Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Kisah Sifat 20

Di akhir zaman dan media sosial ini, muncul golongan Wahhabi – walaupun ada Phd dan sudah beruban – lalu berkata atau mendakwa:

“Tuhan Al-Ashairah itu macam Tuhan Atheis, Ia tidak wujud kerana:

– tidak mempunyai tempat

– tidak berada di dalam alam dan tidak berada di luar alam.”

Nota:

Makhluk dan sifat-sifat makhluk pun mereka masih tidak kenal.🤦🏻‍♂️

Tempat dan “arah atas” dan “luar atau dalam” itu kesemuanya berkaitan dengan makna tempat dan sifatnya. Dan tempat itu adalah MAKHLUK yang diciptakan Allah.

Mujassimah memang mendakwa Tuhan itu di luar alam dan atas arash dan boleh berpindah atau bergerak masuk ke dalam alam (langit) khususnya pada satu pertiga malam terakhir. Ada kalangan mereka menggunakan ayat yang lebih memeningkan. Mereka kata Tuhan turun ke langit dan bersamaNya arashNya sedangkan Tuhan itu masih di luar alam (orang awam panggil: ayat putar alam/ pusing; atau dalam ilmu balaghah ia dipanggil: hashwun). [Akidah Tuhan di luar alam]

Batiniyyah memang mendakwa Tuhan itu bertempat di dalam alam atau bersama alam. [Akidah Tuhan di dalam alam]

ASWJ Al-Asha’irah, Al-Maturidiyyah, Al-Sufiyyah dan Al-Athariyyah menyucikan Allah dari bertempat atau berhajat kepada tempat dan menyatakan wujud-Nya tidak diikat dengan tempat atau arah atau ruang atau alam.

Tempat adalah makhluk/ alam dan Maha Suci Allah dari berhajat kepada makhluk/ alam.

Maka kewujudan Allah tidak dikaitkan dengan keberadaan di dalam alam atau di luar alam.

Maha Suci Allah.

Bersyukurlah atas nikmat akidah ASWJ.

Afwan.

PENUNTUT ILMU

Dr ABDULLAH JALIL

03/06/2024 - Posted by | Uncategorized

No comments yet.

Leave a comment