Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Ambil tempat duduk orang lain dalam saf.

Trick hina nak ambil tmpt duduk org lain.
Biasa jadi masa solat jumaat.

Hari ni aku dtg masjid awal drpd biasa. masa aku datang, budak (panah hijau) tu duduk sambil baca kitab sebelah abang dia (kopiah putih).

Mamat baju putih tu datang lambat. Masa budak tu bangun nak letak kitab, dia cepat² selit antara saf dan amek spot budak tu dan cepat² angkat takbir (solat sunat). budak tu patah balik sambil terpinga². Dah habis solat buat² tak reti.

Perbuatan ini dilarang seperti hadith yang diriwayatkan oleh Abu ‘Awanah bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ قَامَ مِنْ مَجْلِسِهِ، ثُمَّ رَجَعَ إِلَيْهِ فَهُوَ أَحَقُّ بِهِ

Maksudnya: “Sesiapa yang bangun dari tempat duduknya, kemudian dia kembali semula kepada tempat itu, maka dia lebih berhak dengannya (tempat tersebut).”

Riwayat Muslim (2179)

Imam al-Nawawi menyatakan, hadith ini adalah berkenaan orang yang duduk pada suatu tempat di dalam masjid, lalu dia tinggalkan sekejap tempat itu untuk kembali semula, bagi tujuan untuk berwuduk atau menunaikan suatu keperluan yang sedikit. Kemudian dia kembali, maka tidak terbatal haknya ke atas tempat tersebut. Bahkan sekiranya dia kembali, dia lebih berhak ke atas tempat itu untuk solat. Begitu juga, jika ada orang lain yang duduk di tempatnya, dia boleh membangunkan orang tersebut. Manakala bagi orang yang duduk pula hendaklah bangun dan beredar dari tempat tersebut berdasarkan hadith ini. Inilah pendapat yang sahih di sisi ulama mazhab Syafi‘i iaitu wajib ke atas orang yang duduk itu untuk beredar dari tempat tersebut, sekiranya orang yang awal kembali semula (dan mahu duduk di tempat itu).

(Lihat al-Minhaj Syarh Sahih Muslim, 14/161-162)

Petikan dari Sahabat FB

22/06/2024 - Posted by | Berita dan Isu Semasa, Fiqh, Ibadah, Q & A (Soal Jawab) |

No comments yet.

Leave a comment