Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

>Kekuatan Roh bakal menumpaskan Rejim Zionis

>
Masjid Al Aqsa


Hati hati yang berkubah kuning bukan Masjid Al Aqsa

Walau berbilllion penduduk dunia memprotes dan tunjuk perasaan menentang Israel, apakah akan ada perubahan besar? Umat Islam tidak mampu. Hanya peribadi yang dijanjikan Tuhan sahaja mampu memusnahkan mereka. Teringat kata-kata Sheikh Hisham Kabbani – Imam Mahdi akan menawan Masjidil Aqsa hanya dengan takbir. Ingat ! Kekuatan roh yang dibelakangnya adalah Allah sahaja yang mampu memenangkan Islam.

—————————————————————————————————————————

Yahudi sedang melepaskan sebesar-besar geram yang terpendam danterbuku. Mereka tahu masa kemusnahan bangsa mereka sudah terlalu dekat.Agenda mereka untuk menghancurkan kebangkitan Islam yang bakal naik di Timur semuanya gagal. Sebagaimana kaum Yahudi pernah berkali-kali membuat cubaan membunuh Rasulullah SAW, kahin-kahin ( ahli sihir) mereka kali ini juga sudah menggunakan segala teknologi ilmu hitam yang tercanggih untuk menghancurkan peribadi yang dijanjikan itu, namun tiada siapa yang dapat mengalahkan kekuatan roh manusia yang dibelakangnya adalah Penguasa Alam ini yang Maha Pelindung, Maha Pencatur.

Lihat Bila kebenaran diangkat, yang batil pasti sirna

Bila kita melihat sejarah, seelok sahaja Nabi Ibrahim pulang kepada kaumnya setelah keluar dari api yang membakarnya selama 40 hari, maka berlakulah satu kemenangan yang sangat besar dan amat agung. Satu kemenangan yang tidak terduga oleh semua pihak, maka walaupun Nabi
Ibrahim tidak menjadi ketua negara Turki semasa itu, mukabumi di mana Nabi Ibrahim berada pada waktu itu, sebenarnya telah menjadi setenang-tenang negara dengan suasana yang sangat aman , selamat dan menjadi suburlah negara itu.

Bilamana Allah melakukan keajaiban, iaitu satu mukjizat yang paling besar di mana api tidak membakar Nabi Ibrahim, dan Nabi Ibrahim telah terselamat, inilah titik bermulanya pakej kepada pemerintahan Roh itu, suatu titik tolak kepada seribu-satu keajaiban lainnya. Mukabumi diperintah di bawah kekuasaan kerajaan langit — bumi seolah-olah boleh dikecilkan, bumi boleh juga diluaskan mengikut keperluan denganmenggunakan teknik teknologi roh itu. Hal ini akan menjadi satu budaya, di mana sebelumnya jika disukat dengan akal suatu yang mustahil.

Begitu juga seelok Nabi Musa dapat naik daripada Laut Merah itu dan
Firaun didapati telah mati di dalamnya, maka telah terjadi satu
perubahan, walau Nabi Musa tidak memerintah Mesir, jadilah negara Mesir
itu setenang-tenang negara, sebab karomah paling besar, mukjizat paling
besar yang Allah kurniakan kepada orang-orangNya ialah ketenangan. Jadi
tenanglah negara itu. Amanlah, selamatlah semuanya dan suburlah. Orang
tidak lagi akan merungut tentang makanan dan minuman. Itulah keredhaan
Tuhan kepada negara tersebut.

Tuhan akan mengulangkan sejarah bilamana dunia sudah terlalu zalim dikerjakan oleh para manusia, maka Tuhanlah yang akan mengambil alih. Ini adalah satu kenyataan sejarah dan kemuncaknya adalah saat apabila yang membawa kebenaran dinaikkan manakala yang membawa kezaliman dijatuhkan.

Kasih sayang yang bertunjangkan cinta kepada Tuhan dan iman yang waja sahaja yang akan menenangkan kesemuanya dan menundukkan semuanya.

Pernah seorang pejuang agama di negara kita yang telah datang membawa satu misi
perjuangan Islam yang amat asing, dipanggil mengadap oleh pemimpin
tertinggi negara kita

“Apa kerja kamu ini? Di dalam negara aku, kamu nampaknya sibuk ke hulu, ke hilir, cakap apa ini? Kamu telah membuat perpecahan kepada bangsa kita nampaknya” soal Datuk Seri itu.

Jawab pejuang ini “Saya rasa masyarakat kita, orang Melayu kita ni, kena ditanamkan iman, sebab dengan taqwa dan kekuatan roh sahajalah bangsa kita akan kuat”.

Datuk Seri menjawab “Alah, iman, iman, taqwa, taqwa, habis nak makan apa kalau tak ada duit? Bangsa kita mundur sebab tiada duit, sebab ekonomi lemah, bukan sebab tiada iman”

Jawab pejuang “Saya lihat di Brunei, di negeri-negeri teluk, Saudi Arabia, mereka semua kaya, mereka jadi ceti dunia tetapi bangsa mereka tidak kuat juga”.

Datuk Seri menjawab ” Oh!, pandai kamu menjawab ya?”

Jawab pejuang : “Ok, Datuk Seri cuba cara ekonomi, saya cuba cara iman dan taqwa, saya hendak mengajak bangsa kita mencintai Allah, nanti mereka akan menjadi tonggak kekuatan tersembunyi untuk bangsa ini dan Allah akan memberi duit kepada mereka, kita tengok siapa yang betul nanti.

Oleh sebab pengaruh pejuang ini semakin berkembang dan meluas di dalam mahupun di peringkat antarabangsa, maka seperti mana Israel tidak dapat mengawal perasaannya dan gelojoh menghancurkan Palestine, perjuangan pejuang Islam ini turut sama dihancurkan pihak penguasa dengan begitu semberono, gelojoh, kejam dan meluas, atas sebab takutkan pengaruh sosialnya yang semakin merebak ke seluruh lapisan masyarakat.

Rindu kepada Allah yang ghaib dan rindu kepada RasulNya di alam barzakh sana, maka itulah punca kenapa Islam itu dapat dibangunkan. Orang-orang akal, orang yang beragama tetapi kering rohnya, tiada rasa-rasa rindu dan cinta ini, tidak mungkin akan melahirkan
kebangkitan Islam. Jadi kita tidak perlu hairan bila ada orang yang sakit fizikalnya masih boleh membangunkan Islam. Kita ini yang sihat, segar bugar ini pun tidak mampu membuatnya. Ia mesti bertolak dari rasa rindu dan cinta kepada Allah dan RasulNya.

Siapa yang tiada rasa rindu, dan tiada rasa cinta kepada Allah dan Rasul, terpekik terlolong sampai keluar anak tekak untuk menampakkan cintanya kepada Islam, nescaya tidak lahirlah kebangkitan Islam itu.

Petikan: http://heliconia.wordpress.com

30/01/2009 Posted by | Renungan & Teladan | Leave a comment

   

%d bloggers like this: