Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

HADITH DHAIF


Olih Dr Muhammad Lukman Ibrahim


1. Walau di bahas/debat/diskusi
beberapa purnama mendatang, ia tetap kembali kepada 3 pandangan ulama.

2. Pertama : membenar secara mutlaq, Kedua : menolak secara mutlaq dan ketiga : menerima dengan perincian dan dhawabit

3. Pandangan majoriti adalah dibenarkan beramal dengannya seperti  disebut oleh Imam Nawawi bahawa ulama muhadithin dan fuqaha berpegang bolehnya beramal dengan hadith daif dalam hal fadhail targhib wa attarhib selagi bukan karegori mawdu’ (Kitab alazkar linnawawi) dan diperdetail syarat2nya oleh ulama selepasnya seperti Ibn Hajar Asqalani, Ibn Daqiq al ‘id dan lain2nya

4. Adapun org awam/netizen tak perlulah tergopoh gapah memberi pandangan hanya krn kefahaman dan kecenderungan masing2.

5. Saya yakin netizen yg berminat dalam  ilmu hadith sudah meneliti pandangan menyokong dan menentang.

6. Setelah membaca perbahasan panjang lebar, tentu ramai yg “kelelahan” kerana netizen/awam TAK AKAN MAMPU memahami secara tuntas melainkan mereka yg mendalami bidang ini.

7. Tidak pula timbul isu bahawa yg menyokong penggunaan hadith dhaif dlm fadhail adalah golongan PELIK dalam beragama sedang metod itu juga di gunakan oleh majoriti  para ulama.

8.Hakikatnya imam Bukhari sendiri mempunyai kitab al Adab al Mufrad dan Tarikh alBukhari yg banyak di dalamnya riwayat dhaif.

9.Kecuali Shahihayn, kitab2 Hadith lain seperti sunan, jawami’, atraf, mustadrakat, mustakhrajat, musannafat  dan lainnya masih sgt banyak perbahasan riwayat dhaif didalamnya.

10. Perlu diingat  muhadithin dari kalangan salaf as salih tidak men “sebakul” kan hadith dhaif dan MAWDU’ kecuali mereka yg lari dari jalan salaf.

11. Hadith dhaif masih tetap terbuka kepada perbincangan ilmiah di KALANGAN AHLINYA. (ULAMA).

17/06/2024 - Posted by | Bicara Ulama, Hadis, Perbahasan Ulama, Q & A (Soal Jawab), Uncategorized |

No comments yet.

Leave a comment