Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

>Sistem pilihanraya ideologi manusia yang tidak sempurna.

>Saya ingin ajak pembaca yang mempunyai minda yang terbuka untuk merenungkan tentang perkara yang hendak saya bentangkan di sini.

Persoalan – Benarkah melalui sistem pilihanraya berdemokrasi, pemimpin yang menang adalah pilihan majoriti rakyat kepada nya? Bila di amati kita dapati perkara ini tidak berlaku.

Mari kita buat sedikit kira kira.. Katakan ada 4 orang calon bertanding di satu kawasan yang pengundinya berjumlah 20 ribu orang.
Katakan keputusannya adalah saperti berikut: Calon Adapat 7000 undi,  B dapat 6500 undi dan C dapat 6500 undi.

Di katakan A menang dengan majoriti kerana berolih 7000 undi berbanding B & C .Jadi mana yang di katakan A menang majoriti .Dia hanya mendapat 7000 undi sedangkan majoriti pengundi berjumlah  13 ribu dari 20 ribu orang menentang dan menolak dia dengan memilih calon B & C? Secara demokrasi di manakah dikatakan dia menang atas sokongan majoriti.Sedang penentangnya lebih ramai dari penyokongnya.

Maka bayangkan di mana mana negara dalam dunia yang mengamalkan sistem pilihanraya saperti ini, parti yang menang dan menjadi pemerintah sebenarnya  mempunyai penyokong yang sedikit dan penentang yang ramai.(berdasarkan formula yang saya utarakan di atas)

Ini lah di antara sebabnya suasana politik di negara negara yang mengamalkan sistem pilihanraya tidak pernah stabil, huru hara dan boleh tumbang dengan mudah kerana pada hakikatnya masing masing parti, baik parti pemerintah atau pembankang tidak mempunyai penyokong majoriti saperti yang di gambarkan dalam sistem pilihanraya ini.

Hampir seluruh negara dalam dunia termasuk negara negara Islam mendokong sistem ini.Tidak adakah sistem lain yang lebih adil yang boleh di ketengahkan?

Wallahu’alam.

10/12/2010 - Posted by | Politik dan Dakwah

12 Comments »

  1. >Kena buat pilihan raya ke dua.Dua calon yang teratas bertanding semula.Kali ni kita lihat adakah baki penyokong calonyang kalah menyokong calon mana

    Like

    Comment by Mohd Radzaif Yahya | 16/12/2010 | Reply

  2. >bukan salah sistem demokrasi, yang salah orang Islam itu sendiri. agak mustahil untuk kita bersatu di bawah parti yang sama tapi amat mudah sekiranya kita bersatu di bawah akidah yang sama. pelik dengan ahli politik Islam yang terlalu sibuk mengejar kuasa dan sanggup pula bekerjasama dengan bukan Islam tapi mengabaikan pula silaturrahim sesama Islam. seandainya kita semua umat Islam di Malaysia bersatu di bawah akidah yang sama, sudah tentu amat mudah kita membentuk negara Islam yang unggul. ingatlah, orang kafir takkan pernah meredhai agama kita. apa yang Yusuf al-Qardhawi gariskan, MP Islam hendaklah majoriti berbanding MP non-muslims. adalah tidak mustahil seandainya kita semua berpecah belah sebegini dan MP non-muslims menjadi majoriti seandainya mereka menang besar berasaskan parti campuran. fikirlah apa yang akan terjadi pada umat Islam & agama Islam seandainya ini berlaku…

    Like

    Comment by Zahariyana | 16/12/2010 | Reply

  3. >sedikit fakta tentang keharu-biruan sistem demokrasi nihpru 1969. Kerusi : bn 55% bangkang 45% – Undi : bn 48% bangkang 52%pru 2008. Kerusi : bn 60% bangkang 40% – Undi : bn 51% bangkang 49%demikianlah adenyer

    Like

    Comment by izana hani | 14/12/2010 | Reply

  4. >ko buatlah sendiri system ko yang adil tu

    Like

    Comment by Roshanizam Abu Samah | 14/12/2010 | Reply

  5. >sistem pengiraan manusia pon bole tersilap hehe

    Like

    Comment by Walnut | 14/12/2010 | Reply

  6. >Hanya sistem Islam sahaja yang bertahan..kembalikan pemerintaha Khalifah Isalam di negara ini..

    Like

    Comment by Wak Sab | 13/12/2010 | Reply

  7. >1. Sebab itulah acapkali ditegaskan bahawa setiap satu undi adalah berharga.2. Ianya berkaitan dengan MAJORITI. It's just too bad that pengundi2 yang memilih C dan B tidak mendapat kemenangan melalui calom nereka, they just didn't belong to the majority (7000 voters).3. Nak adil? Adakan pengundian one-to-one di antara C dan B, dan siapa yang menang bertanding one-to-one dengan A. So we'll end up having elections after elections – how interesting!4. Sebab tu sebaik2nya ada DUA contestant sahaja, juga mematuhi hukum alam yang Bi-polar (berbanding2), sebab kejadian manusia memanglah lemah dan terhad keupayaannya. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile

    Like

    Comment by Anonymous | 12/12/2010 | Reply

  8. >Ada anehnya sistem mengundi sekarang. Seorang mufti negeri dapat satu undi, mujtahid punyai satu undi. Mat rempit pun ada kelayakkan satu undi. Orang tua yang sudah sampai umur pikun pun ada hak satu undi.———-sejarah dalam kenangan:Nabi saw tidak menamakan pengganti kepimpinan umat.Abu Bakar dipilih oleh orang ramai.Abu Bakar sendiri memilih Umar sebagai pengganti.Umar pula tidak memilih sesiapa, membiarkan sahabat yang enam memilih penggantinya. Orang ramai pula menerima sahaja siapa yang dipilih oleh mereka yang enam itu.

    Like

    Comment by Mokhtar Shaharudin | 12/12/2010 | Reply

  9. >dah agak dah…………beb, sebenarnya desfinasi demokrasi x sama setiap negara, tafsiran berbeza, olahan ke matlamat amat subjektif mengikut keperluan negara tersebut. check balik… buat cadangan setelah komen dilontarkan…tq

    Like

    Comment by Zulhaidan Ismail | 12/12/2010 | Reply

  10. >adoi… pasal ramai sgt munafik la kat mesia ni yang menyebabkan org islam melayu semakin berpecah….

    Like

    Comment by Drac King | 12/12/2010 | Reply

  11. >Buktikan PRU 13 nanti…UBAH SEKARANG, UBAH LALU..

    Like

    Comment by dsg hamdan | 12/12/2010 | Reply

  12. >hmm…btol jugak..itu sbb krjn skrg yg menang tak boleh medabik dada konon mandapat sokongan 'majority' rakyat…ramai lagi yg tak suke.

    Like

    Comment by Anonymous | 12/12/2010 | Reply


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: