Fitrah Islami Online

Penyebar Ilmu dan Maklumat Islami

Wahhabi, depa nak dalil yg sahih.

Ya kita semua sepakat utk terima hadith yg maqbul dalam hukum hakam agama.

Dalil yg da’if, utk hujah hukum, ya semua sepakat utk terima hadith yg maqbul. Hadith da’if tidak boleh jadi hujah utk mensabitkan sesuatu hukum.

Manakala utk fadail a’mal, ada khilaf kat sini. Ada golongan yg tolak secara mutlak penggunaan hadith daif utk beramal. Mungkin wahhabi termasuk dalam golongan ini. Ada golongan yg terima kesemua hadith daif selagi tidak disabitkan palsu, utk diamalkan. Hal ini ada diamalkan oleh sebahagian ilmuan2 di Nusantara. Ada juga yg terima hadith yg daif dgn beberapa syarat utk diamalkan. Ini juga diamalkan oleh sebahagian ilmuan2 Nusantara.

Beramal dgn hadith daif, ada khilaf. Perlu berlapang dada dalam memahami kaedah masing2 utk diamalkan. Jika wahhabi nak guna kaedah tolak semua hadith daif utk diamalkan, ya silakan jika kamu berceramah dalam kalangan kamu sahaja, dan tidak disebarkan kepada umum. Hal ini kerana, pandangan ini, hanyalah minoriti, kerana majoriti ulama menerima pakai hadith daif utk diamalkan. Cuma utk perincian, masih ada khilaf dalam kalangan mereka, namun tidaklah membawa kepada perbalahan sbb masyarakat diajar beradab dalam menuntut ilmu, bukan macam cara wahhabi yg terus serang tanpa adab.

Wallahua’lam

Dr Mohd Murshidi Mohd Noor

14/05/2024 - Posted by | Uncategorized

No comments yet.

Leave a comment