Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Orang PAS – hentikan sikap suka menghina sesama Muslim

Saya kenal rapat dengan Almarhum Ustaz Fadzil Noor (Pak Sheikh) dan saya TURUT bertanggungjawab mengkahwinkan anak lelaki beliau Saudara Aiman dengan adik ipar saya Siti Zaharah, seorang peguam. Saya pernah jadi ahli PAS Pandan Indah pada 1999, dibawa masuk oleh seorang Ustaz dari Kelantan yang berniaga di pasar malam di Desa Pandan. Jadi kita sekapal gamaknya. Cuma saya tak suka cara berpolitik PAS, suka melihat kesalahan orang tetapi tidak mampu mengubahnya. Allah marah kepada hambaNya yang munafiq!


Dalam kes anak saya, saya sebagai ayah kenal siapa anak saya, cuma kerana tidak bertudung ketika itu, saudara bebas mengata beliau macam-macam. Dimaklumkan, Islam yang mana satu yang saudara bawa? Islam PAS atau ajaran Muhammad SAW yang tulin dan benar? Jika tulin, saya tegaskan, Islam bukan parti politik kerana parti politik hanya memecahbelahkan masyarakat kerana ia menggalakkan manusia berpuak-puak. Lupakah saudara tentang pertentangan di antara puak Yazid dan Ali? Antara Muawiyah dan Pencinta Keluarga Nabi? 

Saya tak tahu status saya dalam PAS tetapi saya tak mahu orang Melayu dan Islam berpecah semata-mata kerana ideologi ciptaan manusia dan berpolitik mengikut parti, mengikut hawa dan nafsu. Saya tak sehebat Anwar atau siapa pun termauk Nik Aziz di luar sana kerana Anwar dan Nik Aziz pun bukanlah hebat sangat sebab satu hari nanti beliau pasti akan mati juga. Yang hebat dan perkasa hanyalah Allah SWT dan keranaNya kita bisa bertemu di alam maya ini. 

Saya insaf sebab saya bukan Ustaz, tetapi guru saya ialah Ustaz Haji Ismail Tekan, pengarang dan pendakwah seangkatan dengan Buya HAMKA. Saya juga pernah berguru dengan Almarhum Tuan Haji Ibrahim Ahmad (Negeri Sembilan) dan Almarhum Haji Lebai Maidin Haji Ismail, guru Tarekat di Gombak. Apa pun tuduhan saudara saya terima dan kita tentunya akan bersoal jawab lagi di akhirat kelak. Saya seperti Mufti Perak, ingin melihat orang Melayu Islam bersatu kerana perpaduan sesama Muslim akan membolehkan kita mengatasi ancaman ekonomi dan sosial dari barat dan dari dalam negeri. Orang Cina dan India telah semakin maju mengatasi kita. Buktinya… berapa keratkah peguam Muslim dalam Majlis Peguam? Baru-baru ini peguam hindu mempertikaikan bidang kuasa Mahkamah Syariah berkaitan dengan Isteri Moorthy, dan mereka akan bawa kes ini ke Mahkamah Agung, apa komen saudara? Berapakah bilangan doktor, dentist, pharmacist, jurutera mekanikal bertaraf Ir di kalangan bangsa Melayu? Berapakah jumlah keseluruhan harta orang Islam berbanding harta dan kekayaan kaum Cina dan India? Jawapnya ialah kita hanya memiliki tak sampai pun 12% hartatanah di Kuala Lumpur. Kita tak perlu menghancurkan UMNO atau PAS tetapi harus sama-sama mengukuhkannya kerana apa yang kita kejar sebenarnya sama, sebuah negara Islam yang aman, stabil dan makmur. 

Seperti saudara, saya dan keluarga juga ingin masuk syurga, malah sewaktu di Mekah, guru saya berpesan, teruskan perjuangan untuk membela dan menyatukan orang Melayu kerana kekuatan politik negara sangat bergantung kepada sejauh mana orang Melayu dapat disatukan… PAS dan UMNO jika bersatu boleh meakukan yang terbaik untuk negara! Allah SWT maha mengetahui, kita hanya mampu merancang, hanya Dia yang menentukannya. Memang, untuk mengubah aliran sungai mungkin mudah tetapi untuk mengubah sikap dari yang kurang baik kepada yang lebih baik amat payah, Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan kaum tersebut berusaha untuk mengubahnya sendiri. Sesungguhnya selepas peperangan Badar Nabi SAW berpesan, selepas ini peperangan yang lebih besar dan lebih berat ialah peperangan untuk mengalahkan hawa dan nafsu serta keegoan!

Saya tak kecil hati langsung kerana saudara memperlekehkan usaha saya atau siapa saya, itu tak relevan kerana seperti kata isteri saya, Hajjah Azizah Haji Mohd Dom dan Puan Zahaini Othman, kami di Baitul Ibadah bukan nak mengIslamkan orang diluar sana, kita hanya ingin dan wajib mengIslamkan isteri, anak-anak dan keluarga kita terlebih dahulu. Saya sering bertanya kenapa orang PAS kenapa mereka suka marah-marah? Saya sendiri sewaktu menjadi Pemantau dan Pelapor Pilihanraya (SB) di Sungai Petani dan Pendang pernah dituduh kafir oleh pengikut PAS di sana semata-mata kerana saya berada di dalam kelompok UMNO dan BN sedang membuat liputan.

Tak apalah saudara, saya tak berminat nak bertekak dan bergaduh sebab dah penat, lagipun dah tua. Cuma saya harap, kalau datang ke Kuala Lumpur, singgahlah ke rumah saya di Kampong Malaysia Tambahan, Bandar Tun Razak. tentang Nor Izani biarlah saya yang selesaikannya kerana dia sangat marah dengan saudara. Katanya, apa hak Ustaz untuk menentukan syurga dan neraka? Dia kata Ustaz sebiji macam Ustaz dia kat sekolah menengah sains dulu.

Umat Islam sedang dihimpit oleh dua tamaddun gergasi, Cina dan India

Wassalam.

HAJI NASERON BIN HAJI ISMAIL
DPA (ITM), BA (GWU(, MA, MII, Ph.D (Walden) (InsyaAllah)
Principal, Baitul Ibadah
AKADEMI SENI BELADIRI FIGHT BACK!

(Aliran Budokan Lian @ Buah Pukul Mersing)

Advertisements

21 August 2010 - Posted by | Politik dan Dakwah

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: