Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Amalan umat Islam di Nusantara adalah berasaskan kepada hadith2 yg sahih. Hadith2 daif sekadar sokongan dan sampingan.

Olih Dr Mohd Murshidi Mohd Noor

Amalan umat Islam di Nusantara adalah berasaskan kepada hadith2 yg sahih. Hadith2 daif sekadar sokongan dan sampingan. Ia sekadar utk menggalakkan orang ramai beramal, serta menakutkan seseorang utk melaksanakan kemaksiatan.

Hadith sahih adalah sumber kepada penghujahan dan pengamalan. Ramai ulama yg menghimpunkan hadith2 yg sahih. Antaranya yg terawal ialah Imam Malik, diikuti oleh Imam al-Bukhari, Imam Muslim, Imam Ibn Khuzaymah, Imam Ibn Hibban dan seumpama mereka.

Banyak hadith daif yg boleh naik tingkatan kepada hasan kerana status kedaifan yg ringan, serta disokong oleh kepelbagaian sanad hadith.

Bagi hadith yg kedaifannya agat berat, ia diteliti oleh para ulama utk beramal dgnnya. Jika ia mempunyai kepelbagai sanad hadith, ia tetap diambil perhatian utk diamalkan dalam bab targhib dan tarhib oleh sebahagian ulama.

Jika periwayatannya berseorangan bagi kedaifan berat, maka ramai ulama yg menolaknya utk diamalkan termasuklah dalam bab targhib dan tarhib, walaupun tidak dinafikan masih ada yg menerimanya selagi ia tidak sampai kepada darjat palsu.

Amat seronok mengikuti pengajian hadith. Kerana dalam pengajian itu, diadunkan tiga dalam satu iaitu aqidah, syariat dan akhlak. Walaupun satu bab hadith membicarakan ttg hukum, ia tetap menyentuh ttg aqidah dan akhlak secara tidak langsung. Misalnya hadith ttg bab jual beli, ia bukan sekadar membicara ttg halal dan haram, malahan turut menyentuh ttg keberkatan, keluasan rezeki, panjang umur, dan sebagainya. Inilah kelebihan sabdaan baginda صلى الله عليه وسلم yg dikurniakan jawami’ al-kalim.

Wallahua’lam

23/06/2024 Posted by | Bicara Ulama, Hadis, Perbahasan Ulama, Q & A (Soal Jawab) | | Leave a comment