Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Gelar dan label

Penganut wahhabi paling tak suka digelar wahhabi (segelintir je yang sanggup mengaku macam Shahidan Kassim), sebab sejarah hitam wahhabi dari dulu hingga kini.

Apabila didedah kebatilan ajaran dan sikap pengikut wahhabi serta dijawab dengan dalil apapun dari al Quran, hadis sahih, hasan atau syarah ulamak.. mereka takkan terima. Begitu sadis sekali pemikiran mereka.

Jadi apa yang pengikut wahhabi boleh jawab bila tiada hujjah ?

Ya, mereka akan label pula syiah (sedangkan kita menolak ajaran sesat syiah – yang mengkafir, menghina para sahabat radiyallahu ‘anhum, menuhankan saidina Ali r.a, mendakwa al Quran tidak lengkap etc).

Ya, tidak cukup dengan itu penganut wahhabi akan kata hujjah dan bukti yang telah diberi laksana cahaya mentari yang terang benderang di siang hari sebagai fitnah. Begitulah bebalnya fikiran mereka yang menolak kebenaran.

Kemudian pelabelan lain seperti penyembah kubur, kuburiyyun, musyrik, penyembah itu dan ini dan sebagainya.

Itulah hasil ajaran wahhabi.

Sebenarnya apa yang mereka mahukan ?

Dalil, hujjah, nas al Quran dan hadis ?

TIDAK.. TIDAK…

Sebenarnya mereka mahu kita ikut pemahaman mereka yang batil dalam memahami al Quran dan hadis. Hingga kita masuk ke lubang biawak bersama mereka hingga lebih ramai ulamak dan umat Islam dibid’ah sesat, disyirik dan dimusyrik.

Sebab pada SANGKAAN, merekalah sahaja ikut al Quran dan sunnah, ansorussunnah dan masuk syurga. Seolah-olah mereka telah ada keputusan rasmi siapa ke syurga dan neraka.

Hakikatnya mereka perlukan hidayah.. bukan dalil dan hujjah.

Mengajilah dan mengkajilah.. Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam menyuruh kita menetap dalam SAWAD AL A’ZHOM / AL JAMA’AH – bersama- sama majoriti ulamak dan umat Islam dan tinggalkan mereka yang syazz (terpencil) supaya selamat.

#tolakwahhabi
#wahabituwabak

10/01/2021 - Posted by | wahabi

No comments yet.

Leave a comment