Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Gelaran “ULAMA” atau “MURSYID” yang begitu murah pada hari ini

Hari ini, orang yang berkata-kata kesat, tidak memelihara hak sesama Muslim saperti mengata,memfitnah, mengaibkan dan menjatuhkan maruah orang lain , merendah rendah kan umat Islam, bahkan mencaci dan mengkafir sesama Muslim, tidak menghormati Rasulullah SAW dan ahli keluarga baginda r.a., tidak menghormati ulama ulama  terdahulu dan terus dipanggil seorang ulama atau mursyid kerana mereka popular di dalam program TV dan internet ataupun menggenggam segulung ijazah PhD ataupun memimpin sebuah parti politik,  atau memasuki parti politik atau menubuhkan persatuan di atas nama persatuan ulama atau memimpin sebuah NGO  Islam dan sebagainya. Sungguh murah gelaran ulama ini.

Al-Quran tidak menyatakan sifat para ulama itu sebagai mereka yang suka mencabar orang lain untuk berdebat2 atau petah berkata2,atau ramai pendengar apabila berceramah, atau banyak karangannya atau banyak pengikutnya atau luas pengaruhnya atau hebat fizikalnya atau memiliki PhD atau gelaran Profesor dan lain-lain. Namun begitu, al-Quran mengunci kemas istilah ulama itu dengan “ketakutan kepada Allah SWT”.

Imam al-Ghazali menyatakan lima ciri-ciri yang ada pada para ulama’ yang besar yang disepakati ummat ini seperti Imam al-Shafie, Imam Malik, Imam Abu Hanifah, Imam Ahmad Ibn Hanbal dan Imam Sufyan al-Thawi iaitu:

“Setiap daripada mereka itu kuat ibadahnya, zuhud, berilmu dengan ilmu-ilmu akhirat, dan faqih di dalam maslahat makhluk di dunia (faqih dalam ilmu hukum ahkam zahir fiqh), dan mengkehendaki dengan ilmu mereka keredaan Allah”

Seorang ulama atau mursyid bukan sahaja mempunyai ciri-ciri ini, namun dia juga mampu mendidik ciri-ciri ini pada anak-anak didiknya, ahli ahli jemaah atau partinya dan masyarakat sekiranya sekaliannya mempunyai niat yang benar dan sahih.

Jadi, sedarlah kita bahawa kedudukan ulama atau mursyid itu terlalu tinggi untuk dimurahkan istilahnya pada hari ini.

Marilah kita ambil pengajaran dari al-Quran.

Semoga Allah SWT menunjukkan kita jalan yang lurus. Al-Fatihah

(Rujukan: Syarah Pondok Habib)

18/10/2011 - Posted by | Tazkirah | ,

2 Comments »

  1. guru mursyid itu sgt sukar dikenali adakalanya tidak masuk akal..maaf

    Like

    Comment by Muhammad Taufan Ibrahim | 20/10/2011 | Reply

  2. Assalamualaikm to all muslim bro and sis,

    Seorang Guru / Ulama tidak semestinya pula dia seorang Mursyid tetapi seorang Mursyid biasanya dia itu seorang Guru / Ulama. Guru yang mursyid adalah Ibarat nabi bagi umat dizamannya. Khabarnya, ” Setiap seratus tahun lahirlah satu jiwa yang sempurna, sebagai Mujaddid dalam agama sesuai dengan zaman, tetapi bukan pula membawa agama baru kerana tidak ada lagi agama yang diredhai Allah selain Islam”

    Dapat dikatakan bahawa Guru yang Mursyid itu adalah Ibarat Extension Cable yang langsung sambung bersambung silsilah rohaninya daripada Penghulu segala Mursyid iaitulah Rasulallah SAW. Supaya tidak dikatakan Tuhan tidak mengutus seseorang pada sekelian umat pada setiap zaman. CUMA ramai manusia menolaknya kerana merasakan mereka sudah “pandai” kerana Ilmunya sudah banyak tetapi mereka lupa bahawa yang diberikan amanah oleh Allah untuk menyebar luaskan rahmatnya adalah seorang yang buta huruf / ummi. Dia hanya Tukang Kata, kerana kalamallah yang sebenarnya itu tidak berhuruf dan tidak bersuara dan hanya merupakan getaran yang hanya dapat ditangkap oleh hati ‘seorang mukmin’ Perbandingannya adalah seperi tape rekorder yang kalau tidak dibuka volumenya hanyalah merupakan ‘getaran’ bila dipasang . on speakernya baru kedengaran suaranya.

    Jadinya dia pasti ‘mewarisi’ sesuatu sebagaimana diwariskan Tuhan keatas Rasulallah SAW. Kata Imam al Ghazali, menemuinya ibarat menemui Kibret Merah [ Sejenis batu permata yang mengeluarkan cahaya yang cahayanya membolehkan orang bertenun kain dibawahnya] jadi Nadhir lah ditemui jika ‘hati kita besar’….Apatah lagi dia tidak mendabikkan dirinya, kerana sesiapa yang menemuinya wajib taat kepadanya sebagaimana mentaati Rasul kerana dia pun tidak membawakan sesuatu melainkan yang sama seperti dibawakan rasul. Wallhu’alam.

    Dengan maaf jua.

    HBI

    Like

    Comment by Hadi Arief | 18/10/2011 | Reply


Leave a comment