Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

IKUT QURAN DAN HADIS TIDAK SESAT?TINGGALKAN ULAMA TIDAK SESAT?



1- Isu ini perlu perincian. Ia tidak semudah 1+1 = 2

2- Bagi ahli ilmu, TIADA siapa memahami bahawa mencukupi dengan merujuk kepada AlQuran dan Hadith semata-mata. Malah ia memerlukan metodologi dan huraian para ulama muktabar.

3- Kalau hanya semata2 merujuk Quran dan hadith tanpa metodologi, banyak pula puak dan firaq yang berkata perkara yang sama seperti Qadiani, syiah, golongan liberal bahkan banyak ajaran sesat. Adakah mereka benar?

4- Setiap ilmu MESTI difahami dengan disiplin ilmunya yang tersendiri. Tidak mungkin seorang menjadi pilot dengan hanya membaca buku. Kalau ada, tentu semua orang akan lari dan tak mahu menaiki pesawat tersebut kerana pilotnya tidak pernah teruji dalam disiplin ilmu penerbangan.

5- Begitu juga ilmu sains, matematik, kejuruteraan dan lainnya

6- Justeru ilmu agama mempunyai disiplin yang tersendiri. Untuk memahami AlQuran dan hadith, ia memerlukan pelbagai ilmu yang lain kerana Nususnya ada bersifat muhkam, mutashabih, mutlaq muqayyad, mujmal mubayyan mufassal, nasikh mansukh dan lain2.

7- Sebagai contoh mudah, perintah mengambil wuduk sebelum solat “Basuhlah muka(wahj/wujuh) kamu, tangan hingga ke siku, sapulah kepala dan kaki hingga buku lali(surah alMai’dah :6).

Bagaimanakah cara menentukan had wajh seperti dalam ayat?
Adakah bahagian dalam mata masih dikira wajh?
Adakah sideburn juga dikira sebahagian wajh?
Adakah janggut termasuk wajah?
Adakah Niat wuduk dikira rukun? Kenapa pula tidak disebutkan dalam ayat?
Tertib juga tiada. Dari mana pula datangnya?

Pendek kata, anda akan terkedu pada bab wuduk sahaja sekiranya TANPA huraian ulama!

8- Perhatikan hadith “ sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu dengan sentapan sekali gus dari hambanya. Tetapi Allah mencabutnya dengan mematikan para ulama. Sehingga bila tiada lagi ulama, manusia akan bertanya kepada juhala’(si jahil). Mereka mula berfatwa tanpa ilmu. Mereka itu sesat dan menyesatkan(alBukhari 1/50)

Ada dua poin penting iaitu :

Pertama: Baginda saw tidak menyebut tentang hilang ilmu dengan hilangnya AlQuran dan Hadith. Kedua masih tetap wujud hingga hari qiamat. Namun yang hilang adalah AHLI yang faham keduanya iaitu ULAMA.

Kedua : Memberi pandangan tentang AlQuran dan Hadith tanpa panduan ulama adalah sesat.

9- Ketika kewafatan sahabat Zaid bin thabit, kata Ibn Abbas (r.ahuma) sesiapa yang ingin melihat bagaimana ilmu diangkat oleh Allah, maka beginilah caranya (merujuk kepada kematian seorang alim besar iaitu zaid)(jami’ bayan alilm 1/127)

10- Berkata ibn mas’ud ra. “tetaplah kamu menuntut ilmu sebelum ia diangkat. Dan diangkat ilmu itu dengan kematian ulama(sunan Darimi/144)”

11- Jadi anda berpegang Quran dan Sunnah TANPA ulama yang benar, maka sesatlah anda.

Sumber

15/02/2022 Posted by | Ibadah, Q & A (Soal Jawab) | , | Leave a comment

BAHAYA MENCAMPUR MAZHAB TANPA DISIPLIN ILMU.

Disisi kita (mazhab Syafie) mencampur mazhab jika berdasarkan disiplin maka dibolehkan. Akan tetapi jika tersalah langkah dalam mencampur mazhab maka natijahnya boleh menyebabkan talfiq dan tidak sah.

Antara contoh percampuran mazhab yg tidak sah seperti di dalam wuduk :

“Dia menyapu sebahagian kepala mengikut mazhab Syafie kemudian menyentuh wanita yg ajnabiyah dngan tanpa syahwat mengikut mazhab Maliki”.

Maka percampuran mazhab disitu adalah tidak sah kerana sepakat dua mazhab mengatakan batal wuduknya. (Mazhab Syafie batal disebabkan dia menyentuh wanita yg ajnabiyah meskipun tidak dengan syahwat. Dan mazhab Maliki batal disebabkan dia tidak menyapu keseluruhan kepalanya). Oleh itu jika dia solat maka solatnya tidak sah kerana wuduknya tadi tidak sah.

Kerana itu bagi sesiapa yg ingin mencampur mazhab maka dia mesti kena alim di dalam kedua² mazhab yg ingin dicampurnya itu. Dari sudut syarat²nya ,rukun² dan perkara² yg membatalkan ibadat tersebut disisi kedua² mazhab.

Al-Faqir Ila Rabbihi
Muhammad Azmi bin Hashim
14/02/22

15/02/2022 Posted by | Fiqh, Ibadah | | Leave a comment