Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Bersatu demi Islam

Masyarakat Melayu perlu bersatu dalam apa jua keadaan yang mencabar, sebagaimana disaksikan sekarang tetapi sama sekali tidak boleh terpengaruh dengan mana-mana pihak yang menjadikannya sebagai agenda politik.

Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya berkata, bersatu mesti diusahakan tetapi bebas daripada pengaruh politik kerana parti-parti politik mungkin menggunakan usaha itu untuk kepentingan masing-masing.

Katanya, perpecahan berlaku di mana-mana sahaja kerana ada kezaliman dari satu pihak yang mempunyai kuasa.

“Satu negeri tak diberi royalti, mesti ada pihak yang marah dan ini realitinya, zalim kepada saudara sendiri, puncanya ialah gila kuasa.

“Jangan terpengaruh dengan politik kerana kita semua tahu hala tuju apatah lagi kita ini orang Islam yang mempunyai ajaran yang jelas,” kata beliau yang menjadi ahli panel Wacana D’Raja di Kelantan Trade Centre di sini malam tadi.

Wacana anjuran Kumpulan Media Karangkraf itu diadakan sempena Karnival Walk With Me yang berakhir hari ini.

Wacana dipengerusikan oleh Presiden Persatuan Peradaban Melayu Malaysia, Datuk A.Aziz Deraman.

Dua ahli panel yang lain ialah Ahli Dewan Negara, Datuk Dr Johari Mat dan Pengasas dan Pemangku Ketua Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik Universiti Malaya, Prof Datuk Mohamad Abu.

Wacana kali ini membicarakan tajuk “Bersatu Demi Islam”.

Dr Johari pula menegaskan bahawa umat Islam sememangnya boleh bersatu sekiranya meletakkan Islam sebagai asas dan perpecahan berlaku apabila masyarakat Islam meninggalkan ajaran Islam itu sendiri.

“Semua manusia mempunyai destinasi sama iaitu alam akhirat, jadi ia tidak ada sebab untuk umat Islam berpecah, sejarah membuktikan manusia menjadi lemah kerana tidak berpegang kepada agama,” katanya.

Katanya, generasi yang benar-benar memahami Islam sukar dibentuk kerana sistem pendidikan lebih memberi keutamaan kepada fardhu kifayah berbanding fardhu ain sehingga pelajaran agama bukan menjadi syarat lulus dalam peperiksaan.

“Apabila Islam tidak diikuti dengan betul, maka berleluasalah gejala social, ditambah pula penguatkuasaan yang lemah,” katanya.

Sementara itu, Mohamad berkata, Melayu diajak bersatu apabila ada desakan dan cabaran dari luar.

“Orang Melayu diajak bersatu bila negara dijajah dan kempen perpaduan juga muncul ketika perayaan tertentu seperti Maal Hijrah dan Maulidur Rasul sedangkan semangat perpaduan sepatutnya sedia tertanam dalam jiwa.

“Kita lebih memberi tumpuan kepada perpaduan nasional berbanding perpaduan Islam sehingga membantutkan usaha ini sehingga kini. Susah sampai masanya idea perpaduan lahir dari sanubari umat Islam itu sendiri,” katanya.

Sumber:- http://www.sinarharian.com.my

13/05/2012 - Posted by | Bicara Ulama, Renungan & Teladan | , , , ,

5 Comments »

  1. Reblogged this on DUNIA.

    Like

    Comment by Acor | 27/05/2012 | Reply

  2. Salam alaik

    Terima kasih. Bersatu demi Allah dan RasulNya, demi Al-Quran dan Sunnah, demi Komuniti yang Makmur, demi Akhirat Yang Kekal.

    Ia tiada kaitan dengan Al-Qaedah, tiada kaitan dengan Taliban, tiada kaitan dengan PAS dan tiada kaitan dengan Melayu UMNO. Semuanya ini politik dan semangat asabiyah yang tidak membawa sebarang manfaat.

    Adakah dengan meletakkan Hukum Hudud memberi petanda keISLAMANan seseorang?

    Petanda Islamnya seseorang itu berkait terus dengan AKHLAK ketika bersendiri, akhlak terhadap keluarga, terhadap jiran, terhadap rakan, terhadap orang yang berilmu, terhadap orang yang tidak dikenali dan terhadap orang bukan Islam.

    Islam berkembang bukan dengan Hukum Hudud, Islam berkembang dengan AKHLAK.

    Hudud hanyalah 1/6 kecil dari Syariah. Selainnya adalah AKHLAK , NILAI MURNI dan STANDARD ketika berinteraksi.

    Apabila akhlak majoriti menjadi baik, Hukum Hudud akan diterima secara automatis, malahan sangat-sangat di-ingini.

    Tujuan Rasul Akhir Zaman adalah untuk membawa manusia kepada Bertaqwa kepada Allah. Dan orang yang bertaqwa biasanya mempunyai Akhlak Yang Baik dan memberi manfaat kepada sesiapa jua serta sentiasa berlaku adil.

    Contoh ialah Sayyid Abu Bakar, Sayyid Omar, Sayyid Osman, Sayyid Ali serta kebanyakan sahabat Rasulullah.

    Formula Rasulullah ialah AKHLAK terlebih dahulu untuk melembutkan hati-hati yang sudah keras. Gerakan seperti ini lebih meyakinkan dan pasti berjaya.

    Kalau inginkan Hudud segera dilaksana, ia semuanya bermula di dalam setiap rumah. Pastikan anak-anak dan keluarga mendapat didikan nilai murni dan akhlak yang baik. Dan didikan yang paling berkesan ialah dengan IKHLAS dan KASIH SAYANG. Tauladan paling penting adalah ibubapa sendiri.

    Kalau ibubapa cakap lain bikin lain dan tak tunjuk AKHLAK BAIK, anak-anak hanya menanti ibubapa mati untuk buat sesuka hati kelak. Hukum Hudud tinggal dalam kertas.

    Jadinya IBUBAPA PERLU PERBAIKI AKHLAK DULU, menurut formula Rasulullah.

    Like

    Comment by Mann Trex | 17/05/2012 | Reply

    • Salam kepada semua pembaca..

      – Asabiyah ialah merupakan fahaman yang didokong oleh yahudi. Fahaman bersifat bangsa tiada dalam Islam. Setakat ini apa yg saya lihat Pas bukan Asabiyah.

      – Sila nyatakan hadis2 atau nas2 yg menyatakan Islam tiada dlm politik. “Politik” itu hanya satu perkataan. Tetapi definisi politik itu yg menyebabkan ianya perlu untuk kearah Kenegaraan Islam. Tanpa politik penguatkuasaan sistem Islam tidak boleh dilaksanakan. Tanpa kuasa politik, mahkamah syariah pun tidak mungkin wujud, malah Islam sbg agama rasmi juga tidak mungkin wujud.

      – Hudud ialah 1/6 drpd syariah, tidak bermakna ia boleh diabaikan. Kalau no.1 boleh abai, kenapa tidak no.2 dan no.3. Serupalah seperti rukun mengerjakan Haji apabila telah berkemampuan.

      – Negara kita negara Islam yg merdeka lebih 50 tahun, tetapi masih gagal mewujudkan masyarakat yg kondusif untuk melaksanakan Hudud. Akhlak orang Islam yang semakin meruntuh sememangnya penanda aras kejatuhan Islam yg telah menyebabkan Hudud semakin jauh untuk dapat dilaksanakan. Pemerintah Islam kita sendiri telah gagal mempertahankan syariat Islam, jauh lagi lah untuk mengembangkannya. Jika persekitaran politik dan sosial sebegini berterusan untuk 50 tahun akan datang, nescaya Islam bakal tinggal hanya pada nama sepertimana yg berlaku kepada Islam Bosnia.

      – Apabila pemimpin Islam kita telah mula berani mempersenda Hudud dan disokong oleh seluruh pasukannya, maka sudah tiba masanya pasukan itu perlu ditukar. Ada banyak contoh yang boleh kita lihat dan dengar penolakan mengikut hujah logik dan penyindiran melalui youtube. Tiada bezanya mempersenda Hudud dengan mempersenda Al Quran sebab Hudud adalah nas yang jelas disebut didalam Al Quran.

      – Janganlah disebut “Adakah dengan meletakkan Hukum Hudud memberi petanda keISLAMANan seseorang?” kepada mereka yang ikhlas ingin menegakkan Hudud. Bolehkah kita bertanya “Adakah dengan menunaikan Haji memberi petanda keISLAMANan seseorang? kepada orang ingin mengerjakan Haji? Walhal soalan kedua itu lebih relevan sebab Solat diaplikasi kepada INDIVIDU dan Hudud diaplikasi kepada PERUNDANGAN. Namun kita tetap tidak boleh bertanya begitu, kerana ianya seolah-olah menyindir amalan yang telah digarispanduankan oleh Allah swt.

      – Setelah lebih 50 tahun merdeka, Islam gagal menambat hati orang bukan Islam yang hidup bermasyarakat dengan kita. Hakikatnya masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia telah sama2 berpaksi kepada budaya barat apabila corak hidup, sosial, hiburan dan kekayaan telah dijadikan sebagai satu simbol kemodenan dan kejayaan seseorang individu itu.

      – Hati masyarakat terbuka kepada Pas bukan kerana Hudud semata-mata. Tetapi kerana objektif mereka untuk menuju kearah Kenegaraan Islam. W/pun Hudud memang sukar untuk dilaksanakan secara mengejut, tetapi sekurang-kurangnya niat mereka adalah ke arah melaksanakannya, jauh sekali mempersendakannya.

      – Sepatutnya hanya perlu ada 2 kuasa sahaja sebagai garis panduan umum di Malaysia iaitu Muslim dan Non-Muslim (jika Islam dapat bersatu). Hak keistimewaan itu bukanlah dengan bergaris panduankan hak orang Melayu tetapi hak orang Islam. Mungkin ada yang berpandangan, bangsa lain akan mengambil kesempatan untuk masuk Islam dan mendapatkan kuasa dan menyimpulkan ianya sesuatu yang mustahil untuk dilaksanakan. Adalah pelik jika seorang mukmin boleh berfikiran begitu. Sebabnya ialah tiada yang mustahil jika kita yakin dengan Allah dan melaksanakan Islam dengan cara yang diredhai Allah. Orang melayu wujud di bumi Malaysia ini pun adalah dengan kehendak Allah swt, bukan atas kehendak nenek moyang kita dahulu. Apabila ia datang daripada Allah, maka dengan cara digariskan Allah jugalah cara yang perlu mempertahankannya. Dan yang paling pasti ialah “mempertahankan bangsa” tidak ada dalam garis panduan tersebut melainkan “mempertahankan Islam”.

      – Politik bangsa hanya mewujudkan prasangka buruk yang berpanjangan dan tiada penghujungnya. Sudahnya emurnian Islam itu sendiri telah tersekat dengan “barier” prasangka kaum itu. Adalah mustahil untuk Cina/India masuk Melayu untuk menjadi saudara kita. Hanya Islam sahaja jawapannya untuk kita dan mereka unite bersama.

      – Persoalannya, adakah dengan cara Politik bangsa yang diamalkan pada masa sekarang dapat membantu kita ke arah Bersatunya Islam, kemudian Berkembangnya Islam dan sekaligus mewujudkan Kenegaraan Islam. Sudah tentu jawapannya TIDAK!

      Saya doakan yang terbaik untuk kegemilangan Islam dan semoga Allah memberkati negara kita beserta semua penduduk-penduduknya amin…

      Like

      Comment by Asal Usul | 15/10/2012 | Reply

  3. Islam memang mengarah kepada natijah persatuan Ummahnya demi agama bukan kerana bangsa atau wassatan semata-mata. Oleh yang demikian kenapa satu pihak yang ada dinegara ini tidak setuju dengan hukum islam dan satu pihak lagi setuju tapi ambil jalan bersekutu pula dengan mereka yang ingin orang Islam memasuki lubang biawak?
    Dalam hal ini sepatutnya kita melihat tindak tanduk pihak yang tidak ingin malahan benci kepada Islam untuk memakmurkan negara ini dengan beberapa strategi halus dan nyata mereka, antaranya tidak menerima peraturan Islam tapi menerima perkara yang hampir atau serupa dengan amalan mereka. saya ingin menarik perhatian semua pihak yang berkenaan kenapa sistem pendidikan dipinda sesuka hati hingga hilang soal tulisan jawi, belajar Alquran dan hykum hakamnya? Laporan Razak dan Rahman MANA PERGI SEKARANG INGIN BINCANG PULA? Apakah orang melayu terlalu bertoleransi hingga ke lubang biawak baru sibuk dan yang paling sibuk adalah dekat pru macam-macam isu timbul bila dah berkuasa hampas? oleh sesuai kita fikir dengan pemikiran bijaksana agar keadaan ISLAM tidak lenyap ditelan zaman. Jangan jadikan retorik perjuangan politik! Kalau kita lihat secara mata hati jika difokus kepada waktu orang Islam mati yang diterima Allah SWT adalah doa muslim dan muslimat dan yang nyatanya orang bukan Islam tidak ada. Agak-agaknya kita nak mati nanti siapa yang perlu ada disamping kita?

    Kenyataan ulama yang tidak bergelar ular dalam semak memang sedar Islam Adalah Jalan Penghidupan ini tapi sayang kepentingan Politik menjadi agenda pihak tertentu dan yang sedih bila ada orang mengatakan keperluan Islam sebagai urusan hidup dipandang sinis dan dibuang jauh-jauh dengan label taksub, fundemetal, kunon, tidak membangun serta berbagai lagi. Pembilaannya tak menyeluruh kalau adapun hanyalah kesampingan dan isu pinggiran sahaja. Keadaan sekarang kita tergadai agama dan bangsa kerana kepentingan politik sesuatu pihak tertentu.

    Mungkin kematian umat Islam nanti tak perlu di Solatkan atau suruh pihak berkenaan bertafakur sahaja????? Lontaran ini kita fikir bersama serta mendidik anak cucu kita ke arah yang benar lagi betul atas Islam ways of life.

    Like

    Comment by bakri ismail | 17/05/2012 | Reply

  4. Setuju sangat lah kita kena bersatu atas nama islam. jadi saya cadangkan bubarkanlah segala yg tak taat dan patuh hukum Allah swt dan rasulnya saw.

    Like

    Comment by suhaili sahari | 14/05/2012 | Reply


Leave a comment