiti nya umat Islam zaman ini.


Mereka berkerja sama dengan musuh kononnya atas nama semangat kerjasama dan tolak ansur.Tetapi di antara Islam sesama Islam sentiasa bergaduh dan bercakaran.Sikap umat Islam yang sangat  berbaik hati dan sentiasa mahu menjaga hati musuh memberi ruang yang selesa bagi musuh untuk memperdayakkan umat Islam.Perangkap mereka sudah mengena.Bahkan perangkap mereka sudah penuh dengan orang orang Islam.Sehingga musuh musuh tidak perlu berkerja keras untuk mengalahkan umat Islam dalam bidang apa sekali pun.Terutama dalam bidang bidang penting saperti politik, ekonomi, pendidikkan, agama dan ketenteraan.

Dalam bidang politik contohnya umat Islam sanggup bekerja sama dengan kumpulan orang kafir yang terang terang menolak Islam.Dalam bidang pendidikkan umat Islam salin sistem barat (sistem kuffar).Dalam bidang Agama umat Islam belajar Islam dengan Profesor2 yang bukan Islam.Dalam bidang ketenteraan, contohnya, Arab Saudi yang mendakwa perlembagaannya berdasarkan Al Quran dan Sunnah, sangat menaruh kepercayaan kepada orang kafir Amerika ( musuh Islam).Satu ketika dulu baru sahaja di tegur oleh Saddam Hussein (Iraq), Arab Saudi sudah menjemput dengan hormatnya tentera tentera kafir dari Amerika menduduki buminya.Mereka tidak peduli lah lagi tentang perlembagaan Quran kerana sebenarnya memasukkan tentera orang kafir ke Negara Islam dengan sukarela adalah bid’ah besar.

Malangnya umat Islam rasa selesa dan selamat pula berada di dalam perangkap musuh.Bahkan berasa bangga dan bahagia pula menyertai pasukan musuh.Umat Islam lupa bahawa sikap orang kafir sentiasa berazam untuk menjahanamkan Islam.Yang sepatutnya tidak boleh di pandang ringan dan kecil.

Umat Islam leka atau lupa bahawa musuh Islam sentiasa mencari jalan dan berusaha menyususp masuk ke dalam JEMAAH ISLAM untuk menjahanamkan dari dalam.Mereka akan berpesta, bersorak, melompat, menari apabila melihat robohnya jemaah Islam.

Memang Islam tidak mengajar umat mencari musuh.Tetapi ALLAH melalui Quran dan Hadis sudah memberi amaran siapakah musuh umat Islam. Hakikat ini sedia termaktub dalam Al Quran saperti Firman Allah swt bermaksud:

” Sekali kali tidak akan redha orang Yahudi dan nasrani sehinggalah kamu mengikuti agama mereka”. (Al Baqarah 120)

Wallahu’alam.

10/12/2010 - Posted by | Politik dan Dakwah, Renungan & Teladan | ,

4 Comments »

  1. Apa kata ahli UMNO pakat ubah dasar dan perlembagaan parti kepada Islam, Aiquran dan Sunnah serta Negara Islam, pastu ahli PAS pakat bubar parti masuk UMNO. OK tak idea tu. UMNO kena mula melangkah terlebih dahulu.

    Like

    Comment by Gullat | 24/06/2011 | Reply

  2. BENAR. Keadaan serupa turut terdapat di Malaysia dimana PAS yang dabek sebagai PEJUANG ISLAM yang membela MUSLIM jadi KELDAI MUSUH MUSLIM iaitu DAP. MUSLIM skrg tidak berani tegas menyatakan mereka MUSLIM pada non-MUSLIM.

    Like

    Comment by hamden yahaya | 23/06/2011 | Reply

  3. Sokong la Islam yg benar…lihat pada personaliti individu & bukannya satu kapal. Ada gak yg pakai songkok tapi tentang hukum Islam (ada gak yg sokong!). Ada yg pakai kopiah & serban tapi bersahabat setia dgn syaitan kafirun, suruh mencarut, mengkafirkan saudara seagama, solat lain imam, pecah belahkan masyarakat, cerai isteri & keluarga sebab lain bendera…

    Kita semua manusia tidak maksum kecuali Rasul. Bila dia berkata betul, sokonglah dia, bila dia salah, tegurlah dia. Tapi jangan kamu melampaui batas…hingga berpecah belah. Bila berlaku keadaan terkeliru, rujuk Quran, Hadis & Ijmak. Jika masih terkeliru, solat istikharah, pilih keadaan yg memberi lebih manfaat. Kalau dah semuanya membawa keburukan tapi kena pilih juga, pilihlah yg membawa sikit keburukan berbanding yg bawa byk keburukan…

    Realiti dunia politik hari ini saya tengok, belah kiri pun sokong kafirun, belah kanan pun sama. Dulu kecil2 saya diasuh…”sesiapa yg memilih org kafir sebagai pemimpin…”, skg ni dah jadi terbalik lak…

    Like

    Comment by Saudaramu dalam Islam | 23/06/2011 | Reply

  4. >nak sokong sapa brader..umno ke pas atau keadilan nih..nko bagi alternatif skit…

    Like

    Comment by Sufi Master | 13/12/2010 | Reply


Leave a comment