Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Bitcoin – Adakah ia menepati Syariat?

Dari Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan

Secara tuntasnya, setelah menilai pandangan ulama dan sarjana Islam berkenaan bitcoin, maka didapati mata wang ini tidak menepati ciri-ciri mata wang yang ditetapkan dalam Islam apabila ia tidak mampu menyimpan nilai secara konsisten. Meskipun masyarakat umum boleh menerimanya sebagai mata wang namun ketidakstabilan nilai pada mata wang ini boleh mengundang kemudaratan kepada pengguna pada masa akan datang.

Selain itu, ketiadaan badan berautoriti yang mengawal selia mata wang ini juga boleh mengundang pelbagai perkara negatif seterusnya mampu mengganggu-gugat sistem mata wang rasmi dalam sesebuah negara.

Berdasarkan pemerhatian terhadap amalan semasa, bitcoin lebih dilihat sebagai satu aset pelaburan, dan ia tidak menepati tujuan asal penciptaan bitcoin itu sendiri, iaitu sebagai mata wang alternatif kepada sistem mata wang fiat yang sedia ada.

Justeru, tindakan menyekat penggunaan mata wang ini adalah wajar berdasarkan kepada kaedah Sadd al-Zarai’ (menutup jalan yang boleh membawa kepada kemudaratan) agar ia tidak berlegar di kalangan masyarakat umum. Sesuatu yang asalnya harus boleh dicegah apabila ia ternyata boleh membawa kemudaratan yang lebih besar.

Pemerintah dan badan berautoriti juga berhak untuk menghalang sebarang transaksi bitcoin ini demi memelihara maslahah masyarakat umum. Perkara ini bertepatan dengan kaedah fiqh yang menyebut:

تَصَرُّفُ الْإِمَامِ عَلَى الرَّعِيَّةِ مَنُوطٌ بِالْمَصْلَحَةِ

Maksudnya: Tindakan seseorang pemerintah ke atas rakyat adalah berdasarkan kepada maslahah.

Maka mata wang bitcoin dalam bentuk yang ada pada masa sekarang adalah tidak syar’iy kerana ia tidak menepati sepenuhnya ciri-ciri mata wang yang digariskan oleh Islam, dan ia mampu memberikan pelbagai ancaman terhadap kemaslahatan umum. Namun begitu, hukum ini boleh berubah jika penambahbaikan dilakukan terhadap bitcoin samada dari sudut pengeluaran, pengawalan harga, sistem keselamatan di bursa dan regulasi untuk mengelakkannya daripada diekploitasi oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Berdasarkan hujahan ini juga, Mesyuarat Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan telah memutuskan bahawa Bitcoin yang terdapat pada masa sekarang tidak menepati ciri-ciri mata wang yang telah ditetapkan oleh Islam, diputuskan bahawa Bitcoin mampu mengundang pelbagai kemudaratan terhadap sistem kewangan sesebuah negara. Oleh kerana itu, penggunaan Bitcoin yang ada pada masakini sebagai satu mata wang adalah dilarang bagi memelihara kemaslahatan umum.

Wallahu a’lam.

Akhukum fillah,

SS Dato’ Seri Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri

Mufti Wilayah Persekutuan

[1] Rujuk http://www.theedgemarkets.com/article/media-prima-hit-ransomware-attack-%E2%80%94-sources

[2] Anwar Zainal Abidin. 2002. “Sejarah Penggunaan Mata Wang Dinar.” Ulum Islamiyyah. Kolej Universiti Islam Malaysia. Jld. 1. no. 1. hlm. 25. Lihat juga Zarra Nezhad, Mansour. 2004. “A Brief History of Money in Islam and Estimating the Value of Dirham and Dinar.” Review of Islamic Economics 8.2: hlm. 51-65. Lihat juga Wan Kamal Mujani. 2009. Sejarah Dinar Dari Zaman Pra Islam Sehingga Zaman ‘Uthmani. Bangi : IKRAB, UKM. hlm 9. Lihat juga Salmy Edawati Yaacob. 2009. “Sejarah Dinar Emas dan Kronologi Pertukaran Mata Wang Dunia.” Jurnal Al-Tamaddun 4 (2009): hlm. 107-127.

[3] Anwar Zainal Abidin. 2002. “Sejarah Penggunaan Mata Wang Dinar.” hlm. 25; Wan Kamal Mujani. 2009. Sejarah Dinar Dari Zaman Pra Islam Sehingga Zaman ‘Uthmani. hlm. 9-10.

[4] Wan Kamal Mujani. 2009. Sejarah Dinar Dari Zaman Pra Islam Sehingga Zaman ‘Uthmani. hlm. 10; Salmy Edawati Yaacob. 2009. “Sejarah Dinar Emas dan Kronologi Pertukaran Mata Wang Dunia.” hlm. 110.

[5] Anwar Zainal Abidin. 2002. “Sejarah Penggunaan Mata Wang Dinar.” hlm. 26. Lihat juga al-Baladhuri, Futuh al-Buldan, hlm. 653.

[6] Zarra Nezhad, Mansour. “A Brief History of Money in Islam and Estimating the Value of Dirham and Dinar.” hlm. 51-54. Anwar Zainal Abidin. 2002. “Sejarah Penggunaan Mata Wang Dinar.” hlm. 28.

[7] Yaacob, Salmy Edawati. “Sejarah Dinar Emas dan Kronologi Pertukaran Mata Wang Dunia.” hlm. 112.

[8] Ini juga sebagaimana yang disimpulkan oleh Anwar Zainal Abidin dalam kajiannya “Sejarah Penggunaan Mata Wang Dinar.” hlm. 48.

[9] Ahmad S., & Yaacob, S. E. 2012. Dinar Emas Sejarah Dan Aplikasi Semasa. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia; Yaacob, Salmy Edawati. 2015. Dilema Dinar Emas. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Hlm. 68.

[10] Al-Tabariy, Muhammad bin Jarir. tt. Jami’ al-Bayan fi Tafsir al-Qur’an. Dar Hijr. Jld. 12, hlm.

[11] Al-Raghib al-Asfahani. tt. al-Mufradat fi Gharib al-Quran. Beirut: Dar al-Ma’rifah. Jld. 1, hlm.

[12] Sahnun, Muhammad bin Said. tt. al-Mudawwanah al-Kubra. Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah. Jld. 8, hlm. 305.

[13] Al-Ghazali, Abu Hamid. tt. Ihya’ Ulum al-Din. Beirut: Dar al-Ma’rifah. Jld. 4, hlm. 265.

[14] Ibnu Taimiyyah, Taqiy al-Din Ahmad. Majmu’ al-Fatawa. Darul Wafa’. Cet. 3, Jld. 29, hlm. 471-

[15] Ibnu al-Qayyim. 1973. I’lam al-Muwaqqi’in ‘an Rabb al-‘Alamin. Beirut: Dar al-Jil. Jld. 2, hlm. 157.

[16] Ibn Khaldun, Abdul Rahman bin Muhammad. tt. al-Muqaddimah. t.tp: t.pt. Jld. 1, hlm. 215.

[17] Nazim al-Syamri Muhammad Nuri. 1987. al-Nuqud wa al-Masarif. Beirut: Dar al-Kutub li al-Tiba’ah wa al-Nasyr. hlm. 142.

[18] Ahmad S., & Yaacob, S. E. 2012. Dinar Emas Sejarah Dan Aplikasi Semasa. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. hlm. 43-44.

[19] al-Zuhaili, Wahbah. 1996. al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh (terj.). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Jld. 4, hlm. 652.

[20] Mustafa Bugha et. al. 1992. al-Fiqh al-Manhaji ‘ala Mazhab al-Imam al-Syafi’ie. Damsyiq: Dar al-Qalam. Jld. 6. hlm. 94-97.

[21] Imam Muslim. tt. Sahih Muslim. Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-`Arabi. Jil. 3, hlm. 1210, hadis no. 1584.

[22] al-Zuhaili, Wahbah. 1996. al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh (terj.) Jld. 4, hlm. 653-654.

[23] Imam Muslim. tt. Sahih Muslim.. Jil. 3, hlm. 1210, hadis no. 1587.

[24] Imam al-Bukhari. tt. Sahih al-Bukhari. Dar Tuq al-Najat. Jil. 3, hlm. 74, hadis no. 2177.

[25] Lihat keputusan Mesyuarat Majlis Penasihat Shariah (MPS) Bank Negara Malaysia Ke-179 bertarikh 22 Ogos 2017 bertajuk Penentuan Majlis Akad dan Serah Terima Bagi Bai` al-Sarf Dalam Operasi Kewangan Semasa yang dimuat naik di laman web Bank Negara Malaysia (www.bnm.gov.my). Akses pada 17 Januari 2018.

[26] Ibid.

[27] Edward Murphy et al, 2015, Bitcoin; Questions, Answers, and Analysis of Legal Issues, Congressional Research Service, hlm. 1

[28] “What is Bitcoin?”(http://money.cnn.com/infographic/technology/what-is-bitcoin/) Dilawati pada 12 Januari 2018

[29] http://fortune.com/2017/11/25/lost-bitcoins/“Exclusive: Nearly 4 Million Bitcoins Lost Forever, New Study Says” Dilawati pada 12 Januari 2018

[30] Rujuk Satoshi Nakamoto, t.t, Bitcoin: A Peer-to-Peer Electronic Cash System, www.bitcoin.org

[31]https://www.economist.com/news/business/21638124-minting-digital-currency-has-become-big-ruthlessly-competitive-business-magic “The magic of mining”- 13 January 2018

[32] https://www.facebook.com/muamalat.my/posts/1414275821988496:0, dilawati pada 24 Januari 2018.

[33] https://www.ccn.com/bitcoin-hits-new-yearly-low-volume-only-way-to-reverse-trend-is-a-big-spike/

[34] http://www.independent.co.uk/life-style/gadgets-and-tech/news/bitcoin-price-live-updates-latest-value-exchange-rate-digital-cryptocurrency-futures-investment-a8147681.html“Bitcoin price – live updates on the volatile cryptocurrency”- 5 Januari 2018

[35] https://www.reuters.com/article/us-bitcoin-mtgox-bankruptcy/mt-gox-files-for-bankruptcy-hit-with-lawsuit-idUSBREA1R0FX20140228 “Mt. Gox files for bankruptcy, hit with lawsuit”- 8 Januari 2018

[36] https://www.reuters.com/article/us-bitcoin-exchange-southkorea/south-korean-cryptocurrency-exchange-to-file-for-bankruptcy-after-hacking-idUSKBN1ED0NJ “South Korean cryptocurrency exchange to file for bankruptcy after hacking” – 9 Januari 2018

[37] https://www.reuters.com/article/us-cyber-nicehash/hackers-steal-64-million-from-cryptocurrency-firm-nicehash-idUSKBN1E10AQ“Hackers steal $64 million from cryptocurrency firm NiceHash”- 16 Januari 2018

[38] https://www.wsj.com/articles/bitcoin-paypal-used-to-finance-terrorism-indonesian-agency-says-1483964198 “Bitcoin, PayPal Used to Finance Terrorism, Indonesian Agency Says”- 15 Januari 2018

[39] https://www.justice.gov/usao-edny/pr/long-island-woman-indicted-bank-fraud-and-money-laundering-support-terrorists “Long Island Woman Indicted for Bank Fraud and Money Laundering to Support Terrorists”

[40]https://rusi.org/commentary/cryptocurrencies-and-terrorist-financing-risk-hold-panic“Cryptocurrencies and Terrorist Financing: A Risk, But Hold the Panic” 15 Januari 2018

[41]http://www.bnm.gov.my/documents/2017/20170623_FCA_EN.pdf

[42]http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=en_announcement&pg=en_announcement&ac=49&lang=en

[43]https://themalaysianreserve.com/2018/01/02/no-ban-cryptocurrency-tradings-says-johari/ “No ban on cryptocurrency tradings, says Johari”- 7 Januari 2018

[44]https://www.thestar.com.my/business/business-news/2017/12/15/bnm-rm75m-cryptocurrencies-transactions-each-month/ “BNM: RM75m cryptocurrencies transactions each month” – 7 Januari 2018

[45] http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=bm_press&pg=bm_press&ac=4629&lang=bm“Bank NegaraMalaysia mengeluarkan dokumen dasar untuk mata wang digital” 18 April 2018

[46]https://www.sc.com.my/my/post_archive/media-statement-on-initial-coin-offerings/ “Media Statement on Initial Coin Offerings”- 9 Januari 2018

[47]https://fintechnews.my/18950/blockchain/securities-commission-malaysia-ico-regulation/

[48] https://www.cnbc.com/2017/11/30/bitcoin-investors-beware-the-irs-wants-its-cut-and-you-may-not-know-it.html Bitcoin investors beware: The IRS wants its cut and you may not know it – 18 Januari 2018

[50] http://fortune.com/2017/12/21/bitcoin-tax/New Tax Law Closes Bitcoin Loophole – 18 Januari 2018

[51] https://www.reuters.com/article/us-usa-sec-bitcoin/sec-warns-bitcoin-cryptocurrency-investors-at-risk-idUSKBN1ET1YI SEC warns bitcoin, cryptocurrency investors at risk – 17 Januari 2018

[52]https://www.bloomberg.com/news/articles/2018-01-17/virtual-currencies-seen-as-evolving-threat-by-u-s-treasury U.S. Treasury Sees Virtual Currencies as ‘Evolving Threat’ – 18 Januari 2018

[53] https://www.rpc.co.uk/press-and-media/uk-cryptocurrency-regulations-could-take-up-to-two-years-based-on-comparable-regulatory-extensions/

[54]http://www.independent.co.uk/news/business/news/bitcoin-latest-updates-france-central-bank-currency-cryptocurrency-digital-francois-villeroy-de-a8086186.html “Bitcoin isn’t a currency or even a cryptocurrency, says France’s central bank governor”

[55] https://www.reuters.com/article/uk-southkorea-bitcoin/south-korea-to-impose-new-curbs-on-cryptocurrency-trading-idUSKBN1EM05K“South Korea to impose new curbs on cryptocurrency trading”

[56] https://www.investopedia.com/news/japan-finally-recognizes-bitcoin-after-long-battle/ “Japan Finally Recognizes Bitcoin After Long Battle”

[57] Rujuk https://www.nytimes.com/reuters/2018/10/20/business/20reuters-japan-economy-boj-cryptocurrency.html

[58] https://en.mehrnews.com/news/139158/Iran-could-turn-to-cryptocurrencies-to-evade-some-sanctions

[59]https://www.theguardian.com/technology/2018/mar/13/imf-christine-lagarde-calls-bitcoin-crackdown-cryptocurrencies “’Fight fire with fire’: IMF’s Lagarde calls for bitcoin crackdown” 18 April 2018

[60]https://www.reuters.com/article/us-ecb-bitcoin-nowotny/ecbs-nowotny-says-central-banks-considering-cryptocurrency-regulation-idUSKBN1DG2NX ECB’s Nowotny says central banks considering cryptocurrency regulation – 11 Januari 2018 dan http://www.dailymail.co.uk/wires/afp/article-5231041/ECB-governor-calls-tax-regulation-bitcoin.html ECB governor calls for tax, regulation on bitcoin – 13 Januari 2018

[61]https://www.reuters.com/article/us-ecb-bitcoin-estonia/ecbs-draghi-rejects-estonias-virtual-currency-idea-idUSKCN1BI2BI ECB’s Draghi rejects Estonia’s virtual currency idea – 18 Januari 2018

[62]https://www.ecb.europa.eu/press/inter/date/2017/html/ecb.in171229.en.html– 18 Januari 2018

[63] Ditubuhkan pada 1930, ia adalah sebuah organisasi kewangan antarabangsa yang dimiliki oleh 60 bank pusat, mewakili negara-negara dari seluruh dunia. Antara misi utama BIS ialah membantu bank-bank pusat ini mengekalkan kestabilan kewangan dan monetari mereka. Rujuk https://www.bis.org/about/index.htm?m=1%7C1

[64]https://themalaysianreserve.com/2017/09/19/central-banks-cant-ignore-bitcoin-boom-bis-says/ “Central banks can’t ignore the bitcoin boom, BIS says” 16 Januari 2018

[65]https://www.theguardian.com/technology/2018/feb/06/bitcoin-price-crackdown-bis-cryptocurrency “Bitcoin price falls below $6,000 as banker signals crackdown”

[66] http://www.dar-alifta.org/ar/Viewstatement.aspx?sec=media&ID=5617 “مفتي الجمهورية يبيِّن حكم التعامل بالعملة الإلكترونية “البتكوين” (12 Januari 2018)

[67] http://www.qaradaghi.com/Details.aspx?ID=3790 18 April 2018

[68]http://www.wifaqululama.co.uk/images/Fatwa/wifaq-onecoin.pdf

[69] Beliau merupakan Pensyarah Kanan, Jabatan Syariah dan Pengurusan, Universiti Malaya dan penulis bagi laman sesawang muamalat.my.

[70] Temubual Dr. Ahmad Sufyan Che Abdullah pada 4 Januari 2018 bertempat di Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

[71] http://coin.my/2018/01/16/bitcoin-matawang-komoditi-sekuriti-identiti-baru-bhgn-ii/ Bitcoin: Mata Wang, Komoditi, Sekuriti atau Identiti Baru? Satu Perbincngan Minda Syariah (Bahagian II)- 18 Januari 2018

[72] Temubual rancangan Nasi Lemak Kopi ‘O yang disiarkan di TV9 pada 14 Januari 2018.

[73] Penasihat Shari’ah Blossom Finance

[74] Mufti Muhammad Abu Bakar, 2018, Shariah Analysis of Bitcoin, Cryptocurrency, & Blockchain, Blossom Labs Inc, hal. 19-20

[75] Ketua, Pejabat Kawalan Mutu Penyelidikan, ISRA

[76] Marjan Muhammad, 2018, Analisis Syariah Terhadap Mata Wang Kripto. Dibentangkan di Persidangan Meja Bulat Mata Wang Kripto dan Sistem Kewangan Digital di Dewan Besar IKIM (28 Februari 2018)

24/05/2019 Posted by | Bicara Ulama, Muamalat (Harta), Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

Menyertai Polisi Insurans Konvensional: Halal Atau Haram?

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MJFK) telahpun memutuskan hukum berkaitan dengannya dalam beberapa siri persidangan yang membahaskan status insurans konvensional. Secara umumnya semua jenis insurans konvensional sama ada insurans nyawa, insurans am serta memperomosikannya juga adalah haram

By: Abdul Muhaimin Mahmood

Mencari sesuatu yang halal untuk dimakan atau digunakan dalam kehidupan seharian adalah merupakan suatu kewajipan yang difardukan oleh Allah SWT ke atas setiap Muslim, kerana mengambil yang halal itu dapat menambah cahaya iman dan membuat termakbulnya doa dan diterima amal ibadah, sebagaimana memakan yang haram boleh menghalang doa dan ibadat dari diterima oleh Allah SWT. [1] Rasulullah SAW bersabda;

وعن أنس بن مالك عن النبي صلى الله عليه و سلم قال : ] طَلبُ الحَلالِ وَاجِبٌ على كلِ مُسلِم.[ [2] رواه الطبراني في الأوسط وإسناده حسن

Maksudnya: Anas bin Malik meriwayatkan dari Rasulullah SAW, bersabda; “Mencari yang halal adalah suatu kewajipan ke atas setiap Muslim”. Diriwayatkan oleh al-Thabarani dengan sanad yang baik (hasan).

Merujuk kepada persoalan hukum insurans konvensional, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MJFK) telahpun memutuskan hukum berkaitan dengannya dalam beberapa siri persidangan yang membahaskan status insurans konvensional.

Secara umumnya semua jenis insurans konvensional sama ada insurans nyawa, insurans am serta memperomosikannya juga adalah haram. Berikut dilampirkan keputusan-keputusan muzakarah berhubung insurans konvensional:

Hukum insurans nyawa.

Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-16 yang bersidang pada 15-16 Feb 1979 telah membincangkan mengenai insurans. Persidangan telah memutuskan bahawa insuran nyawa sebagaimana yang dikendalikan oleh kebanyakan syarikat insuran yang ada pada hari ini adalah haram dan sebagai suatu muamalah yang fasad kerana aqadnya tidak sesuai dengan prinsip-prinsip Islam iaitu:

Mengandungi gharar (ketidak-tentuan)
Mengandungi unsur judi.
Mengandungi muamalah riba.[3]
Hukum insurans am

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-80 yang bersidang pada 1 – 3 Februari 2008 telah membincangkan Kajian Hukum Insurans Am. Muzakarah telah memutuskan bahawa hukum ke atas Insurans Am adalah tidak diharuskan oleh Islam.[4]

Hukum mempromosikan produk insurans konvensional.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-89 yang bersidang pada 14 – 16 Disember 2009 telah membincangkan Hukum Mempromosikan Produk Insurans Konvensional Menurut Perspektif Syariah.

Muzakarah berpandangan bahawa sistem takaful berlandaskan syariah sedang pesat berkembang dan memerlukan sokongan umat Islam dalam usaha untuk memartabatkan sistem muamalat Islam. Sehubungan itu, Muzakarah memutuskan bahawa orang Islam adalah dilarang mempromosikan produk insurans konvensional yang jelas berasaskan sistem riba.

Walau bagaimanapun, pendapatan atau komisyen yang diterima dalam proses transisi dari sistem konvensional kepada takaful adalah dimaafkan.[5]

Selain dari status hukum isurans nyawa, insurans am dan hukum mempromosikan produk tersebut, muzakarah turut membincangkan tentang status pampasan polisi insurans konvensional selepas kematian pembeli polisi, pada muzakarah kali Ke-94 yang bersidang pada 20 -22 April 2011..

Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:

Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa insurans konvensional adalah suatu muamalah yang tidak patuh syariah kerana mempunyai elemen-elemen yang bercanggah dengan prinsip teras Islam.
Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa pampasan polisi insurans konvensional yang diterima oleh ahli waris adalah dikira sebagai harta tidak patuh syariah.
Dalam hal ini, jumlah bayaran pokok pembeli polisi ketika hayat sahaja dikategorikan sebagai harta peninggalan si mati yang perlu diagihkan secara sistem faraid. Manakala baki pampasan polisi insurans konvensional tersebut tidak boleh diwarisi oleh ahli waris secara sistem faraid serta wajib dilupuskan dengan diserahkan sama ada kepada pihak Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri-Negeri atau didermakan untuk tujuan kebajikan termasuklah kepada golongan fakir dan miskin.
Jika terdapat ahli waris pembeli polisi, contohnya isteri atau anak-anak pembeli polisi dikategorikan sebagai golongan fakir dan miskin, maka hukumnya adalah harus bagi ahli waris tersebut untuk mengambil wang pampasan polisi insurans konvensional tersebut dengan jumlah sekadar keperluan sebagai fakir dan miskin setelah disahkan oleh pihak berkuasa atau Jawatankuasa Kariah kawasan berkenaan. Baki wang pampasan polisi tersebut perlulah dilupuskan mengikut cara yang telah dinyatakan dalam perkara (c) di atas.
Berdasarkan keputusan-keputusan yang disebutkan di atas, jelas menerangkan tentang status hukum bagi insurans konvensional. Justeru, umat Islam sewajarnya meninggalkan produk-produk konvensional yang telah diharamkan oleh Allah SWT.

Sebagai alternatif kepada produk-produk konvensional tersebut, umat Islam hendaklah mengambil produk-produk takaful yang patuh syariah yang menawarkan pelbagai jenis perlindungan secara Islam.

Dewasa ini tiada lagi alasan darurat yang mendesak umat Islam untuk tidak mengambil dan menggunakan produk-produk perlindungan berasaskan takaful yang patuh syariah. Bahkan menjadi kewajipan pada mereka untuk mendokong produk-produk berasaskan takaful, sebagai menggantikan produk-produk konvensional yang diharamkan dalam Islam.

Sekarang ini pengguna boleh memilih syarikat-syarikat pengendali takaful patuh syariah, yang telah diberikan lesen oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Buat masa ini terdapat 12 syarikat pengendali takaful yang patuh syariah di Malaysia sebagimana dipaparkan dalam web BNM[6].

Syarikat-syarikat tersebut ialah:

AIA AFG Takaful Bhd
AmFamily Takaful Berhad
CIMB Aviva Takaful Berhad
Etiqa Takaful Berhad
Great Eastern Takaful Sdn Bhd
Hong Leong MSIG Takaful Berhad
HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Sdn Bhd
ING PUBLIC Takaful Ehsan Berhad
Prudential BSN Takaful Berhad
Syarikat Takaful Malaysia Berhad
Takaful Ikhlas Sdn. Bhd.
MAA Takaful Berhad.

KESIMPULAN

Islam mewajibkan umat Islam mencari sesuatu halal dalam segenap perkara. Sehubungan itu, menjadi kewajipan kepada umat Islam untuk meninggalkan produk-produk perlindungan insurans konvensional kerana ia adalah produk yang tidak diharuskan dalam Islam.

Justeru, umat Islam di negara sewajarnya memastikan mereka hanya menggunakan produk-produk perlindungan takaful yang berteraskan Islam yang patuh syariah.

[1] Ibnu Kathir, Ismail bin Kathir, Mukhtasar tafsir Ibnu Kathir, Tahqiq, Hani al-Haj, Maktabah al-Taufiqiyyah, t.th, jld. 1, hlm. 203. al-Ghazali, Halal dan haram dalam Islam, Jasmin Interprise, 1998, hlm. 1.

[2] Al-Thabarani, Mucjam al-ausat, no. hadis, 8610, jld. 8, hlm. 270. Lihat, al-Haithami, Nur al-Din cAli bin Abi Bakr, Majmac al-zawaid wa manbac al-fawaid, Bab talab al-halal wa al-bahs anhu, Dar al-Fikr, Bayrut, 1412H., no. hadis. 18099, Jld. 10, hlm. 520.

[3] http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/insurans-0 (15 September 2011)

[4] http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/kajian-hukum-insurans-am (15 September 2011)

[5] http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-mempromosikan-produk-in… (15 September 2011).

[6] http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=13&cat=insurance&type=TKF&lang=bm (dilayari 19 April 2012)

17/10/2018 Posted by | Bicara Ulama, Fiqh, Ibadah, Informasi, Muamalat (Harta), Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

MENJAWAB FITNAH MAZA – MUFTI PERLIS -MENGENAI ISU ZAKAT)

TERUK SANGATKAH PENTADBIRAN ZAKAT DI MALAYSIA INI?

Pengkajian saya berkenaan dengan zakat dan pentadbiran zakat di Malaysia sudah agak lama. Bermula dengan penulisan thesis master saya di Fakulti Darul Ulum, Universiti Kaherah, Mesir pada tahun 1998 (Alhamdulillah, saya mendapat pangkat mumtaz ma’a tawsiyat bi al-tab’ untuk thesis ini). Sejak itu pengkajian saya berkenaan dengan zakat berterusan, walaupun area kajian saya telah juga merangkumi bidang lain, termasuklah usul fiqh, qawa’id fiqhiyyah, perbankan dan kewangan Islam. Saya juga menyelia thesis para pelajar Ph D. Ramai yang dah siap, dan adalagi yang belum. Sekarang ini, saya masih ada satu lagi research berkenaan dengan zakat (ERGS bersama beberapa rakan-rakan) bertajuk: “Modelling Regulation of Zakat Administration in Malaysia: A Triangulation Study” yang masih tertangguh lantaran kesibukan yang pelbagai. Hakikatnya, kepada sesiapa yang melakukan penyelidikan berkenaan dengan zakat akan melihat berlaku perubahan yang amat ketara kepada pentadbiran zakat di Malaysia, sama ada dari sudut kutipan mahupun agihan. Bahkan, kepada mereka yang mengkritik keterlaluan, termasuk juga daripada agamawan, pada haikatnya, maklumat yang mereka ada adalah maklumat yang amat outdated dan tidak dikemaskinikan.
Umpamanya:

1-Isu ketelusan pengagihan dalam pengagihan. Kononnya tiada ketelusan. Pada hakikatnya laporan kewangan kebanyakan pusat zakat / majlis agama, boleh didapati dan di dalam dimuatkan detail berkenaan dengan kutipan dan bentuk pengagihan. Perlu di ingat bahawa pengagihan zakat di Malaysia dibahagikan kepada tiga bahagian, sama ada tamlik fardi, tamlik jama’i ataupun tamlik muassasi. Kena jelas perkara ini. Jagan main tuduh sahaja bahawa tiada ketelusan di dalam pengagihan dan kemudian memberikan persepsi yang buruk berkenaan dengan pengagihan zakat. Saya berharap para agamawan yang terlalu mengkritik dengan terlalu keras, bahkan kadang-kadang sehingga menampakkan seolah2 pusat zakat/ majlis agama menyalahgunakan duit zakat, termasuklah para mufti, bacalah laporan kewangan. Kalau tak pandai nak baca, minta tolong orang yang pandai untuk tolong bacakan. Jangan buat kritikan, sehingga orang yang tahu merasakan agamawan ini pada hakikatnya main tembak sahaja semata-mata nak cari populariti.
Saya tak nafikan, masih banyak perkara yang perlu dibaiki. Itu perkara biasa dalam kehidupan. Perubahan adalah sifat manusia, dan kita mahu semua perubahan ke arah yang lebih baik.

2-Isu cadangan agar pusat zakat / majlis agama mencari asnaf bukan hanya sekadar menunggu orang datang, seperti menubuhkan skuad asnaf dan sebagainya. Inipun bukan perkara baru. Banyak negeri dah adapun. Bahkan dalam pebagai bentuk agar kita dapat reach (sampai) kepada asnaf. Jadi ini bukanlah suatu cadangan baru. Betul, beberapa penambbaikan amatlah perlu, tetapi janganlah buat gambran seolah-olah pusat zakat / majlis agama ni hanya duduk kat office, tunggu asnaf datang aje.

3-Payah nak bagi zakat, kadangkala banyak investigasi dan soal jawab yang dibuat kepada asnaf. Agamawan yang komen sebegini, sebenarnya mungkin tak pernahpun berhadapan dengan asnaf dan segala potential tipu muslihat dalam hal ini. Perlu diingat, duit yang kita nak beri pada asnaf ni duit zakat, bukan duit kita. Kadangkala (bahkan banyak juga situasi ini), mereka yang minta duit zakat ni, tak layakpun terima zakat. Mereka hanya berlakon apabila nak terima zakat. Jadi investigasi amatlah perlu, agar kita tak beri zakat kepada orang yang tak layak. Pengalaman peribadi mengajar saya perkara ini. Saya harap sangat agar agamawan sebegini, agar faham hakikat dan realiti. Bukan hanya sekadar buat komen daripada bilik pejabat beraircond mereka semata-mata.

4-Pemberian zakat kepada asnaf fi sabilillah, hanya kepada mereka yang belajar agama, tidak kepada mereka yang belajar bidang-bidang lain seperti medic, engineering, economic dan lain-lain. Ehmmmm. Nampak sangat orang yang komen sebegini tak
mengikuti perkembangan dan tak tahu apa yang berlaku.
Hakikatnya, pemberian zakat di ba

19/03/2018 Posted by | Berita dan Isu Semasa, Bicara Ulama, Ibadah, Muamalat (Harta), Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

Penyucian Dividen Simpanan Ahli KWSP Sedia Ada Sebelum Bertukar Ke Akaun KWSP Yang Diuruskan Mengikut Prinsip Syariat (KWSP-Islamik)

 

Penyucian Dividen Simpanan Ahli KWSP Sedia Ada Sebelum Bertukar Ke Akaun KWSP Yang Diuruskan Mengikut Prinsip Syariat (KWSP-Islamik)
Setelah meneliti setiap pandangan ahli mesyuarat dan hujah-hujah yang dikemukakan, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 01/2016-1437H yang bersidang pada 28 Januari 2016 bersamaan 18 Rabi’al-Akhir 1437H telah bersetuju memutuskan untuk menerima keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan Bil. 2/2015 berkenaan Penyucian Dividen Simpanan Ahli KWSP Sedia Ada Sebelum Bertukar Ke Akaun KWSP Yang Diuruskan Mengikut Prinsip Syariat (KWSP-Islamik) dengan sighah seperti berikut :1. Setelah meneliti fakta-fakta, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan Muzakarah mendapati bahawa:

i. Selaku pemegang amanah ke atas simpanan ahli KWSP, keuntungan yang diperolehi oleh KWSP adalah berbentuk takasub (usaha) dan bukan secara ghasab (pengambilan harta tanpa hak atau secara zalim). Dividen yang diterima oleh ahli KWSP diperolehi melalui transaksi pelaburan yang dilakukan mengikut lunas undang-undang dan berdasarkan kontrak yang dipersetujui bersama.

ii. KWSP merupakan pemegang amanah yang diberi mandat untuk menguruskan simpanan ahli-ahli di bawah Akta KWSP 1991, di mana majikan diwajibkan untuk mencarum dengan KWSP bagi pihak ahli dan setakat ini tiada sebarang pilihan diberikan kepada ahli dan mereka tiada hak tasarruf (mengurus) dalam urusan simpanan mereka sejak dari awal mencarum dalam KWSP. Simpanan tersebut akan menjadi hak dan milik ahli KWSP setelah mencapai had umur yang ditetapkan.

iii. Berdasarkan amalan semasa perbankan dan kewangan Islam di Malaysia, tiada sebarang ketetapan yang pernah dikeluarkan oleh Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia atau Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia yang mewajibkan pelanggan perbankan Islam untuk menyucikan terlebih dahulu sebarang pendapatan tidak patuh syariah yang diterima sama ada daripada aktiviti perbankan konvensional atau daripada sumber-sumber lain sebelum boleh mendeposit atau melabur ke dalam produk patuh syariah yang ditawarkan oleh institusi perbankan dan kewangan Islam.

iv. Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia juga telah mengeluarkan resolusi membenarkan segala dividen yang diterima daripada produk konvensional dilaburkan semula ke dalam produk patuh syariah.

Keputusan : Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa ahli KWSP sedia ada yang memilih akaun KWSP-Islamik tidak perlu melakukan pembersihan dividen bagi pertukaran kali pertama.

Status pewartaan : Tidak diwartakan

26/04/2017 Posted by | Ibadah, Muamalat (Harta), Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

Membeli Matawang Asing Ketika Nilai Ringgit Jatuh

image

Membeli Matawang Asing Ketika Nilai Ringgit Jatuh

Q&A BERSAMA PAKAR MUAMALAT PROF MADYA DR AZMAN (UIA)

Membeli Matawang Asing Ketika Nilai Ringgit Jatuh

Salam. Tuan, saya mohon penjelasan. Halal or haram jika ada seorang ni dia pergi ke money changer dan tukar duit malaysia ke duit singapura. Lepas berlalu tempoh masa nilai wang malaysia ni jatuh. Dia pun tukar balik duit singapura ke duit Malaysia sebab nilai dia dah meningkat. Boleh ker? Adakah ini trglng dln forex jugak? Jika haram, apakah faktor pengharamannya?

Jawapan

Menukar duit atau membeli matawang asing adalah harus. Ia dipanggil al-sarf. Dahulunya dinar ditukar dengan dirham. Pada zaman Rasulullah harga 1 dinar sama dengan 8 atau 10 atau 12 dirham. Bahkan ada banyak riwayat berkenaan pertukaran dirham dan dinar beserta pembayaran dalam dirham bagi jualan tangguh bayaran yang mana harganya dipersetujui dalam dinar. Begitulah disebaliknya, sesuatu dijual dengan dirham secara tangguh, dilunaskan dengan dinar sebagaiman yang disebut dengan jelas oleh Abdullah bin Omar.”Daku menjual unta dengan dirham (perak) dan menerima bayaran (credit/ansuran) di dalam dinar dan adakalanya daku menjual unta dengan harga dinar (emas), dan menerima bayaran dengan dirham. Aku bertanya Rasulullah SAW berkenaan dengan transaksi tersebut. Baginda menjawab, tidak mengapa asalkan ia dilunaskan berdasarkan harga matawang pada hari bayaran tersebut.”

Berbalik kepada persoalan di atas, sekiranya seseorang membeli USD kerana takut RM jatuh atau kerana apa apa tujuan, maka ia adalah harus dengan syarat pertukaran berlaku secara tunai dan pertukaran dibuat dalam majlis aqad tanpa sebarang penagguhan serahan mana mana matawang yang ditukarkan/dibeli. Tetapi dia juga perlu sedar tidak semestinya USD sentiasa naik, dengan itu ia bukannya menjamin keuntungan. Harga matawang sentiasa berubah rubah. Peniaga matawang juga sentiasa berdepan dengan risiko naik turun matawang yang diniagakan.

Wallahua’lam

Oleh Pakar Muamalat Prof Madya Dr Azman UIA Rujukan http://drazman.net/2015/10/tukar-duit/

24/10/2015 Posted by | Bicara Ulama, Muamalat (Harta), Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

Membeli Matawang Asing Ketika Nilai Ringgit Jatuh

image

Membeli Matawang Asing Ketika Nilai Ringgit Jatuh

Q&A BERSAMA PAKAR MUAMALAT PROF MADYA DR AZMAN (UIA)

Membeli Matawang Asing Ketika Nilai Ringgit Jatuh

Salam. Tuan, saya mohon penjelasan. Halal or haram jika ada seorang ni dia pergi ke money changer dan tukar duit malaysia ke duit singapura. Lepas berlalu tempoh masa nilai wang malaysia ni jatuh. Dia pun tukar balik duit singapura ke duit Malaysia sebab nilai dia dah meningkat. Boleh ker? Adakah ini trglng dln forex jugak? Jika haram, apakah faktor pengharamannya?

Jawapan

Menukar duit atau membeli matawang asing adalah harus. Ia dipanggil al-sarf. Dahulunya dinar ditukar dengan dirham. Pada zaman Rasulullah harga 1 dinar sama dengan 8 atau 10 atau 12 dirham. Bahkan ada banyak riwayat berkenaan pertukaran dirham dan dinar beserta pembayaran dalam dirham bagi jualan tangguh bayaran yang mana harganya dipersetujui dalam dinar. Begitulah disebaliknya, sesuatu dijual dengan dirham secara tangguh, dilunaskan dengan dinar sebagaiman yang disebut dengan jelas oleh Abdullah bin Omar.”Daku menjual unta dengan dirham (perak) dan menerima bayaran (credit/ansuran) di dalam dinar dan adakalanya daku menjual unta dengan harga dinar (emas), dan menerima bayaran dengan dirham. Aku bertanya Rasulullah SAW berkenaan dengan transaksi tersebut. Baginda menjawab, tidak mengapa asalkan ia dilunaskan berdasarkan harga matawang pada hari bayaran tersebut.”

Berbalik kepada persoalan di atas, sekiranya seseorang membeli USD kerana takut RM jatuh atau kerana apa apa tujuan, maka ia adalah harus dengan syarat pertukaran berlaku secara tunai dan pertukaran dibuat dalam majlis aqad tanpa sebarang penagguhan serahan mana mana matawang yang ditukarkan/dibeli. Tetapi dia juga perlu sedar tidak semestinya USD sentiasa naik, dengan itu ia bukannya menjamin keuntungan. Harga matawang sentiasa berubah rubah. Peniaga matawang juga sentiasa berdepan dengan risiko naik turun matawang yang diniagakan.

Wallahua’lam

Oleh Pakar Muamalat Prof Madya Dr Azman UIA Rujukan http://drazman.net/2015/10/tukar-duit/

20/10/2015 Posted by | Bicara Ulama, Muamalat (Harta), Q & A (Soal Jawab) | Leave a comment

Biar miskin Harta jangan miskin Iman

SOALAN:
Saya menjalankan perniagaan dalam bidang pembinaan. Selain persaingan mendapat kontrak, ada permintaan tertentu dalam bentuk entertainment.Yang menjadi masalah, adakalanya bentuk keraian itu melibatkan minum arak dan juga melanggan gadis pelayan pelanggan. Apa hukumnya walaupun saya selalu cuba mengelak daripada terlibat dalam hal sebegini?

JAWAPAN:

Islam sangat menitikberatkan umatnya supaya berusaha dengan gigih dalam aktiviti pencarian rezeki. Jika ditinjau daripada skop keusahawanan, setiap tindakan dan usaha yang dilakukan oleh setiap pengusaha adalah terikat dengan konsep yang diistilahkan sebagai ibadah.

Oleh kerana ia dinilai sebagai ibadah, sudah tentulah ia perlu dilakukan secara ikhlas dan jujur berasaskan kepada ketaatan dan kepatuhannya kepada Allah SWT yang Maha Berkuasa.

Di samping itu juga, setiap aktiviti dan amalan yang terangkum dalam skop keusahawanan tersebut perlu terikat sepenuhnya kepada tata cara muamalah Islam.

Bertitik-tolak daripada pengertian tersebut, Islam menuntut setiap manusia berusaha mengolah segala sumber yang dianugerahkan untuk memenuhi keperluan mereka dengan cara yang halal dan bersih daripada unsur-unsur kekejian yang menyalahi prinsip syarak.

Keperluan mematuhi perkara tersebut adalah sebahagian daripada perkara asas sebagaimana yang dituntut oleh al-Quran dan al-sunnah.

Melalui persoalan yang saudara kemukakan jelas bahawa dalam proses pencarian rezeki ada keterlibatan dalam aktiviti yang tidak diredai dalam syariah islamiah.

Pertamanya, dalam sudut akhlak ia sangat bertentangan dengan moral dan norma Islam. Orang Islam ditegah menghadiri acara yang secara terang-terang bertentangan dengan Islam, minum arak, orang Islam ditegah, apatah lagi menganjurkan.

Sedangkan dalam hadis-hadis Rasulullah SAW telah menegah dengan tegas bahawa arak adalah ibu kepada segala punca masalah. Malahan baginda mengkategorikan penanam anggur (tujuan menghasilkan arak), pemetiknya, pemerahnya sehinggalah kepada penghidangnya, kesemua mereka termasuk dalam golongan yang melakukan dosa besar.

Walaupun aktiviti entertainment yang saudara terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung, saudara tetap dilihat orang yang bersubahat. Biar apa pun maksud saudara ia tetap haram.

Selain arak, disediakan pula layanan dari wanita-wanita seksi sebagai penghibur. Maka sempurnalah maksiat ke peringkat yang maksimum. Apabila ada arak dan wanita sebagai pelaris dan pelincir tiada lain yang diundang melainkan kemurkaan Allah SWT. Perkara ini lebih kepada rasuah arak dan seks.

Ini bukan kali pertama saya ditanya mengenai hal sebegini, malahan saya pernah ditanya sebelum ini mengenai soalan yang hampir sama. Nampaknya, memang sudah kian lama wujud sikap sebegini dalam kalangan peniaga atau usahawan dalam melobi projek yang diinginkan.

Mungkin ini berlaku kerana dua punca. Pertama, kerana ada pihak yang memberi dan ada pihak yang menerima. Kedua-duanya tetap berdosa dan perbuatan mereka adalah haram.

Yang pastinya, peniaga kerap kehilangan projek, walaupun telah melabur dalam pelbagai aktiviti melobi. Yang untung pihak yang meluluskan atau memberi kata putus kepada projek tersebut.

Kalau ada 10 orang yang melobi belum tentu semua dapat. Jadi yang kenyang adalah pihak yang diraikan dalam aktiviti-aktiviti haram.

Rezeki yang tidak berkat

Jelasnya, rezeki yang diperolehi melalui aktiviti yang sebegini pastinya tidak diberkati Allah SWT.

Ini berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud: Katakanlah: Adakah kamu lihat apa yang diturunkan Allah untuk manfaat kamu itu sehingga dapat kamu jadikan sebahagian daripadanya haram, dan sebahagian lagi halal? Katakanlah lagi: Adakah Allah izinkan bagi kamu berbuat demikian, atau kamu hanya mengada-adakan secara dusta terhadap Allah?(Yunus: 59)

Mengulas ayat di atas, Ibn Kathir memberi pandangannya bahawa Allah SWT mencela golongan yang dianugerahkan dengan rezeki-Nya tetapi sebahagian daripada rezeki tersebut dinyatakan haram dan sebahagian daripada yang lain ditafsirkan halal menurut keperluannya sendiri.

Hakikatnya, manusia tersebut hanya menurut kehendak hawa nafsu dan akal fikiran semata-mata tanpa bersandarkan tafsiran agama.

Oleh yang demikian, manusia bertindak mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah SWT dan menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah SWT. Bagi mereka ini, azab seksaan yang pedih pada hari akhirat.

Islam memuji penganutnya yang berusaha melibatkan diri dalam sektor keusahawanan ataupun perdagangan. Namun begitu, usaha mencari keuntungan melalui jalan tersebut perlulah melalui saluran yang halal dan diberkati oleh Allah SWT.

Justeru, individu usahawan yang berusaha secara tekun melalui jalan yang dihalalkan oleh syarak sudah pasti akan diredai oleh Allah. Sekali gus mendapat pengiktirafan tinggi oleh agama sebagai usahawan yang berjaya.

Atas kemuliaan prinsip tersebut, muamalah Islam memberi peringatan kepada para pengusaha supaya tidak terlibat dalam perkara-perkara yang mengandungi unsur-unsur seperti riba, menipu, memanipulasi harga, rasuah dan sebagainya.

Realitinya, tindakan-tindakan yang dinyatakan tadi bertentangan dengan kepentingan maqasid al-syariah iaitu bertunjangkan prinsip keadilan, menjauhi unsur-unsur kezaliman dan juga kepentingan memelihara harta.

Ingat Rasulullah SAW berpesan bahawa para peniaga akan dibangkit dalam keadaan untung mahupun rugi, sabda baginda yang bermaksud: “Sesungguhnya para pedagang akan dibangkitkan kelak pada hari kiamat sebagai orang yang curang, kecuali orang-orang yang bertaqwa kepada Allah, berbuat kebajikan dan jujur. (al-Tirmidzi)

Tidak ada makna saudara beroleh satu projek dengan menggadaikan iman dan takwa, lebih-lebih lagi Islam tergadai di dalam aktiviti entertainment melobi. Biar kita miskin harta, jangan miskin iman.

Saya ingat pesan isteri kepada suaminya sebelum keluar mencari rezeki, katanya: “Ingatlah wahai suamiku, sesungguhnya kami sanggup menanggung keperitan kemiskinan, tapi kami tidak sanggup menanggung seksa api neraka”.

Doa saya agar Allah SWT memberi saudara kekuatan menghadapi dunia perniagaan dengan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT.

[Sumber: JAKIM]

26/03/2013 Posted by | Muamalat (Harta), Q & A (Soal Jawab) | , | Leave a comment

   

%d bloggers like this: