Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

MANA DALIL..,?

Nak faham dalil, kena belajaq ilmu Usul Fiqh. Jika tak faham ilmu Usul Fiqh, orang bagi dalil lagu mana pun, kita tak akan faham juga.

Mungkin dia tanya dalil tu sbb nak tau yg mana sahih, yg mana daif. Hat ni pun kena ada ilmu juga. Nk kata sahih tu, ada syarat2nya, nak kata daif pun ada sebab2nya. Ada ulama turut merujuk hadith daif dalam permasalahan hukum hakam. Ini pun ada kaedah2nya juga. Akan bertemu pula dgn perbezaan pandangan dalam kalangan ulama utk berinteraksi dgn dalil2, menyusun dalil2, dsb.

Pendek kata, panjang cerita.

Mungkin dia tanya dalil tu sbb dia dapati ustaz yg mengajaq tu tak kena dgn pandangan kewahhabiannya. Dia duk dengaq dalam YouTube, Wahhabi kata hat ni lagu ni, tapi ustaz tu bagi pandangan lagu lain. Dia tak puaih hati sbb tak sama dgn pandangan kewahabian yg dia dengaq dalam youtube, dia pun tanya ustaz yg mengajaq tu dalam pengajian umum: “mana dalil?”

Jenuh ustaz tu nak jawab sbb ustaz tu bukanlah dalam kalangan mujtahidin utk nak dapatkan dalil2 dalam segala permasalahan. Yg ada hanyalah, merujuk kepada pandangan ulama yg telah berijtihad dalam permasalahan tersebut yg sudah tentu sesuai dgn kaedah ilmu.

Moralnya, semoga kita rajin belajar ilmu dan beramal dgn ilmu. Bukan bertanya soalan yg kita sendiri tidak faham implikasi kepada soalan itu. Teruslah bertanya nak amal lagu mana utk permasalahan ini. Jika soalan berkaitan dalil, ia sesuai jika dalam muzakarah, atau dalam seminar akademik, dan seumpamanya kerana melibatkan kemaslahatan awam, dan keterlibatan para pakar mengenainya.

Wallahu’alam.

Author: Dr Mohd Murshidi Mohd Noor

23/11/2021 - Posted by | Q & A (Soal Jawab), wahabi | ,

No comments yet.

Leave a comment