Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

>Gejala orang Kafir guna ayat Al Quran untuk tujuan Politik

>Tentang orang kafir mempergunakan ayat ayat Al Quran di atas pentas politik sudah jadi satu gejala di masa kini.Mereka guna Al Quran untuk tujuan mempertahankan fahaman politik mereka dan juga untuk meraih simpati dan pengikut.Adalah satu pembohongan jika mereka kata mereka membaca dan menterjemah kerana berdakwah .Dan yang amat di kesalkan perbuatan orang kafir ini di perakui pula oleh sesetengah orang politik yang beragama Islam.

Tentu pelik dan ajaib adanya orang kafir yang belum dapat petunjuk dari Allah, ilmu tentang Islam pun tak ada, menterjemah atau mentafsir ayat ayat Al Quran lalu boleh beri petunjuk atau berdakwah kepada orang Islam? Sedang kan bagi orang Islam sendiri kalau nak berdakwah wajib ada ilmu dan sekurang kurang nya bergelar Imam,Ustaz atau Ustazah.

Isi Al Quran ada hidayah, taufiq dan Rahmat Allah untuk seluruh mansuia dan Jin.Maka kita mesti memperakui bahawa, orang kafir tidak boleh di larang bahkan berhak untuk membaca Al Quran.Hanya yang di larang apabila sesiapa, tidak kira orang kafir atau orang Islam sendiri mengguna Al Quran untuk tujuan kepenting kepentingan keduniaan tertentu saperti peribadi,politik, dan komersial.Di larang memutar belitkan ayat Al Quran saperti menterjemah atau mentafsirkan mengikut selera fikiran dan hawa nafsu demi umtuk mencapai maksud dan tujuan politik dan komersial saperti yang saya sebut tadi.

Ada kaedah tertentu yang mesti di ikuti dan di patuhi bagi sesiapa yang mahu menterjemah atau mentafsir Al Quran.Ilmu islam ini unik kerana dia ada ROH. Hanya Ulama dalam bidang ini sahaja yang layak berbuat demikian.Orang Islam yang awam tidak boleh sembarangan menterjemahan atau mentafsir apatah lagi Ah Chong, atau Muthusamy tentu lagi tidak di boleh.

Wallahu’alam.

04/12/2010 Posted by | Politik dan Dakwah | 13 Comments

   

%d bloggers like this: