Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Mesej buat pendokong UMNO dan PAS

Biasanya saya tak gemar menulis meyentuh mana-mana kaum atau puak. Kali ini saya tujukan kepada Zee Lipan (UMNO) dan pendokong PAS …..

Saya ini orang Cina , jadi apa sangat saya nak komen tentang orang Melayu dan Islam. Saya tidak tahu berapa umur Zee Lipan , semoga dia masih lagi muda dan semangat keMelayuannya berkobar-kobar. Saya kurang pasti apa nama Zee Lipan sebenarnya.

Saya sudah lebih 30 tahun mengaji menggunakan kitab-kitab Jawi dan Arab.Tok-tok guru saya adalah orang-orang Melayu. Mereka ada berbagai ragam dan watak ..ada yang lembut …ada yang garang …ada yang PAS …bahkan ada juga UMNO.

Semasa zaman British , di tanah Melayu yang ketika itu penduduk Melayu melebihi 90 peratus. Kemudian datang orang Cina dan India ..penduduk Melayu semakin kurang dari segi peratus. Apa yang menarik ialah sebelum tanah Melayu merdeka banyak terdapat pondok-pondok pengajian kitab di sana sini. Pihak British sebenarnya bukan bimbang terhadap orang-orang Melayu berpendidkan moden , tapi kepada tok-tok guru pondok kerana di situ ditanamkan semangat anti British.

British memang mahu melemahkan pegangan Islam orang-orang Melayu dan di pondok-pondok pengajian ialah benteng pertahanan akidah yang paling kukuh. Sekiranya British menyerang secara terang-terang pengajian pondok atau tok-tok guru , tentu sekali semua ummat Melayu akan bangkit menentang British
dengan seruan JIHAD.

Untuk melawan Islam , pihak British menjalankan perancangan yang sangat halus …kononnya mahu memberi pendidikan moden dan melihat orang Melayu lebih maju. Mereka membuat sekolah-sekolah , anak-anak Melayu digalakkan belajar di sekolah-sekolah tajaan British , dihantar ke England , kononnya untuk belajar
ilmu pentadbiran yang kata mereka orang-orang Melayu tidak diajar di sekolah-sekolah pondok.

Selepas kemerdekaan …kedua-kedua puak Melayu , UMNO dan PAS memainkan peranan secara lama kelamaan menjadikan pengajian pondok semakin berkurangan.

Cara UMNO ……
Mereka menjadi pemimpin-pemimpin berfahaman moden , maju dan sekular. Islam bagi mereka mestilah mengikut peredaran zaman. Pengajian ala pondok adalah cara lapuk yang hanya layak melahirkan pak-pak lebai dan tok-tok imam tukang baca doa selamat. Pondok-pondok adalah tempat budak-budak Melayu yang tidak dapat keputusan cemerlang dan budak-budak Melayu cermerlang dalam akademik patut
belajar jadi jurutera dan doktor untuk menyahut kemajuan moden. Maka UMNO pandang rengan terhadap perkembangan pondok-pondok pengajian Islam , belajar kitab-kitab Jawi dan Arab lama. Sebab itulah UMNO tidak peruntukan wang berjuta-juta ringgit memberi sokongan kepada pengajian pondok.

Cara PAS ….
Parti PAS pada permulaan ditubuhkan terdiri daripada ulama-ulama pondok dan juga kelulusan universiti-universiti Timur Tengah , terutama sekali Al-Azhar. Yang mendapat pendidikan universiti menjadi pemimpin PAS. Apa yang berlaku secara halus ialah terdapat dalam PAS sendiri gerakan meremehkan pengajian kitab-kitab tua/lama. Kononnya mereka cuba membersihkan fahaman orang Melayu daripada unsur-unsur bid’ah dan khurafat …perkara-perkara yang terdapat dalam kitab-kitab tua. Maka anak-anak Melayu dihantar ke sekolah-sekolah Arab yang belajar ilmu ugama secara terhad dan dipilih-pilih sahaja. Jadi …anak-anak Melayu yang berkelulusan sekolah Arab dan Timur Tengah kurang mahir dan tidak mampu membaca kitab-kitab arab dan jawi lama.

Sekarang sudah lebih 50 tahun tanah MELAYU merdeka ….apa yang Melayu dapat dan apa pula yang Melayu kehilangan ? Satu segi ….British telah berjaya memporak-perandakan Islam dan orang Melayu. Mereka telah berjaya menjadikan pemikiran orang-orang Melayu menjadi kusut. Cara UMNO ialah kesinambungan British yang anti-Islam. Cara PAS pula ….kesinambungan Barat yang berjaya menghapuskan
pengaruh Khilafah Uthmaniah. Orang-orang PAS masa dulu tidak sedar bahawa mereka ada lah alat British , kononnya mereka berjuang untuk menegakkan Islam yang tulin dengan cobaan mereka mematikan pengajian kitab-kitab lama , digantikan dengan fahaman tajdid atau pembaharuan.

Hasilnya …..pondok-pondok di Tanah Melayu semakin hilang satu demi satu. Nik Aziz yang menyedari kesilapan ini sekarang berusaha memajukan semula pondok-pondok di negeri Kelantan.

Saya adalah seorang berpendidikan Inggeris. Saya belajar dengan tok-tok guru secara mengambil berkat cara belajar …iaitu belajar cara menadah kitab. Minat saya ialah sastera Inggeris dan Metamatik. Saya belajar bahasa Arab kerana mahu memahami tafsir-tafsir al-Qur’an yang ditulis oleh ulama silam seperti ar-Razi , al-Qurtubi , al-Alusi dsbnya.

Saya juga sangat taksub terhadap bahasa dan nahu Arab. Kebolehan saya selepas 30 tahun belajar ialah mengajar lughah , nahu dan sastera Arab. Saya memuja bahasa Arab sebab ia adalah bahasa al-Qur’an.

Jika Zee Lipan (UMNO) dan orang PAS kurang faham apa yang saya tulis ini , sila pergi ke kedai kitab dan beli kitab tafsir yang bernama “Hasyiah as-Sowi”. Sila lihat satu mukasurat kitab itu adakah dia boleh faham? Kalau boleh …alhamduliLLAH. Kalau tidak boleh dia kena belajar bahasa dan nahu Arab. Tungguhlah 10 tahun ..jika dia boleh faham …jika tidak boleh , tunggulah 20 tahun lagi ..jika TIDAK BOLEH …jangan cuba tafsirkan al-Qur’an sendiri.

Jika orang tidak juga faham apa yang saya tulis ….silalah datang ke Kelantan dan carilah orang yang bernama Abu Hasan Chan atau tempat mana dia mengajar kitab tafsir “at-Tafsir al-Munir” oleh Dr Wahbah az-Zuhaili. Saya mengajar dalam bahasa Arab , kemudian saya terjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Kemungkinan besar tuan-tuan akan bertemu saya di Masjid Cina , Rantau Panjang , Kelantan…insyaALLAH. Berilah salam kepada saya dan saya akan melayani semua orang dengan baik ,,,tak kira Zee Lipan , UMNO atau orang PAS.

You are all welcomed !!!! Ahlan wa sahlan bi_kum wa tamatta’uu bi uluumiddeen

( Kiriman: Den Felix astahi04@yahoo.com)

11/12/2010 Posted by | Politik dan Dakwah | Leave a comment

>Sudah di pilih jadi pemimpin jadi perompak pula

>Mana mana pemimpin yang menjadi kaya raya setelah di pilih untuk memerintah negara adalah pengkhianat kepada rakyat dan di kira penzalim.Pandangan saya ini berdasarkan apa yang di praktikkan oleh Rasulullah, Khulafar Rasyidin dan Khalifah Umar Abdul Aziz.Mereka lebih zuhud dan miskin sewaktu memerintah.Bahkan mereka mati tanpa meninggalkan apa apa harta pusaka.

Jadi hari ini kalau ada pemimpin yang jadi kaya raya kerana tugas menjadi pemimpin ertinya dia sudah melakukan satu kesilapan yang besar di sisi Islam.Mereka ini boleh di katakan merompak harta rakyat.

Bukan bererti khazanah kekayaan negara apabila di serahkan kepada mereka waktu mereka memerintah maka mereka bebas untuk menggunakan nya, lalu mereka ambil untuk kepentingan peribadi, keluarga dan kroni kroni.

Mereka menipu rakyat dan memutar belitkan lidah memperkatakan kebaikan tetapi sebenarnya sikap mereka di belakang rakyat jahat sekali.

Mereka sesama mereka sendiri saling rebut merebut harta rakyat lalu mereka berpecah belah, jatuh menjatuhkan dan mengampu menjilat untuk mendapatkan nya.Kebaikan kecil yang mereka buat dibesar besarkan kepada rakyat dengan melindung rompakkan rompakkan besar yang mereka lakukan.Kononnya mereka bantu rakyat dengan memberi sebiji rumah dan Rm 600 sebulan.Manakala mereka sendiri mengambil berpuluh puluh ribu sebulan wang di peruntukkan untuk rakyat.

Kalau begitu tidak hairan lah rakyat di mana mana hari ini sudah hilang sabar lalu bersikap menentang pemerintah.

Rakyat sudah peka dan cerdik dan tidak boleh di tipu lagi.Mereka mengharapkan keadilan dan mahukan kepimipinan yang benar benar adil lagi bersih.

Dan hal ini hanya dapat di buat oleh pemimpin yang boleh mengikut cara pemerintah Islam tulen.

Hanya pemimpin yang bertaqwa yang takut kepada Allah sahaja yang boleh melaksanakannya.

Wallahu’alam.

11/12/2010 Posted by | Politik dan Dakwah | 8 Comments

   

%d bloggers like this: